halwa telinga

Sunday, January 17, 2010

Piknik + Beday Aqif di Taman

Salam..

( 16 Januari 2010 )Piknik santai ngan suke2 nak sambut beday Aqif...hihihi bersama Famili Kamal + Erah ( famili aku ler tu ), Famili Zikhan + Jamilah, Famili Malik + Kak Zah dan Famili Nizam + Zura...











Umrah sempena Aqif Setahun












Salam..

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana kami di beri peluang lagi untuk mengerjakan Umrah pada 12 dan 13 Januari 2010.Perjalanan Ibadah kali ini lancar dan yang pasti kali ni memberikan kemanisan yang abadi kerana berpeluang beberapa kali ke Hijr Ismail dan mengucup hajar Aswad bersama-sama Dina. Nikmat yang tak terkata...Alhamdulillah..Mengambil segala peluang dan kesempatan yang ada sepanjang di sana. terima kasih abah..bawa kami ke sana.

dan berpeluang juga menguji tahap kesabaran dan keberanian nak ke Airport Jeddah nak amik Jamilah, Zikhan dan Mia yang pulang bercuti ke kampung halaman...Takut betul aku tengok tahap pemanduan pak-pak arab kat Jeddah..sampai keras kejung aku menahan dalam kereta melihatkan pemanduan mereka...hehehehe..nampaknye kami kena biasakan lagi jalan-jalan mencabar di Bandar jeddah tu.. Ye ke Bah?leh pergi lagi tak?hehehehe

Aqif Demam!

salam...

hehehe..sempat gak snap gambo aqif masa demam haritu..siannnn..kena masukan ubat bontot n cucuk punggung nye..Alhamdulillah sekarang dah ok dan bertambah akal dan yang penting genap setahun Aqif terus berjalan lancar...hehehehe




Majlis Tahlil Arwah Angah





Salam..

Ni cete lik kampung lagi yg tergendala la yekkk...berkesempatan menghadiri majlis kenduri tahlil arwah angah Noorharidah Abd rahim di Kampung Tanjung Kling, Melaka.. Maka genapla setahun arwah angah meninggalkan kami. Semoga roh arwah di cucuri Rahmat dari NYA. Disamping itu dapatla aku berjumpa dengan sanak saudara sebelah mama aku..Kerinduan kami semua...heheheh

Tuesday, January 5, 2010

Cete Balik Kampung..








Salam...

Sebenarnya ni cerita ceriti ms lik kampung tahun lepas..dah basi ke?hehehe

Taknak balik,tak nak balik dah pun balik Mesia..hahahaha..dalam tak nak balik sampai gak kampung halaman. Tahu-tahu limo KLIA da sampai depan rumah mak mentua..huhuhuhu..balik kampung akibat perubahan cuaca dan persekitaran anak-anak jadi tak sihat.Amik masa nak sembuh peliknya sampai Yanbu semua jadi sihat belaka. (Abah itu namanya mereka nak duduk lama kat sini) Insya ALLAH jika di beri keizinan dan rezeki lagi.

Gara-gara YES kat Mesia,mata jadi kelabu asap menyopping pelbagai keperluan tambah-tambah baju anak-anak...juling biji mata nak memilih baju anak-anak...Dan abah kotakan janji dia beri ma shopping di Malaya.

tak berkesempatan nak ke mana-mana apatah lagi nak ke Terengganu mahupun ke rumah sanak saudara. Aktiviti banyak di rumah mak dan mentua bagi mereka menghilangkan perasaan rindu dendam pada cucu-cucu mereka. Masa berlalu begitu pantas sehinggalah sibuk dengan majlis pernikahan dan persandingan adik ipar. Dan tentunya hati da tak sabar-sabar nak balik Yanbu.. sudah rindu nak ke mekah..sudah rindu nak ke Madinah.

Baru sampai 3 hari di Yanbu, mama ku pula warded kat GH..Asthma, demam dan paru-paru berair.Punyala gundah gulana hati ku ini. Nasib baik adik-adik ada di samping mama.Alhamdulillah sekarang mama sudah sembuh dan sihat.. Kami akan tunggu mama 20 april nanti di sini ye ma...sama2 ngan kami menunaikan Umrah kelak.

Pastu aqif plak demam nak masuk usia setahun...baik-baik demam terus laju jek jalan..betulah yek nak tambah akal lagi...hehehe..Alhamdulillah Qif...

apa-apa pun layan jek gambo sepanjang kat kampung sempena majlis kawin mak ngah dina dan aqif...

salam...

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...