halwa telinga

Wednesday, January 19, 2011

Rumah Siraman Kasih

Salam

dah berapa hari nak update blog tapi line banyak slow..harini punya masa dan kesempatan ku cuba juga update...

emm bercerita pasal tajuk di atas..bila saja dapat maklumat dari kenalan sekolan en somi..mula lah riki2 dalam tenet ni...aduhhh..hati jadi walang...lihat sahaja gambar anak-anak itu hati jadi sayu dan mata dah bergenang..manakan tidak situasi aku sama macam mereka dulu yang bezanya aku punya MAK bila telah bergelar anak yatim!...dengan tiga beradik yang mengharapkan bantuan dari jabatan kebajikan masyarakat melaka..dan juga dengan bantuan sedara mara aku bersyukur dapat juga kami adik-adik meneruskan hidup dengan pendapatan MAMA yang tak seberapa...

teringat dulu dengan duit bantuan jabatan kebajikan tulah kami berniaga kecil-kecilan depan rumah jual jajan, jual aiskrim..hehehe...bila time nak raya plak tangan ni merah-merah dek kerana buat kuih gulung atau kuih belanda..hehehe.Bila terkenangkan hal ni aku merasa bersyukur akan ketentuan ALLAH buat kami..perjalanan yang ditentukan ALLAH buat kami menempuh kesukaran,bagai memberikan peluang kepada kami untuk sentiasa berpijak di bumi yang nyata...semoga kami sentiasa di murahkan rezeki, berkat umur kami dan murah pula amal kami...(dan kerana itu juga lah wujudnya rasa rendah diri dalam diri aku bila di dalam pergaulan seharian baik bersama rakan atau kenalan. Rasa itu wujud sejak bergelar anak yatim!)tapi kata orang tak kenal maka tak cintalah siapa itu KAHERAH!

apa-apa pun ringkas sahaja peringatan aku,,marilah kita menghulurkan bantuan seikhlas mungkin buat anak-anak ini...here is their blog..moga bantuan kita kepada mereka dapat meringan pihak pengurusan...

http://rumahamalsiramankasih.blogspot.com/

Monday, January 10, 2011

Aqif, 2 tahun dah nak....




Salam...

Salam Hari Lahir buat mereka yang menyambutnya di bulan Januari..So 10 Januari 2011 ni masuk tahun ke 2 buat Aqif menyambut kedatangan peningkatan usia..Alhamdulillah...Moga segala apa yang kami doakan buat aqif dan akak yakni Dina akan di makbulkan ALLAH S.W.T..

Moga berkat umur dan murah amal Muhammad Thaqif Akhill...

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...