halwa telinga

Friday, September 23, 2011

Umrah 20-21 September 2011 dan Hari Lahir Dina..







Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah semua hajat tercapai dengan pertolongan ALLAH.. Umrah kali ini di capai dengan peningkatan kepuasan juga..Menyempurnakan dengan rasa syukur dan nikmat tika waktu-waktu lengang di Haram bersama suami dan anak-anak.

Apa yang saya hajati Allah berikan. Alhamdulillah Ya ALLAH terima kasih memberikan saya ruang dan peluang berlamaan di Hijr Ismail. Melahirkan rasa kekesalan dan memohon keampunan.. memohon di berikan peluang lagi di masa akan datang...Melahirkan doa buat mereka-mereka yang saya kenali..Melahirkan doa buat kaum keluarga, sanak saudara dan juga teman-teman tidak saya lupakan... Saya puas di Hijr Ismail kerana kali ini kepala saya tidak di langkahi waktu menunaikan solat.. Solat saya tidak di halangi oleh laluan mereka-mereka yang juga berebut untuk solat dan berdoa. Kali ini ruang terlalu banyak untuk saya.. Ialah waktu lengang kan..jadi inilah peluang! Tiap kali di Hijr Ismail saya pasti menangis tapi peliknya kali ini saya rasa dada ini terlalu lapang..saya rasa tenang kerana dapat berdoa dengan tenang dan lahir dengan lancar dengan sebiji-sebiji sebutan dan permintaan. Alhamdulillah...Keluar di Hijr Ismail saya teruskan ke Hajar Aswad. Kali pertama saya menyertai barisan niat saya di halangi oleh pekerja-pekerja Masjidil Haram yang ingin melakukan kerja-kerja pembersihan di depan Pintu Kaabah dan Hajar Aswad...Saya melangkah keluar barisan dan menuju ke tempat solat mengadap pintu kaabah yakni tempat-tempat mustajab untuk berdoa.. saya lakukan solat Dhuha seperti biasa.

Usai solat saya menuju ke arah suami dan anak-anak yang mengambil peluang memandang kaabah di tangga. Saya katakan pada suami.."ma, belum dapat kucup Hajar Aswad..suami kata pergilah sekali lagi..." Dengan keizinan suami saya langkah sekali lagi ke Hajar Aswad..Alhamdulillah kerja-kerja pembersihan sudah selesai saya terus memasuki barisan dan kebetulan ada seorang polis yang mengajak saya beratur ke depan.. Alhamdulillah saya punya giliran pertama! Saya terus menunggu kerana jemaah lelaki di beri peluang dahulu. Untuk menantikan giliran saya memang tidak lama..Alhamdulillah! Ada insiden menarik di depan Hajar Aswad waktu itu. Ya ALLAH...jantung berdegup kencang dengan kejadian di depan mata. Kenapa???Ada seorang wanita arab hampir pengsan dan tak sedar diri di depan Hajar Aswad. Melihat dia di tarik sang suami untuk mengucup Hajar Aswad,..Wanita itu mengigil2 dan mengeleng2 kan kepala sambil menjerit-jerit..Sang suami tetap memaksa isteri untuk mengucup,lantas kepala isteri terus di tolak masuk ke Hajar Aswad. Tika itula wanita sudah mula sesak nafas dan ingin muntah dan pengsan.. Astaghrafirullah alazhim...Saya tidak berkutik walau seinci pun..fikiran dan hati tidak berkata-kata...Sampai giliran saya.. Alhamdulillah dapat berlamaan di Hajar Aswad dan mengucupnya dengan puas! Saya gembira dan bersyukur..Terima Kasih Ya ALLAH memberikan saya peluang lagi untuk mengucupnya..saya hanya mengharapkan waktu-waktu lengang bergini untuk mengucupnya..Alhamdulillah..

Hanya satu Hari satu malam..peluang ini terlalu berharga..Terima Kasih ya ALLAH...di samping bersempenaan Hari Lahir Dina yang ke 6 tahun doa banyak berkisar tentang anak-anak. Semua untuk anak! Mama mendoakan yang terbaik buat Dina..Apa doa itu biar mama sahaja yang tahu dan semestinya semua ibu inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka..

Hapie Beday kakak...Kita tak sambut tapi abah tunaikan permintaan Dina hari ni dengan hadiah...Kakak anak yang baik!Terima Kasih Ya ALLAH dengan pengurniaan amanah ini buat diri ku dan suami walau aku tidakla sebaik mana menjadi seorang ibu..Ibu yang banyak kekurangan dari pelbagai aspek dan sudut terutamanya aspek penekanan keagamaan. Mudahan kita sama-sama seiring mengejar keakhiratan anak-anakku..Kita tidak leka dengan duniawi semata-mata. Amin..

Tak banyak gambar yang saya snap di masjidil haram kali ini..Maka layan apa yang ada jek k...Buat Kak Ila ( Nashrun) nanti kita leh plan lagi sama-sama waktu cuti suami kita k..hehehe kebetulan sama shift kan?hehehe.

Monday, September 19, 2011

Lenggang ke Lengang?








Assalammualaikum semua...

Insya ALLAH esok nak ke Mekah untuk Umrah. Ya ALLAH bila tengok tv live mekah sekarang ni lengang...hati ni tersiat-siat tahu tak?membuak-buak nak pergi..rasa nak terbang segera sampai depan Haram. Cakap pada En suami bila dengar bini dia berbalik-balik cakap lengangnyaaa...tak sabar ni...dia pun cakap Insya ALLAH abang cuti jom kita buat Umrah. Da sebulan tak pergi lepas buat Umrah ramadhan yang lalu..Aku baru sebulan bagaimanalah mereka yang berbulan-bulan,bertahun-tahun menanti untuk tiba kembali ke Masjidil Haram.Tak dapat aku bayangkan kalau di tempat mereka. Sure berjuraian airmata aku menunggu saat untuk kembali lagi ke Kota Makkah dan Madinah.

Sayangnya bang, nak tinggalkan tempat ni..Sayang sangat-sangat akan peluang yang diberikan ini. Mahu menangis merintih merindukan sang KEKASIH yang DISAYANGI semua..merindukan MAHA PENCIPTA YANG AGUNG..Mudahan kami diberikan lagi peluang untuk hidup di sini.

Cer tengok gambo tu..betapa tertibnya mereka tunggu giliran nak cium hajar Aswad..Saya nak ambil peluang ni..Rasa satu kepuasan bila sudah mengucup hajar aswad..rasa freshhh...hehehe..saya tunggu saat ini. Saya da tanam awal-awal untuk seminggu ni di samping hajat untuk dapat mengucup hajar aswad bersama suami dan anak-anak. Kalini saya nak bawa Thaqif. Kalau Dina mesti sibuk akan berkata "Nak cium batu hitam..nak cium batu hitam...Insya ALLAH nak, esok kita pergi k.

Cuba tengok pula kawasan sfera Hijr Ismail tu..Mudahkan nak masuk solat dalam tu..Nak masuk Hijr Ismail memang mudah walau sewaktu jemaah ramai. Niat sahaja dalam hati dan belajar serta berusaha merentangi arus jemaah Insya ALLAH tahu-tahu kita da di dalam tue. Tiap kali ke Haram saya pasang niat awal-awal, berulang-ulang kali...aku nak masuk Hirj Ismail Ya ALLAH...aku ingin masuk solat di situ. Langkahkan kaki dengan tenang..tahu-tahu dah di dalam tu. Tapi harini cuba tengok gambo tu..betapa lengangnya..mudah jek nak masuk..saat ini jangan dilepaskan. ALLAH bagi kemudahan kita kejar untuk kenikmatan itu.

Doakan perjalanan kami di permudahakan..Doakan saya tak direntangi halangan wanita untuk perform Umrah esok ye..Amin...

Sunday, September 18, 2011

Tv Malaysia!

Assalammualaikum semua..

Dok ghalip mata dok tgk Astro..mula-mula langgan kejap tukau g TV3, Tv9, pahtu astro ria,astro prima..last2 bila dua budak sudah konker channel diorg pulun dok tgk astro ceria..CERIA!! hahahaha

Alhamdulillah leh la lepas tgk cete apa kat Mesia tu..walau Astro tayangan nye ulang kali banyak kali cete yang sama hehehehe..nama pun 1 MALAYSIA!

http://www.raacuun.com/

moh la layannnn...

Saturday, September 17, 2011

Kami setia di sini,selagi ALLAH berikan kami peluang...




Assalammualaikum semua..

Entry ini saya luahkan kerana ramai pula yang bertanya dan bercerita pasal penghijrahan suami saya ke Kuwait..huahuahua..

Ya memang benar!! suami saya dapat offer kerja Kuwait. Tapi suami sayalah orang pertama yang reject offer tu kerana kami telah diberikan petunjuk oleh ALLAH untuk menetap lagi di bumi Yanbu ni. Hari ni buat solat istikharah malam da ALLAH berikan petunjuk di Makkah.Alhamdulillah..rezeki kami masih di sini. Masih berpeluang untuk ke Makkah dan Madinah. Moga untuk masa-masa akan datang kami terus juga diberikan rezeki dan semoga kontrak suami saya bersambung-sambung. Biar takde tittle kat tempat keje tapi fuluss masyukkk hahahaha..macam-macam plan ader kan bang?? Rezeki ini bukan untuk kami seorang..untuk Mak-mak kami di kampung, untuk adik-adik kami yang memerlukan bantuan kewangan, untuk perancangan masa depan demi anak-anak kami. Tapi suami saya masih berpegang prinsip "JANGAN TINGGALKAN HARTA YAKNI TANAH MAHUPUN RUMAH UNTUK ANAK-ANAK KELAK,BIAR MEREKA USAHAKAN SENDIRI..BIAR MEREKA TAHU MACAMANA SUSAH NAK CARI ITU SEMUA". Semuanya untuk yang kami sayang..Kami orang susah! kami belajar dari kesusahan..Kami perlu berjimat! Kami perlu salurkan kewangan pada yang memerlukan..

Buat semua pada kawan-kawan yang bertanya..inilah jawapan yang sedia ada..KAMI MASIH DIBERIKAN REZEKI DI BUMI YANBU,ARAB SAUDI ini. Doakan kami..doakan suami saya sentiasa diberikan kesihatan yang baik dalam meneruskan pencarian rezeki untuk kami sekuarga...Terima Kasih! (gambo-gambo kat atas tu takde kena mengena ngan ini entry tapi gambo2 tu memberi makna bahawa kami masih mahu lagi di sini menikmati kehidupan disini secara tersiratnya)

Friday, September 16, 2011

Cepatlah kurus ma....aiseyyyy!!



Assalammualaikum semua..

Bila dina sudah komplain mama bertambah gemuk..Kadang-kadang leh terima kadang-kadang jadi nak marah..Malu pun aderr...anak saya yang seorg ni mulut amatlah lepas menegur..dan2 tu jugak..huhuhu sape yg tak faham memang terasa hati terus.Tapi serius budak lurusnya teramat sangat apa yang mereka nampak itu yang mereka utarakan.

Ya!memang mama dah gemuk nak!hahaha..terlebih-lebih sudah..Camna mama nak kuruskan lagi melainkan mama mengandung dan berpantang! sure mama kurus semula hahaha.

Cepatlah kurus ma...habis semua nama kawan-kawan dia punya mak dia sebut..tengok aunty tu..aunty ni..diorg semua kurus, mama tak kurus-kurus kakakaka..

itu belum lagi abah korang tersenyum-senyum menegur...hehehe..mana mahu sama sayang dengan zaman kita bercinta..zaman kita berdua..zaman kita bertiga dan sekarang berempat..kadang-kadang sindiran abah dalam gurauan dan gelak tu menikam hati kalbu woo..masa tu mula la berangan-angan balik nak kurus macam dulu hahahaha...

mungkin kalau saya bekerjaya saya tidak sebegini kot...sibuk dengan keje dan urusan rumahtangga.tapi bila duduk rumah..mulut ngap ngap ngap makan..anak tak abes mama sambung habiskan makan..membazir!!hahahah..tapi kat Saudi ni bertambah gemuk dan sihatnya isteri maka cukuplah maknanya makan pakai suami dia sediakan kikiki..tapi kalau yang kurus melidi sekeping tak akan laki tak beri makan cukup pulak kan?adehhh apa punya konseplaa..

apa-apa pun saya amatlah berharap walau saya gemuk saya mahu kondisi keadaan kesihatan saya semua sihat dari pelbagai penyakit. saya amat berharap itu! Mudahan ye tak?mama harap anak-anak mama sentiasa mendoakan mama diberikan kesihatan yang baik walau mama GEMUK nak! kikikiki

so jom pakat-pakat puasa...saya dan suami masih meneruskan puasa di bulan syawal ini..suami bukan sahaja puasa dr menahan lapar dan dahaga malah puasa ROKOK! ye yang?hehehe.Alhamdulillah ada perubahan Insya ALLAH kami bangga dengan abah..cuba usahakan ye bah..kalau tak fikir kesihatan abah fikirkan kesihatan kami yang kadang terhidu itu asap punya rokok!kikikiki...

Wednesday, September 14, 2011

Dah Habis Raya ke??







Assalammualaikum semua...

Syawal sebulan maka masih ada lagi kawan-kawan kat Yanbu ni yang buat open house..mana yg ada kesempatan kami join dapatlah kami join tuk bersua ngan kawan-kawan dan mengadap pelbagai juadah raya yang terhidang. Untuk yang menjemput terima kasih kami ucapkan. Walau jauh dr Malaysia suasana tetap kami rasai meriah!

Nampaknya hasrat hati kami nak ke Mekah tidak kesampaian kerana En suami terpaksa bekerja 12 jam. Sekarang ni tengok kat TV live Masjidil Haram tak ramai org..kerana akhir bulan ini tetamu ALLAH untuk Hajj 1432h akan berkunjung tiba..maka munculnya bulan haji maka dengan ini sudah hampir setahun juga saya dan suami memiliki kenangan di Arafah, Mina sewaktu musim haji. Cepatnya masa berlalu,saya kepingin untuk menunaikan Haji lagi..Bukan tamak! tapi ambil peluang dan semoga saya dan suami masih diberikan Jemputan Istimewa ini lagi di masa akan datang. Sambung balik cerita di Masjidil Haram dengan keadaan sekarang rugi tak pergi untuk mengucup Hajar Aswad...Aduhhh tenangnya...

So jom jenguk sikit gambo-gambo juadah yg sempat saya snap masa raya tahun ni...(gambo 3 yg atas tu juadah raya aye yek..hihihi)

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...