halwa telinga

Thursday, January 17, 2013

Nabi Yunus ditelan Ikan Paus.

Assalammualaikum..

tentu sudah ramai yang tahu kisah nabi Yunus..Malah ramai sudah hafaz doa yang Nabi Yunus ucapkan semasa dalam perut ikan Paus..

Kisah Nabi Yunus yang terpilih atas undian yang di buat ketika berada di atas kapal yang di tumpangi.Kapal yang mulai senget dan mereka mengambil keputusan untuk mengurangkan muatan kapal. Untuk tujuan itu mereka terpaksa mengundi untuk menentukan seorang daripada mereka yang akan di campakkan ke laut.

Undi yang di buat jatuh kepada Nabi Yunus. Tetapi mereka enggan untuk mencampakkanya ke laut.maka undian terus di buat semula sehingga kali ke 3 masih berpihak kepada Nabi Yunus. Nabi Yunus merasakan ini semua ini ketentuan ALLAH S.W.T kerana baginda tidak sepatutnya meninggalkan negeri Niwana,tetapi baginda hendaklah terus menyeru kaumnya itu.Nabi Yunus menabahkan hatinya dan baginda terus terjun ke dalam laut.

Ketika itu Allah s.w.t meghantar seekor ikan paus yang besar untuk menelan Nabi Yunus. Allah s.w.t tidak membenarkan ikan paus itu membinasakan Nabi Yunus.

Nabi Yunus yang berada di dalam perut ikan paus berada dalam kegelapan,bahkan lebih gelap daripada hari malam. Baginda merasakan harapan baginda untuk selamat tipis. tetapi baginda tetap juga terus berdoa dan berzikir...Tahu kan apa doa Nabi Yunus???


Itu lah doa yang di amalkan oleh Nabi Yunus. Saya percaya bila kita di timpa musibah dan gundah gulana tentu kita lafazkan doa ini berulang-ulang kali.

Kerana itulah akhirnya Nabi Yunus terselamat apabila ALLAH memerintahkan ikan paus pergi ke tepi pantai dan meluahkan keluar Nabi Yunus. Ketika itu baginda sangat lemah dan sakit.

Dengan rahmat ALLAH atas diri Nabi Yunus, di tempat dia terdampar itu,lalu tumbuh sepohon Yaqtin yang berbuah dan berdaun rimbun. Buahnya lalu di makan oleh nabi yunus dan di bawah naungan daunnya yang rimbun itula Nabi yunus berlindung dan berteduh dari terikan panas matahari. 

jadi nyatalah bahawa yang menyebabkan dia dapat hidup dalam perut ikan selama tiga hari tiga malam tanpa udara,makanan dan minuman itu adalah lantaran zikir dan ibadat yang banyak dilakukannya sebelum kejadian itu. Zikir dan ibadat itulah yang dapat menjadi udara, makanan dan minumannya. Sungguh beruntunglah manusia yang dalam hidupnya banyak melakukan zikir dan ibadat terhadap ALLAH,Tuhan Rabbul Alamin.

Friday, January 11, 2013

I Like Green!

Assalammualaikum semua..

Taraaaaa...wajah baru gitew...Kami suka HIJAU! Green is what??Natural...we feeling so green everyday huahuahuahua...

Lagu plak...abah kata Why??Why???hehehehe U know WHY banggg...kekeke sentimental value gitew..CINTA ANTARA BENUA katakan....

TQVM Bonda Madam Lala kasi tukau wajah ni blog...Peminat tegar HIJAU..opppssss...hehehe


Di samping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh(disebut sebagai wildan), juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud :

" Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya :" Wahai Jibri
l, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (H.Riwayat Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim 'alaihi salam. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah Shallallahu 'alaihi wassalam yang bermaksud :

"Tiap-tiap anak kecil yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (H.Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wassalam." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wassalam, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berada dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wassalam yang ketiga di akhirat. Pertama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang maksudnya :

"Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Surah Ad-Dahr:Ayat 11)




Thursday, January 10, 2013

Muhammad Thaqif Akhill,4 tahun sudahhh...

Assalammualaikum semua..

Akhirnya my only son (buat masa ni..sooner hope will be another son or daughter gitew!) Muhammad Thaqif Akhill berusia 4 tahun maaaa...

Mudah-mudahan segala apa yang kami doakan kepada anak ini menjadi kenyataan dan di makbulkan ALLAH dalam penentuan perjalanan kehidupan dia kelak.

Melalui proses kehamilan dan kelahiran tanpa abah di sisi membuatkan kami sama-sama kuat dan saling bergantungan. Ada satu perasaan halus antara kami kerana sepanjang kehamilan segala cerita,segala luahan rasa dan perasaan berkongsi pada Aqif di dalam perut..

Best moment la bila kita melahirkan anak kan walau saya dua-dua ni kasi bedah itu perut hahaha...Dua-dua anak senang masa dalam kandungan tapi sedikit kesukaran masa da kuar dari perut hahahaha...Yang sorang tak suka tido yang sorang menangis macam Ahmad Albab sampai 7 bulan siap kejang kaku gitu..Fobia mula-mulanya tapi bila anak-anak da menginjak besar rasa nak sangat baby lagi...Tapi kuota tinggal satu jek lagi..Mohon ALLAH berikan saya kembar sepasang (doa ni da berkali-kali ditulis kat blog hehehehe)..dapat saya 4 orang anak...Aamiin semoga termakbul ye tak?

Ok Aqif,mama sayang Aqif..setiap hari saya amalkan memeluk aqif dan dina sambil berkata " Jadi anak yang baik, Jangan nakal-nakal, doakan mama,doakan babah, doakan kakak/adik...mengaji, sembahyang jangan tinggal! Janjiiiii..." sambil kami menyimpulkan ikatan jari kelingking kami bersama-sama..dr usia dia sebulan saya da amalkan begitu..la ni da 4 tahun dia tak perlu cakap...bila dia peluk saya dia plak ulang doa tu ke saya kekekekeke kelakar betul..mula2 dulu jerman jek dengar slanga dia..sekarang ada clear dan faham kikiki...nampaknye dia da hafaz doa tu...hehehe kadang-kadang usai melafazkan janji saya menangis teresak-esak dan aqif dan dina mesti kata "nape mama sedih!" hehehehe...memandang kejauhan anak-anak yang membesar rasa syahdu saje hati...hehehehe

Selamat hari Lahir heroku...Moga berkat umur dan murah amal mu..Mama,Babah dan kakak sayang Aqif...



10 Januari 2009

SubhanAllah - Native Deen ft. Junaid Jamshed

Monday, January 7, 2013

Ustaz Kazim Elias - Ubat Doktor



Assalammualaikum semua...

Saya dah jumpa jawapan penyelesaian pertanyaan saya...Mungkin ramai yang juga yang da tahu tapi di sini saya kongsikan sedikit apakah persoalan yang memang saya cari jawapannya..

Persoalan Kentut Orang Perempuan

(Minta maaf kerana permasalahan perkongsian ini ok)

Kentut orang perempuan terbahagi dua:-

1) Kentut yang keluar dari belakang.
2) Kentut yang keluar dari Bahagian Hadapan

Persoalannye yang mana satukah yang membatalkan wuduk?

Jawapan:

1) Menurut Imam Syafie,keluar sesuatu dari jalan belakang dan jalan depan kedua-duanya MEMBATALKAN WUDUK.

2) Menurut Imam Hambali, Maliki dan Hanafi pula kentut dr punggung Batal,tetapi tidak batal jika kentut dari depan. Kerana kita ketahui tidak semua orang kentut dari bahagian hadapan.Dan kentut yg datang dari arah belakang,datangnya dari usus.Kentut atau angin yang datang dari hadapan,ianya bukan datang dari usus tetapi dari rongga di situ.

Ini kita kenali istijhad.

Penjelasan lanjut mari dengar ceramah ustaz kazim..Alhamdulillah terima kasih pada ALLAH yang menunjukan jawapan buat saya....




Black & Malique - Teman Pengganti [OFFICIAL VIDEO]



Assalammualaikum...

sesekali Mak Haji post lagu...hehehe serius Mak haji baru jek dgr petama kali lagu ni..baru dgr kat corong telinga ni...rasa sedap plak...tapi ingat!! jangan leka kkkk...hehehehe..

Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sunday, January 6, 2013

Kaca Mata itu...

Assalammualaikum semua...

Kaca Mata...cermin mata...glasses...spec mata bla bla bla...

Alhamdulillah..she's arivved safely at Yanbu from Jeddah Arabia Mall...Belated anibersary prezen dr kekasih hati....(pakai sampai tak boleh nampak lg cermin tu baru boleh tukau katanye)TQ Sayanggg...Cakap jek minat tang si dia ni akhirnyaaaa di prezenkannye kat kita..Suka hati kita tau!..

Ada cerita yang ingin saya kongsikan bila tangan ni menerima kaca mata ni.Nitik airmata bila terkenangkannn..Saya terkenang masa zaman persekolahan menengah dulu..Saya di sahkan rabun jauh bila di tingkatan 5. Masa tu, tok ayah saya call semua pak sedara dan mak sedara buat collection kata orang putih..."Dak along ni nak kena pakai cermin mata kata tok ayah, jadi kuar duit sorang sikit supaya dia boleh tempah cermin mata"...Anak yatim masa tu nak buat cermin mata pun tak berduit hehehe..syukran yg tak terhingga pada pak dan mak sedara saya yang menghulurkan bantuan..Jalan kaki laa saya ngan mama saya ke Kampung Jawa..(KG mmg pemes kat melaka masa tu..murah pun murah...) cermin mata doareamon kata suami saya...besarr..masa tu dengan bingkai dan cermin baru rm70...pakailaa saya sampai zaman universiti.

Saya tak mampu nak balas semua pertolongan Tok Ayah, ARwah Makwan dan pak dan mak sedara saya..yang saya mampu hanya DOA buat kalian semua..semoga doa-doa saya buat mereka ALLAH makbulkan..AAMIIN.

Sekarang ni,nahhh ini yang saya perolehi.Nikmat ALLAH beri buat saya...bersyukur sangat-sangat...Alhamdulillah berulang kali hanya mampu saya lafazkan akan nikmat dan peluang ini dalam perubahan segi kehidupan dunia ni. Moga nikmat ini berterusan pula hingga terpilih nak jejak syurga ALLAH kelak...mudah-mudahan aamiin..
 Tu diaaaa...besaukan cermin mata pertama yang saya miliki hehehe...Selaku Penolong Ketua Pengawas SMKKB..berucapla ni kot huahuahuahua
Zaman sekolah Tingkatan 5 (1996) saya jadi best student SMKKB kikikiki masa tu saya aktif berpesatuan,dengan jawatan yang pelbagai saya pegang..macam-macam pertandingan saya masuk,syarahannye laaa..bahaslaa,pantunnyelaaa...( kita tgk mama kita, kita nampak diri kita SEKARANG dalam gambo ni..sebijikkkk)yang kita tahu masa tu nak gembiarkan hati mama kita...Suka hati kita tengok mama gembira...

Emm Dari kaca Mata itu.....

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...