halwa telinga

Wednesday, March 30, 2011

Usia ini melangkah lagi setahun


30 March 1979-2011

Assalamualaikum kalian...

Alhamdulillah harini aku melangkah lagi setahun usia ni menjadikan aku memiliki angka 32tahun...sudah tua..sekarang membayangkan saat-saat kematian, saat-saat bila kunjungan malaikat pencabut nyawa mendamping diri..Ya Allah..masih banyak yang belum aku lakukan. Masih terlalu kurang dalam amalan,masih banyak yang perlu aku bekalkan buat diri ini sebagai bekalan kelak.mampukah aku?sedangkan aku sendiri tidak tahu bila aku akan di jemput. Moga-moga Allah tetap memberikan aku peluang dan nikmat dalam pelbagai aspek di kehidupan aku di muka bumi ini. Semoga aku sentiasa tidak leka dan alpa dalam pengejaran kehidupan sebagai manusia...Terima kasih Ya ALLAH kerana memberikan aku lagi kenafasan tuk meneruskan kehidupan ini...

Buat mereka yang memberikan ucapan dan doa..aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga..moga doa kalian buat diri aku ini sentiasa diterima Allah..

Sunday, March 27, 2011

Hilang jap rindu kami






Assalammualaikum semua..apa kabar?hehehe. so br update tentang pertemuan kami bersama my mum beserta maklang, adik mum dan MIL bersama maklong dan paklong...Alhamdulillah sihat mereka dalam menjalani ibadah di sini. MIL da pun balik 22hb hrtu,cuma tinggal mama dan maklang jek yg akan pulang pada 28hb ni...mesti tak sabar Pak lang dan anak-anak menunggu umi balik kan kan kan?

Tengok gambo MIL g Istanbul,teringin nak g Istanbul tapi abang ada plan lain tuk ma kan bang kan? kan? kan? plan dari tahun lepas lagi ni, tapi sebab tahun lepas kami ingin menyempurnakan dulu ibadah haji maka tahun ni ma,angkat2 kening nak tanya abang apa macam?jadi tak plan nak g tour tu???hahahaha...(sebab tahu abang akan buka blog kita ni hari-hari maka ma tulis sinilaaaa hahahaha,takdelah mengharap sangat pun cuma suka suki jek ni hihihihi)

berbalik pada kedatangan mak-mak tersayang...moga-moga lepas ni ada rezeki lagi untuk mereka ke sini menunaikan haji pulak.Insya Allah..

Saturday, March 12, 2011

Akan bercuti...

Assalamualaikum semua..

Wahh tajuk macam nak cuti-cuti jauh gitu..hahahaha...maka pada 13hb mac sehingga 24 mac ni kami anak beranak akan bercuti..kemana???hehehe mana lagi ke Madinah dan Mekahlah di atas kunjungan dua insan kesayangan kami..My MIL dan My Mum...MIL dah pun berangkat pada 7mac hartu tapi terbang dan bercuti dulu ke Istanbul..Insya ALLAH MIL akan sampai 12hb ke Madinah. My Mum plak akan berangkat pada 17mac ni...maka peluang nielah kami ambil tuk ketemu mereka yang tersayang..Moga-moga segala urusan Umrah mereka berjalan lancar dan mereka diberikan kesihatan tubuh badan yang baik sepanjang di sini kerana waktu sekarang Kota Madinah dan Kota Mekah di banjiri jemaah Umrah pelbagai negara...macam musim haji plak!hehehe..Alhamdulillah rezeki buat mereka yang diberi peluang untuk kesini sama-sama menikmati akan rasa nikmat yang sebenar...

So selamat bercuti buat semua...

Wednesday, February 23, 2011

Mode harini..very2 dispointed



As salam semua...

hari ni banyak sedih n kiciwa lorr..mana tak nye apa perasaan anda for the first time in ur life anak anda yang school dan pertama kali join sport day di ignore macam tu jek..ada yg kesah?? aku kesah sebab..inilah moment indah dalam pembesaran anak aku dalam pembelajaran untuk join aktiviti begini...mungkin ada kata arrr just small matter benda2 macam ni tapi bukan aku..bukan suami aku...saat nilah kita nak tengok anak-anak kita kan?? very excited maaa...anak yg da school then tengok diorgnye sport day, moment2 ni yang akan di kenang...bagi ibu bapa yg bekerja lainlah aku ni 24hr dengan anak2..pembesaran mereka di depan mata...

lehkan diorg LUPA!..terlupa ok!! akan anak aku...sport day berkumpul jam 7pg,tapi anak aku da abes sport jam 8.30pg baru pergi bolehhh???hangin satu badan aku harini...oleh kerana prinsip aku tak suka malukan orang lain depan orang lain..maka we just ignore tuk bersemuka ngan their headmaster..

A teacher when she saw my face just say "o my god! dina is very improving..so,what should i say and do just "smiling"!!!my daughter bila terpandang jek wajah ku ini apalagi berlari dan menangis...first I know dia sedih..selebihnya gembira sebab her parent come to see her...

so apalagi sesi membasuh adalah lepas aktiviti la jawabnye kan...hopefully after this jgnla ulang lagi teacher...jangan memilih kasih anda tu..mama dina graduate juga tau in accountancy lagi...(apa kes status pengajian pun aku stated kat sini ni, ada org kisah??)dan naik botak pale dulu ms keje dgn audit firm memikir bila buat audit tau! 10sen tak balance pun naik pecah pale cheq nak cari tau!!)terlajak sudah berkata2 huahuahua...dunia2..memandang org pada luaran sahaja gamaknye...takpelah hati biar ikhlas dan bersih dalam kehidupan..apa yang penting Allah tahu apa yang terbaik buat kita...so jangan lupa jaga iman,jaga akhlak, jaga solat!

Sunday, February 13, 2011

Zu,akhirnya aku temui kau..Zuriana Ali

Assalammualaikum semua..

Emm kepalang girang dalam hati bila pencarian telah berakhir kini..Alhamdulillah kutemui juga sahabat lama Zuriana Ali semasa zaman sekolah rendah dan menengah hanya masa form 1. Lepas tu masing-masing bertukar sekolah. Dah besar anak-anak zu..yang sulung dah darjah 5..anak aku yang sulung baru 5tahun huahuahua...

Semoga ukhawah kita akan kekal kembali lepas ni zu..tunggu aku pulang dan akan ku terjah rumah ko nanti hehehe..

Istimewanya kami dulu ialah kami di gelar kembar..mana-mana mesti bersama..terputus hubungan bila tingkatan 5 sedangkan sebelum-sebelum tu selalu juga tido rumah dia hehehe..banyak sangat nak cerita nanti bila berjumpa..Insya ALLAH...Alhamdulillah...

Wednesday, January 19, 2011

Rumah Siraman Kasih

Salam

dah berapa hari nak update blog tapi line banyak slow..harini punya masa dan kesempatan ku cuba juga update...

emm bercerita pasal tajuk di atas..bila saja dapat maklumat dari kenalan sekolan en somi..mula lah riki2 dalam tenet ni...aduhhh..hati jadi walang...lihat sahaja gambar anak-anak itu hati jadi sayu dan mata dah bergenang..manakan tidak situasi aku sama macam mereka dulu yang bezanya aku punya MAK bila telah bergelar anak yatim!...dengan tiga beradik yang mengharapkan bantuan dari jabatan kebajikan masyarakat melaka..dan juga dengan bantuan sedara mara aku bersyukur dapat juga kami adik-adik meneruskan hidup dengan pendapatan MAMA yang tak seberapa...

teringat dulu dengan duit bantuan jabatan kebajikan tulah kami berniaga kecil-kecilan depan rumah jual jajan, jual aiskrim..hehehe...bila time nak raya plak tangan ni merah-merah dek kerana buat kuih gulung atau kuih belanda..hehehe.Bila terkenangkan hal ni aku merasa bersyukur akan ketentuan ALLAH buat kami..perjalanan yang ditentukan ALLAH buat kami menempuh kesukaran,bagai memberikan peluang kepada kami untuk sentiasa berpijak di bumi yang nyata...semoga kami sentiasa di murahkan rezeki, berkat umur kami dan murah pula amal kami...(dan kerana itu juga lah wujudnya rasa rendah diri dalam diri aku bila di dalam pergaulan seharian baik bersama rakan atau kenalan. Rasa itu wujud sejak bergelar anak yatim!)tapi kata orang tak kenal maka tak cintalah siapa itu KAHERAH!

apa-apa pun ringkas sahaja peringatan aku,,marilah kita menghulurkan bantuan seikhlas mungkin buat anak-anak ini...here is their blog..moga bantuan kita kepada mereka dapat meringan pihak pengurusan...

http://rumahamalsiramankasih.blogspot.com/

Monday, January 10, 2011

Aqif, 2 tahun dah nak....




Salam...

Salam Hari Lahir buat mereka yang menyambutnya di bulan Januari..So 10 Januari 2011 ni masuk tahun ke 2 buat Aqif menyambut kedatangan peningkatan usia..Alhamdulillah...Moga segala apa yang kami doakan buat aqif dan akak yakni Dina akan di makbulkan ALLAH S.W.T..

Moga berkat umur dan murah amal Muhammad Thaqif Akhill...

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...