halwa telinga

Saturday, September 21, 2013

Cuti nampaknye

Asalamualaikum semua...


Laaa da berbulan tak menulis. Kita cuti dulu dr berceloteh,bercerita la k. Bila free,ada masa kita sambung bebel kat sini hehehehe...

Kita kasi ini blog rehat jap k.

Taring care semua....

Sunday, June 23, 2013

Mulakan kehidupan kalian...ALLAH sering bersama KAMU

Assalammualaikum..

Harini berjumpa sahabat buat kali terakhir di bumi Yanbu...Hajah Ayu dan anak-anak akan pulang ke Malaysia...Insya ALLAH mudahan kita ketemu lagi di bumi Malaysia nanti..

Nampaknye ayu petang tadi aku tidakla setabah ko...airmata aku ni tetap tak segan silu mengalir bila kita berbicara dari hati ke hati...Padahal ko punyala steady...Aku???Bukan mahu memberikan kata semangat tapi lagi mahu nangis...

Ye betul kata ko ayu...ko kuat kerana anak-anak...Ko kuat kerana ALLAH sentiasa bersama ko...Insya ALLAH rezeki buat ko dan anak-anak sentiasa ada...Aku sekeluarga sentiasa mendoakan ko ayu n anak-anak...

Walau hanya mengenali ko dan arwah suami seketika cuma..Alhamdulillah ko memahami cara aku...Ye aku memang jarang bercampur...kikiki peduli kata orang ye tak?hanya Jauhari yang mengenali manikam..Jika orang kenal kita,maka kasih sayang dan persahabatan itu akan membawa hingga ke Jannah...

Jaga diri ayu...ye betul juga kata ko dengan pemberiaan dugaan ini ko kuat dan sentiasa mendekatkan diri pada YANG SATU..betul juga kata ko kita tak tahu apa juga perancangan ALLAH buat kita...harini kita sihat...esok kita sakit...harini kita kaya esok kita miskin...harini kita hidup esok manakan tahu kita mengadap Ilahi...Hanya ALLAH yang tahu ajal maut,jodoh pertemuan di tangan ALLAH, sapa kita untuk menidakkannye..

Sampai ketemu lagi ayu...moga ko diberikan kesihatan yang baik dalam membesarkan anak-anak...sekali lagi tadi bila ko meluahkan HANYA ANAK_ANAK...aku melihat diri aku di situ tika kecil mama yang membesarkan aku dan adik-adik dengan segala macam tohmahan dan ujian dari persekitaran...Alhamdulillah mama kuat!! kata mama hanya babah di hati...

Berdoalah sentiasa ayu..Moga kita semua akan di jauhi dari azab seksa neraka,dari azab seksa kubur...dari FITNAH KEHIDUPAN DAN KEMATIAN,dan DARI KEJAHATAN FITNAH DAJJAL....

Sampai bertemu lagi di bumi Malaysia..Insya ALLAH jika ada umur dan murah rezeki....sama-sama berhubung lagi...Terima Kasih atas nikmat persahabatan dan ukhwah ini...till Jannah Insya ALLAH..







Tuesday, June 11, 2013

Masterchef Selebriti Mlaysia Musim ke 2

Assalammualaikum...

Wooo ini keje ko kayrah ye??lama menyepi..rupanya ko bantai tengok MasterChef...hahahahaha...Harus gituuu!! 

Credit to encik Google bagi pinjam gambau!

Kukus,Grill,Panggang!....

Kukus,Grill,Panggang!

Hahahaha nak jugakkk nengokkk selebriti tu memasak kekekeke...di samping tu menjenguk-jenguk,menjeling-keling pekakas yang diorg guna pakai...bolehlaaa gamaknye kumpul-kumpul buat stok kat rumah baru..Al maklum kannn kan kan....Barulaaa rasa nak masakkkkk sokmo jek kan?(Esok dalam syurga macam-macam pinggan mangkuk ko dapat kayrah!...hehehehe Mudahan dapat masuk syurga..cukupkah amalanku itu??..sendiri mahu ingat Kayrah!)

Kukus,Grill,Panggang!

Credit tuk encik google bagi pinjam gambau!

Idam gak kitchen moden sekarang ni Encik Kamal...Piuk belanga da bersusun kumpul tu hah nak kasi angkut bawa balik Malaya..rasanye mcm nak request pekakasan memasak laaa letak kat kitchen baru nanti...Kukus,Grill,Panggang!hehehe

Ayer dapat kitchen comel loteh plus aircond pun jadiklaaa nyaman jek rasanyeee...barulaa idea ada mariii..idaklaa orang kata tak pandai masakkkk hehehehe...geli da telinga dengau!

Kukus,Grill,Panggang!

Takdelaaa da merepek plak dak Kayrah ni...saje nak bgtau tentang masterchef ni..tgh dok layan skrg ni..kalau akulaa yang masukkk sure minggu petama diorg kasi OUT laaaa hehehe ehh ye ke?I kalau ada aircond,kitchen lengkap segala bagai..I masak pun mabelesss U...(sekali lagi kasi ulang tulis & angkat bangkul sendirilaaa)kekekeke

Kukus,Grill,Panggang!

Moh layan MasterChef....

Friday, June 7, 2013

Shuttle from Paris

Assalammualaikum semua..

Berminat nak gie Paghis..atau merancang nak pergi ok di sini saya glamer kan Tuan punya syarikat shuttle di Paris...Kisahnya bermula begini..

Masa sampai dari Amsterdam di Airport Paris kami mengalami sedikit masalah untuk bertutur dengan pemandu-pemandu teksi di Airport..Berposak kooo nak terangkan yang kami nak ke Adagio Hotel Apartment di Val d'Eroupe...Adehaiii...jumpa satu awek French dia cakap sini amat susah bagi mereka untuk berbahasa English...Dok terang ke driver-driver tu tentang hotel yang kami nak tuju..Guna GPS pun tak tahu! acaner ni...Dengan izin ALLAH ada sorang Cambodian pemandu teksi nama Bolli yang dr kecil dok menetap di Paris tahu di mana hotel kami...tapi berposak gak dia nak slang English tapi syukurlah di faham apa kami cakap..Baik orangnye...hehehe orang Asia kan...Then dia perkenalan kawan dia yang buka syarikat shuttle nilaaa..so kami booking siap2 untuk amik kami bila time nak balik nanti..So ini dia bagi yang berminat.

Mr Sambo Ly
Shuttle Express France
Navette Transport-Airports Transfers-Business-Tourist Trip
Email : - shuttleexpressfrance@free.fr
So lehla email ke dia..bgtau detail segala bagai k...

Sangat baik dan berkahwin ngan orang French juga..hehehe..Mr Sambo Dari Kemboja.

 Encik Kamal berposak nak terangkan kat mana Hotel..Member kat dalam tu dok taip2 kat GPS hehehe tak jumpa gakk...
Inilah Mr Bolli...Kami sampai juga di Adagio Hotel...Sebab kata dia, dia da terlalu biasa transfer orang area Disney ni...So inilah Hotel kami yang hanya 5-10minit ke Disneyland by bus NO 50 yang di sediakan...oppss lupa 1/2jam juga dr Airport nak ke area Val d' Eroupe ni.

03-05-2011 dr asri zainul abidin, perihal kehidupan ja'far, khalid al-w...

Tuesday, May 28, 2013

Snack View! Paghis

Assalammualaikum semua...

Laaaahaiii mode M da mariiii...PC br pulih dr sakit..kalau tak mmg tak berupdate...Layan dulu dari Lensa "KAMI" untuk pandangan dari mata hati...hehehehe yang biasa2 aje...Paghis I'M in LOVE! ( Nanti saya kasi cete detail k)


 Disney Dream..penutup di malam hari...diadakan sempena sambutan 20tahun anibersary disney...10malam=magrib di Paris...omak aiiii 9lebih masih cerah,jenuh nak tgu maghrib...hehehehe

 Finally we are here...dulu berangan-angan tak sudah...akhirnya dapat juga jejak walau tak dapat naik itu menara...fully booked arrr...next time ada rejeki ke???
Itu dua budak manyak syok...3hari di Disneyland Paris...Semua diorg terjah main kecuali roller coaster yang leh buat jantung jatuh!!hehehehe...Diorg benar-benar enjoy...terima kasih buat babah for 3hari Pakej di Disneyland. Harga Pakej 3hari offer sama dengan harga dua hari..so kata abah baik kita amik 3hari kalau harga da sama ngan dua hari...Enjoy!!

Harga Tiket sehari di Dua Park - 74 euro adult / 66 euro Enfant & Child
Harga tiket dua hari di dua park - 139 euro adult / 126 euro enfant & Child
Harga Tiket 3 hari dia dua park - 169 euro adult / 156 auro enfant & Child
** tapi sebabkan tengah anibersary so harga tiket dua hari sama dengan 3 hari di kasi offer maaaa...

Kami juga memilih hotel Adagio city aparthotel yang hanya 10minit naiki bas yg disediakan untuk ke Disneyland...senang dan mudah malah siap masak-masak segala bagai,Hotel pun cantik..siap kitchen nak masak pun mode rajin jekk..(betul tak Noor Hidayah Solihin???hehehehe)

So kedian saya update detail k...

Monday, May 20, 2013

Siri Penceritaan 6 - Zaanse Schans

Assalammualaikum..

Tak habis-habis lagi cete ko ni kayrah???hahahahaha Sabolaaaa sikit-sikit kasi referesh...Ini baru Belanda belum Phagis lagi...Hahaha geli hati kita bila mana ada yang bersuara " Orang kaya bolehlah gie melancong!!"...Adeh haiii...Alhamdulillah sebutan kaya itu berulang kali buat kami,maka kayalah kami dengan wang di dunia ni..tapi saya berharap bukan kaya wang ringgit dunia tapi doakanlah kaya dengan ilmu akhirat yang bakal menjadi bekal kami kelak untuk ke SYURGA! 

Rezeki Allah beri nilah dapat kami merencanakan percutiaan kami..Alhamdulillah!

Meh sambung cerita dari Lensa Kami...

Kami ke Central Station Amsterdam pagi tu...Beli tiket keretapi kat kaunter pastu terus tunggu keretapi yang akan membawa kami ke Zaanse Schans

Zaanse Schans ni adalah satu perkampungan tradisional lama dimana terdapat kincir-kincir angin lama di situ. dan masih berfungsi ok.Berdekatan dengan Sungai Zaan pemandangannya Masya ALLAH amat cantik sekali. Terdapat kilang kecil yang mempamerkan terompah-terompah kayu unik Holland yang kalerful tu..lawa-lawa gak.Diorang akan tunjukkan cara pembuatannya sekali...Terdapat juga kilang keju dan boleh lah sapa yg berminat nak tengok macamana keju di buat bolehlaa singgah...

Dari Amsterdam Central Station ke Zaanse Schans 45minit perjalanan menaiki train. Terdapat 3 perhentiaan 1. Amsterdam Sloterdijk 2. Zaandam 3. Koog-Zaandjik. So turunlah pada hentian ke 3. Lepas tu bermula laaa perjalanan by KAKI hehehe tapi sebabkan pemandangan yang cantik maka tak rasalaa penatnye hehehehe..

Meh Layan dari Lensa "KAMI"


 Tiket berharga euro 6.30 pegi balik
 Hentian di sini lepas tu jalanla kaki sebab da bermula laaa pemandangan yg cantik...Maka nak balik pun kena ke sini semula k!nak naik train balik semula ke Amsterdam.
 Windmill
 Tu diaaa..luasnyeee kawasan nak berjalan








 Kilang terompah kayu...lehla lihat cara pembuatannya nanti..Pastu leh kan terlupa nak beli satu kikiki atau mungkin sebab da set kat mind MAHAL!hahahahaha takle shaye beli huahuahuahua

Ni permulaan perkampungan Zaanse Schans...leh amik pamplet kat sini tuk tengok map k

Saturday, May 18, 2013

Siri Penceritaan ke 5 - Central Station Amsterdam

Assalammualaikum semua..

Emmm balik dari Keukenhof kami bercadang nak berjalan-jalan ke area Central Station yang menempatkan laluan keretapi sebagai servey-servey untuk rancangan esok hari untuk ke Zaanse Schans iaitu satu perkampungan lama yang banyak terdapat kincir angin. Oleh kerana waktu Maghrib sekitar jam 8 malam maka kami punya sedikit waktu lagi untuk servey sebelum gelap hahahahaha....

Turun Bas di depan Hotel Bema, kami menanti tram no 5 untuk ke Central Station...Jangan risau ada disediakan maklumat dan no tram di papan-papan yang disediakan...Layan dari Lensa "KAMI" buat semua...

 Papan-papan tanda disediakan untuk pemahaman bagi para pelancong macam kami!huahuahauhua
 Mercu tanda I Amsterdam di tengah bandar...ada dua mercu I amsterdam ni satu di Airport Schipol dan satu lagi di tengah bandar Amsterdam. Orang punyalaa ramai yg nak bergambau, macam kat Festivel Flower Yanbu plak rasanye hahahahaha...semua tertumpu kat situ jek...

 Dah jumpa Amsterdam Central Station..Bangunan yg macam gereja tulaa Central Station..Esok kami akan nai keretapi di sini...


Abah ajak singgah Hard Rock Cafe Amsterdam...

So untuk hari ke dua di Amsterdam selesai dengan jayanya..Alhamdulillah...

Friday, May 17, 2013

Siri Penceritaan ke 4 - Taman Tulip Keukenhof, Holland

Assalammualaikum semua..

Baru punya kesempatan untuk update siri penceritaan berkelana kami...

1/5/2013 kami mengambil peluang ke Taman Tulip Keukenhof..Hari ke dua di Holland...bangun awal tuk menunaikan solat subuh..Pastikan anda check timetable waktu solat di Holland. Alhamdulillah usai sarapan pagi kami bergerak ke destinasi...

Macam biasa menunggu bas 197 untuk ke Lapangan Terbang Schipol semula...


Sampai di Airport Schipol terus ke bahagian belakang Airport untuk sama-sama beratur menaiki bas bernombor 858..Perjalanan mengambil masa 30-35minit...

Keukenhof Garden adalah Taman Tulip yang mengandungi tidak kurang drp 4.5 million tulip dalam 100 varieties.Taman yg terbesar di dunia lebih 70 ekar kira-kira 32 hektar jugalaa dipenuhi bunga-bunga dari tulip,daffodils,gladioli,narcissi dan banyak lagi..siapa pengkaji bunga dah tentulah tahu nama-nama diorg ni hehehehe...Terletak di luar Amsterdam, boleh dilawati dengan mudah baik menaiki keretapi,kereta dan juga bas macam kami!hehehehe.Keukenhof Garden hanya di buka pada  musim bunga, iaitu 8 miggu dalam setahun itupun apabila tulip mula berbunga..Bermula pada 20 Mac sehingga 20 Mei sahaja....Harus terjah!!

Rasa sungguh keluasannya nasib baik laaa ada disediakan stroller untuk anak dengan cagaran 15 euro huhuhuhu...

Setelah mengambil stroller kami memulakan penjajahan pemandangan hehehe..Maka meh layan Dari Lensa KAMI di Keukenhof,Belanda.....
























Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...