halwa telinga

Thursday, June 30, 2011

Jom Pekena Sup Kaki Kambing!


Assalammualaikum semua...

Sup?Saper suka makan sup? Macam-macam sup ada kan? Sup ayam ayam,sup daging, sup tulang, sup ekor...tapi...ada tapinya hehehe..kalau sesiapa ke Madinah mohla kita pekena sup kaki kambing. Aku sudah kemaruk ngan sup nie..tadi baru balik dari Madinah..dan mesti pekena sup kaki kambing..hehehe cedapppp!!kikiki.

Katne lokasinya jeng jeng jeng..emm area nak dapatkan stok-stok barang dari asian..tempe,tahu,serai,bayam,kangkung..dah tahu kan kan kan? hehehehe..mohla cuba!

Saturday, June 25, 2011

Jom Pekena Asam Pedas terbaik pilihan kami.


Assalammualaikum..

waduh sudah lama tak update. Sibuk ngan anak-anak. Sibuk dengan pelbagai aktiviti buat mereka kat rumah ni.

Walau da sebulan lebih kami berada di sini semula, tapi aku tetap nak cerita tentang aktiviti sepanjang balik 3minggu tu.

Siapa suka makan asam pedas?Cer angkat tangan.hehehehe..Kalau anda semua ke Melaka moh kita pekena asam pedas dan pilihan terbaik kami dan tiada tandingan kat tempat lain ialah kat kedai Haji Hamzah kat Pasau Borong Batu Berendam Melaka. Marvellos!! Aku suka pekena asam pedas telur ikan atau ikan pari,Biaula orang kata makan telur ikan leh buat otak lembap tapi aku suka gak kikikiki

so sesiapa nak cuba leh la ke kedai pakcik Hamzah ni k.

Friday, June 3, 2011

Episode pertama perjalanan percutian kami di Malaysia




As Salam..

Masih lagi berkisar tentang percutian kami di Malaysia,kalini saya bertemu dengan sahabat lama saya zaman sekolah rendah dan tingkatan satu dahulu. Pertemuan kami kali ni setelah hampir 13 tahun, dipertemukan di wad hospital. Zuriana Ali sahabat saya mengalami kemalangan. Alhamdulillah syukur dia selamat hanya patah ibu jari kaki dan mengalami kebengkakan pada kaki beliau. Masa yang terbatas kerana saya perlu bekejar pulang ke rumah sementelah esok hari majlis perkahwinan adik lelaki saya.

Mohon agar kita akan dipertemukan lagi zu. Dah besar anak-anak zu. Panjang umur kau bermenantu dulu zu. hehehehe...

Adik bongsu sudah kawin,Tahniah Ayang! 27-29Mei2011





As Salam....

Alhamdulillah adik bongsu saya dan satu-satunya adik lelaki dalam keluarga dah pun selamat bernikah. Tahniah moga bahagia hingga ke syurga ayang dan ida. 3 hari majlis di rai buat mereka berdua.Apa-apa pun Dina dan Aqif sudah ada Mak Usu.

Dan hari ini 2 jun adalah hari lahir adik lelaki saya ini.Moga berkat umur dan murah amal k.

First Families Trip to Bandung 16-19 Mei 2011

Assalammualaikum semua,

Alhamdulillah selamat kembali semula ke Yanbu,Saudi setelah 3 minggu pulang bercuti ke kampung halaman. Alhamdulillah juga dengan rezeki yang di perolehi tahun lepas 3+2huhuhu kami merencanakan percutian pertama kami bersama dua mak dan adik-adik perempuan kami.Trip pertama kami ini, kami memilih Bandung, place for shopink bersama MAS huhuhuhu.Tak puas wooooo....macam-macam ada, maka ongkosnya pun perlu ada!hahahaha.So layan sedikit gambo-gambo kami di sana.










Sedikit info buat semua, segala maklumat kami perolehi dari internet.kajian kami buat dengan teliti dan akhirnya semuanya mudah walau kali pertama jejak kaki ke Bandung.

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...