halwa telinga

Monday, July 7, 2008

Di Mana kan Ku Cari Ganti!

Dalam aku tengok cerita "Ibu Mertuaku" tetiba perasaan jadi sayu bila lagu " Di Mana kan Ku Cari Ganti " berkumandang. Sayu pula hati...serta merta terbayang muka arwah abah Raman bin Adil...Kehilangan abah masa usia ku 14 tahun masih aku ingat. Sampai sekarang kerinduan ini tak pernah padam. Sampaikan aku simpan angan agar bila aku jejak je depan kaabah aku akan ketemu sesorang yang mirip arwah. Arwah abah punya adik kembar yang seiras Rahim bin Adil. Semoga arwah abah di tempatkan dikalangan orang yang beriman...Aminnnn.

Di Mana kan Ku Cari Ganti!

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

Dalam aku menangis teresak-esak Dina datang, "Ma nape? Nape sedih nie...Sakit?" kekekeke berlari Dina amik Minyak Cap Kapak. Kadang-kadang kalau aku loya dan mabuk dia mesti kata kejap ma eh,berlari amik kan aku asam...hehehhehe..Betapa bertuah memiliki anak yang memahami, betapa bertuah nya aku menjadi ibu dan pasti orang-orang tua selalu berkata "Sejuk perut Ibu ngandungkan ko!" hehehehe.

Syukur dalam kehilangan ALLAH kurniakan anugerah dan amanah ini. Hanya titipan doa buat yang telah pergi.

Thursday, July 3, 2008

Visa da siap!!!

Berita kehilangan Su dikejutkan pula dengan panggilan dari Thinkplus yang mengatakan Visa tuk ke Yanbu da pun siap. Di jangka pergi pada pertengahan Julai. tapi suami meminta di tangguhkan dahulu penerbangan kerana masih ingin menguruskan beberapa urusan termasuk kebajikan mak dan abah mentua.

Akhirnya kata putus di buat suami akan berangkat ke Yanbu pada akhir Ogos kelak. Maka aku dan Dina akan mula bersedia mental dan fizikal. Akhirnya doa kami di kabulkan Tuhan untuk berhijrah WALAUPUN dugaan yang berat perlu di tempuhi terlebih dahulu. Jika ALLAH mengatakan " Kun Fa Ya Kun- maka jadila ia".

Moga selepas ini ALLAH mempermudahkan urusan suami di sana. Dugaan ini memang berat tapi yang perlu kami hadapi ialah dengan terus berdoa kepada ALLAH. Semua ini telah di tentukan,Redhala...ALLAH akan terus mendengar doa kami,kerana hanya pada DIA kami perlu memohon tiada yang lain. DIA Maha Mendengar, DIA Maha Pengampun....

Hadapilah Dengan Redha!

Agak lama aku tak update blog nie. Al-maklum aku balik ke Kampung di Melaka. Menghadapi dugaan dan ujian hidup dari ALLAH Yang Maha Esa. Tanggal 26 Jun yang lalu adik ipar ku Suriaty Bt Abdullah telah kembali ke Rahmatullah jam 6.20petang akibat pendarahan otak. 12 hari selepas kematian anakanda puteranya yang meninggal di dalam kandungan.

Pagi 14hb ( Sabtu ) setelah mendapat khabar dari Kamal, suami arwah Suria tentang kematian puteranya kami masih belum membuat keputusan untuk pulang ke kampung atau tidak sementalah suami ada pula perlawanan bola sepak pagi tersebut. Tengahari suami kembali dengan kelam kabut menyuruh aku packing apa yang patut untuk pulang ke kampung kerana Suria koma dan di masukkan ke dalam ICU... Tuhanberita ini sungguh memeranjatkan. Lewat jam 2 kami bertolak dari Paka ke Melaka tanpa menjamah makanan pagi mahupun tengahari. Jam 9 malam baru la kami tiba di rumah mama ku dan suami meninggalkan aku dan dina di rumah mama untuk terus ke hospital. Pelbagai kemungkinan yang doktor beri sepanjang arwah berada di ICu, ketumbuhan rahimla, usus bengkak la dan yang paling tak ada jawapan yang pasti hingga ke hari ini ialah kenapa baby boleh meninggal sedangkan sepanjang arwah mengandung dia dan baby di sahkan sihat. Arwah mendapatkan rawatan di 3 klinik malah semuanya ok.

Sepanjang kepulangan kami, kamal suami arwah,mak mentuaku dan Kamal suamiku tido di spital. Hari Isnin 16hb barula suami membawa ku melawat arwah. terpaksa bergilir-gilir memasuki ICU.Mak mentua ku kalau da masuk tak akan keluar2 sehinggalah waktu melawat tamat. Aku yang melihat arwah menangis teresak2 dan tak hirau nurse2 di situ..Kesiannya aku tengok!! Dengan segala macam wayar berselirat, wayar di mulut wajah yang bengkak memungkinan siapa yang melihat pasti akan menangis melihatnya. Bayangkan dia yang ceria, kecoh tetiba terlantar sakit di hospital. Sepanjang 11 hari dia koma tak ada apa yang boleh kami simpulkan melainkan hanya berdoa. Tanggal 23hb arwah tersedar dari koma dan mula beransur-ansur baik dan di pindahkan kembali ke labor room tempat kes nya bermula. Malah aku dapat berbual dengan arwah melalui telefon kerana hanya mak dan suami arwah sahaja di benarkan masuk.

"Kak Nor amikla baju2 anak orang tue nanti yek.." ayat tuela yang paling aku ingat.Pesanan terakhir arwah. Suara dia begitu ceria malah dia kata orang da sihat dah...

Petang 25hb dikejutkan sms dari suami mengatakan suria tetiba tak sedarkan diri. Kata mak arwah ada bagitau yang dia ada jatuh katil jam 5 pagi. tapi mengikut laporan doktor tiada retak pada otaknya cuma berlaku pendarahan yang mula banyak. Sedangkan sebelum ini doktor ada mengatakan yang meraka tertanya-tanya ke mana hilangnya darah arwah sebanyak 2 pain. jadi mereka membuat kemungkinan kehilangan disebabkan pendarahan otak arwah. 26hb doktor kata arwah da tiada harapan kerana otak da tak berfungsi cuma pernafasan masih bergantung pada oksigen dan doktor membuat keputusan akan membuka oksigen pada jam 4 petang dan kami dikehendaki bersedia. Semua ahli keluarga di panggil da kami beramai-ramai membaca yassin. Rasa bersyukur kerana ahli keluarga arwah mentua Suria adalah dikalangan Ustaz dan Ustazah dan melihatkan sifat kekeluargaan mereka merasakan arwah sungguh bertuah berada di kalangan ahli keluarga itu.
Jam 4 petang kami sepakat untuk meneruskan lagi bantuan pernafasan buat Su...Kami masih lagi cuba beriktiar walau tahu akan hakikatnya. Jam 6.20 petang Su menghembuskan nafas yang terakhir. Paling aku terharu melihatkan Kamal suami Su mengucup dahi arwah terlalu kerap... Airmata janganla dikira naik bengkak mata Kamal. Kami semua redha dengan pemergian arwah. Abah mentua terduduk lesu dan sememangnya abah yang ada penyakit lemah jantung terus sesak nafas. Suria anak bongsu yang di gantung harap oleh abah dan mak telah pergi terlbih dahulu mengadap Ilahi. Sepanjang hayat arwah dialah yang menguruskan hal mak dan abah. Maini dengan kerjanya dan kamariah pula masih belajar. Dan kami berada jauh di Pantai Timur. Moga roh arwah ditempatkan dikalangan yang beriman. Dan aku masih tertanya-tanya adakah arwah di golong dalam kalangan orang yang mati syahid kerana dia tak sempat berjuang untuk melahirkan anak tetapi anak telah meninggal dalam perut terlebih dahulu dan dia terus koma.

Al-fatihah buat arwah Suriaty bt Abdullah, 23 tahun.

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...