halwa telinga

Saturday, July 30, 2011

Selamat Pulang Kak Zah...



Assalammualaikum semua...

Mode sedih dan terkenang masih terasa. Semalam 29 July..Sahabat baik saya selama di sini..Kak Zah telah pulang ke Malaysia..Meninggalkan Bumi Yanbu dan kembali menetap di Malaysia. Insya ALLAH jika tiada aral dan perubahan kak zah dan anak-anak akan berhijrah ke Kuwait pula mengikut suami yang merubah arus kerja ke sana.Atau kak zah meneruskan kehidupan membesar,menyekolahkan anak-anak di Malaysia.(Yang terbaik adalah ketentuan dari ALLAH S.W.T jua)

Mengapa saya sedih??sebab segala-galanya kami berkongsi bersama. Kak zah tak pernah lokek atau kedekut. Makan dan minum terlalu pemurah buat dia dan suami. Kami bersama-sama menunaikan Haji tahun lepas.Anak-anak saya memang rapat dengan anak-anak kak zah mungkin hanya anak kak zah yang tahan akan kerenah manja dan nakal anak-anak saya. Setiap aktiviti di sini saya mesti dengan Kak Zah..apa2 jek kak zah la hehehe..dia bagai kakak buat saya..tapi kami kalau berbual ber aku - kau sahaja hahahaha...Mesti lepas ni saya rindu nak makan nasi kerabu kak zah...(tambah2 kalau ngandung n ngidam camner tu???)hahahaha..

Apa-apa pun saya doakan kak zah sekeluarga sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan ALLAH S.W.T. Moga kita bisa ketemu lagi nanti kak bila kami pulang bercuti.

Friday, July 29, 2011

Ramadahan Kareem..

Ramadhan Kareem...


Assalammualaikum semua...

Kedatangan Ramadhan yang kita semua nanti-nantikan akan tiba jua...Peringatkan pada diri kita akan keistimewaan bulan penuh berkah ini. Mari kita sama-sama tingkatkan lagi amalan yang sedia ada dan tambahkan lagi dengan peluang-peluang yang ada di bulan ini.

Salam Ramadhan penuh kekhilafan dr segi laku dan kata buat semua yang mengenali secara langsung dan tidak. Salam Ramadhan semua...

Thursday, July 28, 2011

Sekitar Majlis Hari Nutrisi YEIS







Assalammualaikum semua..

Harini 27July2011 kami ke Yanbu Elite International School, dimana pada hari ini di sekolah anak kami Dina mengadakan Hari Nutrisi..Pelbagai aktiviti dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah. So jom layan beberapa gambar yang sempat saya snap.

Sunday, July 24, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Tak dapat Sate Kajang, Sate D'Rantauan pun jadilah.


Assalammualaikum semua..

Mood rajin kalau datang melampau-lampau kan?Kalau Malas plak Berbukit-bukit malasnya..Time Rajin haritu saya buat sate..Terasa nak makan sate..tapi saya buat Sate goreng..klik-klik dalam tenet jumpalah resepi sate goreng..so saya pun cubalaaa..jadilaaa..rupa hodoh tapi rasa adalah rasa sate ala-ala dirantauan gitu..hehehe..Erkkk...Alhamdulillah kenyang anak beranak.Siap dengan timun,kuah kacang ngan nasi impitnya sekali...

Lumrah kehidupan

As-salam,

Kadang-kadang rasa penat bila mengadap benda yang sama hari-hari. Tapi bila fikir satu kesyukuran dilahirkan menjadi seorang perempuan.Baru-baru ni saya berbual dengan kawan lama berkaitan kehidupan dia sebagai suri rumah sepenuh masa atau kata dia Amah sepenuh masa samada bergaji atau tidak bergaji.Naik tergelak plak dengar kata-kata dia. Kata dia lagi ko dapat bayangkan tak kita dalam satu hari kita bekerja 24 jam. Sambil-sambil jaga anak kita juga boleh bekejar kedapur siapkan minuman pagi. Mana anak nak g sekolah lagi dengan bekal pelbagai.Sambil siapkan minuman pagi kita lari kejap tuk membasuh basuh. hehehe. Aku akui juga kata-kata dia,dalam satu waktu 3-4 keje aku leh buat hehehe. kata dia lagi malam sambil nak tunggu anak-anak tido kita dah dok pk esok nak buat sarapan dan masak apa.kadang dalam tido tu leh juga bangun 3-4 kali buat susu anak tukar lampin anak.hahahaha.Aku memberi pendapat serba sedikit. Itu nama lumrah hidup seorang perempuan.penat memang penat kalau kita bebel pun tak guna juga buat kering air liur.semua yang kita lakukan adalah satu tanggujawab dlm list hidup seorang wanita. Amanah yg di beri satu yang besar. Aku akui aku kadang-kadang mengeluh juga kerana penat. aku kata pada dia lagi mungkin kalau suami ko sama- sama membantu Insya Allah. bukan mudah nak pikul dan galas status isteri dan ibu.orang lelaki kena faham tu.hihihi.tak kisah lah ko di beri gaji ke tak ke itu mmg keje ko.sesekali ko enjoykan diri ko. apa yang aku leh kata bahagiakan hati ko.

so my fren all the best. aku dokan ko menjadi yang terbaik.isteri dan ibu yang dibanggakan.

Saturday, July 16, 2011

Minum Petang! Pau di rantauan...ahaks..



Assalammualaikum semua..

emm semenjak dua menjak ni ghajin bebenau teman buat minum petang..kalau tak kuih keria,teman buat donut..kalau nak mudah jejemput ajer hahahaha...tapi 3-4hari lepas teman buat kuih pau..gebu UUUU..macam tuannya (kata sepupu sepapat I...kikiki)

So Alhamdulillah inilah hasilnya Pau inti kelapa teman. (adik-adik ipau teman kata ingat telur rebus kakakaka)Ada kemajuan kata mereka kikiki...Teman bukanlah tak pandai masak tapi bila teman lik kampung teman jadi malas sebab teman dapat makan free hasil air tangan mama teman dan mak mertua teman. Cuba bilang ngan jari kalau balik kampung teman ada masak ke idak kakakakaka...

Sekarang ni kan tenet kan ader..teman klik klik jek da terpampang resepi jadi teman ikut jek laaa yg termampu...kikiki..lagipun suami teman ni suka juga minum petang..al maklum tekak orang mesia kan? ada goreng pisang ke jejemput ke layannnnn....kena ngan teh O atau kopi perghhhh...

Moh kita buat kuih moh...

Friday, July 15, 2011

Emak Ingin naik Haji!


Assalammualaikum semua...

Nonton filem ni sampai mengalirkan airmata ngan anak-anak.hehehe..Emak ingin naik Haji filem dari Indonesia yang memaparkan kesungguhan Emak wanita miskin yang berusaha mengumpal wang tabungan untuk biaya nya naik haji. Di samping anaknya yang melukis dan menjual lukisan karyanya untuk membantu Emak.

Nape plak aku sedih???Betapa aku bersyukur kerana aku yang ALLAH pilih di usia muda menunaikan haji. Kadang-kadang kita lihat orang yang terlebih kemampuan pun tak dipanggil oleh ALLAH akan jemputan ini. Bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah Ya ALLAH kerana menyenaraikan aku dalam pilihan MU.Bukan kerana aku dapat pergi haji kerana duduk kat Yanbu ni,sebab dah dekat ngan Mekah... tapi sebab utama yang perlu kita tahu ialah DIPILIH atau TERPILIH oleh ALLAH untuk memberikan kad jemputan ini.

Berbalik kepada filem ni tadi..Akhirnya Emak terpilih bersama anak lelakinya menunaikan Haji. Dialog Emak "Ya..Walaupun ALLAH belum memanggil mak sebelum mak sempat ke sana. Pada Emak mungkin tak mampu bagi Emak untuk merentaSi Samudera yang luas untuk ke Tanah Suci..Tapi Emak yakin..ALLAH pasti tahu HATI EMAK SUDAH LAMA DI SITU" arghhh sedih bangat ni!!

Berdoalah agar ada yang terpilih ke sini..Nikmatnya tidak terkata..hanya ALLAH yang tahu.

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA.(NEXT ENTRY KITA CETE PASAL PUASA LAK K..MERIAH TAU KAT SINI!)APA PERSEDIAAN ANDA DUA MINGGU LAGI???

Wednesday, July 13, 2011

Mencabar bagi Dina dan Cabaran bagi Mama!






Assalammualaikum semua...

Harini sudah hari ke empat persekolahan di sesi tahun baru bagi anak saya di tahun 1.Selama 4hari ini juga kelas telah pun bermula maka pelajaran turut bermula...

Mak oiii!!! tercabar saya dibuatnye melihatkan pembelajaran dan latihan dak Dina...Siapa yang patut ajar..Cikgu ke saya???hehehe...Naik pening gak saya nak bagi dak Dina faham..Al-maklum fully english.

Tengok buku arab dia saja saya da terbeliak biji mata! "Camna aku nak translate ni sebab fully arabic...(tu laa org suh belajar dan g kelas arabic banyak sangat alasan,sekarang apa dah jadi???..kakakaka)

Untuk tempoh 4 hari ni juga untuk communication language anak saya mula diperkenalkan dengan Lesson Knowing Myself...Common to us.."Good Morning, Good Evening...bla bla bla..emmm Alhamdulillah dak dina leh baca sikit-sikit tapi bila saya buat spelling hancusssss....kikikiki..saya kena kerja keras nampaknye...Saya pula jadi cikgu kat rumah ni walau tujuan sebenar hantar sekolah nak suruh teacher yang fahamkan dan ajarkan kikiki.Satu sikap yang saya sendiri benci pada diri saya ialah saya mudah marah bila saya ajar dia tak dapat! Saya jadi melenting! Sebab saya perlu ulang berkali-kali bagi dia faham! hehehe..(tu pasal tak leh jadi cikgu!!naya saya yang kena pukul dek anak murid sebab dapat tittle cikgu yang kami anti!kakaka)Tapi bila kesedaran yang datang apalah yang dak dina leh faham sebab dia baru 6 tahun dah masuk grade one kuang kuang kuang...SAYA PERLU KERJA KERAS!!!...suami saya sudah warning awal-awal JANGAN RISAUKAN NOMBOR KEDUDUKAN ANAK DALAM KELAS!!! yang penting bagi dia pandai dan faham..Nombor belakang kira! tapi saya kira sebab saya nak anak saya dapat award dan medal serta sijil kepujian sebab saya bangga dengan anak saya...kikikiki

Di samping tu anak saya diperkenalkan pada Human Body..part of our body..bla bla bla..sib baik sebelum-sebelum ni saya perkenalkan secara basic dan membuat beberapa nota tuk dia..Harap dia akan lebih faham.Mana tahu Allah takdirkan dia menjadi seorang DOKTOR kelak.Mudahan Insya ALLAH.

So baru 4 hari sudah makin berat pelajaran anak saya..hehehe..MENCABAR UNTUK DINA DAN CABARAN SERTA TERCABAR UNTUK DIRI SAYA.Tapi yang bestnya anak saya leh da cakap orang putih kikiki harap-harap pas amik subject arabic ni dia leh cakap arab gak.Mudahan Insya ALLAH yek.

Doakan dak Dina sentiasa berjaya ye..

Saturday, July 2, 2011

Anak saya dah darjah Satu...





Assalammualaikum semua...

Diam tak diam rupanya usia ni makin meningkat tanpa sedar (hehehe padahal sedar!). Bermula 9 Jun ini anak saya yang sulung Dina akan memasuki Grade One di Yanbu Elite International School. Kalau di Malaysia tahun depan bulan Januari dia baru naik darjah satu,tapi di sini berbeza sistemnya. Sekarang ni dina masih 5 tahun, jejak september ni Dina melangkah 6 tahun. Mudahan anak mama akan terus success di grade one ni. Untuk tahun lepas dia memperolehi tempat kedua di Kindergarten.Alhamdulillah.

Anak makin membesar, mama makin tua...Mudahan masih ada usia untuk melihat anak-anak membesar dan menambah bilangan ahli keluarga. Ameen...

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...