halwa telinga

Friday, August 27, 2010

Seronok melihat amalan bersedekah di sini





Salam...

Menariknya Ramadhan di sini adalah kerana melihatnya Pak-pak arab kat sini dari pelbagai lapisan memberikan sedekah juadah berbuka puasa. Berlumba-lumba mereka menghulur kotak mahupun bungkusan walau hanya 2-3 butir kurma.

Pengalaman ini memang tak mungkin kami lupakan di sini. Kalau ke Mekah mahupun Madinah di highway-highway mereka sudah pun menunggu untuk menghulurkan juadah berbuka. Alhamdulillah...Dan satu pujian buat mereka walau dari sekecil-kecil hingga ke besar-besar pangkat mereka yang punya perusahaan besar atau kecil sedekah mereka itu tak perlu di canang di media-media mahupun kaca TV hehehehe...tak perlu juga menyebut nama polan bin polan telah meyemarakkan ramadhan dengan menghulurkan bantuan itu ini...hihihi..itulah kan lain tempat lain pula caranya hehehe..

Alhamdulillah moga nikmat ini akan berterusan buat kami..Apa saja yang ENGKAU tentukan buat kami YA ALLAH kami redha..

Wednesday, August 11, 2010

Terawih Malam Pertama dan Ramadhan Hari Pertama


Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan


Salam

Hari ini merupakan hari pertama Ramadhan bagi umat Islam di Saudi. Dan Sahur pertama pagi tadi, tanpa suami yang bekerja shift malam. Alhamdulillah sahur pertama dan bekalan sahur suami hari pertama hanyalah ringkas iaitu Nasi Paprik dan sambal tempe. hehehe..sambal mesti ada! Orang melaka sambal tak boleh tinggal.

Dan Terawih Malam tadi kami anak-beranak mengerjakannya di Surau Zakiry,Radwa Yanbu Al-Sinayyah. Berkumandang jek azan Maghrib semalam satu perasaan halus dan sayu hadir dalam hati dan diri. Solat Maghrib penuh keinsafan dan kerinduan. Betapa jiwa aku ini terlalu halus dan mudah sangat tersentuh. Hanya ALLAH sahaja yang tahu..

Dan Hari ini Hari pertama berbuka dan aku masih lagi berkira-kira nak masak apa untuk berbuka dan bekalan En Somi untuk bersahur di tempat keje kelak.hehehe

Selamat Berpuasa semua!

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem


Salam..

Alhamdulillah, Ramadhan bertandang lagi tahun ini. Kali ini masih menyambutnya di bumi anbia' ini..di Yanbu Al-Sinayyah Arab Saudi. Tentunya di sini kemeriahan yang ketara bagaikan pesta menyambut kedatangan bulan yang mulia ini.

Salam Ramadhan penuh kemaaafan yang tak terhingga buat semua..yang kami zahirkan,tersuratkan malah tersiratkan...Mohon ampon segala khilaf..Moga tahun ini...Ramadhan ini memberikan kerahmatan,kenikmatan dan keberkatan dari ALLAH buat semua.

Amponkan kami Ya ALLAH, dengan rahmatMU terimalah amalan kami nanti...

Salam Ramadhan buat semua di Malaysia dan juga sahabat-sahabat di Yanbu, Arab Saudi.

Ibu Kiah



Salam...

Alhamdulillah tahun ini berpeluang sekali lagi berjumpa Ibu Rokiah dan uncle yang seperti tahun-tahun sudah menjalankan ibadah puasa dan berhari raya di Kota Suci Mekah.betapa keberuntungan Ibu dan uncle kerana di pilih ALLAH untuk menikmati peluang Ramadhan tiap-tiap tahun di Mekah...
Kalau tahun lepas kami ketemu di Mekah depan saudi pos..hehhee tahun ni kami bertemu dia Masjid Nabawi..Alhamdulillah..
Terima Kasih juga buat ibu yang memberikan cenderahati hehehe..comel!

Wednesday, August 4, 2010

Gara-gara Susu NIDO


Salam

Alkisah nak di jadikan cerita tetiba bekalan susu NIDO a.k.a Nespray kalau kat Mesia keluaran Nestle terhenti tuk 2-3minggu di Yanbu ni..Abeslah pelosok pasaraya, Farmasi dan kedai-kedai hingga ke Balad Yanbu di cari jawapan tetap sama...

Maka Aqif yang kehabisan susu terpaksa di tukar ke susu NAN..Jadi al maklumlah kerana rasa yang berbeza Aqif tak minum lah susu tersebut..(walau Jamilah dah korbankan sedikit stok yang Mia punya)

Nasib baik Mama mengiklankan dalam FB bertanyakan pada kawan-kawan yang mempunyai anak yg minum susu yang sama dan mempunyai lebihan stok. Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak buat Kak Ila Nashrun sebab berbesar hati menjual satu tin besar susu NIDO...legaaaa...Alhamdulillah.

Pasni sure Abah akan beli 2-3 tin stok sebagai simpanan takut perkara berulang kembalo...

Dina dan Aqif!





Santai dengan hembusan bayu dari Laut Merah...huhuhu

Makkah 27 Julai - 28 Julai 2010

Salam

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan dari Allah swt bersama anak2 dan suami tercinta menunaikan ibadah Umrah buat sekian kali nya..Alhamdulillah di permudahkan segala urusan...Terima Kasih Ya ALLAH! atas kenikmatan ini buat kami sekuarga..








Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...