halwa telinga

Saturday, August 23, 2008

Madinah...

Alhamdulillah akhirnya suami tersayang menjejak kan kaki ke Madinah... Rasa terharu dan tidak dapat di lafazkan dengan kata-kata. Bersyukur juga dapat memasuki Raudhah. Moga kami di beri kesempatan kelak bersama suami untuk ke sana...Insya ALLAH.




Alhamdulillah...




Alhamdulillah,akhirnya abah jejak juga Madinah



Suamiku merehatkan diri



Abah dengan jubah arabnya

Thursday, August 21, 2008

Tinggal Sayang, Tinggal lah Kasih...



Pose dari Yanbu...


Salam, da sebulan lebih tak update blog dah bersarang dah pun blog nie...Mas dan kak za da best kat sana..baru dapat baca perkembangan terkini diaorg..seronok naaa.....hehehehhe. Internet baru semalam baik sejak transfer dari Ganu last month..sampai hubby da jejak Arab seminggu, baru dapat tatap wajah dia...

Sejak balik duduk kampung bulan 7 lalu dok terperap kat Umah di samping menghabiskan masa ngan hubby yang telah pun berangkat pada 13hb Ogos lepas..macam drama airmata eikkk bang....(kekekke)...kena peluk tak bagi abang pergi...(sedangkan aku tengok bini2 orang lain tak pun merah2 mata menangis laki nak pergi, tapi tak tahula kan diorang tahan juga). Itula nama nya pengorbanan dalam membentuk ikatan kekuargaan yang bahagia. Airmata dalam seminggu nie memang kerap mengalir tapi kadang-kadang ku tahan juga jebatttttt!!!! hehehehehe.Paling aku sedih bila Dina mula bertanya abah dan satu pagi yang heningggg(cehwah!!) dina cakap "manalah abah nie dia tak rindu Dina ke?" Alahaiiii gugur air mata aku....kekkekeek ( Al-maklum mama dina nie sensitif, ye tak abah???)

Diam tak diam baby dalam perut pun da 4 bulan...moga membesar dengan sihat dalam rahim nie...menjadi seorang anak yang beriman kelak...boleh tengok abah next year.

Abah pula da tentula seronok jumpa Z... dan Z pula da tentu tak sabar nak amik Milah dan Mia raya nie yek.

kena sambung lagi nanti...layan dina jap...


Monday, July 7, 2008

Di Mana kan Ku Cari Ganti!

Dalam aku tengok cerita "Ibu Mertuaku" tetiba perasaan jadi sayu bila lagu " Di Mana kan Ku Cari Ganti " berkumandang. Sayu pula hati...serta merta terbayang muka arwah abah Raman bin Adil...Kehilangan abah masa usia ku 14 tahun masih aku ingat. Sampai sekarang kerinduan ini tak pernah padam. Sampaikan aku simpan angan agar bila aku jejak je depan kaabah aku akan ketemu sesorang yang mirip arwah. Arwah abah punya adik kembar yang seiras Rahim bin Adil. Semoga arwah abah di tempatkan dikalangan orang yang beriman...Aminnnn.

Di Mana kan Ku Cari Ganti!

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

Dalam aku menangis teresak-esak Dina datang, "Ma nape? Nape sedih nie...Sakit?" kekekeke berlari Dina amik Minyak Cap Kapak. Kadang-kadang kalau aku loya dan mabuk dia mesti kata kejap ma eh,berlari amik kan aku asam...hehehhehe..Betapa bertuah memiliki anak yang memahami, betapa bertuah nya aku menjadi ibu dan pasti orang-orang tua selalu berkata "Sejuk perut Ibu ngandungkan ko!" hehehehe.

Syukur dalam kehilangan ALLAH kurniakan anugerah dan amanah ini. Hanya titipan doa buat yang telah pergi.

Thursday, July 3, 2008

Visa da siap!!!

Berita kehilangan Su dikejutkan pula dengan panggilan dari Thinkplus yang mengatakan Visa tuk ke Yanbu da pun siap. Di jangka pergi pada pertengahan Julai. tapi suami meminta di tangguhkan dahulu penerbangan kerana masih ingin menguruskan beberapa urusan termasuk kebajikan mak dan abah mentua.

Akhirnya kata putus di buat suami akan berangkat ke Yanbu pada akhir Ogos kelak. Maka aku dan Dina akan mula bersedia mental dan fizikal. Akhirnya doa kami di kabulkan Tuhan untuk berhijrah WALAUPUN dugaan yang berat perlu di tempuhi terlebih dahulu. Jika ALLAH mengatakan " Kun Fa Ya Kun- maka jadila ia".

Moga selepas ini ALLAH mempermudahkan urusan suami di sana. Dugaan ini memang berat tapi yang perlu kami hadapi ialah dengan terus berdoa kepada ALLAH. Semua ini telah di tentukan,Redhala...ALLAH akan terus mendengar doa kami,kerana hanya pada DIA kami perlu memohon tiada yang lain. DIA Maha Mendengar, DIA Maha Pengampun....

Hadapilah Dengan Redha!

Agak lama aku tak update blog nie. Al-maklum aku balik ke Kampung di Melaka. Menghadapi dugaan dan ujian hidup dari ALLAH Yang Maha Esa. Tanggal 26 Jun yang lalu adik ipar ku Suriaty Bt Abdullah telah kembali ke Rahmatullah jam 6.20petang akibat pendarahan otak. 12 hari selepas kematian anakanda puteranya yang meninggal di dalam kandungan.

Pagi 14hb ( Sabtu ) setelah mendapat khabar dari Kamal, suami arwah Suria tentang kematian puteranya kami masih belum membuat keputusan untuk pulang ke kampung atau tidak sementalah suami ada pula perlawanan bola sepak pagi tersebut. Tengahari suami kembali dengan kelam kabut menyuruh aku packing apa yang patut untuk pulang ke kampung kerana Suria koma dan di masukkan ke dalam ICU... Tuhanberita ini sungguh memeranjatkan. Lewat jam 2 kami bertolak dari Paka ke Melaka tanpa menjamah makanan pagi mahupun tengahari. Jam 9 malam baru la kami tiba di rumah mama ku dan suami meninggalkan aku dan dina di rumah mama untuk terus ke hospital. Pelbagai kemungkinan yang doktor beri sepanjang arwah berada di ICu, ketumbuhan rahimla, usus bengkak la dan yang paling tak ada jawapan yang pasti hingga ke hari ini ialah kenapa baby boleh meninggal sedangkan sepanjang arwah mengandung dia dan baby di sahkan sihat. Arwah mendapatkan rawatan di 3 klinik malah semuanya ok.

Sepanjang kepulangan kami, kamal suami arwah,mak mentuaku dan Kamal suamiku tido di spital. Hari Isnin 16hb barula suami membawa ku melawat arwah. terpaksa bergilir-gilir memasuki ICU.Mak mentua ku kalau da masuk tak akan keluar2 sehinggalah waktu melawat tamat. Aku yang melihat arwah menangis teresak2 dan tak hirau nurse2 di situ..Kesiannya aku tengok!! Dengan segala macam wayar berselirat, wayar di mulut wajah yang bengkak memungkinan siapa yang melihat pasti akan menangis melihatnya. Bayangkan dia yang ceria, kecoh tetiba terlantar sakit di hospital. Sepanjang 11 hari dia koma tak ada apa yang boleh kami simpulkan melainkan hanya berdoa. Tanggal 23hb arwah tersedar dari koma dan mula beransur-ansur baik dan di pindahkan kembali ke labor room tempat kes nya bermula. Malah aku dapat berbual dengan arwah melalui telefon kerana hanya mak dan suami arwah sahaja di benarkan masuk.

"Kak Nor amikla baju2 anak orang tue nanti yek.." ayat tuela yang paling aku ingat.Pesanan terakhir arwah. Suara dia begitu ceria malah dia kata orang da sihat dah...

Petang 25hb dikejutkan sms dari suami mengatakan suria tetiba tak sedarkan diri. Kata mak arwah ada bagitau yang dia ada jatuh katil jam 5 pagi. tapi mengikut laporan doktor tiada retak pada otaknya cuma berlaku pendarahan yang mula banyak. Sedangkan sebelum ini doktor ada mengatakan yang meraka tertanya-tanya ke mana hilangnya darah arwah sebanyak 2 pain. jadi mereka membuat kemungkinan kehilangan disebabkan pendarahan otak arwah. 26hb doktor kata arwah da tiada harapan kerana otak da tak berfungsi cuma pernafasan masih bergantung pada oksigen dan doktor membuat keputusan akan membuka oksigen pada jam 4 petang dan kami dikehendaki bersedia. Semua ahli keluarga di panggil da kami beramai-ramai membaca yassin. Rasa bersyukur kerana ahli keluarga arwah mentua Suria adalah dikalangan Ustaz dan Ustazah dan melihatkan sifat kekeluargaan mereka merasakan arwah sungguh bertuah berada di kalangan ahli keluarga itu.
Jam 4 petang kami sepakat untuk meneruskan lagi bantuan pernafasan buat Su...Kami masih lagi cuba beriktiar walau tahu akan hakikatnya. Jam 6.20 petang Su menghembuskan nafas yang terakhir. Paling aku terharu melihatkan Kamal suami Su mengucup dahi arwah terlalu kerap... Airmata janganla dikira naik bengkak mata Kamal. Kami semua redha dengan pemergian arwah. Abah mentua terduduk lesu dan sememangnya abah yang ada penyakit lemah jantung terus sesak nafas. Suria anak bongsu yang di gantung harap oleh abah dan mak telah pergi terlbih dahulu mengadap Ilahi. Sepanjang hayat arwah dialah yang menguruskan hal mak dan abah. Maini dengan kerjanya dan kamariah pula masih belajar. Dan kami berada jauh di Pantai Timur. Moga roh arwah ditempatkan dikalangan yang beriman. Dan aku masih tertanya-tanya adakah arwah di golong dalam kalangan orang yang mati syahid kerana dia tak sempat berjuang untuk melahirkan anak tetapi anak telah meninggal dalam perut terlebih dahulu dan dia terus koma.

Al-fatihah buat arwah Suriaty bt Abdullah, 23 tahun.

Saturday, June 14, 2008

Berita Sedih Dari Kampung!


Pagi ini kami suami isteri dikejutkan dengan berita kematian anak buah kami...Adik bongsu suami kami yang sememangnya sedang menanti hari akan kelahiran cahaya mata pertama,anaknya telah meninggal dunia di dalam kandungan. Ya ALLAH,betapa tekejut nya kami. Sememangnya kelahiran ini di nanti-nantikan. Kebetulan semalam adik ipar ku Suriati ada menghantar sms memberitahu yang dia da mula sakit-sakit perut macam nak buang air besar. Aku memberitahunya agar melihat kekerapan kesakitannya itu dan mungkin sudah masa dia nak bersalin dan memberitahu jangan meneran kerana waktu itu dia di tempat kerja.

Malam tadi jam 10 malam aku sms suria lagi..."macamana su?ada kat mana?" tapi tiada balasan. Tetiba di kejutkan dengan sms dari birasku mengatakan "Salam bang,anak kami meninggal dalam kandungan jam 5 pagi tadi semasa Suria cuba melahirkan" Sedih kami bukan kepalang...benar-benar terkejut akan berita ini. Suami telefon mak di kampung rupanya mak ikut sekali meneman suria yang sebenarnya sakit nak melahirkan.

Ada cerita di sebalik rasa kesedihan ini, sebelum aku di sahkan hamil...aku da beri semua baju2 dina, stroller,walker,katil baby kepada Suria kerana menjangkakan aku akan hamil agak lewat memandangkan usaha kami masih belum berhasil.Jadi aku pinjamkan semuanya pada dia. Kira sistem ikut giliranla siapa yang mengandung dulu. Kebetulan masa mengandung Dina aku di sahkan akan mendapat anak lelaki jadi habis segala keperluan baby ku belikan tuk anak lelaki, tapi yalahkan kuasa ALLAH akhirnya aku lahirkan anak perempuan iaitu NUR DINA UMAIRAH. kebetulan juga Suria dijangka melahirkan anak lelaki.

Balik kampung akhir Mei lalu,aku tengok kandungan Suria memang besar. malah da ke bawah. ramai orang tua berkata "ko ni bersalin awal nie Suria,perut da ke bawah sangat dah nie".Ikutkan due dia akan bersalin 10 Julai nanti tapi aku memang kerap berkata yang dia akan bersalin awal.

Kami masih lagi menunggu cerita yang sebenar dari kampung. Aku harap Su benar-benar tabah. Suami berulang kali berkata 'Abang risaukan Suria,harap2 dia kuatla'. Dia memang tak sabar2 menanti kelahiran anaknya. Sering sangat sms aku bagitau nak tengok muka anak. ALLAH....

Yalah,bak kata orang da takda rezeki yang penting kita tahu anak itu nantila yang akan menolong ibu dan bapanya di akhirat kelak. Moga Suria dan Suami tabah menghadapi dugaan dari ALLAH ini.

Baru dapat berita dari suami suria, Doktor sendiri pun terkejut kenapa anak nya boleh meninggal dalam kandungan kata kamal ( suami Su nama kamal juga hehehehe ).Suria baru sahaja selamat melahirkan dan saat ini sedang di jahit. Kamal menangis menelefon suami ku, Suria apatah lagi. Harap mereka kuat!

Monday, June 2, 2008

Dina Bakal Dapat Adik!

Alhamdulillah....

Syukur bagi kami suami isteri. Akhirnya penantian kami untuk menimbang cahaya mata kedua di makbulkan Tuhan. Terima Kasih pada Untie Kiah yang bersusah payah mendoakan aku di Hijr Ismail dan di tanah Suci khasnye...Akhirnya aku mengandung! Suami tersenyum gembira..Dina pula da mula gelar dirinya KAKAK DINA..tergelak aku...hampir dua tahun kami berusaha akhirnya mungkin berkat suami nak ke Yanbu maka ALLAH kurniakan anugerah berganda buat kami...Syukur Tuhan...Harapan aku agar kandungan kali ini akan berjalan lancar,sihat dan selamat semuanya tanpa suami menemani aku kelak.

Tak sangka pula kunjungan aku ke klinik Dr Iddruss hanya sekadar nak amik ubat haid sebab aku fikir haid aku lewat sebab bulan lepas begitu juga...Tiap2 bulan buat UPT hasilnye negative jadi cuma bulan lepas jek aku lewat 3 minggu so aku pk da ngandung rupenye tidak..Doktor bekalkan ubat haid...tu yg aku fikir bulan nie pun sama jugak...Test2 doktor menjerit...ehhh awak mengandung!!! Ya ALLAH betapa aku syukur..gembira..sampai dua klinik suami bawa untuk mengesahkan kehamilan. Doktor siap kate kalau kita bersabar,besabar dan terus bersabar akan tetap ada rezeki buat kita..Ya! Yang penting doa kita pada TUHAN.

ALLAH menangis kesyukuran aku. Ini pun masih tak percaya lagi nie..kekekekek..sebab aku tak rasa apa2 perubahan pun malah alahan macam masa mengandungkan dina. Da 8 minggu maka due date aku 12 januari 2009...Syukur Tuhan...Syukur...Malah aku memang dah lama bernazar jadi aku akan tunaikan....

Buat kawan-kawan doakan kesejahteraan aku dan baby yang ku kandung nie...Buat kawan-kawan doakan aku kuatkan hati, doakan aku dan baby sentiasa sihat dan selamat.

TERIMA KASIH TUHAN..TERIMA KASIH ATAS ANUGERAH YANG TAK TERHINGGA INI!
AKU AKAN JAGA AMANAH YANG KAU BERIKAN SEBAIK MUNGKIN...AKU BUKAN IBU YANG TERBAIK..TAPI AKU AKAN CUBA JADI IBU YANG BAIK BUAT ANAK-ANAK AKU KELAK.


Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...