halwa telinga

Sunday, April 18, 2010

Selamat Melayari dunia Rumahtangga Dayah & Selamat Bertunang Su!




Salam,

Walau da hampir 3 bulan Mak Yon ( dayah,sepupuku ) menjalankan tanggungjawab sebagai isteri tapi aku tetap nak coretkan sedikit kata-kata buat dia dan suami...Tahniah kerana melaksanakan syariat tersebut. Moga berkekalan hingga ke syurga.

Buat Su..Moga perjalanan dan perlangkahan sepupu aku yang seorang ni akan berakhir, kelak sehingga ke alam rumah tangga.. Selamat bertunang su..Alhamdulillah dapat juga kami menghadirkan diri majlisnya walau balik dalam keadaan emergency...Tahniah buat Pak din dan Makcik semoga cepat menerima menantu...

3 tarikh kenangan yg memberikan kenangan dan peringatan


Salam..

Alhamdulillah tanggal 30 March 2010,aku melangkah ke usia 31tahun dengan penuh rasa kesyukuran yang terhingga kepada ALLAH yg memberikan aku peluang dari segi umur, dari segi keinsafan akan kelalaian dahulu yang mempengaruhi sikap,kehidupan, peribadi dan sebagainya...Penuh bererti bila tahun ini aku menyambutnya di Tanah Suci dan berpeluang menunaikan Umrah lagi...Seperti Umrah-umrah yg lalu, semuanya amat bermakna dalam hidup ku ini..Terima Kasih Ya ALLAH semoga cahaya keimanan akan terus menyelubungi diriku, semoga bertambahnya Ilmu dalam kehidupanku, semoga KAU menganugerahi juga kesihatan pada tubuh badan dan juga memberikan aku rezeki lagi si sini.

31 march 2010 pula menjadi satu titik peringatan akan pengertian AJAL dan MAUT adalah di tangan ALLAH. Tarikh ini di mana kembalinya arwah bapa mertua ku Allahyarham Abdullah bin Mobil. Pemergian abah kami hadapi dengan Redha...Walaupun kepulangan kami ke Tanahair hanya Pusara yang dapat di lawati,tapi kami puas dan redha..

1 April 2010, genap pula 17tahun pemergian arwah abahku, Allahyarham Raman bin Adil. Pada usia yang muda dan kanak-kanak, aku dan adik-adik kehilangan kasih sayang abah yang sememangnya amat kami perlukan waktu itu. Mengharapkan sepenuhnya bantuan, sokongan dan kasih sayang dr Mama yg telah bersusah payah membesarkan kami untuk terus berjaya dalam kehidupan.

Sesungguhnya 3 tarikh ini akan terus memberikan kenangan dan peringatan dalam kehidupan.

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...