halwa telinga

Tuesday, November 18, 2008

Anak Dara Demam la plak!

Arrr...malam tadi langsung tak boleh tido,jaga Dina yang demam panas dan ada batuk berkahak sikit. Jam 2.30pg tersentak apabila nafas Dina semakin laju. Puas sudah aku panggil-panggil nama tak juga sedar. Mengigil sekejap aku tika itu. Teringat yang Dina pernah kena Sawan akibat demam panas February lalu. Segerala aku lapkan badan,kepala dan kaki dengan air. Aduhhh..takut jadinya last2 Dina dengar juga panggilan aku dan aku menghulurkan susu buat dia minum. Kesian bila dengar dia asyik merengek dan mengerang. Tak boleh tido aku di buatnya lantas aku mengaji dan buatkan air bacaan sikit tuk Dina. Dengan air yang aku buat tu la aku lumurkan ke anggota badan Dina. Alhamdulillah berkat doa dan ayat yang aku baca demam Dina kebah. Dengan air tu la juga aku buatkan minuman dan mandikan Dina. Nampaknya pagi ni Dina nampak sihat. harap malam nanti tak la demam lagi. Ubat pun sudah dimakan dan harinie dia nampak ok dan berpeluh. Terima Kasih TUhan kerana memberikan aku kekuatan dan peringatan akan kebesaran ayat suci MU...

3 comments:

Mohd Sabar & Rafieah said...

InsyaAllah doa ayah dia dari kejauhan akan buat Dina kuat semangat dan mama dia juga...Kami pun selalu doakan sahabat2 selamat dunia akhirat dan bahagia hendaknya walau di mana kalaian berada.

KAHERAH said...

Peah..

TQ..moga kita semua diberkati ye peah..jumpa kembali kelak.

Saliza said...

Itulah kekuatan seorang wanita. Tat kala kesusahan dapat ditempuhi jua qwalaupun seorangan.Yang penting, ingat Allah sentiasa bersama kita.

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...