halwa telinga

Friday, July 31, 2009

Aktiviti petang dan Rhottab!

Salam...

Mana lagi nak pergi kalau petang-petang kat Yanbu nie,melainkan taman-taman dan juga tepian pantai. Maka petang nan bahang dek terik mentari walau da jam 5.30petang kami ke tepi pantai,bawa Dina dan Aqif jamu-jamu mata dan bermain-main di taman permainan.







Disamping tu plak dek kerana kemaruk Rhottab maka abah belikan mama Rhottab..Rugi duk arab tak makan Rhottab kurma separuh masak yang rasa kelat dan lemak...Bukan senang nak rasa nie tau,musim panas gini jek ader...

Wednesday, July 22, 2009

Siang jadi Malam, Malam jadi siang..

Salam..

Nape tajuk kat atas gitu plak kali nie. Macam biasala tentang anak-anak bertuah aku ni. Sejak seminggu ni da berubah waktu tido mereka, aku sendiri tak tahu camna leh berlaku. Mula-mula tonteng gak kepala nie nak layan dan tunggu masing-masing lelap mata. Aku buka mulut nyanyi zikir-zikir kebiasaan tuk dodoikan anak-anak pun tak juga mereka lelap mata.."Wah, mama korang dah start nyanyi lagu tido nie.."hehehe tu kata Hubby aku lah kalau setiap kali aku buka mulut mengalunkan zikir-zikir tu. Anak-anak sekarang nie selagi tak berkumandang azan Subuh anak-anak tak nak lah tido. Hari pertama dan kedua tak boleh tahan oooo nie mata melayan, dah plak tu abah nye keje malam,jadi mama la yang melayan karenah anak-anak. Rasa geram pun ada, nak marah pun ada nak tunggu mereka layan zzzz..tapi apakan daya bukan faham pun anak-anak nie, kita marah ke,ketawa ke..kekekeke. Jadi bila jejak jek Subuh mereka pun zzzz..sehingga la ke tengahari...waduh! waduh!( Agaknye macam nie lah Umi Wafa rasa yek menunggu Wafa tido..huhuhuhu )Bila nak back to normal tak tahulah...




Dalam pada tue, Dak Aqif demam lah plak..nak tumbuh dua batang gigi bawah lagi..kesian meleleh airliurnye di tambah dengan kemerahan gusinye itu.Puaslah juga mama sapu teething Gel. Bila panas naik jek mama dan abah mula lah suh Aqif main air. Sib baik suke... Dan dak aqif kena pakai pem jek la jawab nye ( pem = pamper . Alhamdulillah sekarang dak Aqif dah ok dan dah mula nak mengigit!


Wednesday, July 15, 2009

Masjid Quba dan Qiblatain

Salam...

Kali ni ke Madinah lagi, 11 Julai 2009 jam 3 petang bergerak dari Yanbu. Tujuannye untuk ke Masjid Quba dan Qiblatain. Macam biasa balik hari juga. Sampai Yanbu 10.30 malam.











Friday, July 10, 2009

Yummy...Makanan pertama saya!

Salam..

Takde cerita lain,apalagi kalau bukan cerita anak-anaklah yang nak di ceritakan. Aqif dah 6 bulan dan dah dapatkan suntikan 3 serangkai semalam. Dan hari ni Aqif mula makan..Makan apa? Mama bagi Aqif biskut baby..hehehe..sungguh-sungguh Aqif makan sampai comot! Pasnie Aqif makan bubur nasi ye Qif. Membesar dengan sihat dan cergas!


Saturday, July 4, 2009

Alhamdulillah, Umrah pertama bersama Hubby dan anak-anak

Salam..

Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan di bumi Yanbu ni,akhirnya dengan rasa penuh kesyukuran yang amat sangat kerana di beri juga peluang menunaikan ibadat ini.

Bila hubby kata jom ke Mekah! Wah! seronok ada berdebar-debar pun ada.

Bertolak jam 5petang 30JUN2009 then berhenti di Miqat Juhfah. Meneruskan perjalanan sambil mulut tak henti-henti mengalunkan Talbiah di sepanjang perjalanan. Hati juga turut terdetik tunggu aku Ya ALLAH aku akan sampai.

Sampai di Mekah Jam 11malam.Bila hubby tunjuk jek perkarangan Masjidil Haram aku dan hubby menangis kesyukuran..Tunggu aku..Tunggu aku Ya ALLAH..

Mengigil kaki ni bila jejak lantai Masjidil Haram dan bila terpandang sahaja akan KAABAH dengan takbir di mulut aku menangis tak tertahan. Nikmatnya Ya ALLAH.. Syukur KAU memberi aku peluang. Dina dan Thaqif juga turut seronok bila kami anak beranak berpegang tangan melakukan Tawaf. Dina turut mengalunkan zikir-zikir yang biasa dia dengar bila aku mendodoikan Thaqif. Masuk pusingan ke 4 Dina ajak aku "Ma jom berhenti kejap nak minum air"..kekekeke..kenalah Dina bersabar menunggu mama menghabiskan Tawaf.

Apa yang pasti kalau di tanya pada semua orang, rasa kenikmatan,kesyukuran dan ingin kembali lagi ke sini tetap ada. Tak dapat nak dilahirkan dengan kata-kata.

Doa buat semua sudah aku panjatkan. Moga ALLAH memperkenankan.






Dina join mama Saie'...Teruja betul Dina..tapi sekejap jek pastu Abah jaga anak-anak tersayang. Mama melakukan Saie dan Tawaf Wida' keseorangan. TQ Abah, bawa kami ke Mekah..

Selesai Umrah dan Subuh kami terus berangkat pulang.. Itu yang orang kampung selalu kata " Wah,seronoklah korang gie Mekah balik hari.."huhuhuhu

Dan sampai di rumah, Dina terus kata " Terima Kasih Mama,bawa Dina jumpa Tuhan ( ALLAH )..."

Alhamdulillah Ya ALLAH, Thaqif sudah pulih!Aku dan anak-anak akan kembali lagi jika diberi peluang lagi,dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia kami.. INSYA ALLAH

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...