halwa telinga

Saturday, January 5, 2013

Musim agaknye

Assalammualaikum semua...

apa lah yang musim agaknyeee...musim sejuk???ye sini tgh musim sejukkk...sejukkk woooo...gigil2 memalam kena selimut tebal..takla kami buka aircond dua tiga bulan ni..jimat letrik!hehehe

ni nak cete..musimnyeee ni...g Dana Mall sekarang bukan main heboh anak-anak arab ni berroller skate katanyeeee..dezuppp...dezuppp cilok sini sana...so tengah musim roller skate katanye kat sini...hehehe sebelum ni skuter berbiji-bijila skuter abah beli tuk dina n aqif sudahnyeee berkarat kat bawah tu..musim katanyeee hehehe...hilang musim skuter masuk musim roller skate ni...hahaha apa tu roller skate??

survey kat wikipedia katanye roller skate ni ini maknanye ..hehehe

Roller skates are devices worn on the feet to enable the wearer to roll along on wheels. A first basic type of roller skate consists of a boot with four wheels with ball bearings, arranged in the same configuration as the wheels of a typical car.

hahhh hamik ko, buat research lagi U!..macam-macam rupa roller skate ni...dulu-dulu kan yg empat pasang kaki mcm kereta tu kan....cete pasal roller skate ni teringat kami zaman budak-budak dulu...adik-adik saya...linda dan adam,sampai kumpul duit raya nak beli..Ingat tak ngah?Ayang?..Dapat duit raya cukup-cukup masa tu harga sekitar rm70..(itupun da mahal bagi kami!....)warna merah pinky-pinky diorg beli...hehehe..Saya???saya tak minattt malah saya ni gayat n penakut!!! janganlahh di ajak...mmg saya taknak!hehehehe..

kredit to pakcik wikipedia for this picture!

Dah namanye musim,anak dara pun apa lagi nak juga mencuba nasib...dapatlah habuan warna pinky-pinky roda sebaris yang pada saya kalau saya pakai dan terjatuh da memang mcm nangka busuk jatuh dari pokok!hahahaha...untuk anak-anak..kalau boleh kita semua akan cakap, "kita dulu tak pernah rasa ni semua biarlah anak-anak mencuba dan merasai zaman anak-anak ini dengan indah" untuk kita dulu-dulu jadikan pengalaman terindahhhh...hehehehe

Selamat Beroller Skatela yek!





Wednesday, January 2, 2013

No Mood..no mode!

Assalammualaikum semua...

tersepi ke kesepian eik? menyepi kot?hehehe lama tak mencoret. Mood or mode takde! no idea! Nape plak??arghhh...sudah sebulan setengah en suami keje 12jam...gara-gara Turnaround (alaaaa..keje2 baik pulih segala bagai dalam kilang tu laaa..kasi cuci karat2 besi, tuk next operasi leh untung jutaan n maka da untung jutaan jgnla lupa tuk keluarkan bonus lagi ye tak?hehehe bini yg very the over U!)

2013...walla.....Alhamdulillah syukur ke tak???kita melangkah lg ke tahun br mengikut kalendar org putih gamaknye..kalendar hijrah da lama kita tukar buku baru kita kan? takde xtvt menarik...terperap dan terperap...ada sebulan lagi untuk en suami menghabiskan TA ni..12jam tuuuuuu...masyukkkkk hahahaha..(over lagi bila ternampak riyal)hahahaha...apa2 yg kesian kami nilaaa...en suami balik rumah nampak hitam da muka almaklum keje luar...perginye pagi tika azan subuh terus dia gerak sesudah menjamah sarapan tuk solat di masjid..pulangnya pula petang sekitar waktu isya..awal bebenau skrg ni isyanye...hehehe..timing jumpa ngan anak2 n mak budak ni amatla sekejapnye..selebihnya en suami zzzzzzzz....

hari-hari bila en suami berpergian doa saya, dia diberikan kesihatan yg baik dan di jagai keselamatan dia..pada keluarga di kampung sudah kerap saya mesej minta mereka doakan kesihatan dan keselamatan suami saya...In Shaa ALLAH terpelihara hendakNYA.

Mudahan Februari nanti dapatla kami bercuti-cutiaan...hehehe bdk2 arab siap kabo awal-awal habis jek TA ni nak g vacation gituuuu hehehe as a rewardla kan setelah penat bekeje..ate yg kat rumah ni leh dpt reward tak eik???hahahaha..

so no mode untuk berbicara panjanggg...amat jarang tuk ngadap pc skrg ni..semoga hari-hari mendatang buat kita semua adalah yg terbaik yg telah ALLAH s.w.t tentukan...AAMIIN..



Monday, December 24, 2012

Tabarruj


Soalan:  Saya tahu bahawa Tabarruj adalah cara berpakaian atau perbuatan berhias secara berlebih-lebihan yang boleh menarik perhatian. Jadi, jika Khimar (tudung) seseorang wanita itu kecil, maka kelihatan leher atau rambut wanita tersebut, maka,  adakah ia dianggap Tabarruj? Walhal, rambut dan leher yang  kelihatan hanya sedikit dan tidak menarik perhatian dimana kebanyakan wanita yang tidak berjilbab biasanya berjalan dijalan-jalan  dan mereka tidak menarik perhatian? 


Jawapan:
Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).  Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.      



Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki.  Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah  dilarang.  



Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.   



Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.



Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya,  dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.



Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.



Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang  samada ia menarik perhatian ataupun tidak. 
Dalil tentang perkara ini adalah;
            زينتهن من يخفين ام ليُعْلَم بأرجلهن يضربن ولا    

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [TMQ An-Nur (24):31].


Seseorang wanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.



Kesimpulan: Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.



Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik perhatian seperti yang diterangkan diatas, adalah Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui dari keadaan dan realiti persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahui kebiasaan disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai dan mengetahuinya.  



Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak.  Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah Subhanahu wa Taala berfirman :



    الآية… لِبُعُولَتِهِنَّ إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]



                                                           مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ  

kecuali yang (biasa)  nampak daripadanya”  bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam,  pernah bersabda, 


إالمفصل لى ويداها وجهها لاإ منها يرى أن يصلح لم حاضت إذا الجارية إن
Jika seorang anak  perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan”       [Riwayat Abu Dawud]



Oleh yang demikian,  menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya.  Inilah kewajipan  untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Allah Subhanahu wa Taala  berfirman;
      
          جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ

Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [TMQ Al-Nur (24) : 31]

yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi  bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.



  
Oleh: Sheikh Ata ibn Khaleel Abu al-Rashta
Sumber: Islamic revival

Monday, December 10, 2012

Umrah 8-9 Disember 2012

Assalammualaikum semua...

Menyepi seketika dr update blog. Encik Suami dr bulan lepas bekeje 12 jam dan akhirnyaaa bila boss kata "Kamal awak boleh pilih date tuk cuti HANYA dua hari ok! hehehe so encik suami decide ambil peluang pada hari Sabtu dan Ahad untuk ke Mekah...Sudah dua bulan tak buat Umrah di sebabkan Musim Haji yang lalu. 

Bagi kami yang tinggal di Yanbu ni..inilah peluang keemasan sebabnya waktu ni kalau ke Mekah dan Madinah amatlah syok sebab nak buat Umrah, nak ke Hijr Ismail dan mencium Hajar Aswad amatlah mudah sebab tak ramai orang hanya jemaah tempatan sahaja.Kalau ke Madinah pulak tentulah berlapang dada dan keluasan di Raudhah...Alhamdulillah nikmat yang ALLAH berikan buat kami.

Alhamdulillah semuanya di permudahkan walau kami 3 banak terpisah ngan abah selesai tawaf Umrah sebab da masuk waktu Maghrib...sehingga kami 3 banak selesai saie masih lagi tak jumpa abah...hehehehe 3 banak saie tingkat bawah,abah macam biasa turun naik cari kami...dia saie tingkat atas..hehehehe..





Meluangkan masa di Hijr Ismail dan beratur dengan mudah bersama dengan Dina untuk mengucup Hajar Aswad...Alhamdulillah...Masa yang terhad kami duduk memandang kaabah...berdoa,berdoa...solat sunat,tawaf sunat...dan merenung kembali kaabah...sehinggalaaa check out time. memang tak cukup! Tapi jangan tamak!!! terpilih dan berada di kalangan yang bertuah adalah satu kesyukuran...Doa jangan di jadikan kedatangan kami ke Rumah MU sebagai yang terakhir kali di lafazkan berkali-kali setiap kali menjejakkan kaki ke Haram.Alhamdulillah balik dengan satu kepuasan.Hilang segala lelah di dada....Terima Kasih YA ALLAH!

Saturday, December 1, 2012

Selamat Pengantin Baru buat sepupu-sepupuku

Assalammualaikum..

Nampaknya tahun ni ada 3 sepupu saya yang berkahwin dan tidak dapat saya hadiri. Kami memang rapat...yelah sape lagi yg ada kalau tak mak sedara,pak sedara dan sepupu sepapat kami...Alhamdulillah tahniah buat sepupu saya Mohd Zahid, Mohd Sa'id dan Nurul Nadia atas pernyatuan dua hati...Pakat baik-baik dengan isteri/suami dalam membina rumahtangga yang berbahagia...Tahniah Mokteh dan Pokteh serta Mak itam dan pak itam saya masing-masing menerima menantu...

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...