halwa telinga

Sunday, August 31, 2008

Umrah...Satu pengalaman Yang Indah!














Hanya suami sahaja yang dapat melahirkan kata-kata beliau bila pertama kali menjejakkan kaki ke Tanh Suci...Jadi Erah cuma masuk kan aje gambo-gambo dia di sana.

Friday, August 29, 2008

Sekadar Ilmu

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri..
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya
,
2. isterinya
,
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya
.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja
:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya
.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki
, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Saturday, August 23, 2008

Madinah...

Alhamdulillah akhirnya suami tersayang menjejak kan kaki ke Madinah... Rasa terharu dan tidak dapat di lafazkan dengan kata-kata. Bersyukur juga dapat memasuki Raudhah. Moga kami di beri kesempatan kelak bersama suami untuk ke sana...Insya ALLAH.




Alhamdulillah...




Alhamdulillah,akhirnya abah jejak juga Madinah



Suamiku merehatkan diri



Abah dengan jubah arabnya

Thursday, August 21, 2008

Tinggal Sayang, Tinggal lah Kasih...



Pose dari Yanbu...


Salam, da sebulan lebih tak update blog dah bersarang dah pun blog nie...Mas dan kak za da best kat sana..baru dapat baca perkembangan terkini diaorg..seronok naaa.....hehehehhe. Internet baru semalam baik sejak transfer dari Ganu last month..sampai hubby da jejak Arab seminggu, baru dapat tatap wajah dia...

Sejak balik duduk kampung bulan 7 lalu dok terperap kat Umah di samping menghabiskan masa ngan hubby yang telah pun berangkat pada 13hb Ogos lepas..macam drama airmata eikkk bang....(kekekke)...kena peluk tak bagi abang pergi...(sedangkan aku tengok bini2 orang lain tak pun merah2 mata menangis laki nak pergi, tapi tak tahula kan diorang tahan juga). Itula nama nya pengorbanan dalam membentuk ikatan kekuargaan yang bahagia. Airmata dalam seminggu nie memang kerap mengalir tapi kadang-kadang ku tahan juga jebatttttt!!!! hehehehehe.Paling aku sedih bila Dina mula bertanya abah dan satu pagi yang heningggg(cehwah!!) dina cakap "manalah abah nie dia tak rindu Dina ke?" Alahaiiii gugur air mata aku....kekkekeek ( Al-maklum mama dina nie sensitif, ye tak abah???)

Diam tak diam baby dalam perut pun da 4 bulan...moga membesar dengan sihat dalam rahim nie...menjadi seorang anak yang beriman kelak...boleh tengok abah next year.

Abah pula da tentula seronok jumpa Z... dan Z pula da tentu tak sabar nak amik Milah dan Mia raya nie yek.

kena sambung lagi nanti...layan dina jap...


Monday, July 7, 2008

Di Mana kan Ku Cari Ganti!

Dalam aku tengok cerita "Ibu Mertuaku" tetiba perasaan jadi sayu bila lagu " Di Mana kan Ku Cari Ganti " berkumandang. Sayu pula hati...serta merta terbayang muka arwah abah Raman bin Adil...Kehilangan abah masa usia ku 14 tahun masih aku ingat. Sampai sekarang kerinduan ini tak pernah padam. Sampaikan aku simpan angan agar bila aku jejak je depan kaabah aku akan ketemu sesorang yang mirip arwah. Arwah abah punya adik kembar yang seiras Rahim bin Adil. Semoga arwah abah di tempatkan dikalangan orang yang beriman...Aminnnn.

Di Mana kan Ku Cari Ganti!

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

Dalam aku menangis teresak-esak Dina datang, "Ma nape? Nape sedih nie...Sakit?" kekekeke berlari Dina amik Minyak Cap Kapak. Kadang-kadang kalau aku loya dan mabuk dia mesti kata kejap ma eh,berlari amik kan aku asam...hehehhehe..Betapa bertuah memiliki anak yang memahami, betapa bertuah nya aku menjadi ibu dan pasti orang-orang tua selalu berkata "Sejuk perut Ibu ngandungkan ko!" hehehehe.

Syukur dalam kehilangan ALLAH kurniakan anugerah dan amanah ini. Hanya titipan doa buat yang telah pergi.

Thursday, July 3, 2008

Visa da siap!!!

Berita kehilangan Su dikejutkan pula dengan panggilan dari Thinkplus yang mengatakan Visa tuk ke Yanbu da pun siap. Di jangka pergi pada pertengahan Julai. tapi suami meminta di tangguhkan dahulu penerbangan kerana masih ingin menguruskan beberapa urusan termasuk kebajikan mak dan abah mentua.

Akhirnya kata putus di buat suami akan berangkat ke Yanbu pada akhir Ogos kelak. Maka aku dan Dina akan mula bersedia mental dan fizikal. Akhirnya doa kami di kabulkan Tuhan untuk berhijrah WALAUPUN dugaan yang berat perlu di tempuhi terlebih dahulu. Jika ALLAH mengatakan " Kun Fa Ya Kun- maka jadila ia".

Moga selepas ini ALLAH mempermudahkan urusan suami di sana. Dugaan ini memang berat tapi yang perlu kami hadapi ialah dengan terus berdoa kepada ALLAH. Semua ini telah di tentukan,Redhala...ALLAH akan terus mendengar doa kami,kerana hanya pada DIA kami perlu memohon tiada yang lain. DIA Maha Mendengar, DIA Maha Pengampun....

Hadapilah Dengan Redha!

Agak lama aku tak update blog nie. Al-maklum aku balik ke Kampung di Melaka. Menghadapi dugaan dan ujian hidup dari ALLAH Yang Maha Esa. Tanggal 26 Jun yang lalu adik ipar ku Suriaty Bt Abdullah telah kembali ke Rahmatullah jam 6.20petang akibat pendarahan otak. 12 hari selepas kematian anakanda puteranya yang meninggal di dalam kandungan.

Pagi 14hb ( Sabtu ) setelah mendapat khabar dari Kamal, suami arwah Suria tentang kematian puteranya kami masih belum membuat keputusan untuk pulang ke kampung atau tidak sementalah suami ada pula perlawanan bola sepak pagi tersebut. Tengahari suami kembali dengan kelam kabut menyuruh aku packing apa yang patut untuk pulang ke kampung kerana Suria koma dan di masukkan ke dalam ICU... Tuhanberita ini sungguh memeranjatkan. Lewat jam 2 kami bertolak dari Paka ke Melaka tanpa menjamah makanan pagi mahupun tengahari. Jam 9 malam baru la kami tiba di rumah mama ku dan suami meninggalkan aku dan dina di rumah mama untuk terus ke hospital. Pelbagai kemungkinan yang doktor beri sepanjang arwah berada di ICu, ketumbuhan rahimla, usus bengkak la dan yang paling tak ada jawapan yang pasti hingga ke hari ini ialah kenapa baby boleh meninggal sedangkan sepanjang arwah mengandung dia dan baby di sahkan sihat. Arwah mendapatkan rawatan di 3 klinik malah semuanya ok.

Sepanjang kepulangan kami, kamal suami arwah,mak mentuaku dan Kamal suamiku tido di spital. Hari Isnin 16hb barula suami membawa ku melawat arwah. terpaksa bergilir-gilir memasuki ICU.Mak mentua ku kalau da masuk tak akan keluar2 sehinggalah waktu melawat tamat. Aku yang melihat arwah menangis teresak2 dan tak hirau nurse2 di situ..Kesiannya aku tengok!! Dengan segala macam wayar berselirat, wayar di mulut wajah yang bengkak memungkinan siapa yang melihat pasti akan menangis melihatnya. Bayangkan dia yang ceria, kecoh tetiba terlantar sakit di hospital. Sepanjang 11 hari dia koma tak ada apa yang boleh kami simpulkan melainkan hanya berdoa. Tanggal 23hb arwah tersedar dari koma dan mula beransur-ansur baik dan di pindahkan kembali ke labor room tempat kes nya bermula. Malah aku dapat berbual dengan arwah melalui telefon kerana hanya mak dan suami arwah sahaja di benarkan masuk.

"Kak Nor amikla baju2 anak orang tue nanti yek.." ayat tuela yang paling aku ingat.Pesanan terakhir arwah. Suara dia begitu ceria malah dia kata orang da sihat dah...

Petang 25hb dikejutkan sms dari suami mengatakan suria tetiba tak sedarkan diri. Kata mak arwah ada bagitau yang dia ada jatuh katil jam 5 pagi. tapi mengikut laporan doktor tiada retak pada otaknya cuma berlaku pendarahan yang mula banyak. Sedangkan sebelum ini doktor ada mengatakan yang meraka tertanya-tanya ke mana hilangnya darah arwah sebanyak 2 pain. jadi mereka membuat kemungkinan kehilangan disebabkan pendarahan otak arwah. 26hb doktor kata arwah da tiada harapan kerana otak da tak berfungsi cuma pernafasan masih bergantung pada oksigen dan doktor membuat keputusan akan membuka oksigen pada jam 4 petang dan kami dikehendaki bersedia. Semua ahli keluarga di panggil da kami beramai-ramai membaca yassin. Rasa bersyukur kerana ahli keluarga arwah mentua Suria adalah dikalangan Ustaz dan Ustazah dan melihatkan sifat kekeluargaan mereka merasakan arwah sungguh bertuah berada di kalangan ahli keluarga itu.
Jam 4 petang kami sepakat untuk meneruskan lagi bantuan pernafasan buat Su...Kami masih lagi cuba beriktiar walau tahu akan hakikatnya. Jam 6.20 petang Su menghembuskan nafas yang terakhir. Paling aku terharu melihatkan Kamal suami Su mengucup dahi arwah terlalu kerap... Airmata janganla dikira naik bengkak mata Kamal. Kami semua redha dengan pemergian arwah. Abah mentua terduduk lesu dan sememangnya abah yang ada penyakit lemah jantung terus sesak nafas. Suria anak bongsu yang di gantung harap oleh abah dan mak telah pergi terlbih dahulu mengadap Ilahi. Sepanjang hayat arwah dialah yang menguruskan hal mak dan abah. Maini dengan kerjanya dan kamariah pula masih belajar. Dan kami berada jauh di Pantai Timur. Moga roh arwah ditempatkan dikalangan yang beriman. Dan aku masih tertanya-tanya adakah arwah di golong dalam kalangan orang yang mati syahid kerana dia tak sempat berjuang untuk melahirkan anak tetapi anak telah meninggal dalam perut terlebih dahulu dan dia terus koma.

Al-fatihah buat arwah Suriaty bt Abdullah, 23 tahun.

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...