CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 26, 2009

Picnic lagi..



Salam..

Piknik plak kali ni kat taman area Yanbu ni,ngan famili kak zah Malik..Dah mula musim sejuk..syokk la plak piknik gini malam2..sembang2, makan2..heheheh..layannnn...

Selamat menunaikan Ibadah Haji..


http://akukaudia.blogspot.com/

http://wafa777.blogspot.com/

Salam..

Alhamdulillah buat sahabat-sahabat Ex- EOG Optimal Zikhan Sekeluarga dam juga Nizam sekeluarga yang telah berada di bumi Mekah untun menunaikan rukun Islam yang ke 5. Semoga Ibadah Haji mereka di permudahkan.. Mendapat haji yang Mabrur!

Begitu juga buat semua warga Yanbu yang menunaikan Haji pada Tahun ini..Semoga mencapai matlamat..Di beri kesihatan yang baik dalam mengerjakan ibadah Haji..

Picnic at Balad Beach








(GAMBAR IHSAN DARI JAMILAH FB)

Salam

17 Nov 2009.seminggu sebelum Jamilah,Zikhan,Zura dan Nizam akan berangkat mengerjakan ibadah haji mereka,kami g piknik ala2 santai gitu..kat pantai balad...tak terfikir pun akan di hembus hembusan angin yang amatlahh kuat..hehehe..kesejukan kami 4 keluarga..Keluarga kamal,malik,zikhan dan Nizam. Anak-anak puas hati bermain-main kat playground..kaum ibu lak mececeh2 pelbagai story the mory hehehe..

Saturday, November 7, 2009

3 perkataan pertamaku...Ma, Bah dan tatak..



Salam..

emm bercerita kali ni tentang perkembangan Aqif..Bakal menginjak usia 10 bulan 10 Nov nie maka Aqif tentunya sedang aktif nak bertatih,memanjat dan memegang segala benda yang boleh di jadikan latihan untuk berjalan. dan yang paling membanggakan pada usia sebegini Aqif sudah boleh memanggil Ma,Bah dan tatak ( kakak lerrr )hauahuahuahua.. So far so good..so harap pasnie akan leh jalan lancar tanpa jatuh lagi supaya ma, bah dan tatak tak risau lagi dan ma dengan senang hati nak buat kejeeee..huhuhuhu.."Selamat Datang ke Dunia Pertuturan Aqif..."hehehe..

Wednesday, November 4, 2009

Facebook oh! Facebook


Salam..

Sejak join Facebook terpinggir pulak blog aku ni...hehehe..apa taknya member2 yanbu semuanya dok pakat ngadap FB,maka aku yang pada mula nya tak tertarik menarik ko mmg debummmm!!(ehh ye ke lirik ni??)joinnnnn...tambah-tambah pula bila jumpa kawan-kawan masa sekolah rendahhh..fuhhh sekolah rendahhh tuu bayangkan berapa lama kami terpisah..tentunya mereka-mereka semua sudah bergelar ayah dan ibu lah kan..dr comel-comel dulu ada yang dah kembang (terutama akulaaa)kakaka..ada yg masih mantain..ada yang mengejar kejayaan demi kejayaan, ada yang sambung lagi belajar sampai PHD..fuhhh bangga sehhhh...

Tak kurang juga jumpa kawan-kawan sekolah menengah dan juga masa di Universiti dulu...

Paling best bila jumpa Cikgu sekolah dahulu..hehehe Cikgu kesayangan lagi tuuu..hehehehe..Apa Kabar Cikgu???hehehehe..FB oh! FB..

Dalam pada tue aku dah mula ikuti kelas bahasa arab walau aku sepatah haram blurrr jek kadang2 & no basic for arabic maka aku harunggg juga tau!..selagi boleh tuntut ilmu selagi tu lah ku tuntut.Terima Kasih ustaz Kamarul huhuhuhu..terima anak murid tua nie..hehehe.Alhamdulillah bak kata Jamilah kerana kelas bahasa arablah anak-anak ko da ubah timing tido seperti orang lain..syukurr bangat aku...Tapi tu arr bila keje pagi hubby ku ini terpaksa menahan malu menangguk rumah Fazimah pepg buta..kul 6.30 dah ada dalam Umah yekkk kawan-kawan..kikikiki..al maklum aku ni pemalu oooo...maaf lah imah yekkk aku terpaksa datang awal bila hubby keje pagi daaa..hehehe..Maaf juga yek Tn Haji Ghazz..hehehee..

Untuk tempoh masa tak update nie,aku banyak ke Madinah..jejalan sampai kena halau balik Yanbu minggu lepas..mana lah tahu local takleh bermalam kan..Pak polisi pun patut2lah kat kitaorg nie..nak bermalam 2 malam dah jadi satu malam jek..tergagap-gagap owner hotel nak bercakap suh balikkk...kikikikiki..Tak mengapalah berilah peluang pada mereka-mereka yang menunaikan HAJI tahun nie...menikmati kedamaian ketenangan di Kota Madinah.

Buat kawan-kawan yang bakal menunaikan Fardhu Haji Tahun nie..Jamilah, Zura, Nett, Za(Wan Zemi), Kak Imah, Kak Su dan sesapa yang tak kusebutkan..SELAMAT MENUNAIKAN FARDHU HAJI dengan penuh kekusyukan, keinsafan,kerahmatan dari ILAHI..Moga diberikan Haji yang Mabrur..Doakan aku dan suami akan di panjangkan usia tahun hadapan untuk menunaikan Fardhu Haji nanti..Insya ALLAH.

Friday, October 9, 2009

Macam-macam cerita



Salam,

kesibukan berhari raya dan pelbagai peristiwa membuatkan aku tak dan kata orang nak mengupdate blog aku nie daaa...

Apalah yang sibuk bebenau agaknye yek sampai naik bersawang ini blog..Emm..gini ceritanya...

Kehangatan Hari raya di cemari pula dengan ketidaksihatan anak-anak aku nie..awal raya demam,batuk dan sesema. Maka kenalah membuat pantauan terhadap anak-anak. Dan sekarang Alhamdulillah semuanya sudah pulih dan sihat seperti sediakala.

Emmm kemeriahan hari raya di Yanbu tetap juga terasa apabila ramai lah yang membuat umah terbuka..apa lagi makan free arr kan kan kan?Alhamdulillah syukur sangat yek..tahun depan buat lagi yek kawan-kawan.hehehe.Jangan fikir kat sini takde benda yang kami nak masak,macam-macam ramuan ada tau,bahan pun cukup arr malah leh alter2 lagi masakan tu..kikiki.

Syukur juga kami yakni aku dan jamilah berganding bahu membuat rumah terbuka pada warga Malaysian-Yanbu.pada 3 Oktober 2009 dari selepas Zuhur hingga ke Jam 11 malam.Alhamdulillah... Menu masakan kami ialah nasi beriani, Dalca, Daging Beriani, Bihun Sup, rendang ayam,nasi impit, sambal udang, keklapis dan pelbagai jenis kek yang dibuat sendiri oleh Jamilah...semua buat tau takde yang order...hehehe.Terima Kasihlah buat mereka-mereka yang hadir yang memeriahkan suasana walau dikejauhan kita semua nie.

Di samping itu oleh kerana masa tido aku dan anak-anak sudah terbalik maka di malam hari aktiviti aku dan anak-anak ialah keluar malam hari amik2 angin,dan melayan karenah anak-anak. Walau bagaimanapun bagi aku tido malam adalah lebih nikmatnya berbanding siang yang membuatkan kepala aku ni naik benggal...bila kah aku akan menikmati nikmatnya tido malam hari..hihihi.

Aqif pula da mula pantang lepas nak memapah dan berdiri lah pula..dah gian nak bertatih...Merangkak tak lepas dah nak bertatih Qif!Amatlah berhati-hati aku dan abahnye menjaga Aqif..kadang-kadang terlepas pandang jek dah terjelepuk jatuh. Maka dah mula lah benjol sana sini..Nama pun hero kelasakan nye amatlah ketara berbanding anak perempuan.

Itulah ceritanya...habessss...

Saturday, September 26, 2009

Perginya seorang kawan...Walangkopo(JMD)


(Tinggal kenangan,selalu minta hubby urutkan badannya.Sempat tolong arwah belikan barang-barang untuk di bawa pulang ke kampung untuk bercuti dulu,kerana kesibukan kerja menghalang arwah untuk melakukan sendiri persiapan)
Salam..

Berita yang diterima memang amat mengejutkan dan harapan kami agar keluarga kak eylla wife arwah JMD akan bersabar dengan dugaan dari NYA. Semoga roh arwah akan di tempatkan dikalangan yang beriman. Dari NYA kita datang kepada NYA kita kembali jua. Al-fatihah untuk Allahyarham JMD