halwa telinga

Saturday, July 30, 2011

Selamat Pulang Kak Zah...



Assalammualaikum semua...

Mode sedih dan terkenang masih terasa. Semalam 29 July..Sahabat baik saya selama di sini..Kak Zah telah pulang ke Malaysia..Meninggalkan Bumi Yanbu dan kembali menetap di Malaysia. Insya ALLAH jika tiada aral dan perubahan kak zah dan anak-anak akan berhijrah ke Kuwait pula mengikut suami yang merubah arus kerja ke sana.Atau kak zah meneruskan kehidupan membesar,menyekolahkan anak-anak di Malaysia.(Yang terbaik adalah ketentuan dari ALLAH S.W.T jua)

Mengapa saya sedih??sebab segala-galanya kami berkongsi bersama. Kak zah tak pernah lokek atau kedekut. Makan dan minum terlalu pemurah buat dia dan suami. Kami bersama-sama menunaikan Haji tahun lepas.Anak-anak saya memang rapat dengan anak-anak kak zah mungkin hanya anak kak zah yang tahan akan kerenah manja dan nakal anak-anak saya. Setiap aktiviti di sini saya mesti dengan Kak Zah..apa2 jek kak zah la hehehe..dia bagai kakak buat saya..tapi kami kalau berbual ber aku - kau sahaja hahahaha...Mesti lepas ni saya rindu nak makan nasi kerabu kak zah...(tambah2 kalau ngandung n ngidam camner tu???)hahahaha..

Apa-apa pun saya doakan kak zah sekeluarga sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan ALLAH S.W.T. Moga kita bisa ketemu lagi nanti kak bila kami pulang bercuti.

Friday, July 29, 2011

Ramadahan Kareem..

Ramadhan Kareem...


Assalammualaikum semua...

Kedatangan Ramadhan yang kita semua nanti-nantikan akan tiba jua...Peringatkan pada diri kita akan keistimewaan bulan penuh berkah ini. Mari kita sama-sama tingkatkan lagi amalan yang sedia ada dan tambahkan lagi dengan peluang-peluang yang ada di bulan ini.

Salam Ramadhan penuh kekhilafan dr segi laku dan kata buat semua yang mengenali secara langsung dan tidak. Salam Ramadhan semua...

Thursday, July 28, 2011

Sekitar Majlis Hari Nutrisi YEIS







Assalammualaikum semua..

Harini 27July2011 kami ke Yanbu Elite International School, dimana pada hari ini di sekolah anak kami Dina mengadakan Hari Nutrisi..Pelbagai aktiviti dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah. So jom layan beberapa gambar yang sempat saya snap.

Sunday, July 24, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Tak dapat Sate Kajang, Sate D'Rantauan pun jadilah.


Assalammualaikum semua..

Mood rajin kalau datang melampau-lampau kan?Kalau Malas plak Berbukit-bukit malasnya..Time Rajin haritu saya buat sate..Terasa nak makan sate..tapi saya buat Sate goreng..klik-klik dalam tenet jumpalah resepi sate goreng..so saya pun cubalaaa..jadilaaa..rupa hodoh tapi rasa adalah rasa sate ala-ala dirantauan gitu..hehehe..Erkkk...Alhamdulillah kenyang anak beranak.Siap dengan timun,kuah kacang ngan nasi impitnya sekali...

Lumrah kehidupan

As-salam,

Kadang-kadang rasa penat bila mengadap benda yang sama hari-hari. Tapi bila fikir satu kesyukuran dilahirkan menjadi seorang perempuan.Baru-baru ni saya berbual dengan kawan lama berkaitan kehidupan dia sebagai suri rumah sepenuh masa atau kata dia Amah sepenuh masa samada bergaji atau tidak bergaji.Naik tergelak plak dengar kata-kata dia. Kata dia lagi ko dapat bayangkan tak kita dalam satu hari kita bekerja 24 jam. Sambil-sambil jaga anak kita juga boleh bekejar kedapur siapkan minuman pagi. Mana anak nak g sekolah lagi dengan bekal pelbagai.Sambil siapkan minuman pagi kita lari kejap tuk membasuh basuh. hehehe. Aku akui juga kata-kata dia,dalam satu waktu 3-4 keje aku leh buat hehehe. kata dia lagi malam sambil nak tunggu anak-anak tido kita dah dok pk esok nak buat sarapan dan masak apa.kadang dalam tido tu leh juga bangun 3-4 kali buat susu anak tukar lampin anak.hahahaha.Aku memberi pendapat serba sedikit. Itu nama lumrah hidup seorang perempuan.penat memang penat kalau kita bebel pun tak guna juga buat kering air liur.semua yang kita lakukan adalah satu tanggujawab dlm list hidup seorang wanita. Amanah yg di beri satu yang besar. Aku akui aku kadang-kadang mengeluh juga kerana penat. aku kata pada dia lagi mungkin kalau suami ko sama- sama membantu Insya Allah. bukan mudah nak pikul dan galas status isteri dan ibu.orang lelaki kena faham tu.hihihi.tak kisah lah ko di beri gaji ke tak ke itu mmg keje ko.sesekali ko enjoykan diri ko. apa yang aku leh kata bahagiakan hati ko.

so my fren all the best. aku dokan ko menjadi yang terbaik.isteri dan ibu yang dibanggakan.

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...