halwa telinga

Tuesday, May 10, 2011

Selamat Berjuang buat suami saya!




As- Salam

Alhamdulillah antara doa penghujung waktu saya masa di Arafah untuk haji tahun lepas ialah secara tiba-tiba terdetik doa ini,Ya Allah mohon KAU berhentikan suamiku dari tabiat merokok dia. Itu saja doa yg terlintas secara tiba-tiba di Arafah. Alhamdulillah juga perjuangan suami saya yang bermula hari ini di harap sayang akan berjaya dengan hanya berbekalkan rokok elektrik yang juga berasap dan berperasa vanilla. Moga berbaloi juga dengan belanja yang sayang keluarkan Sr xxxx. 4 angka tu! hahaha. Demi kesihatan sayang dan juga kami di rumah ni.hihihi. Ma doakan sayang berjaya berhenti merokok! Jangan hangat-hangat jek ye.kami sayang abah. Doa ma selalu dan tak pernah lupa adalah agar sayang sentiasa di berikan kesihatan yg terbaik untuk kehidupan dan ibadat.All the best bang.

Saturday, May 7, 2011

Masa untuk kami packing!

Assalamualaikum semua,

nampaknye ada kurang 4 hari lagi kami mahu balik kampung. Masih sibuk packing brg,bukan bawa blk apa pun bw balik baju2 yang dah tak leh pakai. Boleh ganti ngan baju2 baru ye tak abahnye?hehehe.Cukup 8 atau 9 bulan kami mesti balik. Lama rasanya tempoh tu. bukan apa saya dan suami anak sulung, pula tu dah tak ada abah yang boleh jaga mak-mak kami.Adik beradik pula masing-masing ada 3orang kalau ada ramai taklah rasa risau sangat kan? Sementara dua mak kami masih ada kami perlu balik dan berada di samping mereka.

Dalam pada sibuk nak balik,malam tadi hingga ke hrni Dina pula demam panas. Aqif dapat selsema. Semalaman tak tido jaga dak Dina yg kejap jek kebah demamnye dek kerana penangan batuk. Mudahan kesihatan kami sekuarga akan baik-baik sahaja(eik mcm lagu pujaan hati lak ayat ni)kerana nak balik bercuti ni kan. Sekarang sudah mula melangkah ke musim panas jadi kenalah memantau tahap kesihatan.Musim panas nilah mudah kena batuk dan demam.

So selamat bercuti pada rakyat malaysia yang merantau di Saudi ni. Khabarnya ramai tahun ni balik raya. Kami plab raya di Mekah tahun ni. Mudahan ada peluang kami nanti.Insya Allah.

Thursday, May 5, 2011

Aqif,mana Aqif nak?

Assalamualaikum wbt semua,

Hilang Anak! Naik berderau darah saya dan suami bila Aqif lesap dari pandangan mata kami di Masjidil Haram,Makkah. Astagfirullah Alazhim. Kami ke Mekah menunaikan Umrah semalam. Usai solat zuhur, aku menyambung kembali saie yg hanya bebaki 1/2 lagi tuk sampai ke Marwah.Manakala suami menjaga anak-anak kerana telah sempurna umrahnya. Kami bergilir-gilir tawaf dan saie kerana cuaca da mula panas di arab ni.Tak pernah terfikir anak sendiri akan hilang selama ni dengar cerita anak orang yang hilang!

ALHAMDULILLAH,selesai saie saya berpatah kembali mencari suami dan anak-anak di bukit safa. tertembung yang bertanyakan mana Aqif? Saya hanya mampu beristighfar.Dalam hati masih tetap tenang. Suami meneruskan mencari di Marwah dan saya menuju ke Safa tuk mencari Dina yang suami arahkan menunggu di situ.

Terpandang akan Dina yang sudah menangis saya menyoal mana adik? sebab dina memang kami amanahkan utk menjaga Aqif jika kami bersolat di Haram. Bila Dina sebut tak tahu, barulah minda tersedar anak aku hilang. Darah berderau. Aqif memang aktif dan tak takut orang. Saya lantas panjatkan doa agar Allah menemukan kami dengan Aqif. Saya dan Dina kembali ke Bukit Marwah di samping itu hati terdetik teringat Siti Hajar yang meninggalkan Nabi Ibrahim utk mencari air. Allahuakbar!

Dari jauh saya nampak suami sedang memeluk dan mencium Aqif. Alhamdulillah. Abah lepaskan Aqif.Aqif lari sambil depangkan tangan nak menjerit mama, tatak! Aqif menangis! Saya tanya mana Aqif pergi sambil menangis. Saya pesan Aqif jangan buat lagi. Dia angguk dan memeluk saya erat. Bimbang kerana dia baru dua tahun dan bertutur pun guna bahasa yang dia saja faham.

Kata suami,dia ingin patah kembali ke Safa,dan meneruskan doa agar ketemu Aqif. Lantas terpandang Aqif yang juga berpatah tuk kembali ke Safa. Jemaah Umrah yang pelbagai bangsa menegur Aqif. Wheres ur babah? mereka tanya. Suami memberi isyarat tangan kepada mereka.

Aqif terus lagi jalan dan sampai satu saat Aqif mula panggil babah! Mama! dan menoleh ke belakang lalu ternampak babah. Apalagi menjeritlah member.

memang satu pengalaman bila pertama kali hilang anak di Haram yang da macam rumah kami. setiap kali ke mekah kami akan memilih saie dia tingkat atas kerana jemaah yg kurang dan anak-anak boleh lepas bebas di situ.tetapi oleh kerana saat Aqif hilang itu waktu puncak yakni jemaah baru usai solat Dzuhur maka ada ramai sikit tuk mencari.Aqif sedang membesar dengan aktif jadi mmg perlu pemerhatian. kalau di Mesia bagaimanakah kalau anak hilang. Nauzubillah. jauh dari musibah dan perkara buruk itu. Mudahan ini pengajaran buat kami.Ujian kecil ini hanya peringatan dari Allah buat kami agar tidak leka akan hal anak-anak yang DIA amanahkan pada kami.

Monday, May 2, 2011

Dua buah hati sayang makin membesar.



tengok tu,dua beradik ni. Sudah makin besar anak-anak saya,maka makin berusialah saya ni. lagi 3tahun akan menjangkau 35tahun,tapi anak masih dua orang hehehe. Tapi saya bersyukur kerana Allah sudah berikan saya sepasang buah hati. Tahun ni Dina menjangkau usia 6tahun. Aqif plak awal januari yang lalu dah pun 2tahun. Moga mereka sentiasa membesar dengan sihat di depan mata saya. Moga mereka sentiasa berjaya kelak mengharungi hidup di dunia ini. Moga mereka tidak lupa untuk mendoakan saya dan abah mereka sentiasa dengan ayat-ayat suci Al Quran.Ameen.

Sunday, May 1, 2011

Saya dah kemaruk makan daging kambing.

Assalamualaikum buat semua,

sejak duduk sini,suker benau makan daging kambing. hehehe,sup kaki kambinglah,kambing buat karilah,pastu laham mendii...fuhhh sedappp.
kalau kat malaysia makan daging sikit,tak kisahlah daging lembu ke kambing ke mesti mabuk dan darah naik.Alhamdulillah kat sini habes dipulun masuk mulut.hehehe. ate camna badan tak naik gebu mengebu huhuhu.harap-harap tahap kolestrol masih boleh di kawal. bimbang juga dengan serangan pelbagai penyakit yang serang hendap pelbagai lapisan umur sekarang ni..mudahan sentiasa beringat tuk hari tua saya.hehehe.

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...