halwa telinga

Saturday, January 21, 2012

Hari-hari hilang mana boleh tahan...

Assalammualaikum semua...

Ini keluhan ke apa ni? Bukan apa..tak tahu nak buat camna lagi dah...ni apa kes ni??cer cete, cer cete hehehehe..

Hari-hari saya terpaksa bekalkan 2 batang pensil, 1 pemadam dan 1 pengasah baru tuk dak dina..aduhaiii...hari-hari balik sekolah benda-benda alah tu mesti hilang...aper awak makan ke kakak benda-benda tu huhuhu...Ni tinggal 4 bulan jek lagi tuk Dina menghabiskan tahun satu..kalau hari-hari hilang di congak2 dua batang pensil, satu pemadam ngan satu eraser leh beli benda alah lain kak! huhuhu pencil case pun hilang ater camna nak buat ni...

adakah anda mengalami masalah yang sama macam saya?? bila ditanya, biasalah jawapan yg formal..kawan ambil, tercicir dan tak tahu? hehehehe...

saya bg amaran "kalau hilang lagi saya tak bekalkan semua barang-barang tu tapiiii apakan daya tetap juga hilang..mcmana lagi saya harus tangani eik?moh bagi idea ke saya sikittt...makasih!

Tuesday, January 17, 2012

Setelah Timbang Tara...Kami memilih semi-D

Assalammualaikum semua...


Hanya 6 hari masa yang kami ambil untuk persetujuan dan pembelian rumah ni sebelum berangkat balik ke Yanbu,Saudi 11/1/12. Kami menimbang tara antara tanah dan rumah. 3-4 lot tanah sudah kami terjah di Melaka tu...Macam kita ketahui harga tanah lot..harga rumah siap memang sedang melambung naik sekarang ni. Menimbang tara juga dengan simpanan yang kami kumpul selama 3 tahun ni..suami berkata kalau kita beli tanah yang harga kat Melaka tu jejak 80-135k,pastu nak plan buat rumah pula..gedebak gedebuk sama jek jejak 200-250k. Jadi kami sepakat memilih kediaman semi D ni yang hanya tinggal 4 buah sahaja lagi. Alhamdulillah rezeki kami.. Cukup buat kami kediaman 4 bilik tidur,2 bilik air,1 ruang tamu, satu ruang makan dan ruang dapur. Menilai dari segi usaha dan pengorbanan suami yang bekerja dan kami yang tinggalkan keluarga di kampung akhirnya inilah hasil yang kami sedia mampu. Nampaknya lepas ni kami kena mengumpul duit kembali. Moga-moga suami saya diberikan kekuatan dari segi kesihatan..dipelihara keselamatan dia di tempat kerja dalam mencari rezeki kelak. Juga paling diharapkan agar kontrak kerja di sini bersambung lagi..Mudah-mudahan dengan izin ALLAH.


Kenapa memilih rumah ni? hehehe gara-gara saya yang terpikat melihat foto ni dari FB sahabat. Persekitaran yg dekat dengan sekolah, balai polis dan klinik kesihatan jadi kami pilih yang ini. Bersyukur sangat-sangat inilah penganti rumah di Paka,Terengganu. Alhamdulillah..lepas ni balik Malaysia leh terus landing rumah sendiri...Rumahku Syurgaku.


Encik Suami dah mula membelek-belek segala pilihan dekorasi dalaman. Kalini saya serahkan sepenuhnya kepada suami untuk menguruskannya..Boleh Yang??


Terima Kasih Yang...Moga rezeki kita sekeluarga akan di murahkan. Tak sia-sia kita budget segala bagai huhuhu...(Tak leh g bercuti ober the sea la eik??huahuahua)


Taraaaaa....kami persembahkan teratak baru kami..Alhamdulillah


Dalam pertimbangan...di sini kelak mahu di jadikan parking kereta...emmm


Pandangan sisi rumah kami...Jika ada rezeki lebih perlukan ubahsuai kelak.


Tanah belakang memang luas..Alhamdulillah... Tuan tanah sebelah tu lagi luas tanah tepinya setanding harga dia 300k huahuahua ( laki den mesti cakap bersyukurlah dari kita berhutang!..ini pun da mahal!!hehehehe)


Kami akan menetap di sini nanti. Taman Seri Rambai 1, Bukit Rambai Melaka. Moga kejiranan yang baru nanti akan terpelihara sesama kami menambahkan ukhwah antara kami.

Monday, January 16, 2012

Apa aktiviti cuti-cuti Malaysia kalini eik??

Alhamdulillah...inilah tujuan utama kepulangan kami kali ini...Lepas ni menumpukan deco bersama kamal-kaherah pulak...Hasil rezeki di perantauan selama 3tahun,akhirnya kami memilih yang ini! Nanti kita story the mory lebih lanjut akan pilihan kami ini k..

Alhamdulillah 1/1/12 kami semua dipertemukan di rumah Ibu Kiah..Perkenalan kami semua hanyalah di sebuah Forum Umrah dan Haji...Akhirnya membuahkan perkenalan dan pertemuan antara kami...



Sempat meroyan kat Johor Premium Outlet...Cuci Poket dan Cuci Mata...Korang patut terjah pergi sini....hehehe


Miraney Dania dan Roslinda M shariff,ini lah stok yang sempat aku pulun beli untuk bawa balik Yanbu...3 sudah aku khatam dalam 5hari yang lain-lain bakal menyusul. Beli stok-stok buku sekolah Dina maka aku selitkan sebuah dua buku novel aku...hehehe nanti kita passing2 eh...Ejalz ada brani??


Yang ni plak masa nak balik semula ke Yanbu 11/10/12..sedey bawa balik 5beg besar,5kotak besar dan kecik tapi akhirnya satu kotak yang penuh ngan belacan, ikan masin, daun limau,daun kunyit, bunga kantan dan daun kesum hilang ntah ke mana. Jadi pada sesiapa yang telah mengambilnya sila lah pulangkan kembali..huahuahua sure layu dan berulat ikan masin aku!


Tudia...akhirnya anak bujang saya menyambut hari lahir yang ke 3 tahun di kampung halaman...Makasih Pakucu dan Makucu sponsor kek dan makan KFC (10/1/12)




Assalammualaikum semua...

Akhirnya berpeluang tuk update blog..Tuan tanah kedaung g balik bercuti ke Malaysia maka blog ni pun menyepikan diri. Mehla layan gambo2 dulu yek..kedian kita cete-cete apa yang terpatutan..hehehehe

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...