halwa telinga

Monday, September 29, 2008

Salam Lebaran Buat Semua!



Sempena kedatangan Syawal nie, Erah nak ucapkan Salam Lebaran buat semua. Maaf Zahir dan Batin!

Kali pertama beraya tanpa suami di sisi..huhuhuhu

Tuesday, September 23, 2008

Mak Wan pergi jua...

Salam...

Jam 10.00 malam, 23 September 2008 bersamaan 23 Ramadhan Mak Wan kembali juga menemui Ilahi. Kami semua redha kerana tahu akan ketentuan ini. Lagipun usia Mak Wan dah lanjut malah jantung mak wan semakin lemah, paru-paru telah dijangkiti kuman dan penuh dengan air.

Sempat juga Mak wan di bawa balik ke rumah selama 5 hari, sehinggalah tadi Mak Wan muntah-muntah yang teruk dan di bawa kembali ke wad kecemasan. Doktor telah pun memberitahu bahawa Mak wan tidak ada harapan lagi.

Esok Mak Wan akan di semadikan di Pusara bersama Moyang ( Nek Ncik) dan MOyang Tok Aki, serta bersama Adik Mak Wan Jaffar yang baru 2 bulan kembali ke Rahmatullah.

Doa kami agar roh Mak Wan dicucuri rahmat dan akan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sunday, September 21, 2008

Selamat Hari Lahir, NUR DINA UMAIRAH

Walaupun Birthday Dina esok 22hb September tapi malam nie Dina da bersemangat nak sambut dengan abah. Petang tadi menangis-nangis minta mama belikan kek. Sebab Dina kata da janji dengan abah nak nyanyi lagu SELAMAT HARI JADI sama-sama dengan abah. Mama pun belikanla kek yang kecil dan simple jek tuk Dina rai bersama abah. Balik rumah Dina tunggu abah skype. Dengar saja abah call berlari Dina dan terjerit-jerit suruh ambilkan kek. Maka inilah hasilnya, terbukti melalui gambar yang mama amik. Maafla seksi sikit Dina malam nie, al -maklum sebelum tukar baju tido. Tengah bercemais ( berpeluh-peluh ).

Genaplah Dina 3 tahun dan mama rasa bertuah kerana melahirkan Dina. Anak yang paling bijak dan cerdik penyeri rumahtangga Mama dan Abah. Walau puas ku ajar panggil Ibu nampaknya Dina lebih bekenan ngan MAMA..hehehehe.

SELAMAT HARI JADI NUR DINA UMAIRAH BT KAMARUZZAMAN!








Wednesday, September 17, 2008

He's a BOY! Kamal Jr

Alhamdulillah malam tadi pergi check up 5 month, emm Alhamdulillah baby boy. Yang di tunggu, yang dinanti harap tidak akan berubah keputusan ni. Takut jd macam Dina dulu dr awal hingga akhir doktor asyik cakap baby boy. Tapi masa Dina memang tak jelas dan nampak sangat anu nya tu..hehehe yang nie jelas bangat! 3D nye scan so mmg konpem nampak anunya..emm doktor pun da tulis kat kad he's a BOY!

Apa yang perlu di buat akan terus berdoa agar yang akan lahir Kamal Jr.hehehehe.

Buat Untie Kiah, Alhamdulillah doa Untie di Hijr Ismail di perkenankan.. Buat suami doa abang di depan kaabah di perkenankan ALLAH. Sama-sama kita berdoa agar keputusan ini akan kekal hingga anak yang akan kita namakan di awal nama dengan MUHAMMAD akan termakbulkan kelak. Amin.

Sunday, September 14, 2008

Anak Abah!




Buat tatapan Abah tersayang. Ni gambo terbaru Dina yang ma ambil baru sat nie.hehehe..tengok betapa sihatnya anak abah ni!hehehehe

14 September 2008, Ahad , 5.30petang

Saat di tinggal Abah!



Gambo ni masa kat KLIA, Dina hantar abah nak berlepas ke Yanbu. Dina punyala manja..ikut jek kemana abah dia pergi..ke hulu kehilir. Terpaksa la juga suruh Pak Usu Dina, Adam melekakan dia.. Habisla satu KLIA tu Pak Ucu bawa Dina tawaf. Tapi sempat gakla abah cium banyak kali anak kesayangan dia nie...hehehehe.. Bila abah da masuk balai berlepas,Dina masih lum perasan abah takda..sampai kat parking barula Dina tanya " Abah mana Ma?"hehehe...Untuk minggu pertama aja Dina kerinduan.."Abah tak sayang Dinalah", "Abah tinggal kan Dina lah" habis dengan semua yang bertanya dia akan cakap " Dina merajuk dengan Abah sebab tinggalkan Dina" Sekarang nie da sebulan abah pergi Dina buat tak tahu je walau abah hari-hari skype Dina. Minggu pertama nampak muka abah dia melalak-lalak sampai mengigau cakap "Dina sedihla ma.."Alahai,anak..anak...hehehe.sekarang langsung tak hairan. Kalau mama cakap "Ma nak ikut abah pergi arab Dina boleh jawab "Pergilah Ma"heheheh..Wah! tak heran langsung dia. tapi yelah hati seorang anak kecil kadang-kadang tersebut dan terkenang juga abahnya...Macam abah selalu kata " Sapa tak sayang anak oiii..." ( Macam slang dalam cerita P.Ramlee)

Sesungguhnya anak itu anugerah dari ALLAH yang paling berharga.

Iqamah



Alhamdulillah suami dah dapat IQAMAH so leh la teruskan urusan yang lain. Cuma urusan nak amik famili jek lambat lagi daaaa....Alhamdulillah.

Friday, September 12, 2008

Kejap jek anak membesar...




Tu dia masa umur setahun




Dina 3 Bulan, Alhamdulillah semangat



Kurusnya Dina. 2.4kg je masa kuar.


Dalam duduk-duduk teringat pula saat bersalinkan Dina dulu. Kena ceaserla pulak darah tinggi. Punyala penakut dan tergigil-gigil. Tapi tula eh orang kata sakit macam mana pun nak juga tambah lagi anak. Alhamdulillah, sekarang Dina menanti kelahiran adiknya pula. Asyik tanya bila adik na keluar. Harap kali ni akan bersalin normal la takut macam mana sekali pun nak juga bersalin normal. Sebab plan nak 4 orang anak..heheheh (ye ke bang 4 orang, hehehehe ) Masa Dina masuk wad usia kandungan genap 36 minggu. Memang la releks, baring jek then bagi doktor buat keje...Tak sampai 10 minit suara Dina da nyaring menjerit-jerit. Alhamdulillah sekali tengok macam abah daaaa...hehehe. Dari awal scan jangkakan lelaki..kuar-kuar nurse tunjuk blurrr kejap..Perempuan...hehehe..tgk muka sama cam abah.."eh betul la anak aku" hehehehe. So Alhamdulillah dapatlah anak dara sorang, buat teman kat dapur sok.

Thursday, September 11, 2008

Nak Cantik kan blog...hehehehe

Salam...

Dari semalam dok ngadap pc nak cantikkan blog nie...Tak pasan plak Jamilah ada mengajaunye cara-cara nak tukar template.. Jadi dengan memandai-mandai aku pun tukarla template...Aiseyyyy buat punya buat da hilang semua gadget.kuang.kuang.kuang.Kenalah aku bina semula dengan pertanyaan ke Jamilah..hehehehe.TQ Jamilah yek.

So blog ni masih dalam pengubahsuaian..Dah la laki aku ckp alahaiii pinkyla pulak..kekekekke..serabut dia kate sabau jekla aku.hehehehe

Sunday, September 7, 2008

Redhalah dengan ketentuan ALLAH

Hari ini aku ke hospital lagi. Mak Wan disahkan 30-70 peratus sahaja oleh doktor. Demam panas Mak Wan berlarutan. Pagi tadi doktor memberitahu paru-paru Mak Wan telah di jangkiti kuman.

Syukur Alhamdulillah aku dapat juga melafazkan kata-kata di telinga Mak Wan.

" Wan Amponkan dan maafkan Along selama ini ye Wan atas segala dosa yang Along lakukan samada nampak atau tidak. Terima Kasih Wan atas segalanya Wan"..Puas hati ini bila kata-kata itu terluah juga. Ramai betul hari ini yang datang melawat Mak Wan. Adik beradik Mak Wan yang seramai 16orang, Anak-anak Mak wan 8 orang termasukla cucu-cicit dan anak buah Mak Wan.

Tak ada lain yang mampu aku lakukan selain membaca surah yasin dan ayat-ayat Syifa...berulang kali aku mambacanya dari berdiri aku duduk di tepi katil Mak Wan sambil mengenggam erat tangan Mak Wan.

Bak kata suami ku, Redhalah akan ketentuan dari Ilahi. Semuanya telah di tentukan...Ya, aku akan terus berdoa untuk Mak Wan.

Friday, September 5, 2008

Dugaan di Bulan Ramadhan

Jam 3 petang aku di kejutkan dengan panggilan dari adik bongsu ku memberitahu Mak Wan ( nenek ) jatuh di bilik air dan tak sedarkan diri. Dalam usia meniti 80an dan penglihatan yang semakin tak nampak Mak Wan tetap gagah sendiri. Terdengar kata-kata Mak Wan pada Makcik, "Mak penat sangat..."

Lewat Jam 4.30 kami semua ke Hospital Besar Melaka,Mak Wan ditempatkan di emergency. Semua adik beradik mamaku berada di sna selain Mak Usu yang dalam perjalanan dr Kemaman,Terengganu. Dapatla juga aku melihat Mak Wan. Kena serangan darah tinggi dan strok sebelah kanan badan. Sedih melihat keadaan Mak wan begitu.

Sejak aku dari kecil Mak wan memang memanjakan aku sebagai cucu sulung perempuan. Apa yang Mak Wan tak pernah beri pada aku..Barang Kemas, duit semuanya dia hulurkan. Malah kasih sayang Mak wan pada aku bertambah-tambah sejak aku bergelar anak yatim kehilangan arwah abah dalam usia 14tahun. Masuk ke Universiti segala duit poket Mak Wan hulurkan. Malah masa aku bergelar pelajar terbaik di Sekolah Menengah Mak Wan turut sama meraikan di Majlis penganugerahan itu.

Bila aku melangkah ke alam pekerjaan Mak Wan kerap menghulur wang saku,bukan aku yang bagi dia wang tapi Mak Wan yang beri pada aku.

Melangkah ke gerbang pertunangan Mak Wan lah yang paling seronok. Segala suka duka zaman bercinta aku kongsi dengan Mak Wan. Mak Wan tahu segala cerita percintaan aku. Kerana dialah yang paling memahami.

Hadiah terakhir Mak wan sebelum aku bergelar isteri Mak Wan hadiahkan aku set bilik tido untuk kamar pengantinku. Aku terlalu menghargainya.

Masih aku ingat saat aku berangkat mengikut suami ke Terengganu, Mak Wan peluk aku kejap sambil menangis " Jangan lupakan wan..." tapi aku lupa itu semua sejak bergelar isteri. Faktor jarak kami yang jauh membataskan pertemuan kami. Boleh di bilang dengan jari berapa kali aku melawat Mak Wan sejak berkahwin dan mempunyai anak... Tapi walaupun begitu aku tak lupa akan jasa dan kasih sayang Mak Wan pada aku selama ini.

Bebalik cerita di hospital, kami berbuka beramai-ramai di hospital buat mengalas perut. Jam 7.30 kami mendapat keputusan scan dan Mak wan disahkan mengalami pendarahan Otak yang besar. Mak Wan di tempatkan di Wad kritikal kerana semua wad penuh buat masa nie. Doktor memberikan tempoh dua jam untuk berbincang untuk membawa Mak Wan HUKL untuk menjalani pembedahan membuang darah di otak Mak Wan. Aku melawat lagi Mak Wan...ku kucup Mak wan sepuas-puasnya. Dengan keadaan yang kurus dan hanya tinggal kulit tu aku bertambah kesian pada Mak Wan. Kata-kata ampun dan maaf hanya aku mampu lafazkan di dalam hati kerana aku tak mampu lagi membendung tangisan dan sedu sedan ku ini.

Waktu aku mencoretkan blog ni, mak wan di tempatkan di Wad pantauan untuk berjaga-jaga doktor masih belum memberikan keputusan. Harapan aku agar masih mampu Mak wan menjalani kehidupan dan kami tetap redha dengan ketentuan ILAHI. Di samping berusaha dan juga berdoa....

Tuesday, September 2, 2008

Puasa Tanpa Suami.

Salam..

Ramadhan kali ni berlainan sikit sebab takde abe dok sahur n berbuka sekali. Bergenang air mata masa berbuka. Sayu hati ni tetiba. Alhamdulillah untuk tempoh dua hari puasa ni berjalan lancar. Baby pun tak banyak meragam dalam perut nie sebab da bagitau pada dia yang mama berpuasa dan telah menceritakan serba sedikit apa itu Puasa...hehehehe..jadi dia pun faham so takda masalah puasa kali ni. Harap akan dapat full tahun ni..Yeh!

Tapi dalam pada itu segala kelengkapan tuk anak nak sambut raya dah mama sediakan...so tak perlu pening kepala saat akhir walau tahun ni raya tanpa abah kat Malaysia.hehehehe..Tuk kebajikan keluarga Mentua dan keluarga sendiri Alhamdulillah semuanya dah diuruskan. Malah hajat nak menderma dan bersedekah ke rumah anak-anak yatim sudah pun terlaksana. Alhamdulillah. Disamping itu turut menyumbangkan Al-Quran dan surah-surah yassin ke beberapa Masjid di Negeri Melaka. Alhamdulillah!

Moga Ramadhan Tahun ini memberikan keberkatan buat kami suami isteri dan juga anak kami.. AMIN...

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...