halwa telinga

Monday, June 15, 2009

Demam, Madinah & Terima Kasih!

Salam..

Dah seminggu tak update blog...Alkisah..maka tersebutlah kisah..hehehe. Demam daaa anak beranak. Beria-ia plan nak ke rumah Yann sekali last minit cancel pasal Dina demam dan selsema. Mengenangkan Dina pernah demam + sawan maka aku batalkan niat ke rumah Yann ( Harum Cempaka ).Menjaga anak-anaklah aku hari itu disamping dak Thaqif mengalunkan zikir..huhuhuhu..Dah ok dak Dina nya dak Aqif pula nyangkit,alahai hero aku sukar nak bernafas dek kerana hingusnya itu. Maka demam itu terus pula menyerang hubby ku dengan aku-aku sekali. Hubby paling teruk sampai kena masuk air satu botol + 2 injection di Al Ansari Specialist.Sekarang ni semua masih dalam pantauan dan kenalah makan ubatlah jawabnya. Dak Aqif sudah pandai taknak makan ubat..dikemamnya bibirnya yang comel itu..huhuhuhu.(Nak baik tak Qif!)

Demam-demam pun plan yang di rancang kena juga pergi dan berdoa serta bertawakal lah kami. Kami ke Madinah lagi. Bermalam selama 2 malam di Madinah. Kata hubby ni plan sebulan sekali masuk dalam budget, keluar dari Yanbu..(huhuhu bila plak nak ke Mekah yanggg??)Kenalah terus aku berdoa agar aku dan anak-anak diberi peluang. Kat Madinah di sebabkan demam maka aku dan anak-anak terperap dalam bilik hotel memandang cuaca amatlah panas terik dan berdentum!Malam barulah kami dapat keluar itupun masih terasa bahangnya.



Seterusnya,nak ucapkan jutaan terima kasih pada dak Milah kerana tumpangkan barang-barang kiriman mama ku itu. Juga terima kasih carikan segala macam daun yang aku nak.huhuhuhu.

Antara barang kiriman Mak Ncik dan Bonda tuk Dina dan Aqif. Sebabkan Aqif sering mengalami kembung perut dan aku hanya bawa bekalan BARUT SI PEKAN hanya dua helai,maka mak ncik kirimkan lagi 5 helai..puaslah dak Aqif dapat pakai barut tu.

Dina pulak syok arr dapat buku-buku cerita dari Bonda. Puaslah jugak aku nak membacakannya (kata adik aku baca dengan gaya,mimik muka dan intonasi long!..hehehe. Sambil-sambil tu Dina makan kismis doa kiriman Mak Ncik.

Disebabkan dak Aqif sering gatal gusi maka aku pesan juga ke Jamilah bawa teething gel tuk dak Aqif ( sebelum nie terpaksa pinjam Wafa nye (UW),nanti Untie pulangkan yang baru ye Wafa)

Emm tulah dia daun-daun yang aku kirim ke Milah. Dapatlah aku gadankan dalam masakan tuk tempoh seminggu dua nie.

Jeng-jeng-jeng..tu dia masak asam pedas aku..fuhhh kata Hubby barula dapat rasa asam pedas melaka yang cukup bahannya...(Belacan+daun kesum+bunga kantan + bendi+serai+daun limau)..Dah pun licinnnnnn...huhuhuhu.TQ mama,adik dan Milah!

Sunday, June 7, 2009

Selamat Hari Lahir,Bang..


Salam..

Harini 7hb JUN 2009 nak wish Selamat Hari Lahir buat suami yang tersayang,Kamaruzzaman bin Abdullah yang ke 30tahun (Aku tua 3 bulan daaaa).

Moga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik,dilindungi keselamatan dimana jua,dirahmati,diberkati Ilahi.Menjadi Insan,suami dan ayah yang terbaik buat kami!

We Love u Babah!

Thursday, June 4, 2009

Terubat sudah rinduku...

Wah..wah..tajuk bukan main lagi.kekekeke..terubat rindu pada siapa pula tu..huhuhu..Taklah pada sesiapa tapi pada buku-buku novel aku yang ada kat rumah di Malaysia tu..Dah boleh buat perpustakaan mini dah pun koleksi-koleksi aku tu..Boringnya dah lama tak pegang novel..aku memang hantu novel..alahai nak baca kembali buku koleksi Harry Potter aku tu ( macam budak-budak kan aku nie walau dah jadi mak budak,laki aku faham benar kalau aku da mengadap buku Harry Potter tu! )tup tup pagi tadi adik aku bagi link tuk hilangkan boring aku nie..hehehehe..

So apa lagi jom baca Novel dan Cerpen

http://penulisan2u.blogspot.com/

TQ2 dik..

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...