halwa telinga

Monday, December 24, 2012

Tabarruj


Soalan:  Saya tahu bahawa Tabarruj adalah cara berpakaian atau perbuatan berhias secara berlebih-lebihan yang boleh menarik perhatian. Jadi, jika Khimar (tudung) seseorang wanita itu kecil, maka kelihatan leher atau rambut wanita tersebut, maka,  adakah ia dianggap Tabarruj? Walhal, rambut dan leher yang  kelihatan hanya sedikit dan tidak menarik perhatian dimana kebanyakan wanita yang tidak berjilbab biasanya berjalan dijalan-jalan  dan mereka tidak menarik perhatian? 


Jawapan:
Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).  Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.      



Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki.  Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah  dilarang.  



Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.   



Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.



Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya,  dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.



Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.



Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang  samada ia menarik perhatian ataupun tidak. 
Dalil tentang perkara ini adalah;
            زينتهن من يخفين ام ليُعْلَم بأرجلهن يضربن ولا    

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [TMQ An-Nur (24):31].


Seseorang wanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.



Kesimpulan: Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.



Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik perhatian seperti yang diterangkan diatas, adalah Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui dari keadaan dan realiti persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahui kebiasaan disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai dan mengetahuinya.  



Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak.  Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah Subhanahu wa Taala berfirman :



    الآية… لِبُعُولَتِهِنَّ إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]



                                                           مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ  

kecuali yang (biasa)  nampak daripadanya”  bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam,  pernah bersabda, 


إالمفصل لى ويداها وجهها لاإ منها يرى أن يصلح لم حاضت إذا الجارية إن
Jika seorang anak  perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan”       [Riwayat Abu Dawud]



Oleh yang demikian,  menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya.  Inilah kewajipan  untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Allah Subhanahu wa Taala  berfirman;
      
          جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ

Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [TMQ Al-Nur (24) : 31]

yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi  bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.



  
Oleh: Sheikh Ata ibn Khaleel Abu al-Rashta
Sumber: Islamic revival

Monday, December 10, 2012

Umrah 8-9 Disember 2012

Assalammualaikum semua...

Menyepi seketika dr update blog. Encik Suami dr bulan lepas bekeje 12 jam dan akhirnyaaa bila boss kata "Kamal awak boleh pilih date tuk cuti HANYA dua hari ok! hehehe so encik suami decide ambil peluang pada hari Sabtu dan Ahad untuk ke Mekah...Sudah dua bulan tak buat Umrah di sebabkan Musim Haji yang lalu. 

Bagi kami yang tinggal di Yanbu ni..inilah peluang keemasan sebabnya waktu ni kalau ke Mekah dan Madinah amatlah syok sebab nak buat Umrah, nak ke Hijr Ismail dan mencium Hajar Aswad amatlah mudah sebab tak ramai orang hanya jemaah tempatan sahaja.Kalau ke Madinah pulak tentulah berlapang dada dan keluasan di Raudhah...Alhamdulillah nikmat yang ALLAH berikan buat kami.

Alhamdulillah semuanya di permudahkan walau kami 3 banak terpisah ngan abah selesai tawaf Umrah sebab da masuk waktu Maghrib...sehingga kami 3 banak selesai saie masih lagi tak jumpa abah...hehehehe 3 banak saie tingkat bawah,abah macam biasa turun naik cari kami...dia saie tingkat atas..hehehehe..





Meluangkan masa di Hijr Ismail dan beratur dengan mudah bersama dengan Dina untuk mengucup Hajar Aswad...Alhamdulillah...Masa yang terhad kami duduk memandang kaabah...berdoa,berdoa...solat sunat,tawaf sunat...dan merenung kembali kaabah...sehinggalaaa check out time. memang tak cukup! Tapi jangan tamak!!! terpilih dan berada di kalangan yang bertuah adalah satu kesyukuran...Doa jangan di jadikan kedatangan kami ke Rumah MU sebagai yang terakhir kali di lafazkan berkali-kali setiap kali menjejakkan kaki ke Haram.Alhamdulillah balik dengan satu kepuasan.Hilang segala lelah di dada....Terima Kasih YA ALLAH!

Saturday, December 1, 2012

Selamat Pengantin Baru buat sepupu-sepupuku

Assalammualaikum..

Nampaknya tahun ni ada 3 sepupu saya yang berkahwin dan tidak dapat saya hadiri. Kami memang rapat...yelah sape lagi yg ada kalau tak mak sedara,pak sedara dan sepupu sepapat kami...Alhamdulillah tahniah buat sepupu saya Mohd Zahid, Mohd Sa'id dan Nurul Nadia atas pernyatuan dua hati...Pakat baik-baik dengan isteri/suami dalam membina rumahtangga yang berbahagia...Tahniah Mokteh dan Pokteh serta Mak itam dan pak itam saya masing-masing menerima menantu...

Monday, November 19, 2012

19 November 2004

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

8 tahun sudah usia perkahwinan ini...8 tahun sudah menjalani kehidupan suami dan isteri...8 + 13tahun zaman bercinta hahahaha...

Lama memang lama...mengenali sesama kami di alam persekolahan..penuh onak, penuh ranjau...on off perhubungan...cukup lama untuk mengenali hati budi..Orang kata sepatutnya zaman sekolah tak bagussss bercinta hahahaha...tapi kami degilll!!! nak juga bercinta kakakakka...umur br setahun jagung..tingkatan satu da nak bercinta!...The best moment antara kami sepanjang 13 tahun untuk mengenali dan akhirnya ternoktah dengan akad nikah dan kabul termaktub pada 19 November 2004.

Banyak yang kami kongi...rasa hati,rasa sayang..rasa cinta bersemi dalam satu...terima kasih Ya ALLAH akan perjodohan kami ini...terima kasih kerana mengaturkan takdir buat kami...Alhamdulillah..

Semoga ikatan ini kekal membawa ke syurga...Aamiin..

Takde kata yg mampu terluah dr mata turun ke hati...dan hanya ucapan syukur untuk penambahan usia alam rumahtangga ni...Alhamdulillah....

Saturday, November 3, 2012

Ombak Taubat Arafah Haj 2012



Assalammualaikum...

Ya ALLAH, Amponkan dosaku kerana selalu dustakan janji-janjiku padaMU...

Sedih betul nengok Ombak Taubat Arafah ni...Bukan bangga diri sebab dah pernah g Haji dan berada di Arafah...tapi saya percaya semua org nak ke Arafah lagi...Hari tulaaaa dengan rasa hina dan malu yang sebenarnya lahir satu luahan...satu keinsafan...satu rasa yangggg hanya diri sendiri je yg tahu...rasa nak luahkan segala-galanya...Hari itu rasa sunyi walau hari tu berjuta manusia di Arafah..sebab apa rasa sunyi?sebab masa tu kita hanya dengan ALLAH hanya terluah segala apa yg kita pohonkan...ALLAH.. saya rindukan suasana di Arafah..hadir satu rasa di lubuk hati yg paling dalam dalam diri masa tu rasa tak cukup nak minta ampon dan nak luahkan segalanyaaaa...


Mudahan kita semua ada peluang untuk menunaikannya lagi...Aamiin...

Monday, October 29, 2012

Bila jiran lama bertemu...

Assalammualaikum semua..

Selawat dan salam buat Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah sambutan hari raya Aidiladhaa saya sekitar Yanbo juga seperti 4 tahun lepas...da 4 kali raya haji..asal raya je melopong..asal melopong jek raya yek....hehehehe...abahnya keje 12jam selama 2 minggu yippieeee...duit masukkk (itula org ppuan asal keje jek duit..asal duit jek overtime!)kikikiki sape kata saya sukerrrr...hehehe anak-anak, abah balik kelija sedang mengulit mimpi..abah g keje diorg baru jumpa dua jam..kul 7malam abah da say bye-bye hehehe...Mama diorg! jap baring jap duduk,jap buka buku,jap pegang tasbih jap pandang jek anak-anak gaduh2 manja gitu hehehehe..Jiran???jiran-jiran aye asal raya haji jek melancong..asal melancong jek raya haji kehkehkeh..inilah masanye ye tak?bila lagi..Jiran sebelah tahun ni gie Dubai,Jiran bawah g jordan,jiran atas Menunaikan Fardhu haji...ate...jiran tengah2 ni...hehehe ternganga...kikiki (destinasi rahsia mungkin kita after this seperti direncanakan abahnye huahuahuahua...kannn bonuss da berkibar-kibar depan mata mama ni huahuahuahua..abah akan kata sabarrrr..mama sabar lah nia abahnye...paling-paling abah kata yeh!jom balik kampung!kampung lagikkkkk!!!4tahun sudah 8kali balik hehehehe)

sudah merepek-repek tahap melalutan ini oranggg kikiki..

benaunye nak cete...Raya Korban tahun ni macam tahun lepas saya jumpa jiran lama saya di Paka dulu...Jiran sebelah rumah dan jiran belakang rumah...Alahaiiii...terharu!Actually en-en suami kami ex Optimal dulu dapatla bersua wajah dan bertukar cerita...Jiran-jiran saya di Jubail nun...(ate bilanya kami ni nak jejak Jubail..depa dok datang yanbo...kami???sabarrr ehhhh...hehehehe)

Sangat Hapie jumpa kak nah dan anak2..Haji Khairil dan Haji azhari aka Usop! Mudahan Ukhwah kami akan sentiasa berpanjangan kelak...

Maaflah yek juadah meehoon soupnye lambat landing kat compund yansab tu kekekeke...


Terima kasih kerana sudi datang tahun depan jika panjang umur kita ketemu lagi...Insya ALLAH kalau tidak di Yanbu di Malaysia mungkin...hehehe


Aqil Story ...



Saturday, October 27, 2012

Berpisah tapi kasih dan sayang jangan di lupa!



Assalammualaikum...

Untuk Kenangan-kenangan terakhir kami menghabiskan detik-detik bersama sebelum masing-masing akan berpisah..Berpisah apa pulak ni???hehehe Oleh kerana Arab Saudi sekarang ni mengamalkan "Program Pemutihan" tulaaa kasi antau pendatang dengan izin! yekkkk...itu kasau nau bahasanyeeee...Pemaustatin sementara oklaa kot...Depa dok kasi antau pulang kami-kami secara berperingkat kerana sudah cukup,cukup sudah hehehe kontraknye...

So kami decide together-together sebelum salah seorang dari kami berangkat pulang...Inilah kami..suka duka,kawan tak kawan,masam tak masam..kami tetap bersama...Saya akui,pada mereka sudah saya katakan Zai...Faiezah...aku bukan sahabat yang baik, tapi aku berusaha ke arah itu agar persahabatan kita ni nanti membolehkan aku melangkah ke syurga...Jangan hanya kesilapan aku yang kecil korang kenang aku dengan berjuta keburukan..kenanglah aku sebagai manusia yang memang selalu berbuat silap..Dan mereka faham kerana sikap saya bila terasa sesuatu berlaku dalam persahabatan akan kerap meminta maaf...Saya sayangkan sahabat-sahabat saya...Mudahan mereka memahami dengan jangka pendek mengenali saya..faham perangai saya...nilai keburukan saya..tegur jika ada yang kurang...Saya jenis yang tak memilih kawan, dan saya tidak akan mencampur aduk kan urusan siapa yang dia nak kawan,siapa yang bermasam muka...siapa yg terpilih menjadi kawan...Saya kawan dengan semua orang tanpa sempadan...Saya takut di akhirat kelak hanya kerana saya menciptakan jurang perselisihan dalam persahabatan saya akan di soal kelak...

Maafkan saya sahabat-sahabat semua...Saya manusia biasa yang selalu berbuat silap...Saya sayang semua....

Mudahan sahabat saya yang pertama akan berangkat pulang akan di rahmati,diberkati,dimurahkan rezeki Oleh ALLAH dalam meneruskan kehidupan..Keep in Touch!

Zikirlah di masa terluang...

Ketika Allah SWT menjadikan Arsy dan memerintahkan malaikat memikulnya, lalu malaikat cuba memikulnya dan terasa amat berat. Kemudian, Allah SWT menyuruh malaikat mengucapkan ‘Subhanallah’. Sebaik saja malaikat menyebutnya maka Arsy yang berat itu menjadi ringan. Lantas para malaikat membaca zikir ‘Subhanallah’ itu selama-lamanya.

Berkata Ibnu Abbas r.a “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as maka yang pertama keluar dari mulut Adam as ialah bersin. Lalu Allah mengilhamkan kepada Adam as untuk menyebut ‘Alhamdulillah’. Sebaik saja Adam AS menyebut ‘Alhamdulillah’, lalu Allah SWT menjawab ‘ Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau). Kemudian para malaikat menggabungkan dua kalimah itu menjadi ‘Subhanallah Walhamdulillah.”

Para malaikat membaca kalimah itu sehinggalah Allah mengutuskan Nabi Noh a.s. Disebabkan kaum Nabi Noh a.s merupakan kaum yang pertama menyembah berhala maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Noh a.s supaya menyuruh kaumnya mengucapkan ‘Laa illahillallah’bagi mendapatkan keredhaan dari Allah SWT. Lalu berkata para malaikat, “Inilah kalimat ketiga yang besar dan baik dan tidak boleh kami abaikan.” Maka para malaikat pun mencantum kalimah itu dengan kalimah sebelumnya menjadi ‘Subhanallah Walhamdulillah. Walaa ilaha illallah.’

Para malaikat mengamalkan kalimah itu sehinggalah terutusnya Nabi Ibrahim a.s. Setelah terutusnya Nabi Ibrahim a.s, Allah SWT telah memerintahkan supaya Nabi Ibrahim a.s menjalankan korban anaknya yang mana akhirnya Allah SWT telah menebus anaknya dengan seekor kambing. Apabila Nabi Ibrahim a.s melihat anaknya diselamatkan oleh Allah SWT dan digantikan dengan kambing maka Nabi Ibrahim a.s melafazkan ‘Allahu Akbar’ kerana merasa terlalu gembira di atas nikmat yang dikurnia oleh Allah SWT kepadanya.

Para malaikat pun berkata, “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar”. Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan kalimah sebelumnya menjadi ‘Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu Akbar.’

Ketika malaikat Jibril a.s menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, baginda merasa kagum dan terus melafazkan ‘Laa haula wala quwwata illa billahil aliyil aziem.’ Kemudian Jibril a.s berkata, ‘Gabungkan kalimah yang empat itu menjadi satu yakni…Subhanallah walhamdulillah, walaa illaaha illallah wallahu akbar, La haula wala quwwata illa billahil aliyil aziem.’

Thursday, October 25, 2012

Penggantian Kiswah Kaabah ( 9 Zulhijah bagi tahun 2012)

Assalammualaikum...



Update terkini untuk tahun 2012 ni.Penggantian kiswah kaabah 9 zulhijjah.

Tuesday, October 23, 2012

Haji kita diterimakah??Hanya ALLAh yang tahu...

Assalammualaikum semua...

Oleh kerana esok semua jemaah yakni sahabat-sahabat saya di Yanbo ini bakal berangkat mengerjakan haji...mari kita share sedikit cerita berkenaan haji ini untuk sama-sama mengambil iktibar dan ilmu...

Selamat berangkat buat semua..Moga segalanya di permudahkan ALLAH...diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk menyempurkannya...Mudahan Mabrur haji buat semua..Aamiin..Saya juga rindukan saat-saat mengerjakan haji tahun 2010 yg lalu..Mudahan saya dan keluarga punya rezeki lagi untuk berkunjung dan menunaikannya..Aamiin..

Setelah menunaikan ibadat haji, Abdullah bin Mubarak tertidur di Masjidil Haram. Dalam mimpinya, dia melihat dua orang malaikat turun daripada langit dan berlaku perbualan antara keduanya.

“Berapa ramai orang yang melakukan haji pada tahun ini?”


“Enam ratus ribu.”

“Berapa ramai yang hajinya diterima?”


“Tiada seorang pun yang diterima. Hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq yang tidak dapat berhaji tetapi diterima hajinya. Berkat haji Muwaffaq inilah semua orang yang melakukan haji pada tahun ini telah diterima.”

Sejurus habis perbualan itu , Abdullah terbangun dari tidurnya. Terpinga-pinga dia melihat sekeliling kerana seolah-olah dua malaikat itu benar-benar ada di hadapannya.


“Muwaffaq, siapakah dia?” persoalan itu bermain-main di fikiran Abdullah sehingga dia terus berangkat ke Damsyik untuk mencari lelaki itu. Di Damsyik, dia bertanya kepada orang yang lalu lalang, adakah penghuni yang bernama Muwaffaq.

Memang benar, Muwafafaq itu wujud dan tinggal di kawasan kejiranan berdekatan. Sampai di depan pintu rumah, Abdullah mengetuk sambil memberi salam.

Keluarlah seorang lelaki dan apabila ditanya memperkenalkan dirinya sebagai Muwaffaq.

Abdullah lalu bertanya pernahkah lelaki itu menunaikan haji dan bagaimana dia boleh mencapai darjat seperti yang dikatakan malaikat itu?

“Tidak lama dulu, aku memang berniat untuk menunaikan haji. Apakan daya dengan keadaanku ini, wang perlu dikumpul terlebih dahulu. Kemudiannya, Alhamdulillah aku mendapat rezeki 300 dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu. Jadi, aku berniat untuk melakukan haji pada tahun ini.


Isteriku ini pula hamil. Satu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan teringin makanan itu. Aku pun pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan hajat isteriku. Jika tidak banyak, cukuplah sedikit makanan yang berbau itu untuk isteriku yang sedang mengidam.


Namun, aku mendapat jawapan yang amat menyedihkan dari jiranku itu. Katanya. ‘Oleh kerana sudah terdesak, aku terpaksa membuka rahsiaku. Sebenarnya anak-anak yatimku ini sudah tiga hari tidak makan. Aku terpaksa keluar mencari makanan untuk mereka. Ditakdirkan aku bertemu dengan bangkai himar di suatu tempat. Lalu aku potong sebahagiannya dan aku bawa pulang untuk dimasak. Maka makanan ini jadi halal untuk kami kerana darurat dan haram untuk makanan kamu.’

Menitis air mataku mendengar semua itu. Lalu aku pulang ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham. Aku serahkan wang itu kepada jiranku. Aku rela dan ikhlas hati wang itu dibelanjakan buat anak-anak yatim di dalam jagaannya itu"


"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku ini sahaja,” cerita Muwaffaq.

Abdullah yang mendengarnya hanya terpegun. Barulah disedari betapa besarnya pahala membantu jiran tetangga dalam kelaparan apatah lagi jika di dalamnya terdapat anak-anak yatim.

Friday, October 19, 2012

Official Video [The Musical Version]: Malaysia Airlines 'Missing You' Fl...



Assalammualaikum..

Ini macam kalau tetiba org kampung kat Melaka tu buat kejutan nyanyi dondang sayang time kita org "FINAL" touch down nanti mahu runtuh KLIA...hahahahaha..Mahu berdekah-dekah aku ketawa walau time tu sedih sebab da tinggalkan Yanbu...huhuhu

Layannnnn

Monday, October 15, 2012

Bersungguh-sungguh

Assalammualaikum semua..

Allah mengetahui bahawa di dalam hati kita ada keinginan untuk mendapat hidayah dan juga mengetahui apa yang tersembunyi di sebalik jiwa kita. Apabila kita bersungguh-sungguh mencari hidayah,pastilah ALLAH akan membukakan untuk kita apa yang tidak terlintas di dalam hati kita semua. Maka janganlah di dalam kehidupan ini kita kikir memberikan kemudahan, ilham,bimbingan,pemberian,cahaya,keberkahan. Sesungguhnya ALLAH akan mendatangkan hidayah dari salah satunya.

Kewajipan kita adalah bersungguh-sungguh untuk semua itu. Apabila kita berada di pagi dan di petang hari,hendaklah kita selalu menginginkan ALLAH dan hari akhirat yang kekal.

Inilah keinginan yang besar dan keinginan yang sesungguhnya,yang tidak akan boleh ditandigi oleh keinginan untuk mendapatkan kereta,pekerjaan dan tempat tinggal,sesungguhnya semua keinginan itu akan dilihat murah bila dihadapkan dengan keinginan yang mulia.

 Endinglah ni kot..Adam dan Hawa...hehehe nak juga selitkan cete ni dalam blog...huahuahua
Selamat Mengamalkannya

Saturday, October 13, 2012

Doa

Assalammualaikum...

emm da macam fobia plak aye...kejap-kejap turun tangga dengar kot-kot anak dara ada jerit kat luar hehehe...kejap-kejap tekan remote tengok kot-kot Dina balik hahahaha..padahal da bekalkan dia hpone ke sekolah. Ya ALLAH berikan aku keyakinan dalam setiap perbuatanku.

Sedikit intipati dari pembacaan ilmiah saya..Yakni DOA

"Berdoalah kepada-KU,nescaya AKU perkenankan bagimu.

(Surah Al-Mukmin :60)

Allah akan selalu bersama hamba NYA yang banyak berdoa dan banyak berharap kepada NYA. Oleh kerana itu,janganlah kita mensia-siakan waktu kecuali untuk menyentuhkan wajah di tanah (solat).Itu lebih mulia bagi kita.

Menjelang Subuh adalah merupakan waktu yang terbaik untuk berdoa kepada ALLAH. Dalam sahih al bukhari dan Muslim ada di sebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ; "Pada waktu sepertiga terakhir dari malam Allah turun ke langit dunia dan berfirman : "Tiada seorang pun yang meminta sesuatu kepadaKU melainkan akan AKU beri. Tiada seorang pun yang memohon keamponan kepada KU melainkan akan AKU amponi. Dan tiada seorang pun yang berdoa kepada KU melainkan AKU kabulkan doanya.

Dalam sunan At-Tarmidzi disebutkan hadith dari Salman bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :"Sesungguhnya ALLAH merasa malu terhadap hamba-NYA yang mengangkat kedua tangannya (yakni berdoa) kemudian ditariknya tangan itu kembali dalam keadaan kosong ( belum dikabulkan )."

Doa yang paling baik dilakukan adalah pada waktu sujud setelah solat malam, pada hari jumaat dan pada hari Arafah. Hendaklah kita berdoa dengan mengucapkannya perlahan dan lemah lembut. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

"Berdoalah kepada Rabbmu dengan merendah diri dan suara yang lembut.Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."                                                           (Al-A'raf : 55 )


" Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu tentang AKU, maka jawablah bahawasanya AKU adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada KU, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah ) AKU dan hendaklah mereka beriman kepada KU,agar mereka selalu berada dalam kebenaran."       
                                                                                                                       (Al-Baqarah : 186)
Siap amik gambo lagi..Punyalah jauh pintu masuk rumah dengan pintu garaj,mana nak dengau!hahahaha


Jom kita BERDOA..


( Ada ke abah ajar Dina kalau terjadi lagi hal macam haritu baling batu kat zink parking macam anak-anak arab buat,agar abah leh lari turun konon-konon nak marahkan anak-anak arab tu yang suka baling batu kedalam tembok rumah kita..sib tak kena kete DOL!)hahahahaha..boleh juga idea tu abah nye...

Wednesday, October 10, 2012

Mengenali akhlaq Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Assalammualaikum...

Perkongsian bersama untuk semua. Ustaz Qamarul (pelajar Universiti Madinah) dan juga Ustaz kelas pengajian Bahasa arab dan ilmu 40 hadis selama saya di sini...

Monday, October 8, 2012

Tuhan Jagakan Dia...

Assalammualaikum semua..

Meh dok cete meh...Korang boleh bayangkan tak eik...Cer bayangkan sekarangkan..hehehe tapi nak bayangkan apa kalau lum cete apa kehalnye mak jemah oi!

Bayangkan bagi pihak aku dan suami..anak-anak korang duduk kat luar tu, luar tembok rumah dekat depan pintu garaj selama hampir 5jam dalam keadaan summer sekarang ni...Hah bayangkan sekarang! Itu korang bayangkan tapi yang mengalami anak aku dak dina...aduh kakak.....pilu hati mama dan abah nak!....muka anak aku rentunggggg!!! terbakau hitam!..Ya ALLAH..ye na deh tambiii!!! nape tak sekolah korang tak bgtau parents...

As usual aku dan dina akan nunggu bas setiap jam 6.20pg sebab bas dia pick up memang punctual 6.30pg...Semalam ok..kejadiannye semalam 7/10/12 ini memang leh masuk diari.

Lepas tengok Dina dah naik bas macam biasa aku naikla atas..rumah aku ini belakang jadi apa segala bapak bunyi memang tak dengau!

rupanya dina balik semula setengah jam pastu...Yang bas ni pulak idakla ko reti nak hon bagai nak rak..call la aku ke apa bgtau anak ada kat luar tak sekolah hari ni.

Bayangkan lagi sekali Dina terjerit-jerit panggil "Mama,abah adikkkk bukala pintu kakak kat luar ni...Aduhhh kakak...nasib baik dia kata mula-mula dia nangis..dan nasib baik dia cerdik! dia leh cakap "takpela nanti mama buka pintu time aku balik sekolah macam biasa aku tunggu...Tengah panas ok..sampai dia terbaring tido kat luar pintu..korang dapat bayangkan tak????Ya ALLAH menguji IMAN aku dan suami korang tahu?????

Bayangkan anak aku makan bekal depan pintu..tersengguk-sengguk n terjerit bagitahu mama bukala pintu kakak panas ni berpeluh-peluh. Ya ALLAH hibanyaaaa hati aku ni ALLAH sahaja yang tahu...

Nasib baik suami semalam teragak nak makan LAHAM Mendiii..kul 11.30 dia buka aja pintu garaj anak dia da terpa kat dia..apa lagi menjerit abahnye tengok muka anak da hangussss..nasib baik anak aku tak pitam!! Nauzubillah nasib baik Tuhan lindungkan Dina dr musibah lain.

Dina punyalah meraung bila nampak abah. Aku apatah lagi bila laki aku menjerit bgtau hal anak...Dina..dina...luluh hati mama nakkk....

Sepanjang hari semalam Dina tak habis-habis lakonkan semula apa yg terjadi..bgtau dia tulis nota n selitkan bawah pintu kot-kot dia kata mama nampak siap campak kan sepit rambut dia lagi nak bgtau dia ada kat luar garajjjj!! Ye na deh tambiiii!!! Rasakan korang kena segala bapak soundtrack laki aku keluarkan tapi jangan bimbang ALHAMDULILLAH segala bapak cacian dan makian masih terkawal dari mulut suami aku yang memang penuh adab sopan santun ni...Dia tak akan maki sesuka hati kerana masih ada IMAN!!!

Harini tak tahula apa cerita kat sekolah tu..abah dok terjah baikkk punyaaa..sekarang menunggu abah balik nak dengau story the mory...

Kalau sekolah lama dulu aku memang bekalkan dina hapone..tapi sekolah tambii ni tak boleh bawa..displin ketat segala bagai!! jadi kalau dulu dina da nak dekat sampai rumah dia akan col suh buka pintu n apa2 kes dia akan col...Jadi bermula hari ini aku dan suami bekalkan semula hapone lantaklaaaaa janji anak aku selamat..

Ok mesti korg tanye nape tak tekan locengg..umh kami loceng elekkkkk....takde okkk!!Langkah seterusnya (bila da jadi baru nak sedar!!) buatkan dina extra satu remote garaj!!!

Cerita dina lagi..ada lah orang arab lalu nak g market belakang rumah ni..sib baik arab tu pandai cakap org putih..Dina cakap "sir can I borrow ur mobile?..

Arab ni plak tak bawak hapone aduhhhhh....tapi apa salahnya ko tolong cara lainnnn...tapi kita tahu itu tidak ditakdirkan ALLAH dalam kejadian semalam.

Hari-hari bila melangkahnya kaki suami nak ke tempat keje dan melangkahnya kaki dina ke sekolah doa aku semoga ALLAH pelihara keselamatan mereka tak pernah lupa..tak pernah kurangggg...Ini memang menjadi pengajaran buat kami! ALLAH memberikan peringatan untuk kekuatan IMAN..IMAN aku semalam memang belum cukup kuat untuk dugaan semalam..Ya ALLAH...daifnye akuuuuu...

Anak kami..amanah kami berat dan menanggung kami..yang melihat hanya boleh berkata dan menjeling huhuhuhu...

Dina sampai fobia..taknak g sekolah laaa...dan berulang-ulang cakap mama buka pintu awal-awal tau nanti jadi macam semalam kakak tido luar garaj...

AKu!!suamii!! Menangisssss tahu takkk..merah biji mata pk kan anak...Ini kat sini kalau balik Mesia nanti yg penuh pelbagai kes apa kehal la pula kan? Selagi kita boleh jaga dan elak dan pelihara..kita usaha..tapi jika " KUN FA YA KUN"..maka jadilah juga...ALLAH...ALLAH..ALLAH peliharakan orang yang aku sayang untuk aku jadi bertambah kuat! untuk aku kuat dalam ujian ini..untuk aku kebal pelihara IMAN diriku..

Melihat DINA hati jadi sayu..paling tidak aku bersyukur dia selamat semalam!Paling tidak aku tahu dia cerdik menangani situasi..AKU nampak dia bijak berfikir apa yg perlu dilakukan...Jangan kata aku tak ajar..setiap hari aku ajar..1)kalau ada org yg kakak tak kenal jangan layan..2) jerit dengan kuat jika ada yg kacau kakak 3) gigit dia kalau dia sentuh tempat-tempat (aku tunjukan) ini!

Aku pesan lagi semalam..jika berulang lagi kes macam tadi kakak jangan nangis kakak duduk diam2 di luar..doa banyak-banyak..zikir pada ALLAH..aku ajar dia lagi ayat pelindung diri...

perkataan pertama dia kata bila abah buka pintu..Dina cakap " ALHAMDULILLAH Ya ALLAH,abah aku buka pintu..terima kasih ya ALLAH..." sedih kan????

Bak kata aku nak kuar dari mulut naga masuk mulut buaya!! sebab apa kuar dr sekolah lama sebab tak tahan masuk sekolah baru ye na deh tambiii buat camni plakkk hahahahaha..

apa2 pun ketentuan perjalanan semalam dan akan datang hanya ALLAH yang tahu....

YA ALLAH lindungi suami dan anak-anak ku..Jagailah keselamatan mereka di mana sahaja mereka berada...Berikan mereka kesihatan tubuh badan yang baik...(Itu doa aku tiap-tiap hari!!) Aamiin....

Friday, October 5, 2012

Adam dan Hawa

Assalammualaikum...


Aippppp....terjebak sudah akhirnyaaaaa...adehhhh...novel da lama tak silap tahun 2001 ke 2002 novel ni...da pulun baca berulang kali..naik berkepam! ingatkan takyah la nengok dramanyaaa...sekali tangan ala-ala gatal gitu terrrrrrr terr ok tertekan! tengok episode pertama...habis tambah plak espisod dua..pastu hati takleh tahan mahu tengok lagi dan tengok lagi hahahahaha....

Ada plak tu scene kat Madinah dan Makkah masa episod 23...hahhh amik kooo lagi den excited!hehehe.

Adam dan hahahahahawa punya pasal!huhuhu

Saturday, September 29, 2012

Pandang Kebaikannya..Nilai Keburukan dia!

Assalammualaikum semua...

Saya masukan gambo Umrah baru ni tuk tatapan keluarga dan sahabat-sahabat di tanah air...

Sedikit kata-kata yang menjadi pegangan diri saya..

Ust Azhar Idrus @ustazharidrus

Jika kita marahkan dia jangan sampai tak nampak lagi kebaikannya. Jika kita menyukai dia jangan sampai tak nampak lagi keburukannya.

Selamat mengamalkannya...








Monday, September 24, 2012

Selamat Hari Kelahiran,anak mama...

Assalammualaikum semua..

Pantas masa berlalu..anak dara kesayangan saya sudah menginjak umur 7tahun. Darjah satu...7 tahun dulu 22 september 2005,saya ketakutan melahirkan Dina secara pembedahan di Putra Specialist Melaka...Kesakitan tu tetap terasa hingga ke hari ini...

Doa mama yg terbaik sentiasa mengiringi anak-anak mama...Moga berkat umur dan murah amalnya ye kakak...Sehari sebelum hari lahirnya kami ke Mekah..mama da luahkan doakan yang terbaik untuk kakak...Mudahan termakbul hendaknya.Aamiin..Mama,Babah dan adik sayang kakak...Hapie Beday kakak!

 Baru lepas Umrah 
 Tengah Demam tapi takleh lupa tetap mahu dia bgtau "Mama.kakak tak kisah mama nak bagi kakak hadiah apa,kakak terima sahaja...dan akhirnya babah belikan kek dan manisan untuk sambutan kami anak beranak.
 Kek tu,adik Thaqif yg pulunkan habis macam dia pulak sambut hari lahir.
 Cenderahati kecil untuk kawan-kawan sekelas Dina...
Hadiah da ready tuk kawan-kawan tapi harini Isnin 24/9/12 kakak masih tak boleh pergi ke sekolah sebab demam tonsil!Mudahan cepat sembuh ye nak.....

Saturday, September 22, 2012

Dinosour - Ustaz Kazim Elias



Assalammualaikum semua...

antara koleksi ceramah yang saya suka dengar.penuh pengisian.

Tuesday, September 18, 2012

D'lloyd : Curi Curi



Assalammualaikum..

Sape ghajin dengau ceramah ustaz Kazim sure dengar ustaz nyanyi lagu curi-curi ni...hehehe...sedap gak suara ustaz hehehe...

Kumpulan D'loyd ni bukan sahaja kumpulan kegemaran saya tapi kumpulan kegemaran arawah babah saya..saya membesar dengan lagu dari nyanyian kumpulan D'loyd...bila dengar lagu-lagu D'loyd teringat plak arawah babah...hehehe

Al-Fatihah untuk abah.

Saturday, September 15, 2012

Cuti Raya 2012 di kampung Halaman

Assalammualaikum..
Sekadar mengupdate aktiviti masa balik kampung beraya...Alhamdulillah..walau tak lekat rumah selama sebulan sebanyak banyaknya aktiviti tapi satu kepuasan berganda! Suka Duka Layan gambo-gambo di bawah k.
 Tahun ni dapatlah kami balik raya..Alhamdulillah..
Antara wishlist Dina..nak ke Zoo..
 Juga Wishlist Dina nak ke Taman Tema Air Wonderland Ayer Keroh Melaka..Layannnkan aje!
 Weddink Cousin kitaorg..Selamat Pengantin Baru Ana dan Kamal (sama la plak nama laki kita hehehe).1/9/2012

Alhamdulillah..Pertukaran sekolah baru buat Dina ke Radwa International School Yanbu,Arab Saudi. Moga akan terus berjaya kelak..Class 1..So far so good!...Ni sekolah mmg tegas ngan displin takde main-main lagi ye kakak...hahahaha (takde malaysian dalam kelas jadi kakak kenalah berbahasa inggeris..mama suka sangat-sangat kak)

Sunday, August 5, 2012

Ibu dan Uncle tahun ke 4 pertemuan

Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah ini pertemuan kami kali ke 4 di bulan Ramadhan..Tahun ni kami ketemu di Madinah pula.Gilir-gilir ye bu...hehehe. Moga ikatan ukhwah kekeluargaan ini akan terus berpanjangan dengan izin ALLAH..Semoga Ibu dan Uncle dilimpahi rezeki, diberikan kesihatan tubuh badan yang baik untuk terus beramal...Aamiin

Acaner nak bawa banyak stok ni??

Assalammualaikum semua..

Hah..kita2 nak dtg Saudi meh pakat-pakat tengok new baggage rules by Saudi Airlines kat sini k..

Bukan la berkira sangat...eik tak berkira ke??? Mahal wooo USD 100 = SR350...leh dapat abaya mewah sehelai kata teman kami..hehehe..Napela ubah rules ni..Saya nak bawa stok macam2 ni balik Saudi...rempah ratus da nak abis ni hahaha...buku2 anak.NOVEL saya?patutkah saya kurangkan menjadi sebiji dua jek.Ini tidak adil!! hahahaha...Sebelum ni berkotak2 berbeg2 leh kami bawa sebab kami dapat seorg 50kg..4 banak da 200kg..kalau dia buat satu beg 32kg jek adehaiii rugi3x.

List saya panjangggg ni...Ko kuat kuasa 1 September ni plak..buatla tahun depan ke...tahun akan datang ke...kayalah gamaknye depa semua hehehe...

Apa nak kata FOLLOW THE RULES laaaaa....hehehehe

Monday, July 23, 2012

Mode Balik Kampung???Huahuahua



Assalammualaikum...

Wargh3..berbulu laaa korang yek...huahuahua..jangan sedey2..Bilang jek hari korang sama-sama kami k..(pada yg balik raya mesia tahun nilahh).Babe Linda Mohsen...ate.. jangan lah mike dok meraung bagai...alaaa cam tak biasa beraya di rantauan..(mode apakah ini menyakitkan hatikahhh???hehehe..teman idak ingin begitu tapi teman seronok ni..saje gurau2 beb!)

Nie nak habaq sikit..korang ada medical card tak?hehehe saje teman nak tahu..berapakah nilai medical card kome..teman idakla nak jeles ke apa ke kalau kome punya harga medical kad tu berjuta atau puluhan ribu tuk recovery macam2 kes sakit sekarang ni..tapi teman sekadar nak ingatkan setelah seorang "bro"sahabat teman masa sekolah dengan rasa bangga nye memberi kabo " Takpe kalau dia sakit dia ada medical card sejuta wooooooo..."

ehh teman idak jeles..itu rezeki dia..itu usaha dia..kan ALLAH kata berusahalah dalam pengubatan..apa saja sakit kecuali mungkin kawan teman ni terlupa MAUT..itu tak leh la nak di cover dengan card medical tu walau sejuta...hehehe..Agak-agak sok leh tunjuk ke Munkar Nankir ni kad saya recover satu juta ye..hehehehe

Kita ni telah di tetapkan tarikhnya bila malaikat maut tu datang menjemput...

Kata kawan teman lagi, itu kalau mati?kalau tak mati2..Astaghrafirullah al azhim...mana lahh ada manusia yang tak mati..semua akan menghadapi saat kematian cuma kita tak tahu bilakah waktu itu kan?

Beringatlah kita sesama kita teman-teman..Siapalah kita ini untuk menghalang perjalanan ketentuan ALLAH buat kita..Moga yang terbaik buat sahabat teman tu..Aamiin..

Friday, July 20, 2012

Terawikh pertama kami..Puasa harini 20 julai (Jumaat)

Assalammualaikum..

Alhamdulillah melangkah juga kita ke Ramadhan tahun ini..Moga berkesempatan dan diberi peluang untuk menikmati dan menghabiskan bulan yang penuh berkah ini. Dan juga di beri peluang untuk berjumpa Ramadhan tahun mendatang...Harini Saudi da mula berpuasa sedangkan Malaysia akan berpuasa esok hari sabtu 21 Julai.

Iftar Ramadhan tahun lepas di Madinah..Seronok sangat-sangat.Alhamdulillah...

Malam tadi saya berterawikh di rumah..Di sini di saudi jika tak ke Mekah dan Madinah saya menghabiskan sendirian solat terawikh sementara encik abang ke Masjid belakang rumah ni. Ntah mengapa mendengar sahaja laungan ayat-ayat suci yang bersahut-sahut dari satu masjid ke satu masjid saya jadi sayu dan hiba..menangis kerana apa? Gembirakah, sedihkahhh..yang pasti terawikh saya malam tadi penuh dengan air mata dan kekesalan serta keamponan...Saya ingat begitu jugala saya di terawikh tahun lepas..Sampai juga saya ke Ramadhan tahun ni...Berilah peluang kepada ku, keluargaku,sahabat handaiku untuk menjejaki Ramdahan ini hingga ke pengahbisan harinya Ya ALLAH...dan berjumpa pula di tahun depan kelak..

Jika berkesempatan mehla nonton Live Saudi ni k...

Selamat Berpuasa semua...

Thursday, July 19, 2012

Harapan Ramadhan



Assalammualaikum semua...Insya ALLAH esok kami di Saudi akan mengerjakan Puasa di Bulan Ramadhan...Mudahan kita semua berada dalam kesihatan yang baik untuk menghabiskan ibadah ini dengan pulangan dan amal yang berganda di bulan istimewa ini.

Sempena melangkahnya kaki kita ke bulan yang mulia ni..macam biasa shopink complex kat sini penuh dua tiga hari ni..depa dok pakat meraikan n pulun beli stok nampaknye...bertroli-troli gamaknye...di samping niat untuk beramal jariah agaknye..

so sepatah dua kata dari penulis blog...Amponkan saya..Maaf zahir dan batin..kadang memang tidak sedar laku dan kata bisa menguris perasaan kerana kita semua berbeza dari sudut hati dan rasa...kita tidak bisa menjaga hati semua orang tapi kita bisa berusaha untuk melakukan terbaik dalam perhubungan dan persekitaran...Benar-benar memohon ampon pada mereka yang membaca...Saya insan biasa yang memang tak lari dari khilaf...Saya berusaha menjadi yang terbaik buat semua..dalam perhubungan kekeluargaan, persahabatan dan persaudaraan...

Salam Ramadhan buat semua...

Tuesday, July 17, 2012

36. Ramadhan Ya Ramadhan - Ustaz Kazim Elias



Assalammualaikum...

Emm Sempena Ramadhan yang menjejak tiba..Moh kita dengar ceramah sikit...Ustaz Peberet saya...Tak Kisahlaaa parti politik dia apa? dan dia nak sokong saperrr...ate yang penting nye pengisian keagamaan yang di sampaikan oleh para ustaz kita...ambil pelajaran dan intipati kandungan ceramah-ceramah mereka...Kejar Ilmu yang diberi..k..

Sunday, July 15, 2012

Countdown 24 hari lagi!

Assalammualaikum...

Yehaaaaa... 7 Hari lagi nak bulan puasa...Mudahan jejak jugalah diri saya ke Ramadhan tahun ni...Puasa! Nak bangun sahur...Nak solat terawih...Moga segala amalan kita semua diterima kelak...

Dah nak puasa maka da sibukla nampaknya saya dan anak-anak mengira hari nak balik kampunggg...Beg-beg da di keluarkan malah dah start packing...hakhakhak...aji gilerrr kata orang, awal bebenau! Excited maaaa...bukan tak pernah balik malah kami bertuah kerana setahun dua kali balik kikikiki...cuba tanya sahabat yang lain nak nunggu setahun ke setahun setengah baru dapat lik kampung...Kalini kami balik sambung puasa di kampung dan beraya di kampung...Ate...raya kampung gamaknye...Dina asyik dok nanye bila nak puasa ni, tak sabar nak balik kampung..

Dan soalan Dina sekarang ni abahnya..Nanti kita balik rumah saper dulu ma?hehehe bukan ma kata tapi anak dara ma kata...Seperti biasa sebagai Mama Mithali ayer jawab "Tak kisah mana-mana kakak,janji kita dapat balikkkk sudahhh cukup baik..Gembira dan gembiralaaaaaa....."hahahaha Kita bukan jauh nau pun  kan? Jarak rumah nenek-makncik banyaklaaa dekat...Alhamdulillah...Tunggu kepulangan kami k...

 Petang-petang leh lepak tunggu berbuka reramai kat pangkin Makncik Dina+Aqif sambil merenung Kondo tu..huahuahua
Petang-petang kat rumah Nenek Dina+Aqif leh duduk-duduk sambil borak-borak nunggu Berbuka...
Apalah kabor ko...Insya ALLAH balik ni aku amik kunci nak masuk ke dalam k.Mesti ko tak sabar nak tunggu kepulangan kami...Nanti aku balik,aku kasi alter sama ko k...Kita deco-deco apa yang patut..Dua tahun lagi kami balik,kami tak kan tinggalkan ko lagi..Insya ALLAH...Tapi bagi kami kumpul duit nak deco ko lawa-lawa k...(Barulah keje arab!hahahaha)

24hari lagi!Melaka tunggu kepulangan kami...

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...