halwa telinga

Wednesday, March 30, 2011

Usia ini melangkah lagi setahun


30 March 1979-2011

Assalamualaikum kalian...

Alhamdulillah harini aku melangkah lagi setahun usia ni menjadikan aku memiliki angka 32tahun...sudah tua..sekarang membayangkan saat-saat kematian, saat-saat bila kunjungan malaikat pencabut nyawa mendamping diri..Ya Allah..masih banyak yang belum aku lakukan. Masih terlalu kurang dalam amalan,masih banyak yang perlu aku bekalkan buat diri ini sebagai bekalan kelak.mampukah aku?sedangkan aku sendiri tidak tahu bila aku akan di jemput. Moga-moga Allah tetap memberikan aku peluang dan nikmat dalam pelbagai aspek di kehidupan aku di muka bumi ini. Semoga aku sentiasa tidak leka dan alpa dalam pengejaran kehidupan sebagai manusia...Terima kasih Ya ALLAH kerana memberikan aku lagi kenafasan tuk meneruskan kehidupan ini...

Buat mereka yang memberikan ucapan dan doa..aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga..moga doa kalian buat diri aku ini sentiasa diterima Allah..

Sunday, March 27, 2011

Hilang jap rindu kami






Assalammualaikum semua..apa kabar?hehehe. so br update tentang pertemuan kami bersama my mum beserta maklang, adik mum dan MIL bersama maklong dan paklong...Alhamdulillah sihat mereka dalam menjalani ibadah di sini. MIL da pun balik 22hb hrtu,cuma tinggal mama dan maklang jek yg akan pulang pada 28hb ni...mesti tak sabar Pak lang dan anak-anak menunggu umi balik kan kan kan?

Tengok gambo MIL g Istanbul,teringin nak g Istanbul tapi abang ada plan lain tuk ma kan bang kan? kan? kan? plan dari tahun lepas lagi ni, tapi sebab tahun lepas kami ingin menyempurnakan dulu ibadah haji maka tahun ni ma,angkat2 kening nak tanya abang apa macam?jadi tak plan nak g tour tu???hahahaha...(sebab tahu abang akan buka blog kita ni hari-hari maka ma tulis sinilaaaa hahahaha,takdelah mengharap sangat pun cuma suka suki jek ni hihihihi)

berbalik pada kedatangan mak-mak tersayang...moga-moga lepas ni ada rezeki lagi untuk mereka ke sini menunaikan haji pulak.Insya Allah..

Saturday, March 12, 2011

Akan bercuti...

Assalamualaikum semua..

Wahh tajuk macam nak cuti-cuti jauh gitu..hahahaha...maka pada 13hb mac sehingga 24 mac ni kami anak beranak akan bercuti..kemana???hehehe mana lagi ke Madinah dan Mekahlah di atas kunjungan dua insan kesayangan kami..My MIL dan My Mum...MIL dah pun berangkat pada 7mac hartu tapi terbang dan bercuti dulu ke Istanbul..Insya ALLAH MIL akan sampai 12hb ke Madinah. My Mum plak akan berangkat pada 17mac ni...maka peluang nielah kami ambil tuk ketemu mereka yang tersayang..Moga-moga segala urusan Umrah mereka berjalan lancar dan mereka diberikan kesihatan tubuh badan yang baik sepanjang di sini kerana waktu sekarang Kota Madinah dan Kota Mekah di banjiri jemaah Umrah pelbagai negara...macam musim haji plak!hehehe..Alhamdulillah rezeki buat mereka yang diberi peluang untuk kesini sama-sama menikmati akan rasa nikmat yang sebenar...

So selamat bercuti buat semua...

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...