halwa telinga

Thursday, July 3, 2008

Hadapilah Dengan Redha!

Agak lama aku tak update blog nie. Al-maklum aku balik ke Kampung di Melaka. Menghadapi dugaan dan ujian hidup dari ALLAH Yang Maha Esa. Tanggal 26 Jun yang lalu adik ipar ku Suriaty Bt Abdullah telah kembali ke Rahmatullah jam 6.20petang akibat pendarahan otak. 12 hari selepas kematian anakanda puteranya yang meninggal di dalam kandungan.

Pagi 14hb ( Sabtu ) setelah mendapat khabar dari Kamal, suami arwah Suria tentang kematian puteranya kami masih belum membuat keputusan untuk pulang ke kampung atau tidak sementalah suami ada pula perlawanan bola sepak pagi tersebut. Tengahari suami kembali dengan kelam kabut menyuruh aku packing apa yang patut untuk pulang ke kampung kerana Suria koma dan di masukkan ke dalam ICU... Tuhanberita ini sungguh memeranjatkan. Lewat jam 2 kami bertolak dari Paka ke Melaka tanpa menjamah makanan pagi mahupun tengahari. Jam 9 malam baru la kami tiba di rumah mama ku dan suami meninggalkan aku dan dina di rumah mama untuk terus ke hospital. Pelbagai kemungkinan yang doktor beri sepanjang arwah berada di ICu, ketumbuhan rahimla, usus bengkak la dan yang paling tak ada jawapan yang pasti hingga ke hari ini ialah kenapa baby boleh meninggal sedangkan sepanjang arwah mengandung dia dan baby di sahkan sihat. Arwah mendapatkan rawatan di 3 klinik malah semuanya ok.

Sepanjang kepulangan kami, kamal suami arwah,mak mentuaku dan Kamal suamiku tido di spital. Hari Isnin 16hb barula suami membawa ku melawat arwah. terpaksa bergilir-gilir memasuki ICU.Mak mentua ku kalau da masuk tak akan keluar2 sehinggalah waktu melawat tamat. Aku yang melihat arwah menangis teresak2 dan tak hirau nurse2 di situ..Kesiannya aku tengok!! Dengan segala macam wayar berselirat, wayar di mulut wajah yang bengkak memungkinan siapa yang melihat pasti akan menangis melihatnya. Bayangkan dia yang ceria, kecoh tetiba terlantar sakit di hospital. Sepanjang 11 hari dia koma tak ada apa yang boleh kami simpulkan melainkan hanya berdoa. Tanggal 23hb arwah tersedar dari koma dan mula beransur-ansur baik dan di pindahkan kembali ke labor room tempat kes nya bermula. Malah aku dapat berbual dengan arwah melalui telefon kerana hanya mak dan suami arwah sahaja di benarkan masuk.

"Kak Nor amikla baju2 anak orang tue nanti yek.." ayat tuela yang paling aku ingat.Pesanan terakhir arwah. Suara dia begitu ceria malah dia kata orang da sihat dah...

Petang 25hb dikejutkan sms dari suami mengatakan suria tetiba tak sedarkan diri. Kata mak arwah ada bagitau yang dia ada jatuh katil jam 5 pagi. tapi mengikut laporan doktor tiada retak pada otaknya cuma berlaku pendarahan yang mula banyak. Sedangkan sebelum ini doktor ada mengatakan yang meraka tertanya-tanya ke mana hilangnya darah arwah sebanyak 2 pain. jadi mereka membuat kemungkinan kehilangan disebabkan pendarahan otak arwah. 26hb doktor kata arwah da tiada harapan kerana otak da tak berfungsi cuma pernafasan masih bergantung pada oksigen dan doktor membuat keputusan akan membuka oksigen pada jam 4 petang dan kami dikehendaki bersedia. Semua ahli keluarga di panggil da kami beramai-ramai membaca yassin. Rasa bersyukur kerana ahli keluarga arwah mentua Suria adalah dikalangan Ustaz dan Ustazah dan melihatkan sifat kekeluargaan mereka merasakan arwah sungguh bertuah berada di kalangan ahli keluarga itu.
Jam 4 petang kami sepakat untuk meneruskan lagi bantuan pernafasan buat Su...Kami masih lagi cuba beriktiar walau tahu akan hakikatnya. Jam 6.20 petang Su menghembuskan nafas yang terakhir. Paling aku terharu melihatkan Kamal suami Su mengucup dahi arwah terlalu kerap... Airmata janganla dikira naik bengkak mata Kamal. Kami semua redha dengan pemergian arwah. Abah mentua terduduk lesu dan sememangnya abah yang ada penyakit lemah jantung terus sesak nafas. Suria anak bongsu yang di gantung harap oleh abah dan mak telah pergi terlbih dahulu mengadap Ilahi. Sepanjang hayat arwah dialah yang menguruskan hal mak dan abah. Maini dengan kerjanya dan kamariah pula masih belajar. Dan kami berada jauh di Pantai Timur. Moga roh arwah ditempatkan dikalangan yang beriman. Dan aku masih tertanya-tanya adakah arwah di golong dalam kalangan orang yang mati syahid kerana dia tak sempat berjuang untuk melahirkan anak tetapi anak telah meninggal dalam perut terlebih dahulu dan dia terus koma.

Al-fatihah buat arwah Suriaty bt Abdullah, 23 tahun.

3 comments:

rokiah said...

Salam erah,

Untie merasa sebak membaca kisah benar erah. Patutlahlama erah tak update blog. Semoga erah dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah yang berat ini .

Tiada siapa antara kita yang tahu ketentuan qadak dan qadar Allah dalam menjalani kehidupan di mayapada ini. walau apapun, kita yang masih bernafas ini, kehidupan perlu diteruskan.

Semoga roh allahyarhamah adik Suria ditempatkan di kalangan orang beriman, Amin.

Al Fatihah

Masdihana Hamzah said...

takziah buat erah sekeluarga. hadapai semua dugaan tuhan ini dengan tabah. insyallah semoga allah tempatkan rohnya bersama2 org2 yang soleh

KAHERAH said...

Salam Untie..

Bak kata suami kita tahu yang kita juga akan kembali kelak cuma bila???kita tak tahu jadi kita perlu bersedia dengan secukupnya menghadapi kehilangan kerana semua orang akan menghadapinya cuma bila???Tuhan sahaja yang tahu. Jadi kata suami kita kenala redha,kena hadapi dengan tabah. Yang penting DOA buat mereka yang dah pergi...

salam Mas,

TQ dan selamat berangkat juga buat mas dan alya.. Sampai yanbu jgn lupa doakan kami ye agar sama-sama di beri peluang ke sana.. Jumpa tahun depan selesai pantang...hehehehhe..Dengan Izin ALLAH...

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...