Mukjizat di sebalik BISMILLAH
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR
ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.'
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu
menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH
tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata
pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke
arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh
binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH
dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga
neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: 'Sesiapa yang
ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH
19 kali setiap hari.'
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya. .'
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan
kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan
orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim
serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca
halwa telinga
Saturday, March 21, 2009
Thursday, March 12, 2009
Tak Lama lagi daa..Yeh!yeh!Abah balik..
( 2 Bulan da ni!,usia saya )Tak Lama lg..segalanya akan bermula..kami akan ke Yanbu..huhuhu..JIKA segala urusan di permudah..Ujian pertama dah lepas..TQ tu kakak Fadzilah kakak Haji Ghaz di JPN,Putrajaya..Nanti cete yek nape..(Padahal bini2 di Yanbu da tahu..huhuhu)SEgalanya Ujian dari ALLAH S.W.T...
Tak Lama lagi abah akan balik tengok THAQIF..Thaqif tunggu abah yek!
Saturday, March 7, 2009
Pelbagai Fesyen Tudung kat Malaysia nie!

Salam...
Harinie nak cete pasal tudung. Sejak Ekin isteri si Mawi ( Sapa lg kalau bukan Anak jati Felda Taib Andak tu,bintang AF3) mempopularkan tudungnya maka berlambak-lambakla stok tudung Ekin tu keluar di pasaran dan yang pasti aku jugala salah seorang pengemar tudung dia..huhuhuhu.
Sekarang nie kuarla pulak tudung terbaru tudung fareeda..alahaiii lawa bangat tp kat Yanbu boleh ke pakai colorful nye tudung..huhuhu kalau tak caya korang tengok gambo2 kat bawah nie...(rasa cam nak beli arrrr!!!) Layannnn : http://www.fareeda.com.my/

Sunday, February 22, 2009
Apakah itu Sawan?
Apakah itu sawan?
Sawan adalah akibat dari ledakan elektrik di otak diluar kawalan yg mengakibatkan
-> kekejangan otot
-> mata terbeliak
-> mulut berbuih
-> kancing gigi
-> tidak sedar diri
Sawan demam ialah
-> sawan yg berlaku apabila suhu melebihi 38 degree C
-> ia biasanya berlaku pada hari pertama atau kedua demam
-> lingkungan umur ialah antara 6 bulan hingga 6 thn
Sebab2 sawan demam
Demam terlalu tinggi, kebanyakkan berpunca dari
-> jangkitan bahagian atas saluran pernafasan
-> atau jangktan telinga (otitis media) dan lain2
Bolehkah sawan demam berulang?
Ya. 30% sawan demam oleh berulang
Apakah sawan demam boleh mengakibatkan kecacatan otak?
Tidak. Kecuali apabila sawan berlaku melebihi 15 minit
Adakah ia keturunan?
Ya. Sekiranya terdapat ahli keluarga yg pernah mengalami sawan demam semasa kecil, risikonya adalah tinggi.
Adakah ia boleh mengakibatkan epilepsy?
hanya segelintir kanak2 yg mendapat sawan demam berulang2 dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsy.
Bagaimana hendak mengenali sawan demam
-> badan terasa panas
-> badan dan kaki tegang
-> kaki dan tangan bergoncang tanpa ransangan
-> terjatuh tidak sedar diri
-> mulut berbuih
-> terbuang air kecil
Apa yg harus dilakukan ketika demam
-> lakukan madi berjelum
-> tanggalkam pakaian, pakaikan baju yg nipis sahaja
-> berikan ubat paracetamol sbgmana yg diarahkan
-> berikan minum banyak air
-> pasangkan kipas atau berikan peredaran udara yg baik.
Ketika sawan
-> anda harus bertenang
-> mengiringkan anak anda
-> jauhkan brg2 yg merbahaya disekitarnya.
-> jgn letakkan apa2 didlm mulut
-> jgn tinggalkan anak sendirian
-> sekiranya serangan sawan melebihi dari 5 minit, bawa ke pusat rawatan
Mandi berjelum
Sekiranya bayi anak anda demam melebihi 37 degree C,
-> rehatkan anak anda di tempat peredaran udara yang baik
-> pakaikan pakaian yg nipis
-> beri minum 'plain water' yg berlebihan
-> beri ubat demam mengikut arahan
-> mula mandi berjelum jika suhu badan melebihi 38 degree C
Mandi berjelum,
-> Lap seluruh badan dgn air suam
-> buat selama 15 - 20 minit
-> tujuan : utk menurunkan suhu badan
alat2 mandi berjelum
-> Besin berisi air suam
-> jangka suhu badan
-> 1 helai tuala kecil
-> 1 helai tuala mandi
Tatacara
-> baringkan anak ditempat yg selamat dan selesa
-> tanggalkan pakaian
-> Alaskan tilam
-> basahkan tuala kecil
- perahkan tuala kecil
- lap di dahi
- kedua2 celah ketiak
- kedua2 celah peha
-> teruskan tatacara selama 15 - 20 minit
-> periksa suhu badan selepas tatacara
PERHATIAN
-> hentikan tatacara jika anak anda:
- kesejukan
- menggigil
- kulit kebiruan
sekiranya berlaku, pakai kan pakaian dgn segera. jika suhu masih 38 degree C, segera jumpa doctor.

Friday, February 20, 2009
Cerita Anak Lagi!

Disebabkan dah tambah anak maka cerita pun berkisar anak jek la sekarang nie. Anaklah segala-galanya. Anak menangis ke, sakit sikit je dah mula risau sampaikan nyamuk pun kena marah sebab gigit anak-anak aku. hehehe maaf la nyamuk yek,bagai menatang minyak yang penuh anak-anak nie.Bersengkang mata malam-malam hari menjaga anak-anak. Moga anak-anak akan menjadi anak yang solehah dan juga soleh harapan mama dan abah di hari mendatang. Anak-anak amanah ALLAH buat semua. Banyak yang di doakan buat anak-anak oleh abah dan mama,segalanya hendak yang terbaik buat anak-anak. Moga anak-anak membesar dengan sihat dan bijak di depan mata mama dan abah.
Saturday, February 14, 2009
Segalanya sudah berubah!
Salam...
Kenapa Tajuk Kali ni "Segalanya sudah berubah?"hehehe sebabnya yang pasti dan hakiki aku da punya dua orang cahayamata penyeri hidup aku di kala sunyi,cehwah! Alamak nanti ramai la akan kata jiwang nyeee...hehehe. Alhamdulillah da punya sepasang cahayamata sekarang nie dan dah tentula segala aktiviti hidup aku pun 100% berubah terus...orang kata sangat mencabar ooo..lum lg tambah 3-4 orang eik. Dua nie pun aku da mula tak menang tangan. Yang kecik minta belaian yang besar minta perhatian.hehehe..Tapi sebenarnya aku puas dengan ini semua. Kerana Thaqif aku kuat, Kerana Thaqif aku gagahkan diri mengharungi kesunyian di kala suami di kejauhan. Segala-galanya sebab THAQIF!
Bila lahirnya Thaqif aku da mula fikir cukupla dua. hehehe..Saat nak menghadapi perjuangan untuk melahirkan,aku jadi amat takut nak menghadapinya lagi. Sinaran lampu dalam bilik bedah tu masih aku ingat dan terbayang-bayang.
Begitula eik perjuangan seorang wanita yang akan bergelar ibu untuk melahirkan zuriat sang suami buat penyambung kelak. Aku fikir biarla segala pengalaman ini aku jadikan kenangan yang abadi. Amat dan terlalu berharga ooo...
Buat teman-teman yang mendoakan, aku ucapkan jutaan terima kasih dan buat tatapan semua aku persembahkan pengarang jantung hati ku yang terbaru! MUHAMMAD THAQIF AKHILL ( gara-gara minat giler ngan Ustaz Akhill Hayy yang cute tu,maka aku letak nama tu pada hero aku ). Yang pasti tak pula Akhill aku nie putih melepak cam Akhill Hayy, ni Akhill Kamruzzaman daaa...jadi kulitnya ikut abahnya la jugak ye tak?
Disamping itu buat teman-teman doakan la pula urusan aku dan anak-anak ke Saudi di permudahkan walaupun sebenarnya ada cerita yang aku ingin kongsi tentang penghijrahan kami,tapi biarla segalanya aku pendamkan dulu sehingga urusan itu memberikan aku berita gembira kelak. Bila da ada berita gembira tu maka akan ku kabarkan apa cerita duka di sebalik urusan kami nak ke sana...

Thursday, January 22, 2009
Muhammad Thaqif Akhill Bin Kamaruzzaman

Salam...
Selamat sudah melahirkan seorang hero pujaan kekeke MUHAMMAD THAQIF AKHILL BIN KAMARUZZAMAN ( Yang Terpuji, Yang Bijak dan Mudah Faham, Yang Berakal )..10 Januari 2009, Jam 9.00pg secara pembedahan di Putra Specialist Hospital,Melaka. Berat Baby : 2.85kg.
( Gambo atas masa Day 1 )..Lain-lain gambo akan di update kedian ye...
Subscribe to:
Posts (Atom)