halwa telinga

Friday, June 11, 2010

Cawan Dunia dah pun bermula...

Salam..menarik juga pembukaan tadi..Cawan dunia di Afrika Selatan...Kalau dulu sebab Cik Abang ku ini pemain harapan dan terbaik Melaka...aku pun turut sama pergi Padang menyokong...dari zaman sekolah hinggalah zaman Cik Abang di Optimal...huhuhu...sekarang no more tendang bola...hehehe..dah Bersara!

So selama sebulan juga aktiviti kat rumah ni dok ngadap TV tengok perlawanan bola...anak dara pula nak tengok kartun, Mama lak nak tengok drama kat TV1 atau TV2...hehehe..tapi sebab ingin menyatakan sokongan kami pada Abah untuk Piala Dunia ni...kami beri abah peluang hehehe 4 tahun sekali sahaja ye tak bah?

Hari ni prlawanan pertama Afrika Selatan menentang Mexico...(TV tgh kejap2 no signal ni kakakakaka sabo Bah ehhhh...)


Madinah Al Munawwarah 9 Jun - 11 Jun 2010




Salam

Macam biasa bila weekand jek akan jejak Mekah atau Madinah. Oleh kerana minggu lepas dah ke Mekah, minggu ni ke Madinah pula..Perjalanan dua jam selepas bada' Asar...still lagi panas menyengat huhuhu..Biasalah bila weekand Khamis dan Jumaat maka penuhlah Masjid Nabawi di tambah dengan kedatangan umat islam dari seluruh pelosok dunia menunaikan Umrah musim panas...Memang sesak!!! Alhamdulillah kesyukuran yg amat sangat kerana masih di beri peluang keemasan ini...

Tuesday, June 8, 2010

Selamat Hari Lahir,Bang..



7 Jun 2010..

Semoga perlangkahan usia abang di berkati, diberikan kesihatan yang baik pada tubuh badan, dimurahkan rezeki, diberikan ilmu yang bermanfaat..berjaya dunia akhirat..

Kami sayang abah!

Friday, June 4, 2010

Cuti 2 hari ke Makkah (31May-2Jun)

Salam..

Emmm da sebulan tak g buat Umrah sejak Mum datang last month.So kami decide 2hari abah cuti kami ke Mekah. Bertolak malam hari dan sampai di Mekah tika subuh...Selesai Umrah jam 8 pagi. Alhamdulillah walau sedang ramai dan cuaca yang mula panas.





Selamat Hari Lahir, "Yang"...



2 JUN 1985...

Dapat seorang adik lelaki yang arwah abah namakan MOHD ADAM BIN RAMAN dan yang kami panggil AYANG, telah pun melangkah ke usia 25tahun, 2010 ini.

Tahniah along ucapkan...Moga berkat umur, murah rezeki, diberi kesihatan tubuh badan yang baik, diberi ilmu yg bermanfaat..berjaya dunia dan akhirat.. Dan semoga cepat kahwin! huhuhu...

Sunday, April 18, 2010

Selamat Melayari dunia Rumahtangga Dayah & Selamat Bertunang Su!




Salam,

Walau da hampir 3 bulan Mak Yon ( dayah,sepupuku ) menjalankan tanggungjawab sebagai isteri tapi aku tetap nak coretkan sedikit kata-kata buat dia dan suami...Tahniah kerana melaksanakan syariat tersebut. Moga berkekalan hingga ke syurga.

Buat Su..Moga perjalanan dan perlangkahan sepupu aku yang seorang ni akan berakhir, kelak sehingga ke alam rumah tangga.. Selamat bertunang su..Alhamdulillah dapat juga kami menghadirkan diri majlisnya walau balik dalam keadaan emergency...Tahniah buat Pak din dan Makcik semoga cepat menerima menantu...

3 tarikh kenangan yg memberikan kenangan dan peringatan


Salam..

Alhamdulillah tanggal 30 March 2010,aku melangkah ke usia 31tahun dengan penuh rasa kesyukuran yang terhingga kepada ALLAH yg memberikan aku peluang dari segi umur, dari segi keinsafan akan kelalaian dahulu yang mempengaruhi sikap,kehidupan, peribadi dan sebagainya...Penuh bererti bila tahun ini aku menyambutnya di Tanah Suci dan berpeluang menunaikan Umrah lagi...Seperti Umrah-umrah yg lalu, semuanya amat bermakna dalam hidup ku ini..Terima Kasih Ya ALLAH semoga cahaya keimanan akan terus menyelubungi diriku, semoga bertambahnya Ilmu dalam kehidupanku, semoga KAU menganugerahi juga kesihatan pada tubuh badan dan juga memberikan aku rezeki lagi si sini.

31 march 2010 pula menjadi satu titik peringatan akan pengertian AJAL dan MAUT adalah di tangan ALLAH. Tarikh ini di mana kembalinya arwah bapa mertua ku Allahyarham Abdullah bin Mobil. Pemergian abah kami hadapi dengan Redha...Walaupun kepulangan kami ke Tanahair hanya Pusara yang dapat di lawati,tapi kami puas dan redha..

1 April 2010, genap pula 17tahun pemergian arwah abahku, Allahyarham Raman bin Adil. Pada usia yang muda dan kanak-kanak, aku dan adik-adik kehilangan kasih sayang abah yang sememangnya amat kami perlukan waktu itu. Mengharapkan sepenuhnya bantuan, sokongan dan kasih sayang dr Mama yg telah bersusah payah membesarkan kami untuk terus berjaya dalam kehidupan.

Sesungguhnya 3 tarikh ini akan terus memberikan kenangan dan peringatan dalam kehidupan.

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...