halwa telinga

Tuesday, February 28, 2012

Semoga ALLAH memberikan Kesembuhan dan Keajaiban

Assalammualaikum semua..


Harapan kami akan ada keajaiban buat "NUR AMANI"...


Dan moga seseorang itu sentiasa tabah mendampingi AMANI..Dia anugerah yang luar biasa buat seseorang itu.. Ejalz I think I know now, your post last year BERSABARLAH dalam blog awak.sedih bila baca penceritaan seseorang itu dalam penulisannya..


Moga ALLAH memberikan kesembuhan buat AMANI dalam membesar seperti anak-anak kita yang lain.


Juga Ejalz dan suami, Semoga ALLAH memberikan kesembuhan kepada Ayahanda tercinta...Sama-sama kita doakan.. AMIN.

Friday, February 24, 2012

Lafazkan Kalimah Cintamu

Assalammualaikum semua..


Sejak akhir-akhir ni saya suka membaca karya Siti Rosmizah...Setakat ni 4 novel dari hasil tangan beliau memang tidak menghampakan. Novel ni dah berkali saya khatam..( Hahh dalam hati korang mesti kata " Terjemahan Al-Quran ko tak abes khatam baca,ko khatam baca novel berkali2..hehehe..Amik kooo..kan dah kena! Insya ALLAH mudahan Al Quran itu sentiasa bersama-sama diriku!)


tak leh tahan bantai gelak sakan bahasa yang di gunakan dalam penceritaan beliau..bila time part ayat kelakau rasa nak terburai perut ketawa..Bila time sedih mak aiii sedih yang amat macam nak terkeluar biji mata hehehe...Rugi sapa tak baca!


Miraney Dania..apakah pendapat kamu? Roslinda M shariff bila mahu datang amik novel-novel aku ni?hehehe




Tengku Aqilah seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisyam, untuk memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih sayang bapanya, Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka kerana pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagian dalam hidupnya?. Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya?. Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?.

Wednesday, February 22, 2012

Tempat Wuduk Baru


Assalammualaikum...

Di luar Pintu King Abdul Aziz, jika anda ingin mengambil wudhu bagi jemaah lelaki sudah di sediakan tempat wuduk yang baru... Alhamdulillah segalanya untuk Jemaah..Kemudahan untuk Jemaah...

Itupun secara tak sengaja ternampak tempat wudhu tersebut kerana en suami nak ke tandas bawah mengambil wudhu, tetiba ternampak beberapa jemaah lelaki mengambil wudhu di situ. Alhamdulillah senang kan...

Tuesday, February 21, 2012

Umrah 19 dan 20 Feb 2012

Assalammualaikum..

Setelah hampir dua bulan tak ke Mekah kami mengambil keputusan ke Mekah untuk Umrah bersama-sama keluarga Haji Hussin dan Haji Yudi.. Seronok sungguh pergi ramai-ramai dan kami memilih destinasi hotel kali ini di Le Meridian Tower dekat Kudai parking...Duduk ramai-ramai dalam bilik suite 2 bedroom ala-ala manja gituuu beramah mesra hehehe..next time kita planning lagi kawan-kawan. Alhamdulillah pengangkutan di sediakan pergi balik ke Masjidil Haram..Teruja anak-anak naik bas..hehehe

Di samping tujuan utama nak jumpa nek saudara n mak pak saudara saya..Alhamdulillah ketemu juga! tapi lupa tang nak snap-snap gambo bersama-sama...hehehe. Meh layan gambo jek eh...















Thursday, February 2, 2012

Hujan Emas di Negeri Orang...Ujan Yanbu mcmana pulak???

Hah inilah ghupanya tanah depan rumah kami lepas hujan. Gambo ni di snap oleh En.Suami...hehehe
Ni memang lokasi utama bila nak snap gambo. Dan di dalam tembok nilah aku n anak-anak duduk hehehe
Ni takde keje dari celah jeriji tingkap pun aku nak amik!! hehehehe

Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah..1 Feb 2012(Rabu) ALLAH berikan Hujan di bumi Yanbu, Arab Saudi. Seronok memang seronok...terkejar-kejar ke luar nak ambil gambo hujan...hehehe

Lain-lain cete dan gambo meh tgk sini

Jadikan kisah juga kerana hujan Yanbu Elite International School sekolah separuh hari jek..sebab hujan terlalu lebat dan air da mula bertakung..kelas masing-masing sudah basah maka sekolah hari semalam di batalkan..

Berdoa di waktu hujan adalah satu doa yang mustajab..Ambil peluang yang sedia ada untuk saya berdoa...

Terima Kasih Ya ALLAH kerana membasahi bumi ini.

Wednesday, February 1, 2012

3 minggu di rantaun akhirnya "ia" pulang dengan penuh kesayuan

Tu dia Daun kesum, bunga kantan, daun kunyit,ikan kering, ikan pekasammmm..Jadik pekasammm sudah semuanyaaa...hehehe

Taraaaa..ini dia..bukan ni aje tau ada 20 keping lagi kikiki sape2 takde belacan leh hello2 saya k..hehehe ikhlas dari hati!




Assalammualaikum..


Hah..tajuk ala2 manja gitu..kakaka..masih ingat lagi tak cete lepas pasal satu kotak kami yang hilang, kikikiki.. Akhirnya semalam pihak pengurusan lapangan terbang Yanbu menelefon suh dtg amik kotak..


Aisey dalam hati."camna la ghupanya kotak aku..mesti berulat sebab ada ikan pekasam ngan ikan masin sekali dalam tu...


Bila dapat jek kotak tgk2 cik abang da kerut-kerut hidung..hehehe.."bau belacan awak..."hehehe


Cakap pada en.suami, "takutnya ma nak buka kotak tu takut ada ulat!


Balik-balik rumah en.suami memulakan operasinya. Alhamdulillah B.E.L.A.C.A.N ma ok! hahahaha itu yang paling utama dan penting.. Segala-galanya mesti ada belacan.


So dua tiga hari ni kita post pasal belacan k! huahuahua. I senyum sampai ke telinga U! Gara-gara kotak merantau sesat ke Riyadh apa kesssss??? Apa-apa pun Alhamdulillah!

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...