halwa telinga

Tuesday, September 27, 2016

Aku tuntut di Akhirat



Maafkan saya semua ...tolong maafkan saya

"AKU TUNTUT DI AKHIRAT!!"

Sahabat, jangan sampai keluar dari perkataan kita sedemikian. Masyar, waktu dan keadaan yang menyebabkan Rasulullah menangis teringatkan suasana yang sangat mengerikan. Ambillah iktibar dari hadith yang disampaikan Rasulullah s.a.w ini mudah-mudahan menjadi iktibar dan pedoman. Sahabat, belajarlah memaafkan.

Kisah Pemuda yang menuntut kezaliman saudaranya lalu memaafkan kemudian dapat masuk Syurga.

Anas r.a. yang menceritakan,

"Ketika Rasulullah s.a.w sedang duduk, kami melihat baginda tersenyum sehingga kelihatan gigi serinya. Maka Umar r.a. berkata, 'Apakah yang membuat engkau tertawa, wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku yang menjadi tebusanmu?' Rasulullah S.a.w menjawab, "Ada dua orang lelaki dari kalangan umatku sedang berdiri di hadapan Tuhan Yang Maha Agung, Maha Suci, lagi Maha Tinggi.

Lalu salah seorangnya berkata, 'Wahai Tuhanku, ambillah hakku dari saudaraku ini.' Allah s.w.t berfirman, 'Berikanlah kepada saudaramu itu akan haknya.' Lelaki yang dituntut berkata, 'Wahai Tuhanku, tiada sesuatu pun dari amal baikku yang tersisa." Lelaki yang menuntut berkata, 'Wahai Tuhanku, bebankanlah kepadanya sebahagian dari dosa-dosaku'."

Anas melanjutkan kisahnya, "Lalu kedua mata Rasulullah s.a.w mencucurkan air matanya, kemudian bersabda, "Sesungguhnya hari itu adalah hari yang sangat berat, iaitu hari manusia memerlukan orang-orang yang menanggung sebahagian dari dosa-dosa mereka.'

Maka Allah s.w.t. berfirman kepada si penuntut, 'Angkatlah penglihatanmu dan lihatlah ke syurga-syurga itu!' Lelaki itu mengangkat kepalanya dan berkata, 'Wahai Tuhanku, saya melihat kota-kota dari perak dan gedung-gedung dari emas yang dihiasi dengan batu permata. Untuk nabi manakah ini, untuk siddiq siapakah ini, dan untuk syahid siapakah ini?'

Allah berfirman, 'Untuk orang yang mahu membayar harganya.' Lelaki itu bertanya, 'Siapakah yang memiliki harganya?' Allah berfirman, 'Engkau pun memiliki harganya.' Lelaki itu bertanya, 'Apakah harganya, wahai Tuhanku?' Allah berfirman, 'Kamu maafkan saudaramu ini.' Lelaki itu berkata, 'Wahai Tuhanku sesungguhnya sekarang saya memaafkannya.' Allah S.w.t berfirman, 'Peganglah tangan saudaramu ini, dan masuklah kamu berdua ke syurga'." Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda;

"Kerana itu, bertakwalah kamu kepada Allah, dan perbaikilah hubungan di antara sesama kamu. Kerana sesungguhnya Allah kelak di hari kiamat akan memperbaiki hubungan di antara sesama orang-orang mukmin,"

(Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Hafiz Abu Ya'la Ahmad ibnu Ali ibnu Al-Musanna Al-Mausuli di dalam kitab Musnad-nya. Dia mengatakan, telah menceritakan kepada kami Mujahid ibnu Musa, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnu Bukair, telah menceritakan kepada kami Abbad ibnu Syaibah Al-Habti, dari Sa'id ibnu Anas)

Dan ingatlah jua pesanan Rasulullah s.a.w,

"Barangsiapa yang didatangi saudaranya yang hendak meminta maaf, hendaklah memaafkannya, apakah dia berada dipihak yang benar atau yang salah, apabila tidak melakukan hal  tersebut (memaafkan) , nescaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat)."
(Al-Hakim)

"Barangsiapa memaafkan ketika dia mampu membalas maka Allah memberinya maaf pada hari kesulitan."  (Ath-Thabrani)

"Barangsiapa yang tidak mahu memberi ampun kepada orang, maka dia tidak akan di beri ampun." (Ahmad, dari Jabir bin Abdullah r.a)

Sahabatku yang disayangi. Tidaklah rugi memberi maaf. Walau kita tidak bersalah, walau kita dipihak benar. Mengalah tidak semestinya kalah.

JafriMahmoodi

No comments:

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...