halwa telinga

Monday, October 31, 2011

Rezeki Dari Hyper Panda



Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah pagi tadi gie shopink barang dapo dan lauk kat Hyper Panda..dan yang bestnya kami tak yah bayar barang yang kami beli tadi keh keh keh...sebabnye apa? Kami terpilih jadi pelanggan bertuah shopink tanpa bayaran...Hyper Panda adakan pilihan pengunjung bertuah...masa dok bayar kat kaunter no 15 tetiba terpekik2 kat speaker Panda.."Congratulation You Won!..."saya terkebil-kebil apa kehal ni..tengok-tengok kami di kaunter 15 diorg wish Mabrook! eh eh saya menang laaa...Alhamdulillah free lauk pauk dan harga barang hari ni.. Untuk stok sayur-sayuran dan lauk basah saja susah mencecah 200++ kat sini, sapa nak bagi free kan kan kan?hehehe. Mudahan ada rezeki tuk menang dalam kelompok 33 orang bertuah yang menawarkan hadiah yang tak kurang menarik iaitu kereta chevrolet, I Pad 2, Blackberry..bla bla bla...(berangan tak sudah.hehehe kuasa ALLAH menguasai dan penentu segalanya)

Alhamdulillah moh gie beli belah di Hyper Panda kawan-kawan semua...

Thursday, October 27, 2011

Suka saya blog ni macam-macam tumbuhan ader!

Assalammualaikum semua..

Pagi dah kat sini kul 4.41pagi..Biasalah saya tak tido waktu malam sejak 3-4bulan ni..hehehe..Anak-anak saya terbalik timing tido mereka. So selesai urusan saya menghadap Ilahi saya riki2 internet mencari khasiat tumbuhan..jumpa blog Bicara Tentang Tumbuhan..Ya ALLAH macam-macam nama tumbuhan ader..malah macam-macam khasiat...seronok pula membaca bab-bab tumbuhan sekali sekala..bagi yang minat bercucuk tanam leh la refer-refer blog tu...seronok pula membacanya walau saya ni tak minat menanam segala bagai jenis tumbuhan dan bungaan...hehehe.. Berbakti pada tanah, maka hasilnya ALHAMDULILLAh buat kita sekuarga kan?

Barang makan jangan di risau.


Assalammualaikum..

Hari ni bercerita pasal makanan..yakni stok-stok makanan..Alhamdulillah jika berkesempatan ke Madinah mahupun Jeddah tak lengkap kalau tak pergi kedai pembekal barangan Asia.. Kat situlah nak cari kangkung, bayam, cili api, lengkuas,kunyit, tempe, tahu..beras pulut, kacang hijau, serai dan macam-macam lagi... So taklah orang kata mengidam nak makan..Alhamdulillah walau jauh dr Malaysia bekalan tetap kami perolehi.

Friday, October 21, 2011

Bagaimana saya ingin terangkan...


Assalammualaikum semua...
Hari ini saya di kemukakan persoalan yang semua kaum ibu perlu hadapi bila anak perempuan sudah semakin bijak mengutarakan persoalan dengan melihat keadaan semasa di sekeliling dia.
Anak saya Dina mengemukan soalan.."kenapa mama tak sembahyang hari ini?"
emmm soalan ini timbul bilamana dia melihat saya seminggu ini tidak bingkas bersolat. Dia tahu saya uzur bilamana saya utarakan jawapan "mama uzur...
tapi katanya kenapa perlu uzur..pantas saya teringat adegan dalam cerita animasi UPIN IPIN dimana kak ros menjawab.."akak kan istimewa"hehehehe
jadi jawapan itu juga saya lahirkan "Mamakan istimewa...
Lepas tu dia berkata lagi "wooo orang yang lepas bersalin baby pun tak boleh solat eh?dia uzur juga ye? Soalan ini timbul bilamana semalam saya dan keluarga melawat teman kami yang baru seminggu melahirkan baby..Bilamana selalu bila saya berkunjung ke rumah teman tersebut saya akan tumpang menunaikan solat bersama-sama teman.
Saya katakan pada dina..mama uzur..untie pun uzur...jadi kami perempuan yang istimewa..
Dina bertanya lagi " Jadi kakak nanti da besar uzur tak?hehehehe
Saya kata sebab kakak juga perempuan macam mama jadi kakak pun istimewa maka ALLAH memberikan kakak cuti dalam bersolat. Kita nak jumpa ALLAH kenalah bersih saya kata..Mudahan penjelasan pendek saya ini membuatkan Dina faham untuk menghadapi perjalanan dia dalam tumbesaran kelak.
Saya makin tersedar yanag anak saya makin membesar dan memerhati keadaan sekeliling..saya erlu lakukan sesuatu agar dia lebih memahami. Saya juga makin risau kerana dia adalah anak perempuan yang perlu saya jagai setiap masa...Anak perempuan perlukan pengawasan yang tinggi...Saya juga makin sedar yang saya makin berusia...hehehe

Thursday, October 20, 2011

Top Ten


Assalammualaikum semua..

Nak cete pasal satu pusat beli baju hehehe namanye Top Ten kat Madinah ni..Ala-ala reject shop gak kat Mesia..ala-ala factory outlet..hehehe tapi kenapa saya sukerr??sebabnye semua barang dan baju harganya SR10 kalau tukar duit Mesia RM 8.40 ikut currency sekarang hehehe..kualitinya alaa...baju yg direject tapi tak nampak mana pun rejectnya..cuma kenalah faham made in combodia,bangladesh, ehhh UK pun aderrr!! saya beli tuk anak buat baju basahan orang kampung kata tapi saya rasa buat baju jalan-jalan pun ok sebab cantik sangat..hehehe..ada yang dina bawa pakai gie sekolah..kikiki

Pasni saya memang ke situ lah gamaknya sebab harganya pun memang berbaloii hehehe..patutlaa mak-mak arab shopink kat situ dua tiga troli penuh..terbeliak biji mata..hehehe yelah kenalah faham dengan gaji suami mereka ditambah lak anak-anak yang ramai mahu tak dua tiga troli sekali beli...hehehe..

mula-mula tu saya kata apalah yang best sangat pasaraya ni sampai penuh jek tiap masa..ghupanya sebab inilaaa..SR10..kain pun bagus..kualiti jugakla kan..cuma REJECT! dan perkataan MADE IN...alaaa kat arab ni semua barang MADE IN CHINA cuma kualiti dia yg terbaiklaaa...hehehehe

So moh pakat ke Top Ten...kalau kat Dungun dulu Pasaraya Ten Ten kat sini TOP TEN!

Saturday, October 15, 2011

Usrah by Prof Kamil



Assalammualaikum semua..

Hari Khamis yang lalu yakni 13 October 2011, jiran kami Haji Fadhil serta isteri Hajah Kak Nani, serta Haji Zikhan dan isteri Hajah Jamilah mengadakan sepetang bersama dengan tetamu jemputan yang ramai kenali Prof Kamil ( Travelog Haji ) Alamak! lupa nak minta tandatangan prof kat buku yang memang da berulang-ulang kali saya baca tu..hehehe..next time kalau prof kamil datang lagi saya perlu minta tandatangan sebagai kenangan.hehehe.

Alhamdulillah pengisian yang bermakna dari tazkirah yang prof sampaikan..Terima Kasih banyak prof. Seronok juga berkenalan dengan kak Roza...Mudahan ketemu lagi kita semua warga Yanbu dengan Prof dan kak Roza untuk pengisian majlis ilmu yang lain.Insya ALLAH..

http://muhdkamil.org/blog/

Wednesday, October 12, 2011

Bam bam bam sudah buang botol susu!









Assalammualaikum semua...


Timbun kami...tembam kami..hehehe a.k.a Dina sudah buang itu botol susu..gara-gara dua tiga malam asyik muntah jek maka saya reka cerita yang dia muntah tu cacing susu..hehehe saya kata dia sudah 6tahun tu sebab cacing da banyak dalam perut asyik minum susu saja.hahahaha..minta maaf lah nak oii..malu pada kawan-kawan awak bila tengok awak minum pakai botol susu lagi. so far yuk tempoh 5-6hari ni dia da sebati. minum dalam cawan sahaja. ye!saya tahu susu elok untuk pembesaran tapi yang saya rasa tak suka pandang tu bila dia da besar sangat-sangat masih berbotol susu bila nak minum hahahaha...Alhamdulillah selesai masalah botol ni.hahaha..botol tu pun da selamat ke tempat pembuangan sampah di depan mata dak dina saya buang hahahahaha..harusssss...Bukti!!!
















Friday, October 7, 2011

Dah nak bermula kursus haji kat yanbu ni


Assalammualaikum semua...

Cakap pasal haji mesti ada kursus Haji. 13 Oct ni kawan-kawan kat Yanbu ni da mula kursus haji anjuran UQproteam Sdn Bhd organisasi dari ustaz-ustaz dari Kota suci Makkah.

Rasa baru lagi aku dan kawan-kawan pergi kursus Haji da datang balik bulan Haji..Cepatnya masa berlalu...Rasa dan kenangan masih segar bagai baru semalam balik dari menunaikan Haji...Seronok dengan pelbagai cerita sepanjang pengerjaan haji kami.

Mudah-mudahan masih ada lagi peluang untuk kami menunaikan Haji. Insya ALLAH. Buat kawan-kawan yang akan menunaikan Haji tahun ini kami sekeluarga mendoakan agar segalanya berjalan lancar baik dari segi kesihatan mental dan fizikal..Semoga diberikan haji yang mabrur buat kawan-kawan kelak.

Dah ramai jemaah haji



Assalammualaikum semua..

semalam dan hari ni dok tengok tv live Makkah,nampaknya dah bertambah jemaah haji yang tiba..penuh Masjidil Haram sekarang...semua ambil peluang yang ada...Semoga jemaah haji tahun ini diberikan kesihatan yang berpanjangan dalam mengerjakan ibadah kelak tambah di hari puncak nanti. Semoga mereka memperolehi haji yang mabrur hendak NYA







Ejas mengejas kerana sudah buhsan ngan yang lama

Assalammualaikum semua...


Harini ada masa terlebih..anak da abes exam katernye..huahuahuahua...terima kasih pada encik goggle kerana dialah saya ghajin nak riki2 segala macam tuk pembaharuan blog ni..takdela berubah apa pun cuma nak try2 jek sesuatu yang baru..pasni leh cuba lagi banyak kan kan kan?takla fenin nak ngadap cete saya yang panjang berjela nanti...so inilah sedikit dulu pembaharuan blog saya..banyak gambau da saya let go..huhuhu..semak plak pandang..mcm2 pose ada kan?so kita letak mana yang patut jek dulu..yang comel-comel gitu...yang memberikan kesan di lubuk hati bila mandang kan gambo itu cehwah! pasni saya riki2 lagi tutorial serba macam mak nenek tuk pembaharuan ok!

Kita testing dulu scroll dalam posting ni dulu k...sekiannn..dan Alhamdulillah berjaya nampaknya shaye...ada kelassss...

Wednesday, October 5, 2011

Snap dari Tv jek..Madinah

Assalammualaikum semua..

tak de keje..sempat snap-snap gambo Madinah dr Tv live jek..Jom tengok-tengok...terutama kawasan Raudhah di dalam Masjid Nabawi. Yang berkubah Hijau tulah terletaknya Makam Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.Kalau masuk Raudhah pastikan warna karpetnya..Kalau kaler hijau maka anda semua telah berada di salah satu taman syurga yakni Raudhah.









Sunday, October 2, 2011

Minggu exam buat Dina dan Mama!







Assalammualaikum semua...

Emm minggu ni minggu exam pertama buat Dina untuk Grade One...Sibuk study,macam mama dia pulak nak amik exam..macam-macam stail note mama bikin nak bagi dina faham dengan rotan kat tangan!hahahaha....

Moga-moga dia dapat menjawabnya walau tak banyak sedikit pun jadilah..Kali ini saya tak boleh memaksa dan taknak buat dia stress...Sampai satu tahap dia akan bersuara "cukuplah study mama,kakak dah penat sangat!"huahuahua...

Dengan perjalanan management sekolah yang perlukan perubahan sekarang ni memaksa saya terus bersabar...Sekolah anak saya ini perlukan tingkatkan lagi keberkesanan sistem pengurusan mereka supaya kami tak melahirkan rasa ketidakpuasan hati kami setiap hari dengan keluhan...supaya juga anak kami tidak rasa kebohsanan dengan cara pembelajaran dan juga supaya anak kami tidak jauh ketinggalan dan merasa tekanan dengan silibus yang diberikan. Untuk usia 6 tahun ini bagi Grade One yang da macam darjah 5-6 punya silibus memang amat memberikan tekanan baik pada Dina juga pada saya yang melihatnya...

Apa-apa moga Dina sentiasa berjaya kelak..Amin..

1 October 2011 Hujan di Bumi Mekah










Assalammualaikum semua..

sempat gak snap gambo dalam TV live dari Mekah. Memang itulah kejaan saya hari-hari ngadap Kaabah walau dapat tengok kat TV jek...Jam 4.30ptg waktu Arab, hujan membasahi bumi Mekah.Lebat sungguh!Jom kita lihat foto yang saya snap dari TV jek hehehe..Jadilahkan?pengubat rindu...

Madinah Al-Munawwarah 28-29 sept 2011




Assalammualaikum semua..

Minggu ni kami ke Madinah pula,bertolak lepas subuh. Alhamdulillah masih lengang pagi tu kerana jemaah kita dari Malaysia belum tiba di madinah. Macam biasa mengambil peluang yang ada untuk beribadah.

Menanti solat maghrib telah kelihatan ramai jemaah Malaysia dengan wajah yang penuh keterujaan.sempat berkenalan dengan makcik-makcik dari Sabah. Semoga mereka diberikan kesihatan yang baik selama 45hari di sini,juga semoga mendapat haji yang mabrur. Seronok bercerita sehingga terbayang musim haji saya dan suami tahun lepas. Saya nak pergi lagi!!!

Moh layan gambo sekeping dua di Madinah...

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...