halwa telinga

Sunday, April 13, 2008

Satu Pengorbanan

Jika ini telah di takdirkan oleh ALLAH maka penghijrahan kelak ke Yanbu,Arab Saudi hendaklah di iringi doa. Moga ALLAH permudahkan segala urusan yang dirancang.

Pertama kali mendengar hasrat suami untuk berhijrah aku jadi kelu seketika. Memohon akan pengertian dia. Tapi tak ada apa yang boleh aku buat melainkan memohon petunjuk dari ALLAH,maka dengan redha aku mempersetujui keputusan suami.

Kata-kata ini ku khabarkan kepasa suami "KITA JANGAN PANDANG BELAKANG LAGI KERANA YG BERLALU ITU AKAN TETAP BERLALU YANG ADA SEKARANG IALAH MASA DEPAN YANG PERLU DI CORAKKAN. JIKA KEPUTUSAN KITA SUDAH TEKAD DAN NEKAD KITA TERUSKAN JANGAN MERAGUINYA KERANA JIKA SUDAH TERSIRAT BEGINI PERJALANAN KEHIDUPAN KITA MAKA KITA TEMPUH JUGA"

Jadi dengan kata-kata itulah aku bulatkan hati dan aku tanam teguh agar keputusan yang di buat tidak ku ubah.

Melihatkan kesungguhan ini maka keputusannya kami masih menunggu tindakan seterusnya. MOga-moga hasrat kami akan termakbul untuk ke Yanbu dan menyertai kawan-kawan di sana.

Lepas sudah urusan medical check up hanya menunggu tindakan selanjut nya mengenai visa beliau.Buat masa ini kami akan menunggu lagi....

"KASIH SAYANG YANG LAHIR DARI KEJUJURAN,KEPERCAYAAN DAN KEIKHLASAN" akan menjanjikan kebahagian yang abadi dunia dan akhirat....

No comments:

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...