halwa telinga

Monday, October 29, 2012

Bila jiran lama bertemu...

Assalammualaikum semua..

Selawat dan salam buat Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah sambutan hari raya Aidiladhaa saya sekitar Yanbo juga seperti 4 tahun lepas...da 4 kali raya haji..asal raya je melopong..asal melopong jek raya yek....hehehehe...abahnya keje 12jam selama 2 minggu yippieeee...duit masukkk (itula org ppuan asal keje jek duit..asal duit jek overtime!)kikikiki sape kata saya sukerrrr...hehehe anak-anak, abah balik kelija sedang mengulit mimpi..abah g keje diorg baru jumpa dua jam..kul 7malam abah da say bye-bye hehehe...Mama diorg! jap baring jap duduk,jap buka buku,jap pegang tasbih jap pandang jek anak-anak gaduh2 manja gitu hehehehe..Jiran???jiran-jiran aye asal raya haji jek melancong..asal melancong jek raya haji kehkehkeh..inilah masanye ye tak?bila lagi..Jiran sebelah tahun ni gie Dubai,Jiran bawah g jordan,jiran atas Menunaikan Fardhu haji...ate...jiran tengah2 ni...hehehe ternganga...kikiki (destinasi rahsia mungkin kita after this seperti direncanakan abahnye huahuahuahua...kannn bonuss da berkibar-kibar depan mata mama ni huahuahuahua..abah akan kata sabarrrr..mama sabar lah nia abahnye...paling-paling abah kata yeh!jom balik kampung!kampung lagikkkkk!!!4tahun sudah 8kali balik hehehehe)

sudah merepek-repek tahap melalutan ini oranggg kikiki..

benaunye nak cete...Raya Korban tahun ni macam tahun lepas saya jumpa jiran lama saya di Paka dulu...Jiran sebelah rumah dan jiran belakang rumah...Alahaiiii...terharu!Actually en-en suami kami ex Optimal dulu dapatla bersua wajah dan bertukar cerita...Jiran-jiran saya di Jubail nun...(ate bilanya kami ni nak jejak Jubail..depa dok datang yanbo...kami???sabarrr ehhhh...hehehehe)

Sangat Hapie jumpa kak nah dan anak2..Haji Khairil dan Haji azhari aka Usop! Mudahan Ukhwah kami akan sentiasa berpanjangan kelak...

Maaflah yek juadah meehoon soupnye lambat landing kat compund yansab tu kekekeke...


Terima kasih kerana sudi datang tahun depan jika panjang umur kita ketemu lagi...Insya ALLAH kalau tidak di Yanbu di Malaysia mungkin...hehehe


Aqil Story ...



Saturday, October 27, 2012

Berpisah tapi kasih dan sayang jangan di lupa!



Assalammualaikum...

Untuk Kenangan-kenangan terakhir kami menghabiskan detik-detik bersama sebelum masing-masing akan berpisah..Berpisah apa pulak ni???hehehe Oleh kerana Arab Saudi sekarang ni mengamalkan "Program Pemutihan" tulaaa kasi antau pendatang dengan izin! yekkkk...itu kasau nau bahasanyeeee...Pemaustatin sementara oklaa kot...Depa dok kasi antau pulang kami-kami secara berperingkat kerana sudah cukup,cukup sudah hehehe kontraknye...

So kami decide together-together sebelum salah seorang dari kami berangkat pulang...Inilah kami..suka duka,kawan tak kawan,masam tak masam..kami tetap bersama...Saya akui,pada mereka sudah saya katakan Zai...Faiezah...aku bukan sahabat yang baik, tapi aku berusaha ke arah itu agar persahabatan kita ni nanti membolehkan aku melangkah ke syurga...Jangan hanya kesilapan aku yang kecil korang kenang aku dengan berjuta keburukan..kenanglah aku sebagai manusia yang memang selalu berbuat silap..Dan mereka faham kerana sikap saya bila terasa sesuatu berlaku dalam persahabatan akan kerap meminta maaf...Saya sayangkan sahabat-sahabat saya...Mudahan mereka memahami dengan jangka pendek mengenali saya..faham perangai saya...nilai keburukan saya..tegur jika ada yang kurang...Saya jenis yang tak memilih kawan, dan saya tidak akan mencampur aduk kan urusan siapa yang dia nak kawan,siapa yang bermasam muka...siapa yg terpilih menjadi kawan...Saya kawan dengan semua orang tanpa sempadan...Saya takut di akhirat kelak hanya kerana saya menciptakan jurang perselisihan dalam persahabatan saya akan di soal kelak...

Maafkan saya sahabat-sahabat semua...Saya manusia biasa yang selalu berbuat silap...Saya sayang semua....

Mudahan sahabat saya yang pertama akan berangkat pulang akan di rahmati,diberkati,dimurahkan rezeki Oleh ALLAH dalam meneruskan kehidupan..Keep in Touch!

Zikirlah di masa terluang...

Ketika Allah SWT menjadikan Arsy dan memerintahkan malaikat memikulnya, lalu malaikat cuba memikulnya dan terasa amat berat. Kemudian, Allah SWT menyuruh malaikat mengucapkan ‘Subhanallah’. Sebaik saja malaikat menyebutnya maka Arsy yang berat itu menjadi ringan. Lantas para malaikat membaca zikir ‘Subhanallah’ itu selama-lamanya.

Berkata Ibnu Abbas r.a “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as maka yang pertama keluar dari mulut Adam as ialah bersin. Lalu Allah mengilhamkan kepada Adam as untuk menyebut ‘Alhamdulillah’. Sebaik saja Adam AS menyebut ‘Alhamdulillah’, lalu Allah SWT menjawab ‘ Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau). Kemudian para malaikat menggabungkan dua kalimah itu menjadi ‘Subhanallah Walhamdulillah.”

Para malaikat membaca kalimah itu sehinggalah Allah mengutuskan Nabi Noh a.s. Disebabkan kaum Nabi Noh a.s merupakan kaum yang pertama menyembah berhala maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Noh a.s supaya menyuruh kaumnya mengucapkan ‘Laa illahillallah’bagi mendapatkan keredhaan dari Allah SWT. Lalu berkata para malaikat, “Inilah kalimat ketiga yang besar dan baik dan tidak boleh kami abaikan.” Maka para malaikat pun mencantum kalimah itu dengan kalimah sebelumnya menjadi ‘Subhanallah Walhamdulillah. Walaa ilaha illallah.’

Para malaikat mengamalkan kalimah itu sehinggalah terutusnya Nabi Ibrahim a.s. Setelah terutusnya Nabi Ibrahim a.s, Allah SWT telah memerintahkan supaya Nabi Ibrahim a.s menjalankan korban anaknya yang mana akhirnya Allah SWT telah menebus anaknya dengan seekor kambing. Apabila Nabi Ibrahim a.s melihat anaknya diselamatkan oleh Allah SWT dan digantikan dengan kambing maka Nabi Ibrahim a.s melafazkan ‘Allahu Akbar’ kerana merasa terlalu gembira di atas nikmat yang dikurnia oleh Allah SWT kepadanya.

Para malaikat pun berkata, “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar”. Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan kalimah sebelumnya menjadi ‘Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu Akbar.’

Ketika malaikat Jibril a.s menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, baginda merasa kagum dan terus melafazkan ‘Laa haula wala quwwata illa billahil aliyil aziem.’ Kemudian Jibril a.s berkata, ‘Gabungkan kalimah yang empat itu menjadi satu yakni…Subhanallah walhamdulillah, walaa illaaha illallah wallahu akbar, La haula wala quwwata illa billahil aliyil aziem.’

Thursday, October 25, 2012

Penggantian Kiswah Kaabah ( 9 Zulhijah bagi tahun 2012)

Assalammualaikum...



Update terkini untuk tahun 2012 ni.Penggantian kiswah kaabah 9 zulhijjah.

Tuesday, October 23, 2012

Haji kita diterimakah??Hanya ALLAh yang tahu...

Assalammualaikum semua...

Oleh kerana esok semua jemaah yakni sahabat-sahabat saya di Yanbo ini bakal berangkat mengerjakan haji...mari kita share sedikit cerita berkenaan haji ini untuk sama-sama mengambil iktibar dan ilmu...

Selamat berangkat buat semua..Moga segalanya di permudahkan ALLAH...diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk menyempurkannya...Mudahan Mabrur haji buat semua..Aamiin..Saya juga rindukan saat-saat mengerjakan haji tahun 2010 yg lalu..Mudahan saya dan keluarga punya rezeki lagi untuk berkunjung dan menunaikannya..Aamiin..

Setelah menunaikan ibadat haji, Abdullah bin Mubarak tertidur di Masjidil Haram. Dalam mimpinya, dia melihat dua orang malaikat turun daripada langit dan berlaku perbualan antara keduanya.

“Berapa ramai orang yang melakukan haji pada tahun ini?”


“Enam ratus ribu.”

“Berapa ramai yang hajinya diterima?”


“Tiada seorang pun yang diterima. Hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq yang tidak dapat berhaji tetapi diterima hajinya. Berkat haji Muwaffaq inilah semua orang yang melakukan haji pada tahun ini telah diterima.”

Sejurus habis perbualan itu , Abdullah terbangun dari tidurnya. Terpinga-pinga dia melihat sekeliling kerana seolah-olah dua malaikat itu benar-benar ada di hadapannya.


“Muwaffaq, siapakah dia?” persoalan itu bermain-main di fikiran Abdullah sehingga dia terus berangkat ke Damsyik untuk mencari lelaki itu. Di Damsyik, dia bertanya kepada orang yang lalu lalang, adakah penghuni yang bernama Muwaffaq.

Memang benar, Muwafafaq itu wujud dan tinggal di kawasan kejiranan berdekatan. Sampai di depan pintu rumah, Abdullah mengetuk sambil memberi salam.

Keluarlah seorang lelaki dan apabila ditanya memperkenalkan dirinya sebagai Muwaffaq.

Abdullah lalu bertanya pernahkah lelaki itu menunaikan haji dan bagaimana dia boleh mencapai darjat seperti yang dikatakan malaikat itu?

“Tidak lama dulu, aku memang berniat untuk menunaikan haji. Apakan daya dengan keadaanku ini, wang perlu dikumpul terlebih dahulu. Kemudiannya, Alhamdulillah aku mendapat rezeki 300 dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu. Jadi, aku berniat untuk melakukan haji pada tahun ini.


Isteriku ini pula hamil. Satu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan teringin makanan itu. Aku pun pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan hajat isteriku. Jika tidak banyak, cukuplah sedikit makanan yang berbau itu untuk isteriku yang sedang mengidam.


Namun, aku mendapat jawapan yang amat menyedihkan dari jiranku itu. Katanya. ‘Oleh kerana sudah terdesak, aku terpaksa membuka rahsiaku. Sebenarnya anak-anak yatimku ini sudah tiga hari tidak makan. Aku terpaksa keluar mencari makanan untuk mereka. Ditakdirkan aku bertemu dengan bangkai himar di suatu tempat. Lalu aku potong sebahagiannya dan aku bawa pulang untuk dimasak. Maka makanan ini jadi halal untuk kami kerana darurat dan haram untuk makanan kamu.’

Menitis air mataku mendengar semua itu. Lalu aku pulang ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham. Aku serahkan wang itu kepada jiranku. Aku rela dan ikhlas hati wang itu dibelanjakan buat anak-anak yatim di dalam jagaannya itu"


"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku ini sahaja,” cerita Muwaffaq.

Abdullah yang mendengarnya hanya terpegun. Barulah disedari betapa besarnya pahala membantu jiran tetangga dalam kelaparan apatah lagi jika di dalamnya terdapat anak-anak yatim.

Friday, October 19, 2012

Official Video [The Musical Version]: Malaysia Airlines 'Missing You' Fl...



Assalammualaikum..

Ini macam kalau tetiba org kampung kat Melaka tu buat kejutan nyanyi dondang sayang time kita org "FINAL" touch down nanti mahu runtuh KLIA...hahahahaha..Mahu berdekah-dekah aku ketawa walau time tu sedih sebab da tinggalkan Yanbu...huhuhu

Layannnnn

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...