Salam
dah berapa hari nak update blog tapi line banyak slow..harini punya masa dan kesempatan ku cuba juga update...
emm bercerita pasal tajuk di atas..bila saja dapat maklumat dari kenalan sekolan en somi..mula lah riki2 dalam tenet ni...aduhhh..hati jadi walang...lihat sahaja gambar anak-anak itu hati jadi sayu dan mata dah bergenang..manakan tidak situasi aku sama macam mereka dulu yang bezanya aku punya MAK bila telah bergelar anak yatim!...dengan tiga beradik yang mengharapkan bantuan dari jabatan kebajikan masyarakat melaka..dan juga dengan bantuan sedara mara aku bersyukur dapat juga kami adik-adik meneruskan hidup dengan pendapatan MAMA yang tak seberapa...
teringat dulu dengan duit bantuan jabatan kebajikan tulah kami berniaga kecil-kecilan depan rumah jual jajan, jual aiskrim..hehehe...bila time nak raya plak tangan ni merah-merah dek kerana buat kuih gulung atau kuih belanda..hehehe.Bila terkenangkan hal ni aku merasa bersyukur akan ketentuan ALLAH buat kami..perjalanan yang ditentukan ALLAH buat kami menempuh kesukaran,bagai memberikan peluang kepada kami untuk sentiasa berpijak di bumi yang nyata...semoga kami sentiasa di murahkan rezeki, berkat umur kami dan murah pula amal kami...(dan kerana itu juga lah wujudnya rasa rendah diri dalam diri aku bila di dalam pergaulan seharian baik bersama rakan atau kenalan. Rasa itu wujud sejak bergelar anak yatim!)tapi kata orang tak kenal maka tak cintalah siapa itu KAHERAH!
apa-apa pun ringkas sahaja peringatan aku,,marilah kita menghulurkan bantuan seikhlas mungkin buat anak-anak ini...here is their blog..moga bantuan kita kepada mereka dapat meringan pihak pengurusan...
http://rumahamalsiramankasih.blogspot.com/
halwa telinga
Wednesday, January 19, 2011
Monday, January 10, 2011
Aqif, 2 tahun dah nak....

Salam...
Salam Hari Lahir buat mereka yang menyambutnya di bulan Januari..So 10 Januari 2011 ni masuk tahun ke 2 buat Aqif menyambut kedatangan peningkatan usia..Alhamdulillah...Moga segala apa yang kami doakan buat aqif dan akak yakni Dina akan di makbulkan ALLAH S.W.T..
Moga berkat umur dan murah amal Muhammad Thaqif Akhill...
Thursday, December 16, 2010
Umrah 14hb Disember - 15hb Disember 2010
Monday, December 13, 2010
Kifarah
Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia. Jelas disini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba ALLAH akan mengujinya. Dan apabila ALLAH mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).
Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu.Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.
Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia.
(sumber dari internet goggle)
Titisan hujan melahirkan kesyukuran

Salam...
emm apa cete harini eik...emm Alhamdulillah semalam 12.12.2010, Yanbu dibasahi hujan. Terharu sangat-sangat masa tu (bukan terharu jek malah menangis kesyukuran kerana ALLAH memanjangkan usia pada hari ini untuk menikmati dan melihat hujan) dan terus mengambil peluang untuk berdoa. Kesempatan yg berharga ni, membuatkan mereka-mereka di sini bermandi hujan. Syukur, nikmatnya bau tanah yang di basahi hujan bagai terpanggil-panggil bau tanahair, bau hujan di kampung.
Antara waktu yang mustajab doa seseorang ialah ketika hujan mulai turun sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Carilah terkabulnya doa pada saat bertemunya dua pasukan, saat shalat didirikan, dan saat turun hujan."
Imam al-Syafi'i berkata, "Aku telah mendapati banyak orang yang mencari terkabulnya doa pada saat turun hujan dan pada saat shalat didirikan."
Lafaz doanya ialah :
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksud : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat.( Riwayat Imam al-Bukhari).
Dalam riwayat Sunan Ibnu Majah, baginda saw mengucapkan sebanyak dua atau tiga kali.
Kita hendaklah berdoa dengan doa Rasulullah saw ini bila hujan mulai turun dan boleh ditambah dengan doa hajat dan keperluan kita. Mudah-mudahan doa ketika ini diterima oleh Allah SWT.
Saturday, December 11, 2010
Mula-mula nangis pastu seronok!


Salam...
sekarang da masuk musim sejuk kat Yanbu nie...takyah nak buka aircond lagi..sampai aku kena sesak nafas dek penangan sejuk ni..huhuhuhu..rasa tak selasa pada hidung..
kali ni nak cete pasal Dina..emm Alhamdulillah Dina dah masuk minggu ke 3 school. Nampaknya hasrat nak hantar ke sekolah Darul Ulum International terpaksa di batalkan kerana sekolah tersebut belum lagi dapat lesen. So sekarang Dina join sekolah under organisasi Filipine plak hehehe..so far so good..minggu pertama agak liat juga nak kejut Dina ke sekolah..pelbagai alasan yang diberi..mengantuklah,teacher garanglah tapi untuk tempoh minggu ke 3 ni,pergi dengan senyuman balik dengan senyuman yang sampai ke telinga...hehehehe..Alhamdulillah! dulu risau tengok perkembangan anak-anak orang lain yang advance dari Dina rasa down sangat-sangat masa tu tapi rupanya Dina punya kelebihan yang terpendam..dia cepat catch up!huhuhu..tuelah kalau kat rumah mama garang dan cepat give up nak ajar...hehehe Alhamdulillah juga dah ke sekolah. sekarang ni mama pula sibuk print pelbagai latihan kat rumah ni, tuk Dina fahamkan lagi pengajaran di sekolah..Mama seronok dan terhibur, Dina pun ceria dan punya cerita pelbagai kisah di sekolah. Harapan mama agar Dina akan terus berjaya dan jangan malas ke sekolah ye kakak! hehehe..Doa mama sentiasa mengiringi anak-anak mama. Thanks juga pada babah yang mengizinkan Dina untuk sekolah..kalau takde izin babah,siapa pula nak kuarkan ongkosnya hehehe...All the best kakak!
Tuesday, December 7, 2010
Kahwin..kahwin..kahwin..Tahniah!


Salam
Tahun ni jek dua perkahwinan sekufu kami tak dapat join...sebelum ni perkahwinan mak yon dina dan aqif, yakni sepupu aku Noor Hidayah Abd Rahim bulan 2 tempohari..kali ni lak penutup tahun 2010 sekufu aku yang kini bergelar Puan Suhaila Hamid...Mak long dina dan aqif..berapa banyak mak long daaa....hehehehe sepupu yang sulung ramai berderet-deret so ramailah maklong,paklong, pakngah, bla bla bla..hehehe
So tahniah buat Sue dan Senol. Moga ikatan perkahwinan kalian berkekalan hendakNYA..melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah..Pakat baik-baik k..Tahniah dari kami dari kejauhan...Buat Pakcik dan Makcik tahniah dapat first menantu...hehehe pasni timbang-timbang cucu..yahooo!!
Subscribe to:
Posts (Atom)




