Assalammualaikum..
Rasanya da setahun lebih juga tak pergi majlis anugerah anak-anak..Kalini dapat tengok Thaqif pula yang konvo bagi pra-sekolah kebangsaan bukit rambai. Alhamdulillah mama dan babah terkejut sebab bila tengok nama Thaqif terpilih jadi Pelajar Terbaik Akademik bagi Pra sek 2015.. memang mama nak nangis laaa..tak sangka..Tahniah Thaqif!!... Bagi kakak Dina pula jangan putus asa cuba rebut kategori-kategori mata pelajaran tahun hadapan..tahun ni tidak berpihak pada kakak...
Semoga anak-anak terus berjaya dalam pelajaran mengikut jejak zaman mama dan babah dulu heheheheh..
halwa telinga
Monday, November 16, 2015
Friday, November 13, 2015
Movers
Assalammualaikum semua..
Emm ada beberapa kawan di Saudi yang bertanyakan tentang mover yg kami gunapakai semasa penghijrahan balik..cehwah!!
So kami memilih mover spt di bawah. Tak perlu risau semua diorg urus..packing..masuk kotak..semua teratur..tengok jek diorg buat keje..heheheheh...takyah kemas apa pun..diorg yg buat..da selamat tenaga kat situ kekekekeke..
ok yang ni masa da sampai malaysia..masa tu diorg akan tanya nak buka dan susun kemas tak? Tapi memandangkan rumah baru kami belum sepenuhnya set up dan kami menyewa masa tu maka kami biaukan jek laa dalam kotak..maknanyaaa kami kena laa kemas sendiri..hahahaha.. so selamat pulang pada kawan-kawan yang nak balik ke bumi Malaysia..
Thursday, September 24, 2015
Friday, August 21, 2015
Tetamu jauh yang bertandang
Caption:- walau sejauh mana kita pergi...walau setinggi manakita terbang..walau sejauh mana kita merantau meninggalkan tanah air tercinta yg ada hanya satu ukhwah dan persahabatan menjadikan yang jauh itu tetap dekat di hati...
*sahabat dari Yanbu dan Abu Dhabi
Thursday, August 20, 2015
Tahun pertama beraya bersama Komuniti TSR 1
Assalammualaikum semua..
Masya Allah..perkenalan baru..suasana baru dengan komuniti baru di taman perumahan kami.. Alhamdulillah moga ukhwah ini berpanjangan..
Layan dari Lensa KAMI beraya bersama jiran-jiran 15/8( jumaat) penutup syawal..
Wednesday, August 19, 2015
Anak tahu akan erti RINDU
Assalammualaikum semua pembaca...
Emmm kekerapan luahan hati anak-anak termasuk mak budak ni..
Duduk- duduk rehat tetiba kakak bersuara,
"Rindu Mekahlaa mama..rindu Yanbu...ingat tak roti tamis? Laham mendi kat express..jolibee di Dana Mall..Al baik!! Ishh duit kakak dalam tabung kalau da cukup ni kakak da janji nak bawa mama dan abah pergi umrah kita balik mekah dan Madinah..." Berlinang tak agak-agak mata mama dia...semestinyaaaaaa...rindu nak oiii..Allah je yg tahu...pedih menusuk ke hati bila rindu tu datang..
Abang ngah plak " eh kita da lama laaa tak buat tawaf..rindu laa sgt dengan Mekah kan mamama...?" Bila tetiba ayat mcm ni terkeluar dr mulut anak- anak mama tahu ank-ank mmg benar-benar rindukan Arab Saudi..Kita berdoalaa anak-anak agar kita ada peluang lagi kembali menunaikan ibadah Umrah di masa akan datang..rezeki kita di berkati..insya Allah
BILA ANGIN RINDU BERTAMU DI MALAYSIA...emmm
Friday, August 14, 2015
Madrasah Al Falah
Assalammualaikum..
Aktiviti Hujung minggu anak-anak sekarang ni kami penuhi dengan kelas Tahfiz dan Fardhu Ain di Madrasah Al-Falah. Semoga terang hati anak-anak menerima ilmu.
Bagi yang ikhlas untuk menyalurkan bantuan kewangan untuk Madrasah ini bolehlaa menyumbang di nombor akaun yang tertera..
Aktiviti Hujung minggu anak-anak sekarang ni kami penuhi dengan kelas Tahfiz dan Fardhu Ain di Madrasah Al-Falah. Semoga terang hati anak-anak menerima ilmu.
Bagi yang ikhlas untuk menyalurkan bantuan kewangan untuk Madrasah ini bolehlaa menyumbang di nombor akaun yang tertera..
Thursday, July 23, 2015
Sunday, June 28, 2015
Ramadhan...
Assalammualaikum semua..
Alhamdulillah kita ketemu lagi Ramadhan tahun ni. Moga kita sama-sama mengejar pahala yg berganda di bulan mulia ni..
So untuk membalas enam tahun di rantauan sebelum ni encik suami telah menetapkan kami bergilir-gilir berbuka puasa bersama mak-mak kami... Hahahah bukan kah itu satu peluang dan nikmat agar mak-mak yg keseorangan terasa adanya kami di sisi.
Jadi anak dan menantu yg baik ni cehwah! Berhempas pulas menyiapkan juadah untuk di bawa ke rumah mereka hahahaha..hari ni umah mama jijah..esok umah mak senah..begitu sehingga akhir ramadhan..
Alhamdulillah tq Allah!
Thursday, June 4, 2015
Pengisian Jiwa
Assalammualaikum...
Ishhh sekarang ni orang asyik dok tanye...Laki ko keje apa sekarang? dah tak keje arab lagi,buat apa???
Jawapan:- Tak keje lagi..Rehat
Penanya:- takpelaaa duit bawa balik dari arab banyak.leh goyang kaki lagi... Huk3..
Jawapan:- hanya tersenyum..
Kata ustaz kejar macamana pun duit kumpul macam mana pun tetap tak cukup hehehe..tapi kena ingat selalu rezeki tu dr Allah..DIA da tetapkan sejak dr azali lagi.. sekarang ni masa tuk kejar ilmu sikit.yelah kami bukan dr golongan pandai agama...sek pun sek silibus mat saleh..takde masuk tahfiz bagai.. slow2 kasi cuci dalaman ni..hampir berkarat gak agaknya..hehehe
Tercapai hasrat
Dah dok kampung apa lgi nak buat ye tak? Kejau kelas agama dan kumpul ilmu agamalaa jawabnya. So plan nak buka kelas ngaji iqra dan Al quran di rumah sendiri telah termakbul.. Dah tua- tua barulaa terhegeh2 nak betulan balik tajwid ko ye kayrah...hahahaha...free of charge tuan umah kasi settle... Alhamdulillah dengan ini berharap berterusan laa hendaknya...insya Allah.Tq ustazah yg menerima amanah ini.
Wednesday, June 3, 2015
terlupa....keterlupaan ada blog.hahahaha
Rindu oiii nak balik Yanbu..kakakakakaka..... Sesekali datang aura kerinduan tu mendayu-dayula kooo...hahaha.. sikit lagi bulan da setahun di Malaysia...kelapangan masa amatlaa terhad..kesibukan!hahaha.. apa2 pun Alhamdulillah kami bahagia dan gembira di bumi Malaysia lelebih lagi dekat dengan keluarga di depan mata....
Subscribe to:
Posts (Atom)