halwa telinga

Sunday, August 28, 2011


Assalammualaikum semua..

Sana sini status dalam FB bercerita tentang balik kampung...Dah sampai Kampung..huhuhu. Nie belum mode sedey lagi ni!! hahaha..ayer melopong ngan anak-anak kat sini kikiki..jiran ayer Jamilah sekuarga da pun berada di Madinah menyambut terakhir Ramadhan dan Syawal di Nabawi. Malam ni di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan khatam Quran tuk terawih..cepatnya berlalu Ramadhan ni..kejap sgt2 ayer rasa..tak terkejar ayer..Moga ayer dan suami serta anak2 akan punya kesempatan tuk ramadhan tahun akan datang...

Ayer skype ngan orang kampung..meriah sungguh mereka nak sambut raya..Mama ayer sambut di rumah baru...huhuhu rumah PPRT mama ayer da siap,mama ayer da pun duduk kat situ..yang sedeynya mama ayer sambut sorang sebab adik badik semua raya ngan mertua..(ye na deh berapa kali dah raya bersama brp kali mahu raya umh mertuaaa...walau dekat buatla sistem barter opppssss...kuang kuang kuang...)teringat ayat aziz dalam seniman bujang lapok " Eh sedara..sedara ni berbini dua pandai..tapi gilir2 la malam ni rumah isteri tua malam esok rumah isteri muda..."huahuahua ate tu bini dua ni kita cete bab raya (suami ayer mesti tersenyum simpul baca statement ayer ni) kikikiki..adik-adik ayer takpela tahun depan ayer balik raya..ayer harap ayer dapat raya ngan mama..(boleh tak bang??ate tahun lepas da first raya umh mak,tahun depan first raya umh mama lak la) kikikiki..tapi ayer tak kisahla ayer faham mak n mama ayer dua2 dah kematian suami,harapkan suami ayer dan ayer serta adik2 jekla..takpe tahun depan insya ALLAH mak mertua ayer dapat cucu baru..(bukan ayer ngandung tapi adik ipau ayer yang ngandung)

Tapi apa2 pun harap mak mertua dan mama ayer bergembira di Hari Lebaran nanti. Kata adik ipau ayer, dak keling.thun ni dia berkorban raya ngan mak...(tapi tahun depan diorg raya umh mertua..ayer raya umh sape? ini sudah cete pasal raya tahun depan plak,ntahkan ada umur ntahkan tidak..kuasa di tangan ALLAH, DIA yang menentukan)

Apa-apa pun buat yang beraya di kampung halaman masing-masing selamat berhari raya..jaga diri, jaga pemanduan, jaga kesihatan kelak..sambutla secara bersederhana ok..

Buat yang beraya di rantauan macam ayer...Jangan sedey2 k..kita pulun apa yang ader..en suami ayer keje pagi raya..12jam lak tu 7pg 7malam..tapi 2nd raya Insya ALLAH pas isya kami nak ke Makkah..Mudahan di permudahkan kelak.

Ayer lum plan nak masak apa tuk pagi raya..tapi ikut raya yang lepas-lepas ayer buat nasi impit, rendang ayam ngan kuah kacang..jadi mungkin menu yang sama kot tuk kami anak beranak dan bekalan en suami ke tempat keje sambut sama kawan-kawan...

Hapie Raya semua!

Tuesday, August 23, 2011

Mana nak Shopink kat sini?






Assalammualaikum semua...

Emm da 3tahun kat sini baru nak post tentang pusat beli belah kat sini hehehe...Ni jek la satu2nye shopink yang ada..DANA MALL..kat dalam tu ada Hyper Panda, ala macam TESCO,Giant gak laa..kat situ saya gemar beli sayur2an yang segar bugar...Sayur apa yang ada? Macam kat Mesia gak ada Lobak Merah, Kobis, Kobis bunga, Brokoli, Kacang Panjang, Kacang Buncis, Cili Hidup Merah dan Hijau, Cili Api...so tak la susah nak fikir nak masak apa, semuanya cukup untuk kami nikmati. hehehe..So layanzzz....

Thursday, August 18, 2011

Nak Adik lagi, Mama...




Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah dah selesai berbuka di Arab ni.. Pas solat Maghrib tadi Dina anak sulung saya tetiba bersuara...

"Eh mama pakai baju Tshirt Mengandung?Mama Mengandung ke?"kata Dina. Huahuahua...

"Mana ada!Kakak doakanlah mama mengandung..."kata saya.

"Ya ALLAH...KAU berikan mama aku mengandung. Aku nak 3 orang adik..."Glurppp tertelan air liur saya. Saya memang nak berikan dia adik..hehehe memandangkan Thaqif yang sekarang kadang-kadang saya panggil Abang Ngah dah berusia 2tahun lebih. Insya ALLAH jika ada rezeki saya benar-benar bersyukur kerana saya dan suami memang tidak merancang baik secara semulajadi mahupun ubatan heheheh cuma rezeki belum berpihak kepada kami. Ada hikmahnya ni kan?

Mudahan berkat bulan Ramadhan ni menjanjikan perjalanan kehidupan yang terbaik buat kami.. Dan tahniah buat adik ipar saya Kamariah kerana telah di sahkan hamil. Setelah mengalami keguguran awal tahun lalu,maka ALLAH anugerahkan dengan yang baru. Mudahan sihat dan selamat hingga waktunya.

Mama...Kakak nak adik!!!

Tuesday, August 16, 2011

Madinah Al-Munawwarah (14dan15 Ogos 2011)









Assalammualaikum semua..

Dua hari cuti en suami so macam biasalah memilih Madinah pula kali ni. Pas en suami balik keje pagi tu kami terus gerak ke Madinah. Memakan masa dua jam tuk sampai...hehehe terlelap-lelap abang bawa kereta,mengantuk! Sampai di Madinah kali ni kembara hotel kami memilih Dyar International Hotel..Sebaruh jek dekatnya ngan Haram. Macam biasa untuk peak season sekarang ni harga pun melambung lah naiknya. Alhamdulillah..berbuka, bersolat, berterawaih dan bersahur di Madinah. Moga ada peluang lagi di masa akan datang...Layan sedikit gambo-gambo yang telah di snapping...Yuk!

Thursday, August 11, 2011

Tempoyak!! hantu Tempoyak!


As salam semua...

Wahh entry tak tahannn..bab makan lak puasa-puasa ni.. Semalam saya dapat tempoyak..Aduhhh sudah lama tak makan tempoyak..Saya memang hantu tempoyak..tumbuk cili api lumur ngan tempoyak makan dengan nasi panas-panas berbuka semalam...Hahaha..suami di depan pun tak pasan bila makan..kikiki..

terima kasih pada Norazarina ramli yang membekalkan tempoyak buat saya..tak sangka dapat tempoyak..Makasih banyak pada encik pian yang menghantarnya...

hari ini saya demam dan selsema gara-gara belasah tempoyak...kikiki (takdela memang da beberapa hari selsema tetiba harini plak demam dan sendi semua sakit) So saya cuti masak harini tapi sahur esok saya nak masak nasi dan makan dengan tempoyak. Suami saya tak suka tempoyak jadi saya makan sorang-sorang. Bekal apakah pula buat encik suami tersayang saya nak bawa tuk bersahur di tempat keje pagi nanti..akan saya fikirkan..emmm kari kambing mungkin! peberet kami sekuarga..hehehe

tempoyak oh! tempoyak...

Wednesday, August 10, 2011

Umrah Ramadhan 5HB Ogos 2011






Assalammualaikum..

Pergi Mekah Balik Hari!

Bila check-check blog ni rupanya da lama tak masukan gambo-gambo Mekah..Padahal peluang datang setiap masa..asal dua minggu jek Mekah-Madinah..gilir-gilir..mana lagi nak pergi selain dua tempat Ibadah ini. Allah da beri peluang maka jangan lepaskan..

So,hari Jumaat 5hb pas berbuka kami decide ke Mekah..Saya buat Umrah,suami jaga anak-anak sebab dia tak plan nak buat dan selain tujuan Umrah kami nak jumpa Ibu dan bapa angkat kami yang datang menunikan Umrah Ramadhan tiap-tiap tahun ( ada entry tentang ibu n uncle..masuk ni dah kali ke 3 kami ketemu di sini..Alhamdulillah)

Umrah Ramadhan saya tahun ni sungguh adventure...bertolak jam 8malam dan kami masuk Mekah jam 11malam..tapi..masa di check point pertama saja da mengalami kesesakan. Bagi yang memakai ihram (yakni lelaki) di kehendaki memarking kete di tempat yang disediakan dan menaiki teksi untuk ke Haram.

Kami meneruskan perjalanan ke Haram. Sampai-sampai Haram laluan Utama di depan Hotel Safwah dan Pintu King Abdul Aziz di tutup..kami berlegar-legar mencari jalan dan tersekat di dalam kesesakan sehingga jam 1pagi. Allahuakbar! Berkeputusan untuk memarking kereta di Tapak Parking Kudai dan dari sana semua jemaah di kehendaki menaiki Bas sebagai pengangkutan utama ke Haram.(teringat pula masa Musim haji lebih kurang sama perjalanan yang kami tempoh tapi kali ni kami membawa Dina dan Aqif) Kasihan mereka! Dengan keadaan Summer sekarang ni.

Sampai di Haram jam 3pagi dan saya meneruskan Ibadah Umrah saya berseorang. Allahuakbar! Dataran saja dah penuh dengan lautan manusia..Tapi Alhamdulillah 1/2jam sahaja saya selesai tawaf..Kuasa ALLAH mengatasi segalanya..kita minta di permudahkan ALLAH makbulkan..Alhamdulillah..

Meneruskan Saie dan hanya bersahur dengan air zam-zam dan sebutir tamar pemberian orang arab yang bersedekah di saie..Alhamdulillah..Tika azan subuh berkumandang saya selesai Umrah saya dengan satu kepuasan.

Oleh kerana hotel penuh suami mengambil keputusan untuk pulang saja ke Yanbu selepas berjumpa dengan Ibu dan bapa angkat ( makasih bu banyak tul barang ibu bawa tuk kami)..Hehehe yang kelakarnya saya menangis masa menapak balik dari Haram menuju ke stesen bas..Saya kata "hausnya..."hehehe Astaghfirullah al azhim.. Macam budak-budak pula saya ni...penat Umrah belum habis saya memerlukan sedikit tenaga lagi tuk meneruskan perjalanan mendapatkan kereta.. Allahuakbar!!(untuk sahabat baik saya Miraney dania very2 sorry yunk,kedai masih tutup dongg...)

Alhamdulillah sampai di Yanbu jam 11pg 6HB Ogos 2011. Moga-moga saya diberikan peluang melakukan ibadat Umrah Ramadhan pada tahun depan..Moga rezeki suami masih bertapak di sini untuk tahun akan datang.. Yang terbaik hanya dari ALLAH sahaja...Amin.

Thursday, August 4, 2011

Ranting Cinta Si Plato

As Salam...

"masuklah ke dalam hutan,pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik.Tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu,keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut."

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya bertanya dan Plato menjawab:

"Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus,tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan,ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah terbaik.Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa."

Guru berkata "ITULAH CINTA....

Plato bertanya pula apa makna PERKAHWINAN

Guru Menjawab :
"sama seperti ranting tadi. Namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."

Plato pun masuk ke dalam hutan dan keluarlah Plato membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.

Bertanya gurunya...dan Plato memberikan jawapan berikut :
"saya bertemu pohon yang indah daunnya,besar batangnya,tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari hutan.Akhirnya saya tinggalkan.Kemudian saya temui pohon yang tidak terlalu buruk dan tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya,saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah"...


emm..Alhamdulillah Roslinda M.Shariff sudah ku khatam buku ini.Terlalu indah kata-katanya. Dan yang pasti aku telah menjadi Plato yang telah menemui pohon itu.

Miraney Dania,Lalink patut memiliki buku ni "Ranting Cinta si Plato"karya Norhayati Berahim...(terbaikkk!! dan satu lagi buku yang patut kau miliki bertajuk "Layang-layang bertali kaca"..sedeyyyy...)

Tuesday, August 2, 2011

Nasi Kerabu di Rantauan


As Salam semua..

Oleh kerana mode terkenang masih terasa dan terbayang penangan nasi kerabu kak zah...(dah berkali-kali encik suami suh saya belajar buat..ate,saya orang melaka idak ler teman pandai nak buat nasi kerabu..teman makan cencalok jer.tapi budu satu makanan wajib saya dan suami juga!hahahaha)Akhirnya, untuk Ramadhan hari pertama ini saya berjaya membuat nasi kerabu hasil tangan saya sendiri..terima kasih kak zah, miraney dania dan zai kerana berkongsi resepi dengan saya. Suami saya kata sedappp dan jadik!! hahaha saya bangga..

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...