halwa telinga

Saturday, September 26, 2009

Perginya seorang kawan...Walangkopo(JMD)


(Tinggal kenangan,selalu minta hubby urutkan badannya.Sempat tolong arwah belikan barang-barang untuk di bawa pulang ke kampung untuk bercuti dulu,kerana kesibukan kerja menghalang arwah untuk melakukan sendiri persiapan)
Salam..

Berita yang diterima memang amat mengejutkan dan harapan kami agar keluarga kak eylla wife arwah JMD akan bersabar dengan dugaan dari NYA. Semoga roh arwah akan di tempatkan dikalangan yang beriman. Dari NYA kita datang kepada NYA kita kembali jua. Al-fatihah untuk Allahyarham JMD

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Jadi,Dina...4 Tahun Maaaa...

Salam..

22hb September 2005,Nur Dina Umairah dilahirkan di Putra Specialist Hospital secara pembedahan jam 3.05petang. Hari ini genap Dina 4 tahun. Moga menjadi anak yang solehah kelak, cerdik dan bijak dalam Ilmu dunia dan akhirat, menjadi contoh pada adik-adik kelak,harapan mama dan abah.

"SELAMAT HARI JADI KAKAK..."

myspace layouts codes





Sunday, September 20, 2009

Minggu Yang Lelah & Dah raya dah pun...



Salam...

Aduhhh keletihan dan mengantukan ni...minggu ni dan juga sejak 2 bulan lebih ini,aktiviti dan masa tido anak-anak sudah jauh berubah. Amatla meletihkan kerana anak malam hari tidaklah pula ingin melelapkan mata seperti anak-anak lain yang enak di ulit mimpi. Dina dan Aqif paling awal tido bila azan subuh sudah berkumandang paling lambat jam 7-8pg barulah mereka lelap...Apa yang mereka buat???Apalagi dua beradik ni nak buat dalam rumah nie..Dina naik basikal dan Aqif naik walker.Minggu ni pula Aqif sesema dan batuk maka kemanjaan dia bertambah-tambah di samping ketidak selesaan dia nak bernafas..Amatlah letih mama dan abah. Abah lagilah nak pergi keje pulak tu.Sudah puas kami tahankan agar mata mereka jangan lah banyak sangat tido siang hari tapi masih tak boleh berubah.

Emm cerita pasal raya pula.. Alhamdulillah da raya dah ye..kali pertama kat Yanbu ni. Tapi g mana? mana nak pergi kalau muka mama dan abah punyalah letih dan mata yang kuyu menahan mengantuk. Alhamdulillah juga walau kehabisan gas time nak mula memasak juaadah raya,siap juga juadah pagi raya dengan meminjam gas JAMILAHHHHH..Tq jamilahhh ( wahh seronok arr Ghaye kat mekah!)hehehehe. Sebab anak-anak tak tido maka jam 2pg tulah mama kelentang kelentung kat dapo memasak. Buat nasi impit segera tekan-tekan dalam loyang, rendang ayam dan juga kuah kacang jek. Sebab ada beberapa kawan Abah request suh bawa makanan ke tempat keje maka mama masakla lebih tuk kawan-kawan abah yang tak balik raya. Tetamu pertama kami adalahhhhh...jeng jeng jeng,jaga-jaga Cik Salmah..hehehhe sapa lagi????Awang Ali...hehehe..Selamat hari raya Wang..kikiki.Undangan dari beberapa teman tuk raya pertama ini belum dapat kami penuhi Insya ALLAH esok-esok ada lagikan??kan?kan?kan? Raya kan sebulannnn..hehehe.

Terima kasih juga ke kak Zah malik tapaukan makanan dan beri pinjam gas yang memang dia spare kat rumah. ( G dah cari gas tak buka la pulak..nama pun raya orang pun cutila ye tak?)

Emm cerita pasal kesedihan,memang sedihhh ooo...depa kat kg dok nangis hamba kat sini lagilah piluuuuu..huhuhuhu

SELAMAT HARI RAYA!

Thursday, September 17, 2009

Macam biasalahh..Sampaikan Lebaran!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam..

Sempena dah dekat nak nyambut Syawal nie,macam biasalah zaman dah moden pakai e-kad raya jekla yek tempek dalam blog nie. Emm nampaknya kena tulis panjang sikit memandangkan ini Tahun pertama aku dan anak-anak beraya di rantauan. Tahun pertama bagi Aqif beraya..kerana sudah biasa beraya jauh dari keluarga jadi kesedihan tu kurenggg arr sikit..kikiki..Dan juga memandangkan ramai lah plak kat Mesia yang terkecik hati sebab masa wish salam ramadhan dan dalam paper tak tersebut nama mereka. Maka Insya ALLAH ucapan raya ni mana yang terlintas akan ku sebutkan..hihihihi. OK jom tengok ucapan yang kami tujukan buat :

1) Suami Kesayanganku laaaa KAMARUZZAMAN BIN ABDULLAH dan anak-anak
2) Mak Ncik ( Mamaku ) AZIZAH BT JAFAR
3) Atuk ( Pak Mertua daaa ) ABDULLAH BIN MOBIL
4) Nenek ( Mak Mertua ) ASNAH BT CHE MAT
5) Moyang dina & Aqif ( Tok Ayah aku ) JAFAR BIN AMAT
6) Adik-adik dan ipar duai ku
- Lindaherdani Raman dan suami
- Mohd Adam Raman
- Kamariah Abdullah
- Rosmaini Mohd Syah Abdullah
7) Mak sedara & Pak sedara dimana jua mereka berada.
- Ayah dan Maklong di Bukit Tempayan,Melaka
- Mak Lang dan Paklang di Tanjung Keling,Melaka
- Mak cik dan Pak cik di Kampung Bahagia, Melaka
- Pak Oda dan Mak Oda di Bukit Rambai,Melaka
- Mak Oteh dan Pak Oteh di Air Molek,Melaka
- Mak Itam dan Pak Itam di Tanjung Keling, Melaka
- Mak Usu dan Pak Usu di Kemaman,Terengganu
- Juga buat Mak dan Pak Sedara belah hubby yang ramai sampai tak tersebutkan malah ramai gak kenal-kenal gitu jek..hihihihi.
8) Sahabat-sahabat baikku yang tersayang yang berkongsi susah dan senang, suka dan duka iaitu WAHIDAH YAKOB serta suami dan anak-anak tersayang juga ZARINA BUJAL,suami dan anak-anak.Aku rindu korang.
9) Sahabat-sahabat di Yanbu ni yang banyak aku belum jumpa dan kenal cuma dalam blog jek..kekkeke
10) Jiran tetangga ku kat sebelah & atas tu sapa lg kalau bukan Jamilah, Zikhan & Awang Ali
11) Buat sahabat lama masa di Universiti dulu Sharin Shaari serta isteri dan anak Saffiyah Irdina, buat Mazlin(Yen) dan kuarga, Awok dan kuarga, Lin Derani dan kuarga, Yati Yusop dan kuarga,serta yang lain dan ramai sgt kat luar sana.
12) Sahabat-sahabat yang mengenaliku masa sekolah, Universiti dan rakan-rakan maya.
13) Jiran-jiran lama masa kat Paka dulu tu..Jiran sebelah kiri Na dan Dean, Jiran sebelah kanan Kak nah dan Khairil, jiran belakang umah Ana dan Zunar serta Elly dan Usop.
14) Sahabat-sahabat suami kat Optimal dulu...terutamanya
- Cekoy dan Za serta anak di Paka,Terengganu
15) Buat Ibu angkat Ibu Kiah dan Uncle di Parit Bakar,Muar
16) dan pada mereka yang tak aku sebutkan jangan berkecil hati yek..

Tahniah di atas kemenangan buat semua. Moga kedatangan Syawal ini memberikan nikmatnya kebahagian,kepuasan,kesyukuran bersama keluarga tersayang. Maaf zahir dan batin dari kami di Yanbu,Al-Sinayyah Arab Saudi buat semua...

Tuesday, September 8, 2009

Ibu Rokiah & Umrah Ramadhan

Salam...

Emm lama gak takde cerita kat blog nie..apa taknya Internet kat Yanbu ni buat hal..dengan skype dan YM takleh buka, laman web plak mak aiii lembab sungguh menunggu. Alhamdulillah harini baru ok.

Jadi kisah kali ni ialah ke Mekah pada 4 September-5 September 2009.Alhamdulillah dapat menunaikan Umrah ramadhan dengan nikmah dan penuh hikmahnya. Di samping tu,tujuan asal adalah ingin bertemu dengan ibu angkat yang mengerjakan Umrah sepanjang ramadhan di sini. Perkenalan yang berlanjutan dari tahun 2007 di salah sebuah ruangan forum membuahkan hubungan anak dan ibu. Ini bukanlah pertemuan pertama kami kerana sebelum ni kami sudah pernah ketemu. Cuma sejak ke Yanbu nilah kali pertama kami bersua setelah berbulan berpisah. Buat Kak Zie, El, Mimi, Ayahjoe dan Sain inilah kenangan kami...hehehehe.




Bertemu ibu di Saudi Pos. Janji nak jumpa di Haram subuh hari tapi telah keletihan kerana mengerjakan Umrah.



Anak-anak tersayang setia menanti ma tiap kali menunaikan Umrah. Merah padam muka mama,baru pas selesai Umrah. Keadaan yang padat dan bahang..tapi Alhamdulillah puas dengan nikmat dan hikmah yang ALLAH berikan.

Friday, August 28, 2009

Heboh sekampung..huhuhu



GAMBAR YANG KAMI HANTAR UNTUK RUANGAN SALAM PERANTAU DI BERITA HARIAN DAN JUGA METRO

Salam..

Sedang duduk jam 1.30 tghari tadi,mama aku call.."Salam Long..(excited tul mama aku ni,nape eik?) Gambo along da kuar harini kat paper Berita Harian ruangan salam perantau.."huhuhu..itu kisahnya..tak sangka lak cepat kuarnya. Aku pun jawab, "ada lagi satu ma gambar kat paper Metro lak.."hihihi..tapi tak tahu bila keluarnya..

Kesian betapa teruja nya mama aku melihat gambar cucu-cucunya siap nak simpan dan gunting..Sedih pula aku sampai bergenang airmata bercakap dengan dia..apa-apa pun itu sahaja yang mampu kami usahakan buat mereka untuk ingatan,yang penting mereka turut gembira dalam sendu kerinduan.

Terima kasih buat teman kami yang bekerja di bahagian penerbitan dan jurugambar akhbar kerana merekalah yang memberi kami peluang,kalau tak tahulah mungkin tahun depan baru dapat masuk gambo tu..hehehhe..TQVM lynn dan Khai(nama pendek jek nanti kena serbu..huhuhu).

Ucapan pendek dari kami adalah amat bermakna buat mereka di kampung..Kami sayang semua!!!

H1N1

AMARAN PAKAR: Jangan bawa kanak-kanak ke hospital

KUALA LUMPUR: Agensi Berita Nasional (BERNAMA) hari ini melaporkan bahawa hospital-hospital awam kini telah mula mengedarkan risalah dan notis yang mengingatkan orang-ramai dan juga pelawat agar tidak membawa kanak-kanak atau bayi ke premis hospital ketika mereka menziarahi sanak saudara ataupun kenalan.
Kempen terbaru ini adalah sebahagian daripada langkah berjaga-jaga yang telah diambil oleh pihak hospital untuk mengelak penyebaran wabak Influenza A H1N1.
Malah lapor BERNAMA, jika tidak kerana H1N1 pun, adalah menjadi peraturan umum hospital yang melarang pelawat daripada membawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ke premis hospital untuk tujuan lawatan.
Malangnya, ramai ibu-bapa tidak memandang serius akan peraturan ini dan sekiranya mereka diberi ingatan, sebahagian besarnya tidak mengambil peduli akan nasihat yang diberikan oleh pihak hospital.
Sementara itu, Pakar Respiratori Dr K. Regesh ketika ditemui BERNAMA berkata, apabila pihak hospital melabelkan sesuatu penyakit itu sebagai kronik ia bermaksud pesakit yang mempunyai masalah diabetik, kegagalan renal, asma dan lain-lain masalah respiratori.
Katanya, kepada semua pesakit ini dan juga kanak-kanak, sistem kekebalan badan mereka adalah tersangat rendah jika dibandingkan dengan seorang yang sihat. Oleh yang demikian mereka sangat terdedah kepada bahaya dijangkiti tidak kira apa jua wabak dan bukan semata-mata AH1N1.
"Di hospital, pelbagai jenis penyakit boleh berjangkit dengan mudah dan seboleh-bolehnya janganlah membawa kanak-kanak berjumpa pesakit walaupun untuk berkata ‘helo’,” katanya.
Dalam perkataan yang lain kata Dr Regesh, jika tidak dapat meninggalkan anak-anak dalam jagaan sesiapa, maka jangan datang melawat pesakit di hospital.
Dan kepada mereka yang baru pulang dari menziarahi orang sakit di hospital, ini ada pesanan yang ingin dikatakan oleh Dr Regesh;
"Bila sampai rumah, terus mandi, tukar baju baru sebelum mendakap anak kecil anda. Begitu juga bila anda balik dari kerja pergi mandi dan salin baju terlebih dahulu sebelum dakap anak anda.”

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...