halwa telinga

Sunday, May 17, 2009

Sudah Sebulan rupanya

Salam...

Alhamdulillah diam tak diam cepat betul masa berlalu,sudah sebulan aku dan anak-anak dia Yanbu. Maka sudah sebulan juga la aktiviti aku dan anak-anak sekitar rumah dan bandar jek la jawabnye. Maka dengan ini juga sebulan juga lah aku belum mengenali kawan-kawan di Yanbu. huhuhuhu...segala aktiviti dibekukan buat sementara waktu...kakakaka. Minta maaf ye kawan-kawan, nanti KAHERAH join juga...sudah banyak ketinggalan nie.








Maka dengan ini juga sudah sebulan lah juga bila time free aku kejap-kejap lari buka peti ais nak cari apa makanan yang boleh aku kunyah-kunyah...maka dengan ini berat badan aku sudah bertambah kembali! bolehhhhhh...

Maka dengan ini Thaqif sudah pun jejak usia 4 bulan disini dan telah mendapatkan pertama kali imunisasi di Yanbu.

Maka dengan ini Dina sudah mula berkurangan berat badan dan kerap menyebut kerinduan pada mereka-mereka yang tersayang..."Mana nak hantar balik nak oiii..jauh nie..."huhuhuhuhu

Maka dengan ini ketika artikel nie di tulis aku hanya tinggal ngan anak-anak..Jamilah dan Mia seronok balik kampung lah pulak..kalau tak leh makan kek coklat dak Milah buat...hehehehe

Maka dengan genapnya sebulan kami ni di sini Hubby beli kereta baru (bukanlah baru pun yang 2nd jek..murah jek..) untuk kemudahan aku dan anak-anak..Alhamdulillah..."Boleh yanggg...syukur sangat dah ada kereta tu..."(sebab apa Hubby berulang-ulang kali tanye " Bu,leh tak kereta nie..selesa tak? Ok tak?")

Maka sebulan ini juga aku dok pertama kali berpurdah..("Hah! apa tu purdah? nie ayat si Yann...)Sekali di panggil Niqab lah...

Maka dengan ini sebulan lah jugak aku asyik dok call mama kat kampung bertanya khabar..dan untuk tempoh sebulan ni juga belum kuat sangat kerinduan buat mereka di kampung kerana rasa keterujaan duduk di bumi ini.

Maka dengan ini juga masih belum berpeluang ke Mekah Al-Mukarramah. Semoga akan di permudahkan dan diberi peluang.

Maka sudah sebulan ni jugak lah Hubby bawa dah bekal ke tempat keje sebab "mem" da ada kat sini tolong tapaukan buat Hubby.

Maka dengan tempoh sebulan nie aku seronok kat sini sebab aku rasa tenang sangat-sangat..Yeee serius beb! aku suka kat sini lahhh...suka sangat...Kedamaian dan ketenangan inila yang aku cari-cari..Alhamdulillah...Terpanggil-panggil tuk ke Madinah lagi nie...Dan tunggu saat nak ke Mekah pulak.

2 comments:

rokiah said...

Salam erah,

Wah seronoknya... Ibu tumpang seronok melihat keseronokan erah dan semoga kehidupan berumahtangga erah akan terus menuju puncak kebahagiaannya.

cik aa said...

Alhamdulillah..nt bleh la join xtvt dgn kitaorg,x kenal lg erah..kenal di alam maya lg..

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...