halwa telinga

Sunday, May 31, 2009

Terkenang semasa dulu...

Dapat email dari Hubby tadi..sedih lak rasanya..Mana pergi kawan-kawan aku di Sekolah Kebangsaan Lereh,Melaka dulu..Wardati Sulaiman, Noraishah Hashim, Norhasleen, Nur Azween,Noormala Hamid..Tentu korang da beranak pinak..hihihi..

Subject: KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1983.. MESTI KORANG INGAT NI

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver
Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja
Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan .. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah...

ingat tak, misi (nurse) kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu
bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah - meremang bulu roma… ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul
tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo
atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada
yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna
warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile
dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek
kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2
duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2
color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! Boleh share ngan kawan..

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg
Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti
nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...heheh

YANG PASTI AKU DAH EMAILKAN PADA KAWAN-KAWAN..HUHUHUHU

Friday, May 29, 2009

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Sekadar berkongsi info dari email yang aku terima dari sahabatku LYNN

good things come to those who wait...

Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq.
Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati. Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Wednesday, May 20, 2009

Dan akhirnya...Thaqif berjaya!



Salam...

Harini nak cerita tentang hero aku sorang nie..tentu famili kat kampung nak tahu..hehehe..selain da tumbuh gigi dua batang kat bawah tu dalam usia 4 bulan nie...lagi satu perkembangan terbaru..ye!ye! Aqif da meniarap..hihihi. Usaha keras Aqif sampai ngamuk-ngamuk tak boleh pusing akhirnya membuahkan hasil. Dan sehingga ke pagi ini pantang di baringkan dengan segera dia berpusing macam gasing..kakakaka..Alhamdulillah satu perkembangan yang sihat...Pasni mama kena kerja keras nak kejar Aqif plak bila da boleh merangkak...

Sunday, May 17, 2009

Sudah Sebulan rupanya

Salam...

Alhamdulillah diam tak diam cepat betul masa berlalu,sudah sebulan aku dan anak-anak dia Yanbu. Maka sudah sebulan juga la aktiviti aku dan anak-anak sekitar rumah dan bandar jek la jawabnye. Maka dengan ini juga sebulan juga lah aku belum mengenali kawan-kawan di Yanbu. huhuhuhu...segala aktiviti dibekukan buat sementara waktu...kakakaka. Minta maaf ye kawan-kawan, nanti KAHERAH join juga...sudah banyak ketinggalan nie.








Maka dengan ini juga sudah sebulan lah juga bila time free aku kejap-kejap lari buka peti ais nak cari apa makanan yang boleh aku kunyah-kunyah...maka dengan ini berat badan aku sudah bertambah kembali! bolehhhhhh...

Maka dengan ini Thaqif sudah pun jejak usia 4 bulan disini dan telah mendapatkan pertama kali imunisasi di Yanbu.

Maka dengan ini Dina sudah mula berkurangan berat badan dan kerap menyebut kerinduan pada mereka-mereka yang tersayang..."Mana nak hantar balik nak oiii..jauh nie..."huhuhuhuhu

Maka dengan ini ketika artikel nie di tulis aku hanya tinggal ngan anak-anak..Jamilah dan Mia seronok balik kampung lah pulak..kalau tak leh makan kek coklat dak Milah buat...hehehehe

Maka dengan genapnya sebulan kami ni di sini Hubby beli kereta baru (bukanlah baru pun yang 2nd jek..murah jek..) untuk kemudahan aku dan anak-anak..Alhamdulillah..."Boleh yanggg...syukur sangat dah ada kereta tu..."(sebab apa Hubby berulang-ulang kali tanye " Bu,leh tak kereta nie..selesa tak? Ok tak?")

Maka sebulan ini juga aku dok pertama kali berpurdah..("Hah! apa tu purdah? nie ayat si Yann...)Sekali di panggil Niqab lah...

Maka dengan ini sebulan lah jugak aku asyik dok call mama kat kampung bertanya khabar..dan untuk tempoh sebulan ni juga belum kuat sangat kerinduan buat mereka di kampung kerana rasa keterujaan duduk di bumi ini.

Maka dengan ini juga masih belum berpeluang ke Mekah Al-Mukarramah. Semoga akan di permudahkan dan diberi peluang.

Maka sudah sebulan ni jugak lah Hubby bawa dah bekal ke tempat keje sebab "mem" da ada kat sini tolong tapaukan buat Hubby.

Maka dengan tempoh sebulan nie aku seronok kat sini sebab aku rasa tenang sangat-sangat..Yeee serius beb! aku suka kat sini lahhh...suka sangat...Kedamaian dan ketenangan inila yang aku cari-cari..Alhamdulillah...Terpanggil-panggil tuk ke Madinah lagi nie...Dan tunggu saat nak ke Mekah pulak.

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...