halwa telinga

Sunday, November 21, 2010

Kenangan itu akan kami simpan..Hajj 1431H(2010)




Salam...

Alhamdulillah 7hari memperhambakan diri yang kerdil ini pada Maha Pencipta..Penuh dengan keinsafan, keseronokan, keterujaan...semua rasa bercampur baur. Alhamdulillah semua ALLAH permudahkan buat diri ini dan suami, malah Allah berikan rahmat dan menyaksikan keajaiban. Syukur menjadi yang terpilih...Alhamdulillah.Bukan "GELARAN" yang kami mahukan tetapi KEAMPONAN DAN MENYEMPURNAKAN RUKUN ISLAM KE 5 KAMI...

13 Nov 2010 bersamaan 7 Zulhijah 1431H

Persiapan mental pagi itu adalah untuk meninggalkan dua anak yang tak pernah lagi berpisah dengan kami. Penuh keterharuan yang amat sangat menatap wajah anak-anak. Pesanan yang seawal sebulan di luahkan setiap hari diulang lagi pagi itu.

"Kakak, tolong mama jaga adik...

"Kakak, Aqif mama dan abah nak mengerjakan Haji di Mekah..Seminggu je kita berpisah, kuatkan hati dan semangat.

Tiap kali pesanan di luahkan di tubirmata mesti ada air jernih yang mengalir.Pagi yang hening tu, Dina sampai melutut di kaki ni memegang betis dan peha menangis bersama-sama. Tapi kerana doa sudah lama kami pohonkan kepada ALLAH agar keselamatan anak-anak terpelihara dan dikuatkan hati mereka, kami redha dan pergi dengan senyuman dan keterharuan.

Kala bas bergerak meninggalkan Miqat Juhfah, dan laungan Talbiah bergema di dalam bas kami naiki.. Hati meruntun sayu,bila mana pengertian Talbiah tu bermain2 di tubir mata dan hati..

"Aku sambut seruan MU Ya ALLAH...tangisan ini bukan di buat-buat tapi lahir dari lubuk hati yang penuh mengharapkan keamponan dan penerimaan serta mengharap agar dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH s.w.t

Alhamdulillah ALLAH permudahkan hari pertama kami dengan penuh syukur dan nikmat yang tak terhingga menyelesaikan Tawaf Qudum dan saie Haji..Seronok! itu yg dapat diluahkan...

8 Zulhijah 1431H bersamaan 14 November 2010

Dikenali sebagai Hari Tarwiyah maka masa dihabiskan dengan berehat dan ditambah amalan-amalan berzikir dan mengaji Al-Quran di bumi Mina. Khemah Alhamdulillah menempatkan kami semua beramai-ramai. Keperluan asas semuanya cukup malah berlebih-lebih.

9 Zulhijah 1431H bersamaan 15 November 2010

Hari yang dinantikan.. Hari Arafah! Doa yang dikarang yang tebalnya hanya aku dan ALLAH yang tahu apa terkandung akan aku luahkan pada hari ini...

Subuh menginjak berangkat kami ke Arafah penuh dengan debaran di tambah dengan insiden kecil dalam bas no 2...hehehehe...kenangan tu Miraney Dania. hehehe. Bumi Arafah menjadi saksi tangisan kami ni. Menjadi manusia yang kerdil di mata ALLAH.. mulut tak lepas dengan zikir, zikir, zikir dan ayat suci. Sudahnya menyaksikan sedikit keajaiban di Arafah, Alhamdulillah..Rasa masa tidak cukup buat diriku untuk meluahkan segalanya...Di sini aku sedar ALLAH itu maha mendengar, Maha mengetahui..Aku berdoa yang memakbulkan hanya ALLAH jua...Bumi ARafah kami tinggalkan dengan kesayuan. Kalau di beri peluang lagi tidak mungkin akan aku lepaskan peluang emas dan berharga ini.

Kami menuju ke Mudzalifah untuk bermalam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

10 Zulhijah 1431H bersamaan 16 November 2010

Usai Subuh dan menunggu waktu Dhuha, aku dan suami bergerak ke Jamrah.. Penuh ketenangan.. Ya! hari ini penuh ketenangan. Walau ada yang terhalang di belakang dek kerana di nasihatkan tidak pergi melontar pagi itu. Tapi langkahan kami terusan tenang..melalui terowong Muassem, terpandang bangunan Jamrah. Melontar Jamrah Aqabah dengan tenang di depan kolah..Alhamdulillah dipermudahkan urusan ini, maka doa dipanjatkan selepas melontar. Bertahalul awal lah kami berdua maka terlepaslah 10 larangan ihram daripada 13larangan. Apalagi saat yang di tunggu2 bila sampai khemah ialah mencuci rambut...hehehehe...legaaaaaaaaa...hehehehe.

11 Zulhijah 1431H bersamaan 17 November 2010

Jam 1 tghmalam aku suami, kak zah dan suami, zai dan suami serta amanah kami kak Ros dan kak Sarniah yang bagai ibu kami, berjalan kaki ke Mekah. Jam 330pagi kami sampai di Mekah untuk melakukan tawaf Ifadahah... melakukan tawaf di dataran kaabah penuh dengan debaran tapi Alhamdulillah dipermudahkan selesai azan subuh pengerjaan Tawaf kami selesai dengan satu kepuasaan makan sudah bertahalul thanilah kami..terlepas dari semua larangan ihram.

Jam 10pagi selesai pula kami melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari tasrik 11 Zulhijah.

Satu keajaiban juga petang itu ALLAH berikan, aku berpeluang untuk menyaksikan di dada langit. Syukran Ya ALLAH!

Juga ALLAH berikan kami hujan rahmat kalau kata penduduk-penduduk di Mina dan Mekah. pada petang hari selepas Maghrib bumi Mekah dan Mina di basahi Hujan. Zikir dan doa menjadi amalan kami sepanjang penyaksian Rahmat ALLAH itu.. Tidak kurang juga hati ini merasa kerdil dan betapa banyak nya dosa-dosa yang kami lakukan. Tapi ALLAH tetap permudahkan segalanya buat kami.

12 Zulhijah

Aku dan suami serta beberapa rakan memilih untuk melontar selepas waktu asar. Tika itu di dada langit sang kilat dan petir sudah membelah langit! Hujan bakal turun...Angin sudah mula kencang. Kesudahannya kami di limpahi hujan,malah hujan air batu!kami berlindung di salah sebuah dapur sebuah khemah yang berhampiran...Mereka di situ sungguh seronok menikmati Hujan yang turun. Kata mereka di musim haji tahun lepas juga hujan sebegini. Melihatkan mereka yang teruja mandi sambil bersyampu di bawah pancuran air hujan hati menjadi sejuk dan tersenyum. Begitu sekali penerimaan mereka dengan hujan! Hujan rahmat kata mereka...Bila hujan sudah kembali reda kami meneruskan perjalanan ke Jamrah. Alhamdulillah seperti biasa dipermudahkan ALLAH. Dan perjalanan balik kami ke khemah, ALLAH hadiahkan kami pelangi!! Subhanallah...Maka selesailah lontaran kami pada 12 zulhijah dan esok 13 Zulhijah, kami akan melontar sekali lagi kerana kami memilih untuk nafar thani.rakan-rakan kami yang memilih nafar awal, seramai satu coaster telah pun selamat kembali ke Yanbu!

Malam itu perancangan dibuat, semua jemaah nafar thani dari yanbu akan bergerak ke Jamrah usai solat subuh, dan bas akan membawa kami ke Mekah untuk tawaf wida jam 8.30pagi. Aku dan suami dan 4org rakan yang lain memilih untuk berjalan kaki dari Mina ke Mekah. 4.30pagi kami bergerak ke Jamrah dan menunggu sehingga masuk waktu subuh. Kami solat jemaah di Jamrah. Dan akhirnya kami menyempurnakan lontaran terakhir kami di ketiga-tiga jamrah hari tasrik 13 Zulhijah. Alhamdulillah, maka kami terus ke Kota Suci mekah untuk Tawaf Wida'. Maka hari itu sempurnalah sudah pengerjaan haji kami dengan membawa pelbagai kisah dan cerita. Iktibar dan pedoman..pengajaran dan panduan hidup kelak! jadi berakhirlah pengerjaan haji kami. Sudah tentulah kami pohonkan agar ini bukanlah yang terakhir hendakNYA buat kami nanti.

( Sesungguhnya cerita yang saya catatkan hanyalah sebagai koleksi untuk saya kelak. Sebagai satu catatan kepuasan,keinsafan, kekerdilan saya sebagai manusia biasa yang memang tak lepas dari salah dan silap. Mohon kemaponan daripada MU Ya ALLAH akan luahanku di sini, bukan untuk beriak diri tapi sekadar satu catatan halus yg lahir dari lubuk hati kecil aku ini..Ampunkan aku Ya ALLAH!)

Friday, November 12, 2010

"Kad Jemputan"


Salam...

Tika ini kami suami isteri menanti detik keberangkatan esok hari 13nov 2010 bersamaan 7Zulhijjah 1431H, untuk menuju ke Kota Suci Mekah bagi menyempurnakan Rukun Islam ke 5, iaitu Haji.

Alhamdulillah,"Kad Jemputan" sebagai tetamu telah berada di tangan kami. Harapan kami agar segalanya berjalan lancar, dipermudahkan segala rukun dan wajib haji.

Maaf,maaf dan maaf buat semua yang mengenali kami. Zahir dan Batin! Mohon doakan kami sihat di sana,sihat fizikal dan mental bagi menyempurkan ibadah ini.

"Ya ALLAH, kurniakan kami Haji yang mabrur,saie yang disyukuri, dosa yang diampuni dan amalan salih yang diterima MU"

Sunday, October 31, 2010

Kursus Haji 1431H






(Gambar yang terpamer adalah di atas keizinan Ustaz Mohd Shahir Mohd Yusof)

Salam

Alhamdulillah tanggal 28 Oktober 2010 hari Khamis jam 9 pagi kami telah mengikuti program Kursus Haji untuk bakal-bakal Haji dan Hajjah dari Yanbu. Program yang di anjurkan oleh Umm Al-Qura Profesional Team dari Makkah Al- Mukarramah.

Alhamdulillah kursus yang bermula jam 9pagi hingga 4.30petang ini membolehkan kami menimba dan menambah ilmu tentang pengerjaan haji kelak. Alhamdulillah!

Pasir Berdengunggg





Salam

Terlanjur ke Madinah 29 Oktober singgahlah kat area Badar..bukan apa dek kerana Dina asyik teruja nak main pasir setiap kali ke Madinah, maka singgahlah kejap kat tepi jalan di area Badar tu..emm halus sungguh pasirnye..tenggelam kaki nak mendaki,bagi menampung berat yang dah terlampau ni..hehehe.

Sunday, October 17, 2010

Panggilan Haji Telah Tiba lagi..


Salam...

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ

" Hamba-MU datang menyahut panggilan-MU, Ya ALLAH hambu-MU datang menyahut panggilan-MU,hamba-MU datang menyahut panggilan-MU, TUhan yang tidak ada sekutu bagi-MU,hamba-MU datang menyahut panggilan-MU, sesungguhnya segala pujian,nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-MU tidak ada sekutu bagi-MU"

Dulu-dulu...bila start jek lagu Nasyid..yang intronye camgini..panggilan hajiiiii...telah tiba lagi..menunaikan ibadah..panggilan Baitullah...tanah suci Makkah, Ya Makkah Al Mukarramah...maka tahulah akan aku..perjalanan haji di Malaysia akan bermula bagi jemaah-jemaah di Malaysia. Berapa kali dulu aku dan kaum keluarga ke kompleks haji di kelana jaya menghantar arwah Mak Wan, Tok ayah ke Tanah Suci..last dulu masa mak ucu pun g sekali ngan wan dan tok ayah...masa tu manalah mengerti sangat yang tahu nak berpisah ngan mereka berpeluk berciumlah kami anak-anak dan cucu-cucu ngan mereka.

Suka sangat dulu buka TV tengok berita nak tahu info terkini keadaan semasa mereka-mereka yang terpilih untuk ke Tanah Suci. Bergenang-genang airmata melihat mereka di kaca TV... Bertuahnya mereka kerana terpilih. Ini bukan kerana terpilih sahaja tetapi kerana kemampuan mereka untuk mengerjakan ibadah wajib ni.

Adalah satu keburuntungan buat aku,suami dan anak-anak berada di bumi ini. Siapa sangka percaturan dan perjalanan kehidupan aku yang ALLAH tetapkan semasa dalam perut mama aku, telah tertulis bahawa aku akan kerap menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan juga Masjid Nabawi di Madinah...tapi sehingga bila nikmat itu ALLAH berikan buat aku tidak aku ketahui, yang boleh aku buat hanyalah berdoa akan terus di beri pilihan ini untuk terus di sini.

Berbalik pada Haji tahun ni..Selamat Datang buat bakal-bakal Haji dan Hajjah dr Mesia malah dr seluruh pelosok dunia. Moga perjalanan haji anda semua di permudahkan dengan kehendak-NYA. Mendapat Haji yang Mabrur

Juga tak ketinggalan buat bakal-bakal Haji dan Hajjah dari Yanbu Al- Sinayyah tahun ni..moga segala urusan kita akan di permudahkan kelak.Bersama-sama kita ambil peluang tahun ni..Insya ALLAH.


Panggilan Haji
Panggilan Haji telah tiba lagi,
Menunaikan ibadah panggilan Baitullah,
Tanah suci Makkah,
Ya Makkah Al-Mukarramah.

Malam subuh dan senja..pergi ke Baitullah
Sembahyang berjamaah, tawaf, saei dan umrah..

Terdengar suara.. panggilan bergema..

Tiba masanya kini..Wukuf Haji Arafah,
Terdengar sayup sampai..tasbih, tahmid dan takbir..

Putih, bersih, berseri..bakti pada Ilahi,
Terbayang lah di sini..tempat berhimpun nanti..
Tempat berhimpun nanti..

Dari Padang Arafah lalu ke Muzdaliffah,
Bermalam di Mina melontar tiga Jumrah,
Syarat rukun haji sempurnalah sudah,
Semogalah ibadah haji mabrurrah...

Masjid di Nabawi terletak Makam Rasul,
Taman Raudhah tempat himpun doa,
PadaMu, wahai Junjungan..
Selawat dan salam pohon syafa'at..

Ya Syafa'atullah...

Panggilan Haji telah tiba lagi,
Menunaikan ibadah panggilan Baitullah,
Tanah suci Makkah,
Ya Makkah Al-Mukarramah...

Thursday, October 7, 2010

Lili Buat Najah



Salam

Entry kali ni nak cete pasal Novel yang di baca masa balik Malaysia hari tu.. Pulun Habis segala macam novel yang berada di pasaran dek kerana terlalu banyak yang telah ketinggalan. Tapi dalam banyak-banyak novel aku lebih tertarik dengan novel bertajuk " Lili Buat Najah"...kerana masa zaman sekolah dulu amik kesusasteraan melayu yang nak kena kaji pelbagai sesuatu novel, puisi, novel hikayat dahulu kala dan pelbagai lagi kajian yang menyeluruh sampai dapat A2 dalam SPM 1996( A2 jek tak dapat A1,kalah ngan Wahidah sahabat baik aku) maka minat ni berterusan sampai lah da punya anak ni. Tapi ada sikit pertambahan dan perubahanlah dalam kategori tu iaitu buku-buku keagaamaan juga la..yang kategori ni makin bertambah juga koleksinya...hehehehe...harus ada perubahan kan...

berbalik pada novel LILI BUAT NAJAH,meleleh airmata la juga membaca cerita ni,sampai mertua pun pelik tengok menantu pagi-pagi buta da menangis tahap gaban semata-mata baca novel sedih..(terlalu menjiwai gitu huahuahua)

TQ to Puan Lala...(adik aku lah yang syorkan membacanye)sapa lum baca cubalah cari dan rasa pengalaman orang yang da baca hehehe..sampai mama aku pun dok membaca juga hehehe

Sinopsis Ringkas, selebihnya beli yek nak tahu kesudahan cete ni.Thumps Up untuk penulis novel Nazurah Aishah

Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.

Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah?
Sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!

Thursday, September 30, 2010

Raya dan Majlis Perkahwinan



Salam

Alhamdulillah dapat juga balik raya tahun ni..apa taknya tahun lepas abah tengok mama menangis sambil kacau rendang di dapo bila call keluarga di kampung nak wish hapie raya, so tahun ni abah bawa kami balik raya. Barulah syokkk...hehehe. Raya-raya pun tak kemana-mana sebab dok bergilir balik rumah mama dan mertua hihihi..Maaf lah kat kawan-kawan di Malaysia yang dok tunggu kami datang tapi tetap tak muncul-muncul juga hihihi. Jangan marah-marah panjang usia dan murah rezeki kita jumpa lain kali..huhuhu

Dalam sambut raya mak mertua sambut menantu baru juga...Maka berkunjunglah ke Felda apa kenamanya Miza (nama biras baru aku) hihihi Felda kat Kota tinggi..Petrajaya..So buat Pakcik Syah (fuhhh...tak pernah kami panggil nama pakcik Syah yang kami panggil Pakcik Ke**** hehehehe) SELAMAT PENGANTIN BARU ye...semoga ikatan kalian akan kekal hingga ke syurga..cepat2 bagi Mak cucu...dari dia dok indu cucu kat sini korang hadiahkan buat mak cucu kembar...heheheh..Buat Mak Ngah dan Pak Ngah Dina dan aqif, semoga kalian juga dikurniakan cahayamata kelak...

Juga selain itu 22 september yang lalu maka genaplah anak dara aku 5 tahun..boleh beri lagi seorang adik abah kata..ngeh ngeh ngeh...Alhamdulillah kakak..moga kakak terus sihat, ceria dan bijak.. menjadi anak yang solehah kak...

rasa tak puas balik kampung...bila kenang nak balik Yanbu rasa amatlah sedih ngan letih nak mengadap dak Aqif dalam kapal terbang...merayap tak tentu pasal..balik kalini penuh pak arab n mak arab..cuti-cuti Malaysia lah juga kot...hihihihi..

sekian dulu secara ringkas nanti leh sambungggg...

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...