halwa telinga

Saturday, February 14, 2009

Segalanya sudah berubah!

Salam...

Kenapa Tajuk Kali ni "Segalanya sudah berubah?"hehehe sebabnya yang pasti dan hakiki aku da punya dua orang cahayamata penyeri hidup aku di kala sunyi,cehwah! Alamak nanti ramai la akan kata jiwang nyeee...hehehe. Alhamdulillah da punya sepasang cahayamata sekarang nie dan dah tentula segala aktiviti hidup aku pun 100% berubah terus...orang kata sangat mencabar ooo..lum lg tambah 3-4 orang eik. Dua nie pun aku da mula tak menang tangan. Yang kecik minta belaian yang besar minta perhatian.hehehe..Tapi sebenarnya aku puas dengan ini semua. Kerana Thaqif aku kuat, Kerana Thaqif aku gagahkan diri mengharungi kesunyian di kala suami di kejauhan. Segala-galanya sebab THAQIF!
Bila lahirnya Thaqif aku da mula fikir cukupla dua. hehehe..Saat nak menghadapi perjuangan untuk melahirkan,aku jadi amat takut nak menghadapinya lagi. Sinaran lampu dalam bilik bedah tu masih aku ingat dan terbayang-bayang.
Begitula eik perjuangan seorang wanita yang akan bergelar ibu untuk melahirkan zuriat sang suami buat penyambung kelak. Aku fikir biarla segala pengalaman ini aku jadikan kenangan yang abadi. Amat dan terlalu berharga ooo...
Buat teman-teman yang mendoakan, aku ucapkan jutaan terima kasih dan buat tatapan semua aku persembahkan pengarang jantung hati ku yang terbaru! MUHAMMAD THAQIF AKHILL ( gara-gara minat giler ngan Ustaz Akhill Hayy yang cute tu,maka aku letak nama tu pada hero aku ). Yang pasti tak pula Akhill aku nie putih melepak cam Akhill Hayy, ni Akhill Kamruzzaman daaa...jadi kulitnya ikut abahnya la jugak ye tak?
Disamping itu buat teman-teman doakan la pula urusan aku dan anak-anak ke Saudi di permudahkan walaupun sebenarnya ada cerita yang aku ingin kongsi tentang penghijrahan kami,tapi biarla segalanya aku pendamkan dulu sehingga urusan itu memberikan aku berita gembira kelak. Bila da ada berita gembira tu maka akan ku kabarkan apa cerita duka di sebalik urusan kami nak ke sana...





No comments:

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...