Assalammualaikum semua sahabat-sahabat...
emm hari ini saya nak share link tudung labuh buat penggemar tudung labuh. Saya serasi dengan keluaran sericahaya...selesa dan memenuhi tuntutan syariah.
SERICAHAYA meh pakat-pakat terjah meh...
halwa telinga
Wednesday, February 13, 2013
Saturday, February 2, 2013
Samsung Galaxy Camera review
Assalammualaikum semua...
hehehehe Roslinda M shariff....Daa sudahhh dia da kasi masuk pasal samsung galaxy camera dia! (jangan marahh hahhh) kikikiki..
Alhamdulillah terima kasih en suami kerana menyeperas kan shaye dengan hadiah ini!! shaye mmg tertunggu-tunggu kekeke...pasni saya snap2 k..
actually tak byk bezanye ngan samsung galaxy tab n galaxy tab 10.1 yg saya miliki...semua nye lebih kurang sama jika kita guna aplikasi kameranye...cuma yg ni lebih advance,lebih cantik n leh guna pakai mcm dslr jugak...so far saya mmg serasi dengan keluaran samsung...untuk dua galaxy sebelum ni alhamdulillah semua ok dan bateri tahan 2-3 hari walau budak2 ni bantai pulun tengok upin ipin yang di upload ke tab tu...so inilah gadget terbaru shaye untuk next vacation nanti hahahaha....kaler biru gelap pilihan encik suami...hehehe.TQVM en.suami sekali lagii untuk hadiah terbaru ini....dapat hadiah sayangg, tak dapat hadiah jangan tak sayang pulakk yek tak??kakakaka mana bleh tak sayanggg mesti sayanggg...sehidup semati kita bersama en suami ku sayanggg....
Friday, February 1, 2013
Kuliah Tafsir Juz Amma- Surah Al-Asr
Assalammualaikum semua..
kalini kita dengar kuliah dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz k...
kalini kita dengar kuliah dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz k...
Thursday, January 24, 2013
Salam Maliudur Rasul
Assalammualaikum semua...
Jika di soal soalan-soalan ini...Siapa Nabi kamu? Siapa Nama ibu Nabi s.a.w?Siapa nama bapa Nabi s.a.w?tentu semuanya sudah ada jawapan nya...
Mari kita ulangkaji semula perkara yang wajib kita ketahui dalam Rukun Iman kita iaitu Beriman kepada Nabi dan Rasul dan juga sempena Hari kelahiran Baginda s.a.w ini mari kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Allah Muhammad s.a.w.
Kelahiran Nabi Muhammad Bin Abdullah
Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan,Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti Wahab yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu Nabi Muhamaad adalah daripada Qusai bin kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan pula,Muhammad bin Abdullah adalah orang yang paling mulia dan paling bangsawan.
Keluarga Siti Aminah tinggal di Yathrib atau Madinah. Abdul Muttalib membawa anaknya Abdullah ke Madinah dan dikahwinkan di sana dengan Siti Aminah.Selepas itu,mereka pulang ke Mekah. Semasa Siti Aminah mengandung ayah Nabi Muhammad meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan lagi.
Sebelum Aminah melahirkan Muhammad,dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan,"Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya di selamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki."
Jadi bila kelahiran Nabi Allah kita???Kelahiran ini adalah pada HARI ISNIN 12 RABIULAWAL TAHUN GAJAH atau mengikut ahli sejarah 50hari selepas peristiwa tentera gajah.
Kita ingat semula:-
1) Siapa nama bapa Nabi Muhammad? - jawapannya Abdullah bin Abdul Muttalib
2) Siapa nama ibu Nabi Muhammad? - jawapannya Siti Aminah bt Wahab
3) Siapa nama datuk Nabi Muhammad?- jawapannya Abdul Muttalib (nama sebenarnya Syaibah)
Nama Nabi Muhammad diberikan datuknya Abdul Muttalib. Pada suatu masa, Abdul Muttalib pernah mengembara ke negeri Syam dengan tiga orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan ulama Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka, akan lahir seorang nabi di Mekah yang bernama Muhammad. Selepas itu,apabila pulang keempat-empat mereka berazam menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Muttalib menamakan cucu lelaki daripada anak kesayangannya itu dengan nama Muhammad. Sebelum itu orang-orang arab tidak ada yang bernama Muhammad.
Itulah secara ringkas sejarah kelahiran Nabi Allah kita yang sememangnya kita perlu ketahui jika kita sayang dan merindui Baginda...Selawat dan Assalam buat Nabi yang kita sayangi dan rindui...Nabi Muhammad S.A.W.
(Rujukan dan pembacaan dari buku 25 rasul dan Biografi Muhammad Bin Abdullah )
Sunday, January 20, 2013
Tabahlah..Kebalkan IMANmu sahabat..
Assalammualaikum semua..
Semalam hati saya pilu dan sedih...Rasa terusik jiwa dan hati...Saya istighfar berulang-ulang kali agar rasa kesedihan yang hadir takala menatap gambar yang sahabat di tabuk poskan walau hanya gambar van jenazah tetapi yang membuat saya terusik bilamana saya melihat Balqis di peluk ibunya sambil memandang van tersebut..Pandangan terakhir buat Ayahnya dan suaminya Ayu sahabat kami.
Memandang Balqis yang mengelap titisan airmata saya melihat diri saya tika itu...melihat bagaimana diri mama,saya dan adik-adik memandang keranda yang bakal mengusung arwah babah saya tika itu...Bezanya waktu itu saya di usia 14tahun,adik kedua 12tahun dan yang bongsu 6tahun...Keperitan itu memang terasa....Orang yang kita sayang meninggalkan kita buat selama-lamanya..
Saya mahu ayu dan anak juga kuat seperti kami..seperti mama yang kuat membesarkan dan memelihara kami selepas ketiadaan arwah abah..Ketentuan perjalanan kehidupan setiap makhluk di dunia ini kita sediamaklum semua sudah ketahui. Qada dan Qadhar dari Allah buat semua.
Saya percaya Ayu memang seorang Muslimah yang kuat...Dialah yang kuat memberi kata-kata perangsang pada teman-teman lain yang di dalam musibah..Dia wanita yang baik di mata saya...Saya tahu dia Kuat!
Saya mendoakan yang terbaik buat Ayu dan anak-anak di masa hadapan...Tabahlah ayu..kebalkan imanmu untuk ujian-ujian yang mendatang....
Al-fatihah untuk arwah Haji yazid..
Siapakah nabi yang masuk syurga sebelum MATI?
Assalammualaikum semua..
" Ingatlah kisah-kisah Ismail, Idris dan Zulkifli ; masing-masing termasuk golongan orang-orang yang sabar,"
( Al-Anbiyak : 85)
" Ingatlah kisah-kisah Ismail, Idris dan Zulkifli ; masing-masing termasuk golongan orang-orang yang sabar,"
( Al-Anbiyak : 85)
Hari ni kita cerita tentang Sirah Nabi..Ramai yang dah tahu tapi mari kita refresh kembali cerita-cerita zaman nabi...
Siapa tahu, Siapakah nabi yang masuk syurga sebelum Mati?
Ya...Nabi Idris a.s.Baginda di gelar " Asadul Usud" yang bermaksud " Singa daripada segala singa".
Diriwayatkan Nabi Idris a.s telah naik ke langit pada Hari isni. Hal itu terjadi pada usia baginda 82tahun.Nama sebenar baginda adalah "Akhnukh'. Sebab baginda di namakan Idris kerana baginda banyak membaca, mempelajari (tadarus) kitab Allah s.w.t.
Nabi Idris a.s beribadah dengan amalan yang sukar di gambarkan. Sehingga Malaikat Maut merindui baginda dan ingin bertemu dengan baginda. Malaikat Maut bermohon kepada Allah s.w.t agar diizinkan untuk pergi berjumpa dengan Nabi Idris a.s.
Nabi Idris a.s mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba,maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi idris,kaku baginda menikmati makanan tersebut.Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam,Malaikat Maut datang menemui baginda sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian berkata baginda kepada Malaikat maut:"Wahai tuan,marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama." Tetapi Malaikat itu menolaknya.
Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya,sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu.Kemudian baginda berkata " Wahai tuan,mahukah tuan bersiar-siar bersama saya melihat keindahan alam persekitaran?"Malaikat Maut bersetuju. Mereka berjalan dan bersiar-siar selama empat hari. Selama itu Nabi Idris menemui keanehan pada diri temannya itu.
Kemudian baginda bertanya :"Wahai tuan bolehkah saya tahu,siapakah tuan yang sebenarnya?"
"Saya adalah Malaikat Maut."
"Tuankah yang bertuga mencabut nyawa semua mahluk?"
"Benar ya Idris,"
"Sedangkan tuan bersama saya 4hari,adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?"
"Wahai Idris,selama 4 hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku,aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-yuap makanan."
"Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang,apakah untuk ziarah atau mencabut nyawaku?"
"saya datang untuk menziarahimu dan Allah s.w.t telah mengizinkan niatku itu."
"Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu,iaitu agar tuan mencabut nyawaku,kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar menghidupkan saya kembali,supaya aku dapat menyembah Allah setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut."
"Malaikat Maut pun menjawab: "sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun,melainkan hanya dengan keizinan Allah."
Lalu Allah s.w.t mewahyukan kepada Malaikat maut agar ia mencabut nyawa Idris a,s.Maka di cabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu. Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu maka menangisla ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia memohon kepada Allah supaya menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengkabulkannya.
Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris dan bertanya : "Wahai saudaraku,bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu?"
"Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup,maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya."
"padahal kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan,ketika saya cabut nyawa tuan itu,belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan."
Dalam pada itu Nabi Allah idris meminta pula untuk melihat neraka. Dan dengan wahyu Allah s.w.t malaikat Maut membawa baginda ke dalam Neraka. Di neraka itu, Nabi idris a.s melihat semua yang diciptakan Allah untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. seperti rantai-rantai yang panas,ular yang berbisa,kala,api yang membara,timah yang panas mendidih,pokok-pokok yang oenuh duri,air yang mendidih dan lain-lain.
Setelah puas melihat neraka.Nabi Allah Idris meminta pula ingin melihat syurga. Hajat itu Allah kabulkan. mereka berada di Pintu syurga.Dari situ Nabi idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Segala macam kenikmatan di sediakan oleh Allah untuk para wali-wali-NYA.
Kemudian Nabi Idris berkata " Wahai Malaikat maut, saya telah merasakan pahit mautnya dan dahsyatnya Api Neraka.Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku,agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya,untuk menghilabgkan kesakitan mati dan dahsyatnya api neraka?"
Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah.Kemudian Allah memberi izin tetapi dengan syarat harus keluar semula. Masukla Nabi idris ke dalam syurga dengan meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga. Setelah kembali keluar dari Syurga Nabi idris berkata kepada Malaikat maut:
"Wahai Malaikat Maut,aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga."
Malaikat Maut pun berkata " Masuklah ke dalam Syurga dan ambil kasut tuan."
Maka masuklah Nabi idris,namun baginda tidak mahu keluar lagi,sehingga Malaikat Maut memanggilnya: "Ya Idris,keluarlah!"
"Tidak,wahai Malaikat maut kerana Allah telah berfirman : "Setiap yang berjiwa akan merasakan mati" ( Ali-Imran :185)
Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah juga berfirman : " Dan tidak ada seorang daripadamu.melainkan mendatangi Neraka itu." (Maryam : 71)
Dan saya telah mendatangi Neraka itu.Dan firman Allah lagi: "....Dan mereka sekali-kali tidak akan keluarkan daripadanya (Syurga)." ( Al-Hijr :48)
Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: "Biarkanlah dia,kerana AKU telah menetapkan di azali bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga"
Begitulah kisahnya Nabi Idris a.s
Mudahan kita semua juga akan masuk syurga..Aamiin.
Friday, January 18, 2013
Menemui Maha Pencipta...
Assalammualaikum semua..
Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat
"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS, Al-Munafiqun, 63:11)
Salam Takziah dari kami sekeluarga buat sahabat kami AYU HASSAN atas pemergian suami tercinta. Kami turut berduka cita. Tabahlah ayu...kami hanya mampu mengutuskan doa buat kalian. Kebalkan imanmu untuk menghadapinya. Kamu insan terpilih kerana ALLAH sayang kamu kerana itu di ujinya kamu.
"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS, Al-Munafiqun, 63:11)
Wafat pada malam Jumaat.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud:
“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Bertuahnya arwah Haji Yazid kerana perginya di Pagi dan hari Jumaat penghulu segala hari.
Al fatihah untuk arwah...
Subscribe to:
Posts (Atom)


