halwa telinga

Saturday, January 21, 2012

Hari-hari hilang mana boleh tahan...

Assalammualaikum semua...

Ini keluhan ke apa ni? Bukan apa..tak tahu nak buat camna lagi dah...ni apa kes ni??cer cete, cer cete hehehehe..

Hari-hari saya terpaksa bekalkan 2 batang pensil, 1 pemadam dan 1 pengasah baru tuk dak dina..aduhaiii...hari-hari balik sekolah benda-benda alah tu mesti hilang...aper awak makan ke kakak benda-benda tu huhuhu...Ni tinggal 4 bulan jek lagi tuk Dina menghabiskan tahun satu..kalau hari-hari hilang di congak2 dua batang pensil, satu pemadam ngan satu eraser leh beli benda alah lain kak! huhuhu pencil case pun hilang ater camna nak buat ni...

adakah anda mengalami masalah yang sama macam saya?? bila ditanya, biasalah jawapan yg formal..kawan ambil, tercicir dan tak tahu? hehehehe...

saya bg amaran "kalau hilang lagi saya tak bekalkan semua barang-barang tu tapiiii apakan daya tetap juga hilang..mcmana lagi saya harus tangani eik?moh bagi idea ke saya sikittt...makasih!

Tuesday, January 17, 2012

Setelah Timbang Tara...Kami memilih semi-D

Assalammualaikum semua...


Hanya 6 hari masa yang kami ambil untuk persetujuan dan pembelian rumah ni sebelum berangkat balik ke Yanbu,Saudi 11/1/12. Kami menimbang tara antara tanah dan rumah. 3-4 lot tanah sudah kami terjah di Melaka tu...Macam kita ketahui harga tanah lot..harga rumah siap memang sedang melambung naik sekarang ni. Menimbang tara juga dengan simpanan yang kami kumpul selama 3 tahun ni..suami berkata kalau kita beli tanah yang harga kat Melaka tu jejak 80-135k,pastu nak plan buat rumah pula..gedebak gedebuk sama jek jejak 200-250k. Jadi kami sepakat memilih kediaman semi D ni yang hanya tinggal 4 buah sahaja lagi. Alhamdulillah rezeki kami.. Cukup buat kami kediaman 4 bilik tidur,2 bilik air,1 ruang tamu, satu ruang makan dan ruang dapur. Menilai dari segi usaha dan pengorbanan suami yang bekerja dan kami yang tinggalkan keluarga di kampung akhirnya inilah hasil yang kami sedia mampu. Nampaknya lepas ni kami kena mengumpul duit kembali. Moga-moga suami saya diberikan kekuatan dari segi kesihatan..dipelihara keselamatan dia di tempat kerja dalam mencari rezeki kelak. Juga paling diharapkan agar kontrak kerja di sini bersambung lagi..Mudah-mudahan dengan izin ALLAH.


Kenapa memilih rumah ni? hehehe gara-gara saya yang terpikat melihat foto ni dari FB sahabat. Persekitaran yg dekat dengan sekolah, balai polis dan klinik kesihatan jadi kami pilih yang ini. Bersyukur sangat-sangat inilah penganti rumah di Paka,Terengganu. Alhamdulillah..lepas ni balik Malaysia leh terus landing rumah sendiri...Rumahku Syurgaku.


Encik Suami dah mula membelek-belek segala pilihan dekorasi dalaman. Kalini saya serahkan sepenuhnya kepada suami untuk menguruskannya..Boleh Yang??


Terima Kasih Yang...Moga rezeki kita sekeluarga akan di murahkan. Tak sia-sia kita budget segala bagai huhuhu...(Tak leh g bercuti ober the sea la eik??huahuahua)


Taraaaaa....kami persembahkan teratak baru kami..Alhamdulillah


Dalam pertimbangan...di sini kelak mahu di jadikan parking kereta...emmm


Pandangan sisi rumah kami...Jika ada rezeki lebih perlukan ubahsuai kelak.


Tanah belakang memang luas..Alhamdulillah... Tuan tanah sebelah tu lagi luas tanah tepinya setanding harga dia 300k huahuahua ( laki den mesti cakap bersyukurlah dari kita berhutang!..ini pun da mahal!!hehehehe)


Kami akan menetap di sini nanti. Taman Seri Rambai 1, Bukit Rambai Melaka. Moga kejiranan yang baru nanti akan terpelihara sesama kami menambahkan ukhwah antara kami.

Monday, January 16, 2012

Apa aktiviti cuti-cuti Malaysia kalini eik??

Alhamdulillah...inilah tujuan utama kepulangan kami kali ini...Lepas ni menumpukan deco bersama kamal-kaherah pulak...Hasil rezeki di perantauan selama 3tahun,akhirnya kami memilih yang ini! Nanti kita story the mory lebih lanjut akan pilihan kami ini k..

Alhamdulillah 1/1/12 kami semua dipertemukan di rumah Ibu Kiah..Perkenalan kami semua hanyalah di sebuah Forum Umrah dan Haji...Akhirnya membuahkan perkenalan dan pertemuan antara kami...



Sempat meroyan kat Johor Premium Outlet...Cuci Poket dan Cuci Mata...Korang patut terjah pergi sini....hehehe


Miraney Dania dan Roslinda M shariff,ini lah stok yang sempat aku pulun beli untuk bawa balik Yanbu...3 sudah aku khatam dalam 5hari yang lain-lain bakal menyusul. Beli stok-stok buku sekolah Dina maka aku selitkan sebuah dua buku novel aku...hehehe nanti kita passing2 eh...Ejalz ada brani??


Yang ni plak masa nak balik semula ke Yanbu 11/10/12..sedey bawa balik 5beg besar,5kotak besar dan kecik tapi akhirnya satu kotak yang penuh ngan belacan, ikan masin, daun limau,daun kunyit, bunga kantan dan daun kesum hilang ntah ke mana. Jadi pada sesiapa yang telah mengambilnya sila lah pulangkan kembali..huahuahua sure layu dan berulat ikan masin aku!


Tudia...akhirnya anak bujang saya menyambut hari lahir yang ke 3 tahun di kampung halaman...Makasih Pakucu dan Makucu sponsor kek dan makan KFC (10/1/12)




Assalammualaikum semua...

Akhirnya berpeluang tuk update blog..Tuan tanah kedaung g balik bercuti ke Malaysia maka blog ni pun menyepikan diri. Mehla layan gambo2 dulu yek..kedian kita cete-cete apa yang terpatutan..hehehehe

Tuesday, December 13, 2011

Masak dan Resepi!

Tu dia menu berbuka puasa masa 10 Muharam hari tu..Berbuka puasa reramai atas jemputan seorang teman, saper lagi yang ghajin masak tu?hehehe Makasih Hajah Faiezah dan Haji Husin.

Assalammualaikum semua...

Sahaja nak berkongsi blog ibu ini... mehla pakat-pakat cuba resepi-resepi yang sedia ada dalam blog ni...hehehehe...

Meh cuba meh..

Thursday, December 8, 2011

Kenapa??Mengapa??

Assalammualaikum semua..

Apa yang kenapa? APa yang Mengapa?....hehehe

Haiii..Roslinda M Shariff Kenapa kau bikin hati aku penasaran beb...Kenapa kau bagi aku link itu??Kenapa???hahahaha....aku sudah buka itu blog Kafe berulang-ulang kali sampai lebam...Aku rasa aku sudah banyak tertinggal laaaa .. Semua best-best belaka...Kita leh buka satu perpustakaan lah Linda...huhuhu

Aku mahu beli...aku mahu order kakaka...esok satu bagasi penuh ngan"dia" hahahaha...en kamal harap maklum! huahuahua

Meh layan apa yang Kenapa? dan apa yang Mengapa tu meh meh...

Miraney Dania...adakah ko berminat sama ingin memilikinya hehehehe...


harus layannnn....Saya pilih yang itu...saya mahu yang ini...semua saya mahu boleh????

Sekian....

Friday, December 2, 2011

Kemuncak....!!! bukan cak kun cak!

Ni masa balik bulan 5,2011 haritu..dia demam panas..seminggu woo..tak syokkk mahu jejalan. Masa ni dalam flight nak balik Mesia..punyalaa cak kun cak dlm tu sebab demam dia tinggi sangat..rupanya tonsil bengkak yang amattttt...mudahan sihat selalu ye Qif..

Assalammualaikum...

Akhirnya...penutupnya mungkin hehehe..Kami ber cak kun cak! sebab apa cak kun cak! sebabnye penutup tirai virus demam ini sudah pun berjangkit pada dak Thaqif!..ehhh...Tu lah mulut jangan diucap..hati jangan bersuara kan sudah kena!

"Janganlah dak Thaqif demam!

" Awak nak demam sekarang demam lah dik..tapi jangan masa balik kampung nanti!

hehehe...itu satu doa tu..akhirnya ALLAH perkenankan sudahnya..hehehe ALHAMDULILLAH..kifarah lagi dari ALLAH buat kami untuk ber cak kun cak menghadapinya.

Dak Thaqif kalau demam,bukan senang nak kebah, sebabnya apa? Dia ada tonsil! sekali tonsil dia membengkak dan besar maka demam dia akan on off la jawabnya...

Pada tika waktu cerita ini di tulis dia sudah kebah..dan mudahan dia akan sihat sepenuhnya esok..Hari ini hari ke 4 dia demam..ON OFF!

Yang pasti lepas ni saya nak packing barang..HOyeeee!!! saya mahu balik kampung lagi maaaa....sudah 7 bulan maka tepat pada waktunya setiap kali kami balik..untuk tempoh 7-8bulan kami mesti balik! Sayup-sayup gitu lagu.."Satu Malaysia..."huahuahua ( ada yang berbulu tak dengar??)kakakakaka Kita satu bangsa, kita satu negara...Kita satu matlamat ooooo!!hahaha

Ehhh kan tu jek lagu Negaraku pun berulang-ulang dengar ni! hahahaha

Doakan Thaqif sihat..doakan kami sekuarga sentiasa sihat dan terpelihara dari pelbagai penyakit dan musibah...AMIN..

Sunday, November 27, 2011

Kifarah kecil yang ALLAH berikan



Assalammualaikum...

Alhamdulillah melangkah ke tahun baru 1433H dengan rasa kesyukuran kerana dapat bernafas untuk sekian kalinya...

Tahun baru kali ini diberikan kifarah kecil dari ALLAH..sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil...

Demam yang menyerang Dina menjangkiti kami suami isteri. Kami demam panas malah demam urat dan sendi! Tak boleh nak bangun dengan kesejukan yang menyerang dan bisa sendi serta tulang. ALLAH...Jangan mengeluh kata suami..hadapi dengan sabar...walau satu ketika terlupa dan melahirkan kata " Bila nak baik ni? Ma da tak larat dah ni....


Sering lupa dan leka dalam menangani kata-kata yang berbaur keluhan..Jadi bersabarlah dan hadapi dengan redha!

Selamat Tahun Baru buat semua..tentunya semua sudah pun melafazkan doa akhir dan awal tahun...Moga tahun ini lebih berkah buat kita semua...

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...