halwa telinga

Saturday, May 26, 2012

Abah kata JOGGING!

Assalammualaikum semua..

Harini saya beransur sihat..Alhamdulillah..hampir 10biji ubat sehari saya kena telan..naik loya tekak saya yang semamangnya penakut nak makan ubat ni...Kalau minggu sudah saya macam orang berpantang actually pantang makan idaklah pantang rehat jugaklaa..makan saya balun jugak..patutnya saya harus ingat akan pemakanan bila dah tumpah darah camni..tapi semua makanan saya balun..mama saya takde agaknye jadi saya pulun semua...hahahaha

Suami saya kata gilah rajinkan diri jogging kalau tak nak jogging jalan jek keliling rumah pepagi..Dan untuk pertama kalinya setelah hampir 4 tahun mendiami kediaman ini syaa berjalan anak kat bawah kakakakaka..kelakau! Sambil-sambil nunggu van dina datang amik, dapatlah setengah jam..berpeluhhh koooooooooo...tapi pastu naik atas pulun nasi goreng plakkk adehhhh camna tu????

Esok saya usaha lagi k..dan tahan nafsu makan membuak2 sok...nape????nape???tak leh kontrol makan ni???lemak da bertimbun menyerang..camna nak nyahkannye..Suami dok pulun beli pelbagai buah..ehh saya makannnn..org da sedia belikan,membazir tak makan..Tuk orang sakit kata suami saya hahahaha...

Mudahan ujian minggu depan akan baik-baik aja dan takde keputusan yang merunsingkan..Amin..

Minggu ni abah janji kalau sihat nak ke Mekah tunaikan Umrah..dah 3bulan tak berulang alik di Safa  Marwah..berikan aku kesihatan yang baik Ya ALLAH untuk menghabiskan pergerjaan Umrahku nanti...Sayuppp mandang Safa Marwah tu...Camanala Siti Hajar dulu-dulukan..jauhlah juga mencari air tuk Nabi Ibrahim...Kuat betul Siti Hajar

"BERIKAN AKU KEKEBALAN KEIMANAN UNTUK HADAPI UJIAN-UJIAN MU YA ALLAH"

Thursday, May 24, 2012

Noorma pergi jua akhirnya..

Assalammualaikum semua..

Takziah kami lafazkan untuk Talib sekeluarga..walau hanya mengikuti perkembangan Allahyarhamah isterinya Noorma di alam maya dan beliau tidak mengenali saya...Ini adalah yang terbaik buat Arwah..Dia insan yang kuat berjuang sepanjang hidupnya..

Ikuti perjalanan,kekuatan dan segalanya di blog ini.

Al-Fatihah...

Semoga di tempatkan di kalangan yang beriman...

Wednesday, May 23, 2012

PCO Mengancam Kesuburan Wanita Malaysia


Assalammualaikum semua...adehhhh da dua minggu menanggung masalah ni..kalini benar-benar teruk...pendarahan yang banyak dan rasa macam baru lepas bersalin...ujian darah dan dua kali ultra sound akhirnya hari ni keputusannya PCO...ALLAH...Gemuk doktor kata..memang gemuk pun doktor..nak kena senaman laaa...harini dua tambahan ubat lagi tuk hentikan pendarahan yang melampau ni..ate da macam orang baru pas banak..azabnyeee...Mula-mula tengok darah macam orang gugur.takut...nangis dan nangis dan nangis lagi..."Ya ALLAH berikan aku kekebalan keimanan untuk hadapi ujian-ujianmu..Jika ujian ini adalah atas dosa-dosaku dahulu aku REDHA YA ALLAH"..hahhh doa tulaaa setiap saat minit masa dan hari den duk baca...Mudahan saya sembuh sepenuhnya kelak...
Mahu nambah lagi ahli keluarga tapi lum ada rezeki kena hadapi masalah PCO dulu...tanganinya Insya ALLAH mudahan ada rezeki kelak ya hubby..

Terima Kasih buat yang mendoakan..Faiezah tqvm jaga aku sepanjang dua hari aku lepak rumahmu..betul-betul macam orang baru pas bersalin ko jaga aku...hehehe makasih banyak jasamu ku kenang...


Jom baca sikit apa tu PCO dan leh juga baca di sini dan kat sini juga ada infonye.
´Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.
Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.
Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.
TANDA-TANDA PENYAKIT PCO
1. Tidak Subur atau Mandul

Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin - masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.

2. Haid Tidak Teratur

Tanda yang biasa bagi pesakit PCO ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3. Gemuk

Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan

Wanita yang mengidap penyakit POC akan mengalami haid yang sangat sedikit - hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.

5. Tumbuh Rambut

Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut - juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit POC ini.

PUNCA PENYAKIT POC
Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH - tinggi, hormon estrongen - tinggi, hormon progesterone - rendah, hormon progesterone - rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.
Penyakit PCO juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCO. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCO.
TUJUAN RAWATAN
Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.
ANTARA RAWATAN PCO
1. Mengawal Kegemukan (Obesity)

Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik.

2. Meningkatkan Kesuburan Wanita

Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti:

a. Ubat subur Clomiphene

Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.

b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin

Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.

c. Ubat Metformine

Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan.

3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´

Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.



Copyright ©2009 www.yadim.com.my on Thursday, March 19, 2009

‘Polycystic Ovary’ (PCO) Mengancam Kesuburan Wanita Malaysia

Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH


Wednesday, May 16, 2012

"Selamat Hari Guru"

Assalammualaikum semua..

16 Mei dah yek..kalau dulu time sekolah berusaha nak bagi hadiah ke cikgu-cikgu walau sebatang pen..hehehe..

Dulu mama suh jadik cikgu taknak plak aye..aye gie ujian bertulis tu aye main bulat jek jawapan-jawapan yang salah. Maafkan Along mama! hehehe Aye takde jiwa pendidik..walau Moyang Aki aye dulu seorang cikgu. Ramai juga mak sedara sepupu papat jadi cikgu tapi aye tak minat! 

Tapi bila tengok ramai geng-geng jadi cikgu, jadi pensyarah aye rasa RUGI nya aye...hahaha..Bukan kah itu perjalanan ketentuan dari ALLAH..Astaghrafirullah...Aye bersyukur kerana aye bukan saje cikgu cikgi kat rumah ni..segala macam jenis tittle perkejaan leh aye sandang kikiki.

So dari ikhlas hati nurani aye ni..Selamat Hari Guru buat bekas cikgu-cikgu aye di Sekolah Kebangsaan Lereh, Sekolah Menengah Seri Tanjung ( ini sekolah di mana hatiku telah terpaut pada si dia kakakakaka), Sekolah Menengah Klebang Besar..(ate katne sekolah-sekolah ni..Melaka Bandaraya Bersejarah Bumi Hang Tuah ye kawan-kawan).tak lupa pada pensyarah aye di Uitm,Jengka Pahang dan Uitm Lendu Melaka. Maka Selamat hari pendidik..Terima Kasih atas Ilmu yang dicurahkan sehingga aye berjaya menjadi seorang Ibu sepenuhmasa yang berjaya..hehehe Teruskan bakti semua sehingga pencen. (Wah pencen sok leh round the world laaa..hehehe)

Buat sahabat-sahabat aye yang bergelar cikgu dan pensyarah..tahniah kerana dipilih menjadi pendidik anak bangsa..Mudahan ilmu yang kalian curahkan berkat dan memberikan pahala kelak sebagai bekalan. Ikhlaskan hati ok! Ejal...Selamat Hari Mendidik..Boleh Gituuu...hehehe..

 Ni cikgu kesayangan kami semua..Pak Min..Sekolah Menengah Klebang Besar,Melaka
Yang ni pula mak usu saya..Cikgu kat Sekolah Menengah Chukai Kemaman dan Pak Usu saya Pensyarah di TATI,Terengganu..Selamat Hari Pendidik yek...Yang depan tu jangan memain hehehe dia tahu kontrol stereng Kapal jek..Kapten Kapal Haji Jaffar!hehehehe

Nape tak tukau jadi Selamat Hari Pendidik! lagu yang tercipta pun sebut Guru...adakah aye salah Guru,cikgu merangkumi semua pendidik baik di sekolah rendah,menengah,institusi pengajian tinggi..emmmm aye perlukan jawapanlah.

Thursday, May 10, 2012

Doakan Abah selalu

Assalammualaikum..

Hari baca berita  tentang letupan loji pemprosesan gas di Paka,Terengganu. Takziah kepada keluarga yang telah pergi dan pada yang cedera mudah-mudahan ALLAH berikan kesembuhan buat mereka. Pada yang bekerja terutama suami saya juga Mudah-mudahan ALLAH memberikan perlindungan dan menjagai keselamatan abang di tempat kerja juga.

Kerja syarikat minyak apa saja boleh berlaku...Saya selalu pesan Dina, doakan abah di tempat keje..keje abah walau duduk saja tapi bahayanya mempertaruhkan nyawa..Kakak,adik dan mama tahu nak itu ini jek kikikiki abah keje dia saja yang tahu...( Ajal dan maut di tangan ALLAH )


Kami selalu memdoakan keselamatan abah k..Semoga abah berada dalam perlindungan ALLAH di mana juga abah berada. Kami sayang Abah...

Rasulullah s.a.w bersabda : "...dan ketahuilah olehmu bahawa apa yang menimpamu belum tentu kerana kesalahanmu dan akibat dari kesalahanmu itu belum tentu menimpamu"

Wednesday, May 9, 2012

Disia-siakannya Umur

Assalammualaikum semua..

Hari ini saya ingin berkongsi pembacaan saya tentang Umur...Bukan nama orang dak Omar tapi Umur..yakni Usia..Age..atau bila orang nanye "How Old Are You?"kehkehkeh dan yang kita beri jawapan tulah UMUR..18 ke 22 ke 50 ke..ngeh ngeh ngeh..

Semua sedia maklum,sesuatu yang hilang itu sudah pasti tidak dapat diganti. Hilang satu ganti seribu. Satu pergi seribu yang datang (Cehwah!mahu dibambu ni!)Tetapi bagaimana dengan umur kita yang pergi beredar meninggalkan kita. Boleh ke kita berpatah balik atau mencari gantinya. Sesungguhnya nikmat umur yang ALLAH berikan hanya sekali sahaja,ianya tidak akan berulang kembali. Umur yang berlalu tetaplah berlalu. Maka sia-sialah sekiranya kita tidak manfaatkannya.

Apa yang telah lalu itu telah musnah dan apa yang diangan-angankan itu masih ghaib
dan engkau memiliki waktu di mana engkau berada di dalamnya

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

 Rindunya dah 3 bulan tak gie...Itu juga hikmah..baru 3 bulan bagaimana yang menunggu bertahun-tahun nak ke sini..Aku patut bersyukur selalu..ALHAMDULILLAH..
"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan ( apakah tidak ) datang kepada kamu pemberi peringatan maka rasakanlah (azab Kami ) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun"

                                                                                                                                (Fathir : 37)

Allah bertanya, "Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi." Mereka menjawab : "Kami tinggal ( di bumi ) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung."

                                                                                                              (Al-Mukminun ;112-113)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

"Kamu tidak tinggal (di bumi ) melainkan sebentar saja,kalau kamu sesungguhnya mengetahui. Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja ) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami. Maka Maha Tinggi ALLAH, Raja Yang Sebenarnya tidak ada Tuhan ( yang berhak disembah selain Dia, Rabb (yang mempunyai) 'Arsy yang mulia."
                                                                                                             (Al-Mukminun : 114-116)

Rasulullah s.a.w bersabda : " Ada dua kenikmatan yang dilupakan kebanyakan orang, iaitu kesihatan dan waktu terluang."

Perkara terbesar yang mensia-siankan umur adalah kemaksiatan. Apa yang sangat dicari oleh orang-orang soleh yang terdahulu adalah umur. Apabila umur telah pergi pada kemaksiatan maka hilanglah dunia dan akhiratnya. Hanya kepada ALLAH lah kita mohon perlindungan.

Orang-orang soleh etrdahulu sangat berhati-hati dengan perkara-perkara yang mubah kerana takut terjatuh pada sesuatu yang makruh. Sedangkan kita, tidak hanya melakukan mubah saja,tetapi juga yang maksiat. Hanya kepada ALLAH lah kita memohon agar kita dapat bertaubat.

Dikatakan kepada Kanzun Ibnu Mabrah : " Duduklah bersama kami untuk bercakap-cakap." Dia menjawab : "Tahanlah matahari." Maksudnya,matahari datang dan pergi. Sedangkan umur terus berlalu dan hilang.

Kita datang dan pergi untuk keperluan kita
dan keperluan orang yang hidup tidak akan habis
Dia mati bersama orang yang memerlukannya dan tinggallah keperluannya yang tersisa
Yang kecil menjadi besar yang besar menjadi musnah
waktu makan,siang datang,waktu makan malam berlalu
Apabila malam hari menutup siangnya
maka setelah itu datanglah siang yang telah hilang

Wednesday, May 2, 2012

Sentiasa memikirkan kurnia ALLAH

Assalammualaikum semua...


 Miniaturk,Istanbul Turki. Indahnya Ciptaan ALLAH..Jauh perjalanan luas pengalaman..Luas lagi kena kumpul ongkosnya huahuahua

Hari ke 3 kami ke Miniaturk..replika bangunan dan tempat yg perlu di lawati bila ke Turki. Nak ke Miniaturk ada mencabar sikit...dah naik tram kena plak naik busnya..Ni kira jauh ke pedalaman sikitlaaa..tapi enjoy..turun naik bukit nak nyampai sana hehehe...cuaca pagi itu amatlah sejukkkk..


Anas Ibn Malik r.a berkata "Dhamam Ibn Tsa'labah datang menemui Rasullah yang sedang duduk membelakangi kita. Dia bersabda : " Dimanakah Ibnu Abdul Muthalib?" Dan kami menjawab ; " Itulah dia,lelaki yang putih bersih dan menawan untuk di pandang. "Maka dia melangkah kepadanya dan bertanya : "Wahai Ibnu Abdul Muthalib?"

Rasulullah menjawab : "Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan!"

Dhamam bertanya : " Siapakah yang meninggikan langit?"

Rasulullah menjawab : " ALLAH "


Dhamam bertanya lagi : " Siapakah yang menghamparkan bumi?"

Rasulullah menjawab : " ALLAH "

Dhamam bertanya lagi : " Siapakah yang menegakkan gunung-ganang?"

Rasulullah menjawab : " ALLAH "

Dhamam bertanya : " Saya bertanya kepadamu siapakah yang meninggikan langit, menghamparkan bumi dan menegakkan gunung ganang. Apakah ALLAH mengutus kamu kepada kami sebagai Rasul?"

Rasulullah menjawab : " Ya benar."

Dia bertanya lagi : " Saya bertanya kepadamu siapakah yang meninggikan langit, menghamparkan bumi dan menegakkan gunung-gunung. Apakah ALLAH memerintahkanmu untuk memerintahkan kami agar mendirikan solat lima waktu?"

Rasulullah menjawab : "Ya benar."

Lalu dia berkata : " Saya bersaksi tidak ada Tuhan selain ALLAH dan engkau adalah Rasul-NYA. Demi ALLAH, saya tidak akan menambah dan mengurangkan apa yang saya dengar. Saya adalah Dhamam Ibn Tsa'labah, saudara Bani Saad Ibn Bakar."

Setelah dia pergi, Rasulullah s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang senang melihat penduduk syurga, maka lihatlah orang itu."

Segala sesuatu menunjukkan kepada ALLAH,langit, air,sinar,gunung,hujan,batu,manusia semuanya mengatakan bahawa di sana ada Tuhan.

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...