halwa telinga

Saturday, December 27, 2008

Cukupkah 22 hari itu buat kami?




Salam...
Nie serba sedikit aktiviti aku sepanjang kepulangan suami ke Mesia...

Tanggal 5 december aku ke KLIA menjemput suami... Tiba di KLIA suami da pun mendarat tiba di KLIA. Dina punyala teruja nak jumpa abah dia. Tak sabar-sabar Dina...Ma dia pun tak sabar gak tapi maintain ayu jek la kakaka. Dalam mencari dan menunggu ternampakla Dina pada abah,menjerit seronok. Mula-mula macam blur-blur jek lama-lama abah tak lepas di peluk...Alhamdulillah akhirnya kami ketemu juga...






Majlis Perkahwinan adik perempuanku pada 6 December 2008 berjalan dengan lancar juga akhirnya. Selesai juga Majlisnya...Semoga adik berbahagia dunia & akhirat kelak,melahirkan zuriat penyambung generasi yang soleh mahupun solehah.



Sepanjang kepulangan suami ke Kampung halaman kami berkesempatan ke Paka,Terengganu. tengok rumah n ziarah kawan-kawan. Nginapla kat Ulek Beach Resort Dungun yang baru di buka 5 bulan.Memang kelas resortnye,orang kata puas hatila walau bayar lebihhhh... jejak ganu jek Dina demam panas alahaiiiii anak! lama tak jalan jauh ye sayang...Dapatlah jumpa teman-teman dan jiran-jiran lama walau dalam keadaan kelam kabut! Maafla pada yang tak dapat kami ketemu. Masa amat terhad buat kami anak banak!

Tanggal 21hb, aku kehilangan pula sepupu NOORHARIDAH BT ABDUL RAHIM. Kematian mengejut ini memang menyakitkan sanubari dan kepiluan di hati. Meninggal akibat asma. Bagai tak percaya bila Mama mengejut aku jam 3 pagi mengatakan Ida dah takde. Aku leh kate pada mama,ma ngigau kot....berita yang amat memeranjatkan buat seisi kaum kuarga. Pada tahun ini sahaja,dan sepanjang aku mengandung ni aku mengadap 3 kematian orang yang tersayang. Pada usia yg bakal memasuki 21tahun pada 23hb arwah Ida pergi dahulu. Dan genap usia kematian Mak Wan 3 bulan Arwah Ida pula menyusul. Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Gambar di atas Arwah menjadi orang penting di Majlis Perkahwinan adik perempuan ku. Genap usia perkahwinan adik 2 minggu arwah pergi meninggalkan kami.Plan yang kami rancang juga iaitu nak melawat Uncle dan Untie Kiah di Muar tidak berkesempatan.Moga kita akan ketemu lagi Untie.

Semalam suami da pun berangkat pulang ke Yanbu...Tapi Dina masih lagi teringat abah. Hari kedua abah di Yanbu,inilah hasilnye bila malam hari...mengigau! teresak dalam tido dan paling penting baju abah di peluk erat. Malam pertama ayat " kenapa abah tak nak tdo dengan Dina di utarakan pada aku..huhuhu..biasalah ayat tu kan, jadi aku diamkan diri je la. 4 bulan lagi nak menunggu abah balik amik kami anak banak...

Friday, November 28, 2008

Menghitung Hari!

Salam...

Dalam diam tak diam menghitung hari,minggu depan hubby dah nak balik Mesia bercuti sempena perkahwinan adik aku! 5hb 12 nie aku & Dina akan tunggu En.Hubby kat KLIA.huhuhu..Moga perjalanan pulang En.Hubby ke Mesia akan selamat dan di permudahkan.Kami tunggu Abah!



Dalam pada itu,rumah mama aku da mula macam tongkang pecah! Mama da mula kecut2 perut menghitung hari nak langsung majlis perkahwinan adik perempuan ku yang no 2.Segala persiapan sudah lama di aturkan. Cuma menunggu hari. Pengantin pun sampai demam campak nak kahwin.huhuhuhu. Dina sampai cakap " Apalah bonda (gelaran tuk adik aku nie),kesian pengantin demammmm...huhuhuhu. Mama aku pun sampai lelah teruk sampai kena masuk emergency,kena tahan wad tapi sebab wad kat spital melaka tu selalu penuh kenala balik( bolehhh gitu!!) Doktor leh kate "Makcik nanti kalau kena lagi cepat-cepat datang spital"..Padahal mama aku da 3 kali sedut ubat oksigen tu + 2 injection.huhuhuhu.dugaan tul nak dapat menantu yek!


( Dina & Bonda)

Thursday, November 27, 2008

Welcome to Malik & Nizam!

Selamat Datang ke Yanbu En.Nizam & En.Malik..Selamat menempuh kehidupan baru di sana...huhuhuhu. Di samping tu sibuk nak penuhkan barang2 dapo umah yek. Moga di murahkan rezeki kelak...All the Best!!!






Wednesday, November 19, 2008

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 4 tahun!



Syukur ke hadrat Ilahi dengan penyatuan dan akad ini,melayari kehidupan suami isteri bersama, Tanggal 19 November 2004,6 Syawal.Moga ikatan ini akan berkekalan DUNIA & AKHIRAT. Sesungguhnya inilah anugerah yang terindah buat kami lebih2 lagi bila lahirnya NUR DINA UMAIRAH dalam hidup kami dan menyusul pula yang dalam perut nie nanti.hehehehe.
Tak dapat nak gambarkan semuanya tapi yang pasti aku bersyukur kerana ikatan ini. Dia terlalu istimewa. Terima Kasih bang...

Tuesday, November 18, 2008

Anak Dara Demam la plak!

Arrr...malam tadi langsung tak boleh tido,jaga Dina yang demam panas dan ada batuk berkahak sikit. Jam 2.30pg tersentak apabila nafas Dina semakin laju. Puas sudah aku panggil-panggil nama tak juga sedar. Mengigil sekejap aku tika itu. Teringat yang Dina pernah kena Sawan akibat demam panas February lalu. Segerala aku lapkan badan,kepala dan kaki dengan air. Aduhhh..takut jadinya last2 Dina dengar juga panggilan aku dan aku menghulurkan susu buat dia minum. Kesian bila dengar dia asyik merengek dan mengerang. Tak boleh tido aku di buatnya lantas aku mengaji dan buatkan air bacaan sikit tuk Dina. Dengan air yang aku buat tu la aku lumurkan ke anggota badan Dina. Alhamdulillah berkat doa dan ayat yang aku baca demam Dina kebah. Dengan air tu la juga aku buatkan minuman dan mandikan Dina. Nampaknya pagi ni Dina nampak sihat. harap malam nanti tak la demam lagi. Ubat pun sudah dimakan dan harinie dia nampak ok dan berpeluh. Terima Kasih TUhan kerana memberikan aku kekuatan dan peringatan akan kebesaran ayat suci MU...

Sunday, November 16, 2008

Rumahku Syurgaku - Yanbu,Saudi

Salam...

Melihatkan gambar rumah kami yang di ambil suami rasa tak sabar pun ada,rasa teruja pun ada, rasa macam terkurung (hai burung di dalam sangkarrrr) pun ada tengok kan keadaannya tu..huhuhuhu. Tunggu la Yanbu kami datang next year jika segalanya dipermudahkan.Jika ALLAH memberi kami juga peluang seperti teman-teman yang lain.




Monday, October 27, 2008

Letihhh..banyak Majlis Kawin!

Fuhhh letih betul,hari nie sehari suntuk kat rumah Mak Oteh,anak Mok Teh Zahir sudah pun bergelar suami. Anak-anak Mak Oteh genap 20 Tahun semua mengambil keputusan untuk berkahwin.hehehe.Maka Mak Oteh sudah bergelar Mak Wan pada usia 40an.hehehhe.Pasni bertambah lagila cucu Mokteh.
Hari Jumaat dan Sabtu aku ke rumah jiran, Ahad yakni semalam pula aku bawakan Mak dan Abah Mentua ke Open House rumah Busu Lan,adik Mak Mentua di Masjid Tanah. Maka harinie aku teruskan pula ke Majlis Persandingan Zahir. Kisahnya majlis di rumah isteri Zahir berlangsung selama 3 hari 2 malam tapi sebab ada agenda lain maka aku dapat pergi hanya di Majlis rumah Mok Teh.
Tapi Dina lak tetiba buat pertanyaan sedih dalam orang seronok-seronok. Tetiba jek " Ma,bila abah nak balik?" Waduhhhhh...soalan camnila buat aku sedih nie.kekekek..Hanya dapat jawap "Sabar eh nanti abah balik bercuti. Sekarang Abah kerja"..huhuhuhu.Petang tadi pula melalak-melalak panggil " Abah..abah..Dina rindu Abah!..Alahai,aku sedih lagi.kekeke..kenala aku pujuk juga.Apa nak kata..dugaan...bak kata dalam filem P.Ramlee.hehhehe. Apa-apa pun terisi la minggu percutian aku dengan majlis-majlis begini. Memang penat al-maklum Mak Buyung..huhuhu.









Friday, October 24, 2008

Hiburkan hati pergi keje kawin!

Malam nie g Majlis Kahwin rumah jiran selang dua rumah.hehehe. Dina punyala teruja tengok bunga api dan orang main kompang. Terjerit-jerit anak daraku sorang nie.hehehe.Sibuk nak tengok pengantin. Ada dondang sayang pulak tu..Al-Maklum orang Melaka tak sah la kalau tak berdondang sayang dan bersanggul lintang yang berat ntah bapa kg kat atas kepala.hehehehe.





Friday, October 17, 2008

Sekadar Ilmu - Sawan Beranak

Sawan Beranak ( eclamptic fits )
by Dr Hamid Arshat

Sawan Beranak

"Baru-baru ini saya telah mendapat satu panggilan kecemasan daripada salah sebuah jabatan kerajaan yang memberitahu saya tentang seorang kakitangan wanita daripada jabatan tersebut telah terkena sawan, dan wanita itu sedang menjalani rawatan kesuburan selama beberapa tahun. Saya diberitahu, bahawa seluruh badan wanita tersebut menggeletar apabila terkena sawan. Mulutnya berbuih dan matanya terpusing sehingga dia jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Para kaki-tangan di jabatan tersebut tidak tahu berbuat apa-apa melainkan cuba memanggil ambulans dan seterusnya memanggil saya untuk memberi pertolongan cemas. Malangnya, apabila saya sampai ke pejabat tersebut, saya hanya dapat memeriksa dalam waktu yang begitu singkat kerana ambulans telah pun tiba untuk membawa wanita tersebut ke hospital. Apabila saya merasai nadinya dan memeriksa jantungnya, saya dapati wanita tersebut tidak bernyawa lagi. Saya percaya, bahawa wanita tersebut telah menemui ajal ketika dia terkena sawan."


Kejadian ini adalah suatu yang sangat malang, khususnya bagi suami wanita tersebut kerana pasangan tersebut telah berkahwin selama 10 tahun dan telah mencuba untuk mendapatkan zuriat. Tetapi sayangnya, isterinya yang sarat mengandung telah terkena sawan dan telah menemui ajalnya. Dalam kes ini, bukan sahaja satu nyawa hilang, malah dua nyawa kerana bayi dalam kandungan wanita itu turut juga menemui ajal. Beginilah antara risiko terbesar yang boleh berlaku ke atas mana-mana wanita yang sedang hamil. Dari segi hikmah wanita tersebut mati syahid dan Allah S.W.T. menempatkan syurga kepada wanita yang menghadapi maut seperti tersebut. Yang pergi menemui Tuhannya, akan berbahagialah di alam baka tetapi yang ditinggalkan begitu sedih dan pilu, khususnya suami dan saudara maranya.

Dalam kisah tadi, saya ingin mengulas sedikit tentang sawan beranak, dari segi bahaya, tanda-tanda, rawatan dan cara-cara pencegahannya.

Punca “Sawan” Beranak

Sawan beranak merupakan satu kejadian yang tidak asing lagi bagi kita. Ia telah berlaku sejak zaman-berzaman. Hingga sekarang, punca penyakit sawan beranak masih tidak diketahui tetapi terdapat beberapa perkara seperti tanda-tandanya, faktor-faktor yang berkaitan dengannya dan mungkin cara-cara untuk menjauhkannya. Sebenarnya, apabila seseorang wanita terkena sawan ini, keadan penyakitnya adalah tenat. Biasanya, sebelum keadaan ini berlaku, ada beberapa tanda yang patut diingati dan memberi amaran kepada wanita yang hamil untuk berwaspada dan untuk mendapatkan jagaan yang sewajar daripada doktor perbidanan yang merawatnya. Biasanya, sawan beranak boleh meragut nyawa mangsanya walaupun ada juga sebahagian besar terlepas daripada ancaman maut.

Sawan atau eclamptic fits berlaku disebabkan saluran darah di dalam otak pecah menyebabkan pendarahan dan kerosakan otak (cerebral haemorrhage). Pendarahan yang banyak di dalam otak boleh merosakkan fungsi organ-organ terpenting seperti jantung, pernafasan dan lain-lain. Kejadian ini biasanya menyebabkan maut. Dalam kes-kes yang lebih ringan, pendarahan mungkin berlaku hanya sedikit, ataupun tidak berlaku langsung atau setakat kebengkakan otak sahaja (cerebral oedema)


'Sawan' Satu Kecemasan

Tidak semua ibu-ibu yang terkena sawan beranak akan menemui maut, tetapi jika sawan ini berlaku berulang-ulang, risiko maut semakin meningkat. Oleh itu, sebaiknya wanita ini dimasukkan ke hospital sebelum sawan berlaku, ataupun jika sawan telah berlaku ketika di rumah, wanita itu sepatutnya dikejarkan ke hospital. Apa yang penting, orang yang berada di samping perlu mengetahui tentang kaedah menyelamatkan nyawa (resuscitation) kerana wanita yang mengalami sawan ini biasanya tidak akan sedarkan diri. Dalam keadaan demikian, biasanya lidahnya akan tertelan dan seterusnya menutupi kerongkong angin. Oleh itu, penting bagi orang yang berada di sampingnya menentukan bahawa dia tidak menggigit lidahnya dan lidahnya tidak menyekat saluran udara dengan menarik keluar dan seterusnya meletakkan sesuatu benda untuk wanita tersebut menggigit dengan sekuat-kuatnya. Ramai juga yang mati akibat daripada masalah tersekat saluran pernafasan yang disebabkan oleh lidah yang termasuk ke dalam kerongkong. Sawan beranak adalah satu keadaan yang mencemaskan dan ia sepatutnya dikendalikan sebagai satu kes kecemasan. Cara pengendaliannya sama juga seperti orang yang lemas di dalam air, orang yang kena serangan jantung dan lain-lain punca yang menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri.


Bolehkah Bayi Diselamatkan?

Kejayaan untuk menyelamatkan bayi bergantung kepada beberapa faktor. Pertama, umur kandungan apabila sawan berlaku. Jika umur kandungan terlalu rendah, iaitu kurang daripada tujuh bulan kemungkinan peluang untuk menyelamatkannya adalah rendah. Kedua, berat bayi tersebut sama ada memuaskan atau tidak; sebaiknya berat bayi patut melebihi lima paun. Ketiga, secepat mana kita boleh melahirkan bayi bagi ibu yang diserang sawan. Cara menyelematkan bayi dalam keadaan ibu yang diserang sawan ialah dengan melakukan pembedahan Caeserean secepat mungkin. Tujuan pembedahan ini ialah untuk menyelamatkan kedua-dua nyawa, bayi dan ibunya. Selagi bayi masih dalam kandungan ada kemungkinan sawan akan berulang lagi kerana kandungan khususnya uri dipercayai mengandungi bahan beracun yang dikeluarkan sekali-sekala ke dalam saluran darah hingga menyebabkan sawan berlaku. Pada masa ini dengan teknologi dan kemahiran menjaga bayi yang lebih canggih, bayi-bayi kecil ataupun bayi-bayi yang tidak cukup bulan (premature) boleh diselamatkan dengan menggunakan teknik-teknik terbaru dengan kaedah rawatan rapi.



Apakah Tanda-Tanda Awal Sawan Beranak?

Sebenarnya penyakit sawan beranak (eclampsia) adalah keadaan teruk bagi penyakit keracunan waktu hamil atau apa yang dinamakan toxemia of pregnancy. Keadaan ini lebih sering melanda ibu-ibu yang mengandung anak sulung, mereka yang berlebihan berat badannya, dan ibu-ibu yang menghidap penyakit darah tinggi. Tanda awal bagi penyakit toksemia atau sawan beranak ialah kenaikan berat badan yang berlebihan semasa mengandung. Kenaikan berat badan wanita yang hamil adalah penting untuk menentukan pertumbuhan bayi yang sempurna. Sebaiknya, kenaikan berat badan ialah setengah kilo seminggu, dan kenaikan berat badan ini sering berlaku selepas mengandung empat bulan kerana ramai wanita tidak mengalami kenaikan berat badan pada tiga bulan yang pertama, malahan ada yang susut berat badannya dalam peringkat awal kandungan. Purata kenaikan berat pada keseluruhan tempoh sembilan bulan kandungan ialah antara 15 hingga 16 kilo. Kenaikan berat badan yang mendadak, khususnya selepas kandungan meningkat enam bulan ke atas adalah tanda awal bagi penyakit toksemia. Apabila kenaikan ini melebihi dua kilo sebulan, wanita patut berwaspada dan mengimbangkan pemakanan mereka dengan mengurangkan makanan yang kaya dengan karbohidrat, gula serta lemak, di samping melebihkan protein dan sayur-sayuran demi untuk mencegah berlakunya toksemia dan seterusnya sawan beranak.



Tanda kedua ialah bengkak kaki (edema) yang mungkin menandakan penyakit toksemia. Bengkak kaki sering berlaku di kalangan kandungan yang normal dan ini menandakan pertumbuhan bayi yang baik, tetapi jika bengkak kaki ini disertai dengan tanda-tanda lain yang akan saya huraikan di bawah, iaitu darah tinggi dan air kencing yang mengandungi albumin, maka bengkak kaki mungkin menunjukkan salah satu tanda bagi penyakit toksemia kandungan.


Air Kencing Yang Mengandungi Albumin

Apabila kerosakan berlaku kepada buah pinggang, maka protein akan terbebas melalu air kencing. Dengan itu, bagi seseorang wanita yang terkena toksemia kandungan akan ditandakan dengan air kencing yang mengandungi albumin. Lebih banyak protein yang terkeluar ke dalam air kencing lebih teruklah keadaan toksemianya, begitu juga lebih teruklah kerosakan kepada buah pinggangnya.

Toksemia kandungan adalah keadaan sebelum berlakunya sawan beranak. Apabila keadaan itu menjadi lebih teruk, maka sawan akan berlaku. Keterukan keadaan ini dapat diukur daripada ketenatan bengkak kaki, tahap kenaikan darah, dan juga banyaknya kandungan albumin dalam air kencing. Wanita-wanita yang mungkin mempunyai tanda-tanda lain seperti pening kepala, sakit pada ulu hati, terasa hendak pitam serta gangguan pada penglihatan. Tanda-tanda tersebut menandakan bahaya akan tiba, khususnya pada wanita yang pernah diserang toksemia atau kenaikan tekanan darah.


Apakah Rawatan Bagi Toksemia Dan Sawan Beranak?

Sebenarnya, tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit toksemia kerana kita tidak tahu apa punca sebenarnya, melainkan wanita tersebut perlu dimasukkan ke hospital untuk pengawasan dan untuk berehat seterusnya untuk mengawal pemakanannya. Wanita yang telah mempunyai tanda-tanda toksemia seperti air kencing yang mengandungi albumin dan bengkak kaki patutlah diberi rehat dengan sebanyak-banyaknya dan jika perlu, dimasukkan ke hospital. Jika keadaan ini masih ringan lagi, dia mungkin boleh diberi rehat di rumah dengan pengawasan yang rapi. Rehat adalah perkara yang terpenting dalam rawatan toksemia.


Tidak ada ubat yang khusus yang boleh mengatasi masalah toksemia. Rawatan yang mutlak bagi keadaan toksemia dan sawan beranak ialah melahirkan bayi dengan secepat mungkin. Cara melahirkannya bergantung kepada tahap ketenatan penyakit tersebut dan umur kehamilan. Jika kehamilan telah cukup bulan, iaitu melebihi 37 minggu kehamilan, bayi perlu dilahirkan dengan secepat mungkin. Jika darah tinggi dan kandungan albumi di dalam air kencing tidak teruk, kelahiran boleh dilakukan secara paksaan (induction of labour). Tetapi, dalam keadaan yang teruk ataupun setelah sawan beranak berlaku, atau di mana keadaan bayi terlalu terancam, rawatan yang sewajarnya ialah pembedahan Caeserean.



Pencegahan

Toksemia atau sawan beranak patutlah dicegah dari awal lagi. Setiap wanita yang mengandung, khususnya mereka yang mempunyai risiko yang tinggi seperti mengandung anak sulung, gemuk badan, berpenyakit ataupun yang mempunyai sejarah keluarga yang bermasalah, patutlah mendapat rawatan daripada doktor pakar. Jagaan kehamilan patut dilakukan mengikut jadual, iaitu setiap bulan dan di peringkat awal sehingga tujuh bulan, kemudian dua minggu sekali diikuti dengan seminggu sekali.



Kebanyakan daripada kes-kes toksemia dan sawan beranak berlaku akibat daripada ibu-ibu datang ke klinik terlalu lambat, atau langsung tidak datang mengunjungi klinik ibu mengandung dan ada pula yang mengunjungi tetapi tidak mengikut jadual.



Jagaan pemakaan bagi ibu yang mengandung adalah sangat penting. Ibu yang mengandung patutlah mengawal makanan yang banyk mengandungi karbohidrat seperti gula, kanji dan lemak. Ramai wanita yang tidak boleh mengawal seleranya setelah kandungan mencapai usia lima bulan ke atas kerana mereka percaya, bahawa mereka makan untuk dua orang dan seleranya pun meningkat pada ketika itu.



Di samping jagaan pemakanan, waktu rehat dan waktu tidur yang mencukupi penting bagi wanita yang sedang hamil. Wanita hamil patutlah menjauhkan diri daripada tekanan fizikal akibat daripada pekerjaan yang berat dan teruk, tekanan mental dan jiwa. Perkara-perkara yang boleh mengganggu perasaan dan mental patutlah dijauhkan dengan kerana ini juga merupakan satu faktor yang boleh menyebabkan terjadinya toksemia dan sawan beranak. Ibu-ibu patut melebihkan masa berehat atau diberi cuti rehat apabila tanda-tanda toksemia mula timbul.



Apabila penyakit toksemia telah berlaku, ibu tersebut patut dimasukkan ke hospital untuk mencegah keadaan tersebut daripada berterusan menjadi sawan beranak. Kebanyakan daripada masalah-masalah toksemia yang teruk serta sawan beranak adalah disebabkan oleh faktor-faktor peribadi dan sosial yang telah saya huraikan di atas. Ada sesetengah wanita pula tidak mahu dimasukkan ke hospital walaupun dinasihatkan berbuat demikian atas sebab tertentu. Ada pula yang suka balik kampung untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.


Saya ingin menekankan, bahawa penyakit toksemia tidak mempunyai ubat yang khusus. Berehat, menjaga pemakanan, fikiran yang tenang dan kelahiran bayi yang tepat pada waktunya adalah perkara-perkara yang terpenting dalam mengendalikan kes seperti ini. Semoga kejadian yang saya ceritakan dalam makalah ini dapat kita elakkan sama sekali.

Tuesday, October 14, 2008

Beg Dina nak bawa g Arab!

3 Hari lepas bawa Dina jalan-jalan ke Jaya Jusco, Air Keroh. Jalan dua banak jek.hehehehe. Pk2 nak window shopping jek tapi bila sampai kat barangan barbie..sekali kena pau daaaa...hehehe.mula-mula amik yang kecik-kecik jek bila nak pergi bayar Dina ternampak pula beg usung tu...Aisey ayat dia yang menyentuh perasaan lah yang menyebabkan mama dia beli kan juga.

"Eh, beg nie sama dengan beg abahla ma. beg abah g arab..(beg tarik n usung tu)Dina nak eh ma, boleh lah... nanti Dina nak g arab Dina bawa beg ni sama dengan abah!"

dengan airmata yang da bergenang nie aku ye kan jekla cepat-cepat g kaunter bayar.. terkena juga la ma RM ***oppssss(jangan mare abah!)untuk anak kesayangan abah juga.kekekeke.

Balik dr JJ abesla dia canang kat semua orang beg Dina nak g arab..aduhhhhh...Malamnye plak Dina buat episode sedih packing baju dan towel dalam beg...alahaiii..sedih lagi aku tengok. Sekarang nie Dina kerap sebut abah bila ngigau malam. Yelah tengok dia macam tak kisah je tapi hati dia manalah tahukan..Anak..anak...

Harap-harap urusan cuti abah akan di permudahakan dan terubatlah rindu Dina dan mama pada abah kelak.





Thursday, October 9, 2008

Uncle K nak balik Bercuti..huhuhuhu!!



Betapa seronoknya hati ini bila Suami nak balik bercuti 4hb December nie...Seronok bangat nie.hehehhe..Kebetulan pada 6hb December adik perempuan ku akan melangsungkan pernikahan dan persandingan dapatla Cik Hubby lik. Alhamdulillah. Dua minggu pun jadilah.

Yang tak bestnya pula sok aku banak Cik Hubby tak balik..kenalah aku harung sendirian. Apa nak kata! Jadi hero aku MUHAMMAD nie tak dapatla abah tengok nanti..tak mengapa la abah ehh nanti ma, sendla gambo MUHAMMAD..hehehehe. Cuma yang penting Abah akan sentiasa mendoakan ma dan hero ni selamat semuanya kelak.

Apa-apa pun nak tunggu Cik Hubby lik tak lama lagi nie. Kami tunggu di KLIA ye..hehehhe Awal-awal lagi abah da cakap "Ma jgn bawa kete"hehhehe..Napa tak caya ke?

Jenguk Mia kat Batu Pahat!



7hb Oktober aku dan dina bertandang ke rumah Uncle Z, Untie Milah dan Mia. Mereka akan berangkat esok hari 8hb ke Yanbu. Pergi dulu nampaknye Milah dan Mia ke sana. Bila aku katakan pada Dina yang kita nak g umah Uncle Z. Dia melonjak seronok..Yeh!yeh nak g umah Uncle Z kat Arab. Yelah sebelum-sebelum nampak Z depan pc ngan abah. Tak terkejut bila kata nak ke umah Uncle Z.hehehehe. Dalam kereta Dina masih sempat menanyakan aku " Abah ada tak ma kat umah Uncle Z?"..alamakkk aiii apa aku nak jawab...huhuhuhu. Bertolak jam 5 ptg sampai jugala di Parit Yusof jam 7 malam dah magrib.Nampak je Mia depan pintu umah Dina dah jerit Mia!Mia!..hehehhe..

Nampaknya kiriman buat suami dapat juga aku titipkan ke Z. Alhamdulillah, mereka pun da sampai Yanbu. Tengah tunggu berita jek dari mereka.hehehhe. Doakan kami pula ye ke sana.

Kugagahkan juga kaki nie nak melangkah. Sakit lagi nie..naik plak tangga umah Milah.kekeke. Malu pula bila Milah kata ayah dia leh urutkan. heheheh segan jadinya. Jadi aku tolak la ngan baik.hehehehe.

So apa-apa pun SELAMAT MENEMPUH KEHIDUPAN BARU DI YANBU, ARAB SAUDI!buat Milah dan Mia.

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...