halwa telinga

Thursday, August 21, 2008

Tinggal Sayang, Tinggal lah Kasih...



Pose dari Yanbu...


Salam, da sebulan lebih tak update blog dah bersarang dah pun blog nie...Mas dan kak za da best kat sana..baru dapat baca perkembangan terkini diaorg..seronok naaa.....hehehehhe. Internet baru semalam baik sejak transfer dari Ganu last month..sampai hubby da jejak Arab seminggu, baru dapat tatap wajah dia...

Sejak balik duduk kampung bulan 7 lalu dok terperap kat Umah di samping menghabiskan masa ngan hubby yang telah pun berangkat pada 13hb Ogos lepas..macam drama airmata eikkk bang....(kekekke)...kena peluk tak bagi abang pergi...(sedangkan aku tengok bini2 orang lain tak pun merah2 mata menangis laki nak pergi, tapi tak tahula kan diorang tahan juga). Itula nama nya pengorbanan dalam membentuk ikatan kekuargaan yang bahagia. Airmata dalam seminggu nie memang kerap mengalir tapi kadang-kadang ku tahan juga jebatttttt!!!! hehehehehe.Paling aku sedih bila Dina mula bertanya abah dan satu pagi yang heningggg(cehwah!!) dina cakap "manalah abah nie dia tak rindu Dina ke?" Alahaiiii gugur air mata aku....kekkekeek ( Al-maklum mama dina nie sensitif, ye tak abah???)

Diam tak diam baby dalam perut pun da 4 bulan...moga membesar dengan sihat dalam rahim nie...menjadi seorang anak yang beriman kelak...boleh tengok abah next year.

Abah pula da tentula seronok jumpa Z... dan Z pula da tentu tak sabar nak amik Milah dan Mia raya nie yek.

kena sambung lagi nanti...layan dina jap...


3 comments:

Masdihana Hamzah said...

salam erah.

oh suami dah sampai sini ye.. sapa ek nama suaminya. sbb kat umah Hj Fadzil jiran umah ni, ada 2 org terengganu dok ngan dia. Hubby cakap 2 org tu dok sekejap aje, sementar nak dapat umah tuk family they all.

rokiah said...

salam erah,

Lama erah tak update blog. Nak juga tau berita terkini erah. Dah berangkat rupanya suami.
Untie doakan erah dan dina yang tinggal di Malaysia dan suami di Arab Saudi sentiasa sihat dna dilindungi Allah. Jaga kandungan baik-baik yer...

Selamat Berpuasa.

Untie

KAHERAH said...

Salam Untie...

Erah tertanya2 gak sebab email yg Erah kirim ke Untie tak berbalas.Untie Kiah da bersara ke? Alhamdulillah Untie walau pun tak sekuat mana hati ni Erah hadapi juga perpisahan ni. Insya ALLAH ada rezeki dan umur bersatu kembali keluarga kami.

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...