halwa telinga

Tuesday, May 28, 2013

Snack View! Paghis

Assalammualaikum semua...

Laaaahaiii mode M da mariiii...PC br pulih dr sakit..kalau tak mmg tak berupdate...Layan dulu dari Lensa "KAMI" untuk pandangan dari mata hati...hehehehe yang biasa2 aje...Paghis I'M in LOVE! ( Nanti saya kasi cete detail k)


 Disney Dream..penutup di malam hari...diadakan sempena sambutan 20tahun anibersary disney...10malam=magrib di Paris...omak aiiii 9lebih masih cerah,jenuh nak tgu maghrib...hehehehe

 Finally we are here...dulu berangan-angan tak sudah...akhirnya dapat juga jejak walau tak dapat naik itu menara...fully booked arrr...next time ada rejeki ke???
Itu dua budak manyak syok...3hari di Disneyland Paris...Semua diorg terjah main kecuali roller coaster yang leh buat jantung jatuh!!hehehehe...Diorg benar-benar enjoy...terima kasih buat babah for 3hari Pakej di Disneyland. Harga Pakej 3hari offer sama dengan harga dua hari..so kata abah baik kita amik 3hari kalau harga da sama ngan dua hari...Enjoy!!

Harga Tiket sehari di Dua Park - 74 euro adult / 66 euro Enfant & Child
Harga tiket dua hari di dua park - 139 euro adult / 126 euro enfant & Child
Harga Tiket 3 hari dia dua park - 169 euro adult / 156 auro enfant & Child
** tapi sebabkan tengah anibersary so harga tiket dua hari sama dengan 3 hari di kasi offer maaaa...

Kami juga memilih hotel Adagio city aparthotel yang hanya 10minit naiki bas yg disediakan untuk ke Disneyland...senang dan mudah malah siap masak-masak segala bagai,Hotel pun cantik..siap kitchen nak masak pun mode rajin jekk..(betul tak Noor Hidayah Solihin???hehehehe)

So kedian saya update detail k...

Monday, May 20, 2013

Siri Penceritaan 6 - Zaanse Schans

Assalammualaikum..

Tak habis-habis lagi cete ko ni kayrah???hahahahaha Sabolaaaa sikit-sikit kasi referesh...Ini baru Belanda belum Phagis lagi...Hahaha geli hati kita bila mana ada yang bersuara " Orang kaya bolehlah gie melancong!!"...Adeh haiii...Alhamdulillah sebutan kaya itu berulang kali buat kami,maka kayalah kami dengan wang di dunia ni..tapi saya berharap bukan kaya wang ringgit dunia tapi doakanlah kaya dengan ilmu akhirat yang bakal menjadi bekal kami kelak untuk ke SYURGA! 

Rezeki Allah beri nilah dapat kami merencanakan percutiaan kami..Alhamdulillah!

Meh sambung cerita dari Lensa Kami...

Kami ke Central Station Amsterdam pagi tu...Beli tiket keretapi kat kaunter pastu terus tunggu keretapi yang akan membawa kami ke Zaanse Schans

Zaanse Schans ni adalah satu perkampungan tradisional lama dimana terdapat kincir-kincir angin lama di situ. dan masih berfungsi ok.Berdekatan dengan Sungai Zaan pemandangannya Masya ALLAH amat cantik sekali. Terdapat kilang kecil yang mempamerkan terompah-terompah kayu unik Holland yang kalerful tu..lawa-lawa gak.Diorang akan tunjukkan cara pembuatannya sekali...Terdapat juga kilang keju dan boleh lah sapa yg berminat nak tengok macamana keju di buat bolehlaa singgah...

Dari Amsterdam Central Station ke Zaanse Schans 45minit perjalanan menaiki train. Terdapat 3 perhentiaan 1. Amsterdam Sloterdijk 2. Zaandam 3. Koog-Zaandjik. So turunlah pada hentian ke 3. Lepas tu bermula laaa perjalanan by KAKI hehehe tapi sebabkan pemandangan yang cantik maka tak rasalaa penatnye hehehehe..

Meh Layan dari Lensa "KAMI"


 Tiket berharga euro 6.30 pegi balik
 Hentian di sini lepas tu jalanla kaki sebab da bermula laaa pemandangan yg cantik...Maka nak balik pun kena ke sini semula k!nak naik train balik semula ke Amsterdam.
 Windmill
 Tu diaaa..luasnyeee kawasan nak berjalan








 Kilang terompah kayu...lehla lihat cara pembuatannya nanti..Pastu leh kan terlupa nak beli satu kikiki atau mungkin sebab da set kat mind MAHAL!hahahahaha takle shaye beli huahuahuahua

Ni permulaan perkampungan Zaanse Schans...leh amik pamplet kat sini tuk tengok map k

Saturday, May 18, 2013

Siri Penceritaan ke 5 - Central Station Amsterdam

Assalammualaikum semua..

Emmm balik dari Keukenhof kami bercadang nak berjalan-jalan ke area Central Station yang menempatkan laluan keretapi sebagai servey-servey untuk rancangan esok hari untuk ke Zaanse Schans iaitu satu perkampungan lama yang banyak terdapat kincir angin. Oleh kerana waktu Maghrib sekitar jam 8 malam maka kami punya sedikit waktu lagi untuk servey sebelum gelap hahahahaha....

Turun Bas di depan Hotel Bema, kami menanti tram no 5 untuk ke Central Station...Jangan risau ada disediakan maklumat dan no tram di papan-papan yang disediakan...Layan dari Lensa "KAMI" buat semua...

 Papan-papan tanda disediakan untuk pemahaman bagi para pelancong macam kami!huahuahauhua
 Mercu tanda I Amsterdam di tengah bandar...ada dua mercu I amsterdam ni satu di Airport Schipol dan satu lagi di tengah bandar Amsterdam. Orang punyalaa ramai yg nak bergambau, macam kat Festivel Flower Yanbu plak rasanye hahahahaha...semua tertumpu kat situ jek...

 Dah jumpa Amsterdam Central Station..Bangunan yg macam gereja tulaa Central Station..Esok kami akan nai keretapi di sini...


Abah ajak singgah Hard Rock Cafe Amsterdam...

So untuk hari ke dua di Amsterdam selesai dengan jayanya..Alhamdulillah...

Friday, May 17, 2013

Siri Penceritaan ke 4 - Taman Tulip Keukenhof, Holland

Assalammualaikum semua..

Baru punya kesempatan untuk update siri penceritaan berkelana kami...

1/5/2013 kami mengambil peluang ke Taman Tulip Keukenhof..Hari ke dua di Holland...bangun awal tuk menunaikan solat subuh..Pastikan anda check timetable waktu solat di Holland. Alhamdulillah usai sarapan pagi kami bergerak ke destinasi...

Macam biasa menunggu bas 197 untuk ke Lapangan Terbang Schipol semula...


Sampai di Airport Schipol terus ke bahagian belakang Airport untuk sama-sama beratur menaiki bas bernombor 858..Perjalanan mengambil masa 30-35minit...

Keukenhof Garden adalah Taman Tulip yang mengandungi tidak kurang drp 4.5 million tulip dalam 100 varieties.Taman yg terbesar di dunia lebih 70 ekar kira-kira 32 hektar jugalaa dipenuhi bunga-bunga dari tulip,daffodils,gladioli,narcissi dan banyak lagi..siapa pengkaji bunga dah tentulah tahu nama-nama diorg ni hehehehe...Terletak di luar Amsterdam, boleh dilawati dengan mudah baik menaiki keretapi,kereta dan juga bas macam kami!hehehehe.Keukenhof Garden hanya di buka pada  musim bunga, iaitu 8 miggu dalam setahun itupun apabila tulip mula berbunga..Bermula pada 20 Mac sehingga 20 Mei sahaja....Harus terjah!!

Rasa sungguh keluasannya nasib baik laaa ada disediakan stroller untuk anak dengan cagaran 15 euro huhuhuhu...

Setelah mengambil stroller kami memulakan penjajahan pemandangan hehehe..Maka meh layan Dari Lensa KAMI di Keukenhof,Belanda.....
























Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...