halwa telinga

Sunday, November 27, 2011

Kifarah kecil yang ALLAH berikan



Assalammualaikum...

Alhamdulillah melangkah ke tahun baru 1433H dengan rasa kesyukuran kerana dapat bernafas untuk sekian kalinya...

Tahun baru kali ini diberikan kifarah kecil dari ALLAH..sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil...

Demam yang menyerang Dina menjangkiti kami suami isteri. Kami demam panas malah demam urat dan sendi! Tak boleh nak bangun dengan kesejukan yang menyerang dan bisa sendi serta tulang. ALLAH...Jangan mengeluh kata suami..hadapi dengan sabar...walau satu ketika terlupa dan melahirkan kata " Bila nak baik ni? Ma da tak larat dah ni....


Sering lupa dan leka dalam menangani kata-kata yang berbaur keluhan..Jadi bersabarlah dan hadapi dengan redha!

Selamat Tahun Baru buat semua..tentunya semua sudah pun melafazkan doa akhir dan awal tahun...Moga tahun ini lebih berkah buat kita semua...

Saturday, November 19, 2011

7th year!


Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah we are already reached 7th years anniversary in our marriage today! Thanks to ALLAH...19 Nov( 6 Syawal ).

7th years knowing each other with beautiful meaning...learning the meaning the truth of Married! Alhamdulillah we starting at zero then become a 7years...

Semua orang punya harapan..semua orang idamkan impian...apa yang saya inginkan perkahwinan ini kekal dengan pertolongan dan rahmat ALLAH, dengan nikmat kasih sayang dari ALLAH kami dipertemukan...Dengan rencana percaturan kehidupan dari ALLAH kami bersatu..Hanya kerana ALLAH!

Hapie Anibersary bang...Moga kita akan menjadi suami isteri yang lebih baik di masa akan datang..sentiasa memperbaiki diri dalam kehidupan berumahtangga ini..Amin..

Tak terucap dengan kata-kata...dan saya tahu! suami saya tahu bagaimana saya melahirkan rasa bangga dan bahagia dalam kehidupan berumahtangga ini....Alhamdulillah...

Congrats to us!7 years already!

Saturday, November 12, 2011

Aqif...






Nampak tak muka dia merah-merah..ni gara-gara selsema yang payah nak baik..jadi bintik-bintik merah jadinya..kena kerap bersihkan selsema dia dan sapu lotion..kesiannn...




Assalammualaikum semua...meh layan muka dak ni meh...da berbulan mama dia tak tdo malam...masa mama dia memang da terbalik! Siang mama iye tdo menembamkan diri, malam mama iye ngadap dia..Nasib baik kakak iye Dina hanya tdo lewat time cuti kalau sekolah pandai lak dia tido awal sebab takut kena marah ngan abah..pasal apa??pasal kalau dia nangis bangun pagi sebab ngantuk abah tentu sindir dia ngan mata besar tu!...hehehe..

Bonda dia...pak usu dia...makngah dia..pakcik dia..semua duk tunggu dia balik next month..semua sudah rindu sama dak amat...hehehe...tunggguuuu.....

Musim sejuk sudah menjelma...









Assalammualaikum...



Nie raya betul ni sampai tak berupdate ini blog hahahaha...sekarang da nak masuk musim sejuk...



Kalau kat sini macam biasa lah kat tepi laut merah nun depan jek rumah saya ni hah, da seminggu lebih khemah terpasang dek pak-pak arab yang berpiknik bersama kaum keluarga...malam kalau kuar ke taman..(taman rama-rama gitu! hahahaha) sure2 berterebangan tudung kita!hehehe...kena pakai baju sejuk la jawabnya,maka pesen baju sejuk pun da mula di tayangkan kat centrepoint nun...hehehe...kalerful gitew! kalau anak-anak memang cantiklaa kena mak-mak mcm saya yang memakai ala-ala obersea org putih hehehe...kitaorg obersea gak tp obersea arab ehh??kakaka..



Hah apa lg jom pakat-pakat beli baju sejuk pastu kita g taman depan panda..tak lama lagi sure pesta bunga pelbagai warna akan di tanam kat situ.. nak-nak ada gadget baru sekarang ni kan encik kamal! amik sekeping dua ala-ala romantik hehehe..


apa-apa..seronok juga mengalami perubahan cuaca ni..semuanya datang dari nikmat ALLAH untuk penghuni dunia ini..Bersyukurlah kepada DIA kerana kita masih lagi bernafas untuk menikmati dan manfaatkanlah seada mungkin...

Monday, November 7, 2011

Hari Raya Korban@Aiduladha KSA 2011

Assalammualaikum semua..Meh layan gambo meh...hehehehe


Taraaaa....Nasi jagung juga Hajah Faiezah masak! hehehe

Tu diaaaa...Taraaaaa....macam-macam Hajah Faiezah masak! Sedap semuanyaaa....sib baik tak minta tapau! (shayela org yg selalu menapau kalau g umah dia, sebab sedap sangat dia masak! Dia patut buka restoran satu kat Yanbu ni!)


Haji Nazrimi dan suami shaye Haji Kamal...Sedap makan pagi ni, baru balik keje malam 12jam tuuuuu...Ngantuk! Tak dan wifey nak citcat-citcat huahuahuahua.Anak-anak monyok dapat main ngan kawan-kawan sekejap jek!


Kami adalah kami...Hajjah Mira dan Hajjah Zai


Hajjah Faiezah menjaga anak-anak angkat, anak teman kami Yann dan Fuad yang mendapat jemputan menunaikan Haji Tahun ni. Syasya dan Wanie seronok makan-makan, aunty faiezah masak sedap2 kan?aunty erah pun sukerrr..paling suker order ngan dia hehehe


Ini juadah saya untuk keluarga raya korban tahun ni..Nasi Jagung, Ayam masak padang, kerabu apple, kek coklat dan kuih seri muka

Saturday, November 5, 2011

Wukuf di Arafah (5Nov2011)

Assalammualaikum semua...

Dari subuh channel Makkah ni tak saya tukar-tukar. Perhatian saya banyak ke TV menyaksikan detik Wukuf di Arafah. Beberapa foto sempat saya snap. Saya sedih, selepas solat Zuhur tadi saya keluarkan kembali senarai doa yang saya lafazkan dan ucapkan. Doa yang saya karang untuk dipersembahkan di Arafah tahun lepas.. Saya baca sekali lagi..Macam biasa airmata ni jangan di kata...Saya amati..Alhamdulillah beberapa perkara dalam list doa saya itu sudah ALLAH makbulkan.. YA ALLAH. Saya melahirkan kesyukuran...DIA MAHA MENDENGAR!..Saya habeskan doa itu sekali lagi,dengan harapan doa saya kali ini yang mana belum termakbul akan dia dengar OLEHNYA. Saya akan teruskan berdoa kepadaNYA...







.:::TAHUKAH KITA APA ITU WUKUF??:::.
Hari ini 5 November 2011 bersamaan 9 Zulhi...jjah 1432 H hrinya berwukuf di Arafah. BAgi kita di Malaysia, ia bersamaan dgn masa dari 5 petang hngga 10.39 mlm. Wukuf, wktu bila mana ketujuh-tujuh syurga dibuka, bilamana tiada 'hijab' di antara Allah SWT dan hamba-NYA, waktu paling afdal dlm stahun utk bdoa dan solat. Marilah kita mnfaatkn wktu bbrp jam ini mEmanjatkan doa btaubat dgn ssungguh hati penuh harapan.

Wukuf ertinya berhenti atau berdiri. Tetapi maksudnya ialah menghadirkan diri di padang Arafah pada masa antara zohor hari 9 Zulhijjah hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah. Cukup wukuf walau sekejap atau llu sahaja dengan syarat orangnya sedar - sempurna akal. Di mana-mana sahaja dari bumi Arafah itu boleh jadi tempat wukuf, asal sahaja ianya dalam kawasan bumi Arafah. Dan tidak pula disyaratkan orangnya itu mesti memijak bumi Arafah. Andainya ia hanya berada di dalam kereta atau bas dan tidak turun menjejakkan kakinya di bumi itu juga sah wukufnya. Hanya yang ada khilafnya pada udara Arafah - menurut pendapat yang lebih kuat bahawa udara Arafah itu dikira Arafah seperti udara yang bertentang Kaabah dikira Kaabah. Andainya seseorang itu tidak dapat wukuf tidaklah sah hajinya dan hendaklah menruskan amalannya dan bertahallul dengan amalan umrah serta wajib membayar dam. Ia juga wajib mengqada haji pada tahun hadapannya...WALLAHUALLAM.
(Ikhsan sharing dari JKKK Fan Club dari Facebook)

Tukar Kiswah Kaabah,5 Nov 2011 ( Hari Arafah)







Assalammualaikum semua...

Ini update segera dan sekarang masih lagi berlangsung di TV Live Makkah,pertukaran kain kiswah kaabah. Meh layan beberapa gambo yg sempat saya snap.

Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha



Assalammualaikum semua..

Tahun ni masih beraya di Yanbu Saudi Arabia. Kalau tahun lepas berdebar-debar di Mina menunggu esok hari nak wukuf di Arafah. Tahun ni saya beraya di Yanbu.

Hari ni saya berpuasa...dan petang ni saya menyediakan juadah raya tuk suami dan anak-anak. Saya buat sate hari ni..beserta dengan nasi impit, kuah kacang dan sambal bilis. Alhamdulillah seronok tengok suami dan anak-anak berselera makan. Buat ala kadar,berhempas pulas membakar sate...hehehee.ALhamdulillah walau saya bukanla tukang masak terhebat!

Suami masih lagi bekerja untuk tempoh dua minggu ni. so tak kemana-manalah saya dan anak-anak..Alhamdulillah bekerja maka rezeki bertambah.

Jiran tetangga ada yang pergi vacation ke Jordan, Mesir dan pulang ke kampung halaman.

Selamat Hari Raya Aidil adha buat semua yang mengenali.

Puasa Arafah, sabda Nabi saw :"Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa pada tahun yang lampau serta tahun yang akan datang"(HR Muslim)

Insya ALLAH jika esok saya masih dipanjangkan usia..diberikan kesihatan yang baik saya akan berpuasa sehari lagi untuk di hari Arafah...

Thursday, November 3, 2011

Selamat berangkat..


Assalammualaikum..

Pagi ini, sahabat-sahabat kami di yanbu ni akan memulakan perjalanan ke Kota Suci Mekah untuk menyempurnakan Rukun Islam yang ke 5...

Sayu-sayu hati ni mengenangkan Mina, Arafah dan Mudzalifah.. kemuncak yang di tunggu-tunggu untuk semua jemaah haji seluruh dunia..

Selamat buat mereka..Nikmatilah saat jihad ini. Hargai peluang yang ada...Bertalbiahla pagi ini dengan tenang dan serahkan sepenuhnya pada ALLAH s.w.t..Tamatkan kelak dengan satu kepuasan! Ini peluang kita...

Saya rindukan saat-saat di Mina, Arafah dan Mudzalifah..Saya ingin berada di Arafah lagi...penyerahan sepenuh jiwa di situ..lahirnya kekesalan sepenuh jiwa di Arafah...arghhh..saya menangis pagi ini mengenangkan Arafah...

Selamat Jalan sahabat-sahabat...Doa buat kalian sentiasa diiringi...Saya menanti di Yanbu cerita pengerjaan Haji mereka pula...Indahnya saat itu!

United Nation Day - Yanbu Elite International School






Assalammualaikum semua..

Hari ni 2 October 2011, Sekolah anak saya adakan Majlis United Nation..So macam-macamlah aktiviti untuk memperkenalkan negara masing-masing. Menyanyikan lagu kebangsaan negara masing-masing, dikuti persembahan kebudayaan setiap negara...So meh layan sikit gambo yang sempat saya dan suami snap2...

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...