halwa telinga

Monday, October 27, 2008

Letihhh..banyak Majlis Kawin!

Fuhhh letih betul,hari nie sehari suntuk kat rumah Mak Oteh,anak Mok Teh Zahir sudah pun bergelar suami. Anak-anak Mak Oteh genap 20 Tahun semua mengambil keputusan untuk berkahwin.hehehe.Maka Mak Oteh sudah bergelar Mak Wan pada usia 40an.hehehhe.Pasni bertambah lagila cucu Mokteh.
Hari Jumaat dan Sabtu aku ke rumah jiran, Ahad yakni semalam pula aku bawakan Mak dan Abah Mentua ke Open House rumah Busu Lan,adik Mak Mentua di Masjid Tanah. Maka harinie aku teruskan pula ke Majlis Persandingan Zahir. Kisahnya majlis di rumah isteri Zahir berlangsung selama 3 hari 2 malam tapi sebab ada agenda lain maka aku dapat pergi hanya di Majlis rumah Mok Teh.
Tapi Dina lak tetiba buat pertanyaan sedih dalam orang seronok-seronok. Tetiba jek " Ma,bila abah nak balik?" Waduhhhhh...soalan camnila buat aku sedih nie.kekekek..Hanya dapat jawap "Sabar eh nanti abah balik bercuti. Sekarang Abah kerja"..huhuhuhu.Petang tadi pula melalak-melalak panggil " Abah..abah..Dina rindu Abah!..Alahai,aku sedih lagi.kekeke..kenala aku pujuk juga.Apa nak kata..dugaan...bak kata dalam filem P.Ramlee.hehhehe. Apa-apa pun terisi la minggu percutian aku dengan majlis-majlis begini. Memang penat al-maklum Mak Buyung..huhuhu.









Friday, October 24, 2008

Hiburkan hati pergi keje kawin!

Malam nie g Majlis Kahwin rumah jiran selang dua rumah.hehehe. Dina punyala teruja tengok bunga api dan orang main kompang. Terjerit-jerit anak daraku sorang nie.hehehe.Sibuk nak tengok pengantin. Ada dondang sayang pulak tu..Al-Maklum orang Melaka tak sah la kalau tak berdondang sayang dan bersanggul lintang yang berat ntah bapa kg kat atas kepala.hehehehe.





Friday, October 17, 2008

Sekadar Ilmu - Sawan Beranak

Sawan Beranak ( eclamptic fits )
by Dr Hamid Arshat

Sawan Beranak

"Baru-baru ini saya telah mendapat satu panggilan kecemasan daripada salah sebuah jabatan kerajaan yang memberitahu saya tentang seorang kakitangan wanita daripada jabatan tersebut telah terkena sawan, dan wanita itu sedang menjalani rawatan kesuburan selama beberapa tahun. Saya diberitahu, bahawa seluruh badan wanita tersebut menggeletar apabila terkena sawan. Mulutnya berbuih dan matanya terpusing sehingga dia jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Para kaki-tangan di jabatan tersebut tidak tahu berbuat apa-apa melainkan cuba memanggil ambulans dan seterusnya memanggil saya untuk memberi pertolongan cemas. Malangnya, apabila saya sampai ke pejabat tersebut, saya hanya dapat memeriksa dalam waktu yang begitu singkat kerana ambulans telah pun tiba untuk membawa wanita tersebut ke hospital. Apabila saya merasai nadinya dan memeriksa jantungnya, saya dapati wanita tersebut tidak bernyawa lagi. Saya percaya, bahawa wanita tersebut telah menemui ajal ketika dia terkena sawan."


Kejadian ini adalah suatu yang sangat malang, khususnya bagi suami wanita tersebut kerana pasangan tersebut telah berkahwin selama 10 tahun dan telah mencuba untuk mendapatkan zuriat. Tetapi sayangnya, isterinya yang sarat mengandung telah terkena sawan dan telah menemui ajalnya. Dalam kes ini, bukan sahaja satu nyawa hilang, malah dua nyawa kerana bayi dalam kandungan wanita itu turut juga menemui ajal. Beginilah antara risiko terbesar yang boleh berlaku ke atas mana-mana wanita yang sedang hamil. Dari segi hikmah wanita tersebut mati syahid dan Allah S.W.T. menempatkan syurga kepada wanita yang menghadapi maut seperti tersebut. Yang pergi menemui Tuhannya, akan berbahagialah di alam baka tetapi yang ditinggalkan begitu sedih dan pilu, khususnya suami dan saudara maranya.

Dalam kisah tadi, saya ingin mengulas sedikit tentang sawan beranak, dari segi bahaya, tanda-tanda, rawatan dan cara-cara pencegahannya.

Punca “Sawan” Beranak

Sawan beranak merupakan satu kejadian yang tidak asing lagi bagi kita. Ia telah berlaku sejak zaman-berzaman. Hingga sekarang, punca penyakit sawan beranak masih tidak diketahui tetapi terdapat beberapa perkara seperti tanda-tandanya, faktor-faktor yang berkaitan dengannya dan mungkin cara-cara untuk menjauhkannya. Sebenarnya, apabila seseorang wanita terkena sawan ini, keadan penyakitnya adalah tenat. Biasanya, sebelum keadaan ini berlaku, ada beberapa tanda yang patut diingati dan memberi amaran kepada wanita yang hamil untuk berwaspada dan untuk mendapatkan jagaan yang sewajar daripada doktor perbidanan yang merawatnya. Biasanya, sawan beranak boleh meragut nyawa mangsanya walaupun ada juga sebahagian besar terlepas daripada ancaman maut.

Sawan atau eclamptic fits berlaku disebabkan saluran darah di dalam otak pecah menyebabkan pendarahan dan kerosakan otak (cerebral haemorrhage). Pendarahan yang banyak di dalam otak boleh merosakkan fungsi organ-organ terpenting seperti jantung, pernafasan dan lain-lain. Kejadian ini biasanya menyebabkan maut. Dalam kes-kes yang lebih ringan, pendarahan mungkin berlaku hanya sedikit, ataupun tidak berlaku langsung atau setakat kebengkakan otak sahaja (cerebral oedema)


'Sawan' Satu Kecemasan

Tidak semua ibu-ibu yang terkena sawan beranak akan menemui maut, tetapi jika sawan ini berlaku berulang-ulang, risiko maut semakin meningkat. Oleh itu, sebaiknya wanita ini dimasukkan ke hospital sebelum sawan berlaku, ataupun jika sawan telah berlaku ketika di rumah, wanita itu sepatutnya dikejarkan ke hospital. Apa yang penting, orang yang berada di samping perlu mengetahui tentang kaedah menyelamatkan nyawa (resuscitation) kerana wanita yang mengalami sawan ini biasanya tidak akan sedarkan diri. Dalam keadaan demikian, biasanya lidahnya akan tertelan dan seterusnya menutupi kerongkong angin. Oleh itu, penting bagi orang yang berada di sampingnya menentukan bahawa dia tidak menggigit lidahnya dan lidahnya tidak menyekat saluran udara dengan menarik keluar dan seterusnya meletakkan sesuatu benda untuk wanita tersebut menggigit dengan sekuat-kuatnya. Ramai juga yang mati akibat daripada masalah tersekat saluran pernafasan yang disebabkan oleh lidah yang termasuk ke dalam kerongkong. Sawan beranak adalah satu keadaan yang mencemaskan dan ia sepatutnya dikendalikan sebagai satu kes kecemasan. Cara pengendaliannya sama juga seperti orang yang lemas di dalam air, orang yang kena serangan jantung dan lain-lain punca yang menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri.


Bolehkah Bayi Diselamatkan?

Kejayaan untuk menyelamatkan bayi bergantung kepada beberapa faktor. Pertama, umur kandungan apabila sawan berlaku. Jika umur kandungan terlalu rendah, iaitu kurang daripada tujuh bulan kemungkinan peluang untuk menyelamatkannya adalah rendah. Kedua, berat bayi tersebut sama ada memuaskan atau tidak; sebaiknya berat bayi patut melebihi lima paun. Ketiga, secepat mana kita boleh melahirkan bayi bagi ibu yang diserang sawan. Cara menyelematkan bayi dalam keadaan ibu yang diserang sawan ialah dengan melakukan pembedahan Caeserean secepat mungkin. Tujuan pembedahan ini ialah untuk menyelamatkan kedua-dua nyawa, bayi dan ibunya. Selagi bayi masih dalam kandungan ada kemungkinan sawan akan berulang lagi kerana kandungan khususnya uri dipercayai mengandungi bahan beracun yang dikeluarkan sekali-sekala ke dalam saluran darah hingga menyebabkan sawan berlaku. Pada masa ini dengan teknologi dan kemahiran menjaga bayi yang lebih canggih, bayi-bayi kecil ataupun bayi-bayi yang tidak cukup bulan (premature) boleh diselamatkan dengan menggunakan teknik-teknik terbaru dengan kaedah rawatan rapi.



Apakah Tanda-Tanda Awal Sawan Beranak?

Sebenarnya penyakit sawan beranak (eclampsia) adalah keadaan teruk bagi penyakit keracunan waktu hamil atau apa yang dinamakan toxemia of pregnancy. Keadaan ini lebih sering melanda ibu-ibu yang mengandung anak sulung, mereka yang berlebihan berat badannya, dan ibu-ibu yang menghidap penyakit darah tinggi. Tanda awal bagi penyakit toksemia atau sawan beranak ialah kenaikan berat badan yang berlebihan semasa mengandung. Kenaikan berat badan wanita yang hamil adalah penting untuk menentukan pertumbuhan bayi yang sempurna. Sebaiknya, kenaikan berat badan ialah setengah kilo seminggu, dan kenaikan berat badan ini sering berlaku selepas mengandung empat bulan kerana ramai wanita tidak mengalami kenaikan berat badan pada tiga bulan yang pertama, malahan ada yang susut berat badannya dalam peringkat awal kandungan. Purata kenaikan berat pada keseluruhan tempoh sembilan bulan kandungan ialah antara 15 hingga 16 kilo. Kenaikan berat badan yang mendadak, khususnya selepas kandungan meningkat enam bulan ke atas adalah tanda awal bagi penyakit toksemia. Apabila kenaikan ini melebihi dua kilo sebulan, wanita patut berwaspada dan mengimbangkan pemakanan mereka dengan mengurangkan makanan yang kaya dengan karbohidrat, gula serta lemak, di samping melebihkan protein dan sayur-sayuran demi untuk mencegah berlakunya toksemia dan seterusnya sawan beranak.



Tanda kedua ialah bengkak kaki (edema) yang mungkin menandakan penyakit toksemia. Bengkak kaki sering berlaku di kalangan kandungan yang normal dan ini menandakan pertumbuhan bayi yang baik, tetapi jika bengkak kaki ini disertai dengan tanda-tanda lain yang akan saya huraikan di bawah, iaitu darah tinggi dan air kencing yang mengandungi albumin, maka bengkak kaki mungkin menunjukkan salah satu tanda bagi penyakit toksemia kandungan.


Air Kencing Yang Mengandungi Albumin

Apabila kerosakan berlaku kepada buah pinggang, maka protein akan terbebas melalu air kencing. Dengan itu, bagi seseorang wanita yang terkena toksemia kandungan akan ditandakan dengan air kencing yang mengandungi albumin. Lebih banyak protein yang terkeluar ke dalam air kencing lebih teruklah keadaan toksemianya, begitu juga lebih teruklah kerosakan kepada buah pinggangnya.

Toksemia kandungan adalah keadaan sebelum berlakunya sawan beranak. Apabila keadaan itu menjadi lebih teruk, maka sawan akan berlaku. Keterukan keadaan ini dapat diukur daripada ketenatan bengkak kaki, tahap kenaikan darah, dan juga banyaknya kandungan albumin dalam air kencing. Wanita-wanita yang mungkin mempunyai tanda-tanda lain seperti pening kepala, sakit pada ulu hati, terasa hendak pitam serta gangguan pada penglihatan. Tanda-tanda tersebut menandakan bahaya akan tiba, khususnya pada wanita yang pernah diserang toksemia atau kenaikan tekanan darah.


Apakah Rawatan Bagi Toksemia Dan Sawan Beranak?

Sebenarnya, tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit toksemia kerana kita tidak tahu apa punca sebenarnya, melainkan wanita tersebut perlu dimasukkan ke hospital untuk pengawasan dan untuk berehat seterusnya untuk mengawal pemakanannya. Wanita yang telah mempunyai tanda-tanda toksemia seperti air kencing yang mengandungi albumin dan bengkak kaki patutlah diberi rehat dengan sebanyak-banyaknya dan jika perlu, dimasukkan ke hospital. Jika keadaan ini masih ringan lagi, dia mungkin boleh diberi rehat di rumah dengan pengawasan yang rapi. Rehat adalah perkara yang terpenting dalam rawatan toksemia.


Tidak ada ubat yang khusus yang boleh mengatasi masalah toksemia. Rawatan yang mutlak bagi keadaan toksemia dan sawan beranak ialah melahirkan bayi dengan secepat mungkin. Cara melahirkannya bergantung kepada tahap ketenatan penyakit tersebut dan umur kehamilan. Jika kehamilan telah cukup bulan, iaitu melebihi 37 minggu kehamilan, bayi perlu dilahirkan dengan secepat mungkin. Jika darah tinggi dan kandungan albumi di dalam air kencing tidak teruk, kelahiran boleh dilakukan secara paksaan (induction of labour). Tetapi, dalam keadaan yang teruk ataupun setelah sawan beranak berlaku, atau di mana keadaan bayi terlalu terancam, rawatan yang sewajarnya ialah pembedahan Caeserean.



Pencegahan

Toksemia atau sawan beranak patutlah dicegah dari awal lagi. Setiap wanita yang mengandung, khususnya mereka yang mempunyai risiko yang tinggi seperti mengandung anak sulung, gemuk badan, berpenyakit ataupun yang mempunyai sejarah keluarga yang bermasalah, patutlah mendapat rawatan daripada doktor pakar. Jagaan kehamilan patut dilakukan mengikut jadual, iaitu setiap bulan dan di peringkat awal sehingga tujuh bulan, kemudian dua minggu sekali diikuti dengan seminggu sekali.



Kebanyakan daripada kes-kes toksemia dan sawan beranak berlaku akibat daripada ibu-ibu datang ke klinik terlalu lambat, atau langsung tidak datang mengunjungi klinik ibu mengandung dan ada pula yang mengunjungi tetapi tidak mengikut jadual.



Jagaan pemakaan bagi ibu yang mengandung adalah sangat penting. Ibu yang mengandung patutlah mengawal makanan yang banyk mengandungi karbohidrat seperti gula, kanji dan lemak. Ramai wanita yang tidak boleh mengawal seleranya setelah kandungan mencapai usia lima bulan ke atas kerana mereka percaya, bahawa mereka makan untuk dua orang dan seleranya pun meningkat pada ketika itu.



Di samping jagaan pemakanan, waktu rehat dan waktu tidur yang mencukupi penting bagi wanita yang sedang hamil. Wanita hamil patutlah menjauhkan diri daripada tekanan fizikal akibat daripada pekerjaan yang berat dan teruk, tekanan mental dan jiwa. Perkara-perkara yang boleh mengganggu perasaan dan mental patutlah dijauhkan dengan kerana ini juga merupakan satu faktor yang boleh menyebabkan terjadinya toksemia dan sawan beranak. Ibu-ibu patut melebihkan masa berehat atau diberi cuti rehat apabila tanda-tanda toksemia mula timbul.



Apabila penyakit toksemia telah berlaku, ibu tersebut patut dimasukkan ke hospital untuk mencegah keadaan tersebut daripada berterusan menjadi sawan beranak. Kebanyakan daripada masalah-masalah toksemia yang teruk serta sawan beranak adalah disebabkan oleh faktor-faktor peribadi dan sosial yang telah saya huraikan di atas. Ada sesetengah wanita pula tidak mahu dimasukkan ke hospital walaupun dinasihatkan berbuat demikian atas sebab tertentu. Ada pula yang suka balik kampung untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.


Saya ingin menekankan, bahawa penyakit toksemia tidak mempunyai ubat yang khusus. Berehat, menjaga pemakanan, fikiran yang tenang dan kelahiran bayi yang tepat pada waktunya adalah perkara-perkara yang terpenting dalam mengendalikan kes seperti ini. Semoga kejadian yang saya ceritakan dalam makalah ini dapat kita elakkan sama sekali.

Tuesday, October 14, 2008

Beg Dina nak bawa g Arab!

3 Hari lepas bawa Dina jalan-jalan ke Jaya Jusco, Air Keroh. Jalan dua banak jek.hehehehe. Pk2 nak window shopping jek tapi bila sampai kat barangan barbie..sekali kena pau daaaa...hehehe.mula-mula amik yang kecik-kecik jek bila nak pergi bayar Dina ternampak pula beg usung tu...Aisey ayat dia yang menyentuh perasaan lah yang menyebabkan mama dia beli kan juga.

"Eh, beg nie sama dengan beg abahla ma. beg abah g arab..(beg tarik n usung tu)Dina nak eh ma, boleh lah... nanti Dina nak g arab Dina bawa beg ni sama dengan abah!"

dengan airmata yang da bergenang nie aku ye kan jekla cepat-cepat g kaunter bayar.. terkena juga la ma RM ***oppssss(jangan mare abah!)untuk anak kesayangan abah juga.kekekeke.

Balik dr JJ abesla dia canang kat semua orang beg Dina nak g arab..aduhhhhh...Malamnye plak Dina buat episode sedih packing baju dan towel dalam beg...alahaiii..sedih lagi aku tengok. Sekarang nie Dina kerap sebut abah bila ngigau malam. Yelah tengok dia macam tak kisah je tapi hati dia manalah tahukan..Anak..anak...

Harap-harap urusan cuti abah akan di permudahakan dan terubatlah rindu Dina dan mama pada abah kelak.





Thursday, October 9, 2008

Uncle K nak balik Bercuti..huhuhuhu!!



Betapa seronoknya hati ini bila Suami nak balik bercuti 4hb December nie...Seronok bangat nie.hehehhe..Kebetulan pada 6hb December adik perempuan ku akan melangsungkan pernikahan dan persandingan dapatla Cik Hubby lik. Alhamdulillah. Dua minggu pun jadilah.

Yang tak bestnya pula sok aku banak Cik Hubby tak balik..kenalah aku harung sendirian. Apa nak kata! Jadi hero aku MUHAMMAD nie tak dapatla abah tengok nanti..tak mengapa la abah ehh nanti ma, sendla gambo MUHAMMAD..hehehehe. Cuma yang penting Abah akan sentiasa mendoakan ma dan hero ni selamat semuanya kelak.

Apa-apa pun nak tunggu Cik Hubby lik tak lama lagi nie. Kami tunggu di KLIA ye..hehehhe Awal-awal lagi abah da cakap "Ma jgn bawa kete"hehhehe..Napa tak caya ke?

Jenguk Mia kat Batu Pahat!



7hb Oktober aku dan dina bertandang ke rumah Uncle Z, Untie Milah dan Mia. Mereka akan berangkat esok hari 8hb ke Yanbu. Pergi dulu nampaknye Milah dan Mia ke sana. Bila aku katakan pada Dina yang kita nak g umah Uncle Z. Dia melonjak seronok..Yeh!yeh nak g umah Uncle Z kat Arab. Yelah sebelum-sebelum nampak Z depan pc ngan abah. Tak terkejut bila kata nak ke umah Uncle Z.hehehehe. Dalam kereta Dina masih sempat menanyakan aku " Abah ada tak ma kat umah Uncle Z?"..alamakkk aiii apa aku nak jawab...huhuhuhu. Bertolak jam 5 ptg sampai jugala di Parit Yusof jam 7 malam dah magrib.Nampak je Mia depan pintu umah Dina dah jerit Mia!Mia!..hehehhe..

Nampaknya kiriman buat suami dapat juga aku titipkan ke Z. Alhamdulillah, mereka pun da sampai Yanbu. Tengah tunggu berita jek dari mereka.hehehhe. Doakan kami pula ye ke sana.

Kugagahkan juga kaki nie nak melangkah. Sakit lagi nie..naik plak tangga umah Milah.kekeke. Malu pula bila Milah kata ayah dia leh urutkan. heheheh segan jadinya. Jadi aku tolak la ngan baik.hehehehe.

So apa-apa pun SELAMAT MENEMPUH KEHIDUPAN BARU DI YANBU, ARAB SAUDI!buat Milah dan Mia.

Saturday, October 4, 2008

Aktiviti Raya!

Raya pertama tahun nie, menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Tanjung Keling, Melaka. Alhamdulillah merasa gak nikmatnya bersolat beramai-ramai di samping syahdu mendengar khutbah raya. Menitik air mata harap tahun depan berkesempatan dan di panjangkan usia menyambut Ramadhan dan Syawal lagi!.Lepas solat beramai-ramai ke Tanah Perkuburan menziarahi pusara Mak Wan dan arwah abahku. Aktiviti hari itu biasa sahaja.

Raya kedua aku dah tak leh bergerak. Kaki ni sakit bermula dari tulang pinggul dan otot pinggul rasa tegang. Aduhhh sukar tul aku nak bergerak. Jadi raya ke dua hanya berehat dan menerima kunjungan tetamu.

Semalam raya ke 3..sakit makin teruk aku terpaksa memegang dinding atau apa sahaja yang boleh kucapai untuk berjalan. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. Tak kemana-mana juga. Berehat.

Hari ni aku fikir dah okla sakitnya aku gagahkan juga drive ke kenduri kawin rumah kawan. Tapi dah tak boleh tahan terus ke Kinik sakit puan yang memang every month aku pergi. Salah urat katanya. Kena banyak berehat dan diberi ubat tahan sakit dan kalsium. Takda cara lain selain berbaring atas katil dan berehat dan sekiranya tak baik juga dalam 2 hari ni dia suh aku p spital masuk wad berehat dan ujung kaki ku ini akan di letakkan pemberat untuk meregangkan kembali urat-urat tersebut. Alahaiii...Tapi mak dan mentua suh aku g berurut dulu tang pinggul jek. Aku jadi konpius mana nak ku buat dulu. Risau memangla risau. mengandung kali ni banyak tul dugaan hehehhee. Tak mengapala..bersusah-susah dahulu kedian akan dipermudahkan. Insya ALLAH. Nampaknya da makan ubat pun masih tak jalan,maka suami mencadangkan aku cuba p berurut dahulu. Maka sok nak kenala g berurut.

Doakanlah aku sentiasa sihat tuk melahirkan baby ni. dahla plak tu dah dua hari aku terpaksa jalan memegang dinding atau apa sahaja yang bleh aku jdkan sandaran tuk bergerak..Payahnyeee...Tak mengapalah selagi aku kuat,aku berdoa aku akan terus kuat dan berusaha demi untuk diri dan baby. Bukan apa baby niela hadiah aku buat suami kelak. takde apa nak aku beri cuma baby ni buat suami yang banyak berkorban dan berkongsi hidup dengan aku.

Friday, October 3, 2008

Malam Raya dan Takbir Raya!

Salam...
Barulah dapat update cerita raya kat blog nie. Tahun ni oleh kerana Mak Wan takda,adik beradik ibuku semua beraya di umah wan. Kami sepakat nak buat tahlil dan takbir malam raya tu. Maka masing-masing bawaklah juadah dari rumah. Pelbagai rupa,pelbagai jenislah jawabnya. Berbuka bersama-sama pada Ramadhan terakhir. Lepas berbuka,solat maghrib kami bertakbir beramai-ramai. Selepas tu apa lagi mula adegan airmata masing-masing,bersalaman mengucapkan kemenangan, bermaafan sesama kami di samping tu apalagi duit raya la jawabnya.hehhehehe.Dina pun teruja dan turut sama sibuk join nak duit raya.hehehe. Kesian tengok Tok Ayah tinggal keseorangan tanpa Mak Wan lagi.
Apa-apa pun Selamat Hari Raya buat semua! Kesedihan itu dapat di atasi dengan kesibukan!







Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...