halwa telinga

Monday, March 30, 2009

Akhirnya melangkah juga ke angka 3 tuuuu...

Myspace Comments


Salam..

Alhamdulillah akhirnya jejak juga diriku ke angka 30tahun! Syukur kepada Tuhan memberikan aku peluang lagi untuk hidup di bumi ini. Semoga hari-hari yang mendatangkan memberikan dan menjanjikan kerahmatan,keberkatan,keredhaan dan kebahagiaan yang hakiki dari ALLAH...

Friday, March 27, 2009

Alhamdulillah..Yanbu tunggu kedatangan kami!

Salam...

Syukur..Alhamdulillah,Visa dah lulus buat kami anak-beranak...cepatnyeee 4hari jek da siap.Alhamdulillah...Persiapan pun da memang dimulakan..huhuhuhu..Insya ALLAH tanggal 15 April 2009,jam 3 petang kami anak beranak akan terbang ke Yanbu,Arab Saudi menemani abah di sana. Menyatukan kembali kasih anak-anak dengan abah malah menyatukan kasih dan cinta kami semula..Cehwah!(sorry bah ehh jiwang2..eeeeee..kikikiki)

Terima Kasih kami buat:

Encik Mohamad Zamri bin Haji Saad,
Eksekutif Umrah,
Triways Travel Network (M) Sdn Bhd
( 68568 - A) ( KKKP0009 )
Lufthansa City Centre,
No. 20, Jalan Tun Mohd Fuad,
Taman Tun Dr.Ismail,
60000 Kuala Lumpur

Tel : 603-77266016
Fax : 603-77284476

Terima kasih kerana banyak membantu.Alhamdulillah Tuhan syukur...Semoga selepas ini perjalanan kami di permudahkan kelak..Selamat menjejak kaki ke Yanbu. Insya ALLAH

Saturday, March 21, 2009

Rahsia Di Dalam Ais

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini..

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas.. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR
ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu
menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH
tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata
pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke
arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh
binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH
dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga
neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: 'Sesiapa yang
ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH
19 kali setiap hari.'

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya. .'

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan
kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan
orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim
serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca

Thursday, March 12, 2009

Tak Lama lagi daa..Yeh!yeh!Abah balik..

( 2 Bulan da ni!,usia saya )

Tak Lama lg..segalanya akan bermula..kami akan ke Yanbu..huhuhu..JIKA segala urusan di permudah..Ujian pertama dah lepas..TQ tu kakak Fadzilah kakak Haji Ghaz di JPN,Putrajaya..Nanti cete yek nape..(Padahal bini2 di Yanbu da tahu..huhuhu)SEgalanya Ujian dari ALLAH S.W.T...

Tak Lama lagi abah akan balik tengok THAQIF..Thaqif tunggu abah yek!

Saturday, March 7, 2009

Pelbagai Fesyen Tudung kat Malaysia nie!


Salam...

Harinie nak cete pasal tudung. Sejak Ekin isteri si Mawi ( Sapa lg kalau bukan Anak jati Felda Taib Andak tu,bintang AF3) mempopularkan tudungnya maka berlambak-lambakla stok tudung Ekin tu keluar di pasaran dan yang pasti aku jugala salah seorang pengemar tudung dia..huhuhuhu.

Sekarang nie kuarla pulak tudung terbaru tudung fareeda..alahaiii lawa bangat tp kat Yanbu boleh ke pakai colorful nye tudung..huhuhu kalau tak caya korang tengok gambo2 kat bawah nie...(rasa cam nak beli arrrr!!!) Layannnn : http://www.fareeda.com.my/





Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...