halwa telinga

Wednesday, July 14, 2010

Merapu Meraban!


Berdiam diri adalah lebih baik dari bersuara,
Jika bersuara pasti akan lain jadinya,
Memendam rasa melahirkan satu rasa di lubuk jiwa,
Pedih, Sedih, Pilu, Sakittt...Luka..
Terlalu Dalam..

Keluhan minta di jauhkan tapi tetap kunjung tiba
Tidak terluahkan selama ini..

Otak ligat berfikir, Hati terlalu kerap berkata-kata,
Airmata menitis di sebalik wajah...di sorokan dari pengetahuan.
terlalu kerap sebegini..
Tiada perbincangan..
sukar untuk meluahkan kerana tiada siapa yang ingin dengar..

Aku sudah Letih!!!Letih Badan,Letih Otak..letih segalanya...
Aku Pasti akan Kalah..
Tapi...aku tak boleh terus berpura-pura..


( Nie kes nak cuba berkarya tapi sudah lama ku tinggalkan hehehe, so merapu meraban jadinya laaaa..hahaha..kalau Pak Min baca mesti tak dapat A,sure dia cakap apahal si Kaherah ni merapu meraban???, Kalau Cikgu sastera baca, sure dia cakap mana gie Ilmu Kesusasteraan melayu yang saya ajar dulu...hahahaha...sudah lama tak berkarya cikgu..jauh ku tinggalkan rupanya...hehehe)

Sunday, July 11, 2010

Winter Sonata Mode@ Korea TV


Salam

Hehehe..pulun abes plak Korea Tv ni tayang "Winter Sonata"malam ni, orang dah la mode sedeyyy..huhuhu

Kang Jung Zang...U Jin...huahuahua..Da 8tahun nye cerita..sesekali tingin gak nak flash back balik kan kan kan? 20 episode with touching wooo...Layanzzz..

Bukan Sengaja untuk di kenang sebagai satu kesedihan


Salam...

Terpamer gambar arwah abah mertua dan Arwah adik ipar, Mak usu Dina di blog ini.. mewujudkan satu perasaan kerinduan dan kesedihan sang suami. Bukan sengaja untuk dikenang sebagai satu kesedihan tetapi sebagai satu kenangan bahawa mereka yang tersayang pernah bersama-sama di dalam kehidupan di dunia ini.Perginya adalah tuntutan yang telah di tetapkan dalam kehidupan kita sebagai manusia.

Bilang sahaja pada hati ini sendiri walau sudah sekian lama kehilangan arwah abah sendiri tapi perasan kerinduan pada dia tetap tak boleh diundang pergi. 17tahun satu jangka masa yang lama tapi terasa akan bagai baru semalam dia pergi...tika saat kerinduan itu datang airmata ini tak boleh di usir pergi..di mana sahaja jika rasa itu terdetik maka akan tetap mengalir airmata bagai mutiara sepi tiada siapa tahu akan kesepian itu walau sang suami. Kenangan-kenangan bagai di flash back kembali..mana mungkin kita panggil mereka kembali...

Mempunyai dan dipunyai hanyalah sementara di dunia ini..Al- Fatihah buat arwahyarham abahku Raman bin Adil, arwahyarham FIL Abdullah bin Mobil, arwahyarhamah Mak Wan(nenek)Jaharah bt Md Yusof, Arwahyarham adik iparku Suryati bt Abdullah dan Arwahyarhamah Noorharidah Abdul Rahim sepupu tersayang kami.

Thursday, July 8, 2010

My Mak Mertua


Salam...

emm sehari selepas menerima berita anis sepupu kami akan mendapatkan rawatan pakar jantung menerima pula kejutan dan panggilan dari adik ipar di kampung yang mengatakan Mak masuk wad dan akan menjalani pembedahan...Aku yang dok sebelah En Suami terkejut...operate apa plak ni takde angin pokok leh goyang, ceh wah!huhuhu...

Rupanya mak mendapat ketumbuhan di sekitar $%^&*%* ( kod rahsia for women only) yang menyebabkan sakit dan berdenyut-denyut dan atas nasihat doktor perlu menjalani pembedahan. Ikutkan semalam mak akan menjalani operasi tu tapi memandangkan mak pernah menjalani pembedahan jantung berlubang dahulu, maka doktor decide tuk buat pemeriksaan keseluruhan.

So, petang tadi keputusan dah keluar..jantung ok, darah ok maka pagi ni waktu Malaysia mak akan menjalani pembedahan.. moga segalanya berjalan lancar, dan kesihatan mak akan pulih seperti sediakala kelak.

Untuk Mak Usu dan Famili.. Alhamdulillah dengan keputusan laporan jantung Anis.. Anis yang comel tue mempunyai jantung yang besar sedikit dan itu pasal pernafasan dan bunyi degupan ada berbeza sedikit.. Alhamdulillah..Terima kasih Ya ALLAH!

Tuesday, July 6, 2010

Wan Nur Anis...


(Ucu sefamili. Wan Nur Anis manis bertudung pink..Our lovely Cousin..We love U Anis!)

Salam...

Hari ni tika mencari tapauan tuk berbuka pose mama call bgtau akan keadaan kesihatan Wan Nur Anis sepupu kami anak ke dua dalam keluarga Mak Usu kami yang akan mendapatkan rawatan pakar jantung esok hari kerana keadaan abnormal sistem jantung dia..Harapan Along moga tiada apa-apa yang serius...kami akan sentiasa mendoakan Anis sihat dan ceria seperti sedia kala..Kakak Anis kuat kan...Harapan Umi dan Abah..Malah Alhamdulillah membesar dengan bijak seusia 2 tahun dan menjadi impian keluarga..Mohon kita sekuarga mendoakan kesihatan anis agar tiada apa yang serius..

Monday, July 5, 2010

Silih berganti...


Salam...

Dah 3 minggu aktiviti terbeku dek kerana masalah kesihatan suami dan anak-anak. Rasa alahaiiii...kusut plak kepala ni dok memerap dalam rumah.. Penyakit yang datang silih berganti orang..Demam datang dan pergi, Dina pula kena sakit mata..Pulih sebentar abahnya pula kembali demam dan batuk...tahap suhu kepanasan kat luar sana membataskan aktiviti kami...Maka bercutilah kami dari aktiviti luar Yanbu..Miss Makkah and Madinah..Rasa sayu jek hati ni bila teringat...Insya ALLAH jika kesihatan pulih dan di izinkan ALLAH harap kembali ke tempat-tempat suci ini.

Dalam pada itu aktiviti kehidupan telah berubah, siang jadi malam...malam jadi siang. Apa tidaknya anak-anak menjadikan malam sebagai aktiviti harian mereka lah pula..huhuhu..sudah terbalik,siang mereka tido,malam pula berjaga..Letih juga bila begini tapi apakan daya..ku lawan juga jebat!!!ngeh ngeh ngeh...Alhamdulillah juga kerana aktiviti malam ini,dapat juga meneruskan dan menjalankan ibadah-ibadah sunat bersama-sama suami sebagai bekalan kelak..

Sorry to jiran-jiran akan kekecohan anak-anak di malam hari menganggu waktu tdo mereka pulak..di samping bau-bauan dia seawal 3-4pg kat dapo tu..hehehe..Fasting Time!

Mak ncik kat kampung sorry ar..mak ncik call timing tak kena laaa..cucu2 sedang beradu hehehe..

So harap-harap lepas ni masalah kesihatan semua akan ok dan pulih. Insya ALLAH... dan juga harapnya mama mereka ini akan terus kuat dan sihat untuk melayan pelbagai karenah..Insya ALLAH...

Monday, June 28, 2010

Taraaa...coklat plak k...

Salam..

Hadir dengan penampilan baru..blog KAHERAH tukar la design baru..bukan apa sign jek blog tengok2 tang atas belah kanan tu tertulis design..kebenda plak ni??so tekan laaa...woooo design baru upenye..Maka, terhasil lah penampilan baru KAHERAH camgini..hehehe...baru ada feel nak update ye tak?kalau tak gambo pun datangkan kelam jek org nak nengok..huhuhu

So jom layan template baru dari KAHERAH...coklat2 gitu bolehhh????

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...